When He Was My Man
Your
POV
Peristiwa minggu lalu masih
menerawang di ingatanku.Kerana terlalu memikirkan peristiwa itu,aku hilang
fokus pada pekerjaanku.Aku melihat meja kerja yang berselerak dengan
kertas-kertas lakaran dan dokumen penting.Aku menarik nafas berat.
Jaejoong pula tidak
menghubungiku,cuma...dia sekadar menghantar beberapa mesej kepadaku.Semuanya
adalah rayuan daripadanya supaya aku menerima hakikat bahawa aku dan dia tidak
lagi saling mencintai antara satu sama lain.
Sampainya hati!Selepas
membacanya,aku terus mencampak telefon bimbitku.Entah mana aku campak pun aku
tidak ingat.
Ketukan di pintu pejabat tidak aku
pedulikan.Aku memegang kepalaku.Arghhh!!!Sakit yang amat!Aku segera mencapai
sebuah botol yang berisi ubat untuk melegakan sakit kepala yang mula datang.Selepas
menelan dua biji pil,aku meletakkan kepalaku di meja kerja.
"Jaejoong..." sebutku
perlahan.Lama kelamaan mataku semakin kabur...Selepas itu aku terus terlelap.
*****
“Jihyun!”
“Hei,kau dengar tak?” ada suara
memanggilku.Dalam keadaan mamai,aku membuka mataku.Wajah Yunho yang kelihatan
risau menjadi santapan mataku setelah terlelap entah untuk berapa jam.
“Yunho?” sebutku.Yunho memegang
wajahku. “Are you okay?” tanyanya.
“Yeah.Aku cuma pening je,lepas je
ambil ubat,aku terus terlelap.” balasku dengan perlahan,sukar untuk berbicara
ketika sedang mamai.Aku memejam celikkan mataku.Aku menggosok mataku
perlahan.Yunho sudah duduk di hadapanku.
“Are
you sure you’re okay?” tanya Yunho lagi. “Yes,Yunnie.I’m fine.” jawabku. “Tolong ambilkan mineral water atas
meja kopi tu.” pintaku.Yunho memberikan sebuah botol air mineral,lalu aku
meneguk dengan rasa dahaga yang amat.
“What
makes you come here?” soalku.Mataku sudah kembali segar.
“It’s
about Jae.” hampir luruh jantungku apabila mendengar namanya.
“Ermmm,kenapa?” aku cuba untuk mengawal diriku.Relax Jihyun...what you need to do is just listen to what Yunho is
going to tell you...aku menenangkan diriku.
“He’s
getting married.” beritahu Yunho dengan nada yang kesal.Ktangg!Sebuah
bingkai foto kaca yang memuatkan gambarku dan Jaejoong terjatuh lalu pecah
berderai dan seperti itulah hancurnya hatiku saat mendengarkan berita yang
sungguh mengejutkan itu.
“Yunho...andwae...It’s impossible...” aku menahan
tangis.Yunho menunduk.Aku mencekak kolar bajunya. “Tell me,it’s not true!” jeritku.Air mata sekali lagi mengalir
dengan laju.Aku sudah lemah...Han Jihyun dah lemah...
Aku terduduk di kerusi.Yunho
memelukku. “I’m sorry,but it’s true,Jihyun.Jae
dah bagitau semua orang,including kami
dan his family.”
“Andwaeeee!!!” jeritku,hampir
histeria. “Uljima...” Yunho cuba untuk menenangkan diriku. “Yunnie...kenapa
macam ni...aku tak minta pun hubungan kami jadi begini...” teriakku dengan
sepenuh hati. “I know...tapi siapalah
kita untuk menentukan takdir kita...” ujar Yunho dengan tenang sekali.
Dalam pelukannya,aku menangis,dan
meluahkan segala yang terbuku di dadaku selama beberapa hari ini...Jaejoong,why you make me like this?...Saya
sayangkan awak.Sayang sangat.Kenapa mesti kita berpisah?
*****
Aku cuba untuk fokus terhadap
pemanduanku,namun berita yang disampaikan oleh Yunho masih terngiang-ngiang di
telingaku.Aku menekan pedal minyak dengan kuat dan memandu dengan laju.
Walaupun Yunho mempelawa untuk
menghantar aku pulang ke rumah,aku menolak secara.Aku masih lagi okey.Aku boleh
pulang sendiri,aku tak perlukan bantuan sesiapa.
Entah di mana silapnya,aku hampir
terlanggar sebuah kereta yang bertentangan arah dari tempat aku memandu.Bunyi
hon yang kuat membuatkan aku terkejut dan hilang arah.
Kereta yang kubawa aku hentikan di
tepi jalan.Aku meraup mukaku.Oh Tuhan...apa yang dah berlaku ni?Tanganku
menggeletar dan terasa sejuk.Aku mencapai telefon bimbitku dari beg tanganku.
Aku mencari nombor
kawan-kawanku.Pada mulanya aku ingin menelefon Jaejoong,namun aku membatalkan
sahaja niatku itu,ia mungkin akan lebih menyakitkan jika aku meminta
bantuannya.
Yunho.Sekali lagi.
"He...hello?Yunho?"
suaraku sedikit serak. "Jihyun?Waeyo?Kau dah balik ke?" tanyanya.Aku diam.
"Yunnie...tolong aku..."
"Hei kau okey ke?"
suaranya agak cemas. "Aku hampir terlanggar kereta..." aku terus
teresak di telefon. "Okay,calm down.Now,kau bagitau aku kau di mana.I'll fetch you." Yunho berkata
dengan tenang,tidak secemas tadi.
Aku terus memberitahu tempat yang
aku sedang berhentikan keretaku.Dia menyuruh aku tunggu di dalam kereta dan
menunggunya sehingga sampai.Aku sekadar patuh,lagipun aku keseorangan ketika
ini.
Beberapa minit kemudian,pintu
keretaku diketuk.Aku melihat luar tingkap.Yunho bersama Yoochun.Aku membuka
pintu kereta.Di saat aku hendak bangun,aku terjatuh.Lututku terketar-ketar.Mungkin
kerana aku sedang ketakutan.Pinggangku sempat dipegang oleh Yunho.
Manakala Yoochun memeriksa keretaku
dan mengambil barangku. "Kau okey?" tanya Yoochun.Aku mengangguk.
"Tulah...tadi aku pelawa kau tolak." perli Yunho dengan ketawa.Aku
senyum kecil.
"Sorry guys." aku meminta maaf.
"It's okay.Jomlah balik.Kereta kau
ni,aku dah call mechanic,nanti mereka
ambil." ujar Yoochun padaku. "Thanks."
ucapku. "No mention."
senyumnya.
*****
Beberapa minggu selepas itu...
“Jihyun-ah,janganlah macam ni.Kau
nampak dah kurus.Muka pun dah macam mayat hidup.” kata Tiffany.Aku diam.Aku
memeluk bantal pelukku. “Fany,why am I
the one who is suffering?” tanyaku dengan perlahan.Tiffany mengetap
bibirnya.
“Destiny.Maybe
he’s not your soulmate.You can find someone better than him.” jawab
Tiffany.Dia mengusap rambutku yang sudah tidak terurus.Sejak aku menangis
kerana berita perkahwinan Jaejoong itu,hidupku mulai menjadi tidak teratur.Aku
sudah mula malas hendak bekerja.
Segala hal di butik
perkahwinanku,aku minta Tiffany dan Jessica uruskan untuk pihakku.Mereka juga
menjagaku selama beberapa minggu ini.Aku lebih senang mengurungkan diriku dalam
bilik.Segalanya aku rasakan menjadi gelap,masa depan yang kuinginkan,telah
hancur.
“Aku ada masakkan bubur untuk kau.Please eat,Jihyun.” pujuk Tiffany.Aku
menggeleng. “Selera aku dah lama hilang.” jawabku tanpa nada.Tiffany
memandangku dengan wajah yang sayu. “Hey,you’re
not like this,Hyunnie.You’re such a strong person,but why now your strength
already gone?” keluh Tiffany.
“Fany...aku...dah...hati aku dah
hancur sepenuhnya.Seluruh jiwa aku dah musnah.It’s like I was crushed!” aku menangis lagi.Panggg!!!Tiffany
menamparku.Air matanya juga berlinangan. “Mana perginya sahabat baik aku yang
kuat dan tabah!?Kenapa Han Jihyun yang sekarang ni seorang yang menangisi
seorang lelaki?!”
Aku tersedar dan terkedu.
“Fa...Fany...Mianhae...” aku menangis lagi.She’s
right.I’m so stupid just to cry over a man! “I’m sorry too,chingu.You’re my forever best friend.So,aku tak dapat
nak tahan melihat kau lemah macam ni,Hyunnie...”
Aku mengangguk.Benar.Aku terlalu
mendesak diriku.Sebetulnya,aku harus menerima segala takdir dengan tenang.Kami
bersama-sama menangis sambil berpelukan.Untuk ketika itu...aku hanya mampu
menangis dan menangis lagi...
Pintu bilik terbuka.Aku dan Tiffany
saling berpandangan.Muncul Jessica dengan wajahnya yang tidak gembira.Jarang
aku melihat Jessica begitu.Mungkinkah kerana dia bergaduh dengan teman
lelakinya?
"Jihyun!He's really getting married!" marah Jessica.Aku hairan.Aku
mengelap air mataku.Dia duduk di sebelahku dengan tangannya disilangkan.
"Kenapa ni?" tanya Tiffany. "Jaejoong!That guy!Tadi dia baru je bawak tunang dia datang!You know what?Dia nak beli gaun yang kau
buat tu,Hyunnie!"
Aku mengetap
bibirku.Janganlah...janganlah air mata jatuh ketika ini...
"Oh ya?Tak mengapalah...lagipun
gaun tu,takkan aku pakai punya,Sica." jawabku pada Jessica.Jessica
membulatkan matanya.Terperanjat mungkin,namun aku fikir,gaun yang aku reka
itu,sepatutnya dipakai oleh pelangganku.Tidak mungkin aku akan
memakainya,memandangkan aku tidak akan berkahwin.
"No way,Hyunnie!" Tiffany turut membangkang.Jessica
mengangguk,bersetuju dengan Tiffany.Segaris senyuman kugariskan dibibirku.
"Yes way,girls.Aku dah tak ada
sesiapa nak dikahwini.So,it's an okay
from me.Bila dia nak gaun tu?"
"Han Jihyun!Tadi kau beria-ia
menangis!Kata tak dapat terima kenyataan!Now,why you're just okay when she told
you?!" marah Tiffany pula.Aku menghela nafas. "Fany...the time when you slapped me,I just realized something.I
shouldn't be like this.It's not the real me.Just like what you said just now."
jelasku dengan tenang.
"Slap?What happened?Hyunnie?Fany?" Jessica menekup bibirnya.
"Errr...aku tampar dia,Sica.Ia
seperti tindakan refleks,aku tak sengaja tapi...aku sebenarnya tak tahan
melihat Hyunnie macam orang tak betul,dia macam mayat hidup.Langsung tak
bersemangat.It's not her usual self."
beritahu Tiffany dengan rasa yang bersalah.Aku mendekati Tiffany.
"It's okay.I know it's not your fault.I'm not angry,but I'm really
thankful,because you know what to do.How
to make me realized.Aku tak simpan apa-apa perasaan pun.No hard feelings." aku memegang
lengannya.Jessica teresak.
"You know,aku rasa beruntung
sangat dapat kawan macam korang.Waktu macam nilah aku perlukan korang untuk
temani aku.If not,maybe aku dah
separuh gila dekat sini."
Tiffany memuncung. "You can't say things like that.You're strong
woman."
Aku,Jessica dan Tiffany memegang
tangan masing-masing. "Hari ini,aku,Han Jihyun berjanji takkan sesekali
kalah pada cinta dan lelaki.Aku juga berjanji untuk tidak akan lagi menangisi
lelaki lagi." aku membuat ikrar di hadapan merek berdua.
"Pastikan kau pegang janji kau
tu." nasihat Jessica. "Don't
worry,Sica.Fany..."
*****
Aku bersama Jessica dan Tiffany
menemui Yunho,Junsu,Changmin dan Yoochun.Dengarnya Jaejoong tidak hadir kerana
menemui keluarga tunangnya di Busan.Aku faham,mungkin Jaejoong mahu mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
"Hello,sweet girl." sapa Yoochun.Aku tersenyum. "Hey Yoochun.Long time no see?" aku
berjenaka.
"You look okay." ulas Yunho.Aku tersenyum lagi.Setelah beberapa
minggu mengurungkan diri di dalam penthouse,akhirnya aku membuat keputusan
untuk keluar menemui kawan-kawan.
"Thanks to the girls." tunjukku pada Jessica dan Tiffany yang
sedang berbual.Mereka seolah sedar bahawa mereka diperhatikan,lalu mereka
melambaikan tangan ke arah kami.
"Hyunnie,memandangkan awak dah single semula...kahwinilah saya!"
usik Junsu yang berdiri di sebelah Yunho.Aku ketawa besar.Semua kelihatan
terkejut. "What?" aku buat
muka selamba.
"You're laughing." kata Yunho. "It's normal,Yunnie.I'm back to my usual self again." balasku
dengan yakin sekali. "That's good."
Yunho seperti puas hati.Aku mengangguk.Yoochun menarik tanganku lalu
menjemputku duduk di sebelahnya.
"Kau tahu tak?Yoochun reserved restoran ni khas untuk kita
semua!" ujar Tiffany dengan gembira.Aku menoleh ke arah Yoochun.Dia
sekadar angkat bahu. "Gomawo,Yoochun-ah.Aku hargai apa yang kau buat.You're my best chingu!" aku mencium
pipi Yoochun,tanda terima kasih.
"Kami?" serentak mereka
yang lain menyoal.
"Semua orang pun aku anggap
sebagai my best chingu!" laungku
dengan perasaan teruja dan sungguh gembira.Hari ini,hari yang sungguh
menggembirakan! "Jaejoong?" tersentap jantungku apabila nama itu
disebut.
Aku teragak-agak. "Aku sayang
dia juga...seperti kawan aku."
"Hei kau ni!Tak baik buat
perasaan Jihyun macam tu!" tegur Jessica. "Sorry!" kedengaran
Junsu meminta maaf.
*****
Aku kembali bekerja seperti
biasa.Jessica dan Tiffany menemaniku,memandangkan mereka juga antara rakan
kongsiku di butik perkahwinanku.Mereka mahu aku bekerja tanpa sebarang tekanan.
"Jihyun-sshi." panggil
salah seorang pekerjaku. "Ya?" aku mendongakkan kepalaku.
"Mr.Kim Jaejoong dan tunangnya datang nak fitting baju." aku terkedu
untuk seketika,namun aku cuba untuk memaniskan wajahku.
"Oh ya?Okey." aku
membalas.Aku mengambil buku catatan dan pen.Ah!Aku harap aku akan dapat
bertentang mata dengannya,walaupun dalam hatiku ini,luka itu masih ada.Aku
berjalan ke sudut yang dikhaskan untuk pelanggan menemuiku.
"Annyeong.Welcome to Be Mine
Collection." ucapku dengan senyuman. "Terima kasih,Cik Jihyun."
jawab Jaejoong dan...Eun Mi?!Aku mengawal air mukaku yang sangat terkejut
ketika itu.Tak sangka betul...
"Dengarnya,tunang Encik Kim nak
gaun pengantin yang kami pamerkan tu ya?" tunjukku pada sebuah gaun pengantin yang aku letakkan di hadapan butik.Namun,aku telah meletakkan papan
tanda "Not For Sale" memandang waktu itu aku ingin memakainya apabila
aku berkahwin nanti.
"Ya." balas Jaejoong.
"Maaflah,masa encik dan cik datang ke sini saya tak ada sini,sebab waktu
tu saya bercuti.Jadi,rakan saya yang beritahu tentang hal ni.It's okay.Saya
rasa,gaun tu boleh dijual,memandangkan saya rasa gaun tu berhak dimiliki oleh
orang lain." jelasku secara terperinci.
"Jinjja?Cik Jihyun bagi
ke?" Eun Mi kelihatan teruja.Aku mengangguk.
"Jae!Tengok!Saya dah pasti saya
dapat gaun tu!" kedengaran Eun Mi begitu gembira dengan penjelasanku
itu.Aku memandang ke arah lain.Tidak sanggup rasanya mendengar perbualan
mereka.
"Cik Jihyun,gomawo!" Eun
Mi tiba-tiba memegang tanganku.
"Cheonman." aku senyum.
"Kalau macam tu,saya serahkan pada Jessica ya?Sebab saya sedang sibuk uruskan
minggu fesyen di Seoul bulan depan." ujarku dengan cepat.
"Oh...saya baru je nak gunakan
perkhidmatan Cik Jihyun..." Eun Mi agak sedih. "Mianhae.Nak buat
macam mana...saya pun kalau boleh nak membantu juga." aku berasa
bersalah.Namun sebenarnya,aku ingin lari daripada mereka berdua.
Sakit.Pedih.Kecewa.
Eun Mi mula memegang tangan Jaejoong
dan berkata sesuatu.Aku pula meminta diri untuk memanggil Jessica.
"Sica!Aku rasa aku tak kuat!" aku mendapatkan Jessica yang sedang
melakar sesuatu di sketchbook.
"Boleh aku pinjam bahu
kau?"
Jessica mengangguk.Aku terus
menghamburkan tangisanku di bahu Jessica. "Sica...boleh tak kalau kau
uruskan urusan perkahwinan mereka?Aku tak sanggup..." aku meminta
pertolongannya. "Okay,it's always an
okay from me to help my best chingu!" Jessica hampir menangis.
"Jaejoong nampak bahagia dengan
perempuan tu.Aku kenal perempuan tu.Aku tak sangka jodoh dia dengan perempuan
tu..." aku mengadu dengan kekecewaan.Jessica mengusap bahuku,seolah sedang
membekalkan kekuatannya pada diriku.
"Yes,aku pun kenal perempuan
tu.Dia tu setiausaha Jaejoong kan?"
Aku terus menangis dan menangis
lagi.Kenapa mesti orang yang aku kenali?!Kenapa?! "Jihyun..."
tiba-tiba namaku dipanggil.Dia...aku tidak mempedulikan dia. "Sica...aku
nak cakap dengan Jihyun.Please..."
terdengar rayuan Jaejoong.
"Don't make her hurt.Dia dah cukup terluka dengan perbuatan kau.You're jerk!" pesan Jessica dengan
marah.Jaejoong mengangguk.Kemudian,Jessica meninggalkan kami berdua
bersendirian.
Aku mengelap air mataku. “Apa yang
awak nak lagi?”
Jaejoong duduk di
hadapanku,tangannya mula bergerak.Aku terus mengelak,aku tahu dia mahu
memujukku,dengan cara itu. “Jangan sentuh saya.Saya bukan sesiapa pada diri
awak lagi.” kataku tanpa nada.
Jaejoong senyum.Sakitnya aku tengok
senyuman itu.Dia sukalah tengok aku macam ni?Hampir separuh gila kerana dia! “I know you.Awak tak boleh tipu saya.”
ujar Jaejoong tanpa berselindung. “Okey,ya.Sebab kita dah berkawan dan
saling-mengenali hampir 7 tahun.” aku memeluk tubuh.
“Kawan?”
“We
are friends,right?” walaupun aku masih terkesan dengan perpisahan ini,aku
cuba untuk bertahan.Harapnya aku boleh bertahan untuk seketika lagi.Mungkin
sampai bila-bila,sehinggalah perasaanku terhadap Jaejoong hilang.
"Hmm..." gumamnya.
"Is there anything else?" tanyaku.Aku berpura-pura mengambil
telefon bimbitku dan membalas mesej. "Ermm,tak ada rasanya.Sorry for
disturbing you." dia bangun dan meminta diri.Selepas beberapa ketika,aku
menarik nafas dengan panjang sekali lalu memegang dadaku.
"Oh Tuhan..."
*****
Pada pagi itu,aku menuju ke sebuah
tempat yang sering aku pergi ketika aku sedang bersedih.Ketika aku sampai,angin
sedang berdesir dengan kuat.Aku memejamkan mataku lalu mendepakan tanganku
seluasnya.
Kemudian,aku membuka mataku
semula.Tenang.Terdapat beberapa kelopak bunga yang gugur di baju yang
kupakai.Aku mengambilnya sebelum meniupkan kesemua kelopak tersebut.
"Dah lama tak datang
sini..." ujarku sendirian.Tempat ini sudah banyak berubah,tidak seperti
beberapa tahun yang lalu.
Aku berjalan-jalan di sekitar tempat
itu.Aku mahu menenangkan diriku yang sedia terluka dan masih dalam proses untuk
menerima takdir yang telah ditetapkan untukku. "Goodbye love life!Hello single life!" jeritku dengan sepuas
hati.
Aku senyum puas.Mungkin inilah
pengakhirannya...
Selepas sejam menghabiskan masa di
tempat tersebut,aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah.Sepatutnya hari ini
aku pergi bekerja,namun aku mengubah fikiranku secara tiba-tiba.Aku juga tidak
memaklumkan ketidakhadiranku kepada Tiffany dan Jessica.
Pasti mereka risau...hurmm...
Tiba-tiba telefonku berbunyi,aku
mengagau earphone yang kuletak di dashboard.Namun entah bagaimana,kereta yang
kubawa hilang kawalan apabila melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam.Aku
cuba mengawal pemanduanku tetapi tidak berjaya.
Kereta yang kubawa melanggar
pembahagi jalan lalu terjatuh di dalam gaung.Kepalaku terhantuk di bahagian
stereng kepala.Aku merasakan kepalaku berdenyut-denyut kerana hentakan
tersebut.Aku memegang kepalaku sebelum tergamam melihat darah berlumuran di
tapak tangan.
Aku pengsan dan tidak sedarkan diri
selepas itu...
*****
No one POV
Dalam
masa yang sama...
Nafas
pesakit yang terlantar koma itu sedang naik dan turun.Bunyi dari alat bantuan
pernafasan berbunyi.Kebetulan seorang jururawat dan seorang doktor yang
sepatutnya memeriksa pesakit itu masuk.
Wajah
doktor itu jelas terkejut.Lantas,dia memeriksa kadar nadi pesakit yang koma
itu. "Pesakit menunjukkan tindak balas yang positif.Panggil ahli keluarga
pesakit.Dia dah sedar."
Doktor
itu tersenyum.Nampaknya selepas hampir dua minggu pesakit itu koma,dia sudah
sedar.Sebagai seorang doktor,dia hanya mampu menyelamatkan dan selebihnya
adalah kuasa Tuhan untuk menentukannya.
*****
Your
POV
Aku tersedar.Sepertinya aku telah
tidur dalam jangka waktu yang agak lama.Aku melihat sekeliling kawasan yang dindingnya
putih.Eh?Aku dekat mana ni?Hatiku berbisik.Aku juga melihat tangan kiriku yang
berselirat dengan wayar.
Aku memegang kepalaku.Berbalut!
Aku semakin cuak.Kenapa dengan aku
ni?
Krekkk...Bunyi pintu dibuka.Aku
memandang ke arah pintu.Muncul dua orang yang membuatkan hatiku terluka dan
dikhianati tanpa disedari.Jaejoong memegang sejambak bunga lily,manakala Eun Mi
pula membawa sebuah raga berisi buah-buahan.
Aku bangun dari posisi baring dan
membetulkan postur dudukku.Hatiku berasa geram dan marah!Semuanya
bercampur-baur. "Annyeong,Jihyun-sshi." sapa Eun Mi.Aku cuba
menunjukkan senyuman.
"Eun Mi,boleh tinggalkan kami
sebentar?" pinta Jaejoong.Eun Mi mengangguk sebelum meninggalkan aku dan
Jaejoong berdua.Raga yang dibawanya diletakkan di sebuah meja.
"Akhirnya awak sedar jugak.I'm really worried about you."
Jaejoong memulakan bicara.Aku memeluk tubuhku.Tidak mahu peduli.Huh...risau
konon!
"Pergilah!Saya
tak perlukan awak!" tanpa disedari,aku tercakap kata-kata yang aku kata
dalam hatiku.
Ekspresi wajahnya berubah riak.
"Wae?"
"I'm not yours anymore!" jeritku.Jaejoong cuba menyentuh
tanganku,namun aku mengelak tetapi tanganku naik ke pipi putihnya itu.Aku dan
dia terkejut. "What have you
done,Jihyun?!" Jaejoong cuba mengawal suaranya.Dia mengusap pipinya
yang kutampar itu.
"What?You cheated behind me!" aku membaling bantal.Aku mula
meneriak dan menjerit. "Impossible!I
never cheat or having other girl!I only love you!" Jaejoong membalas
dengan wajah yang cukup terluka.Aku menutup kedua-dua belah telingaku.
"Geojitmal!" jeritku lagi.
"Saya tak pernah tipu
awak." Jaejoong menundukkan wajahnya.
"Get out and I don't want to see your face again!Ever!" aku
menghalau dia keluar.Jaejoong memandangku untuk kali terakhir dan
beredar.Wajahnya cukup sedih,namun aku keraskan hati.He's not mine.
Jambangan bunga yang dibawanya aku
baling ke lantai.Benci!
Tiba-tiba pintu dibuka lagi.Muncul
Tiffany,Jessica dan Yunho. "What
have you done to your boyfriend?" tanya Tiffany dengan wajahnya yang
terkejut. "You say what?"
aku mengerutkan dahi. "Jae,kami nampak dia keluar.He's really sad!" balas Jessica. "No.He's not my boyfriend anymore.Bukan ke kita dah janji yang aku
takkan menderita sebab Jae lagi?" aku semakin keliru.
"Apa yang kau merepekkan ni?Bila
masa kau break dengan dia?" Yunho pula bersuara.Aku memandang mereka
bertiga. "Guys,bukan
ke...ah!" baru sahaja aku hendak berkata,kepalaku berasa sakit.
"Rest yourself.Kau baru je sedar dari koma.Sorry sebab semakkan fikiran kau.Bila kau dah pulih nanti,kita akan
bercakap pasal hal ni dengan lebih serius." ujar Jessica.Aku membaringkan
badanku ke katil. "Hmm..."
Mereka bertiga juga meninggalkan aku
keseorangan di tempat ini.Hospital.
*****
Dua hari selepas itu,Jessica dan
Tiffany datang semula untuk melawatku. "Kau sihat?" Jessica
berbasa-basi selepas kami berpelukan.Aku angguk. "Korang...kenapa korang
tak ingat pasal janji kita,masa tu aku tengah frust lepas break dengan
Jaejoong." tanyaku tanpa dapat disembunyikan lagi.
"Hah?Apa kau merepek ni?"
Jessica agak terperanjat. "Aku accident
sebab aku terlanggar pembahagi jalan masa pergi sebuah tempat."
ceritaku.Jessica dan Tiffany saling berpandangan antara satu sama lain. "Wait...apa ni?Kau accident dua minggu lepas,masa tu kau dalam perjalanan nak jumpa
Jaejoong." jelas Jessica dengan dahi yang berkerut.
Aku mulai keliru.
"Aku...kejap...I thought aku dengan
Jaejoong break up,sebab Jae mintak,dan lepas tu aku terjumpa Jaejoong
dengan Eun Mi di butik kita bertiga." aku memberitahu mereka.
Tiffany duduk di kerusi di
sebelahku,bersebelahan dengan Jessica.Dia memegang tanganku. "Kau ni
berhalusinasi ke apa?" dia kelihatan risau. "Tak!Aku tak tipu!Aku
nampak sendiri!Eun Mi nak beli gaun yang aku reka tu..." kataku dengan
serius.
"Seriously...you're imagining things..." Jessica membalas.Dia
menggelengkan kepalanya. "Stay here.Kami berdua akan berjumpa dengan
doktor." mereka berdua kelihatannya keliru dengan ceritaku.Ah!Mustahil aku
menipu!
*****
Jessica dan Tiffany kembali
semula,wajah mereka kelihatan gembira. "You're just imagine things which never happen." beritahu
Jessica. "Doktor kata,masa kau koma, mungkin kau bermimpi jadi kau akan
anggap perkara yang kau mimpikan memang berlaku bila kau sedar." Tiffany
menceritakan hal yang diperolehinya.
Aku memegang kepalaku. "Kau
masih lagi kekasih kepada Kim Jaejoong.Mustahil kalau Jaejoong nak bercinta
dengan setiausaha dia sendiri.Lagipun Eun Mi tu dah ada boyfriend." ujar
Jessica dengan senyuman lebar.
Aku bungkam.
Maknanya semua tu hanya mimpi
semata-mata?Oh Tuhan...kalau benar,maknanya Jaejoong memang tidak pernah
menduakan aku!Aku menekup bibirku.
"Kau ingat tak pada hari kau
nak jumpa Jaejoong tu,kau happy sangat,sebab dah lama tak jumpa
dia.Malangnya,kau mengalami kemalangan,kau terlanggar kereta orang lain."
cerita Jessica dengan wajahnya yang sedih.
Sejurus itu...ingatanku terimbas
terhadap hari yang menyebabkan aku kemalangan...
Aku
begitu gembira selepas menerima panggilan daripada Jaejoong.Dia sudah kembali
ke Seoul setelah sebulan menguruskan hal syarikatnya di London.Dia meminta aku
agar ke kafe yang sering kami kunjungi.
Aku
mula memandu dengan wajah yang cukup ceria.Oleh kerana jalan tidak terlalu
sesak,aku menambah kelajuan pemanduanku.Aku dan Jaejoong sudah lama
bercinta,jadi aku ingin Jaejoong melamarku sebagai isterinya.
Itulah
impianku sejak bercinta dengannya.Kedengaran agak bodoh,namun aku percaya
bahawa Jaejoong tidak akan mengecewakanku.
Namun...adakah
Jaejoong ingin berjumpa denganku kerana dia mahu meminta putus
denganku?Tidak!Tak mungkin!Aku cukup percayakan dia!Jihyun!Jangan fikir macam
tu!Hatiku berbisik.
Aku
cuba menenangkan diriku.Relaks...
Apabila
aku hendak membelok ke kanan,sebuah kereta memandu laju dan aku tidak dapat
berbuat apa-apa.Dumm!Bunyi hentakan yang agak kuat berlaku.Aku terlanggar
stereng dan seterusnya pandanganku menjadi gelap...
"Jihyun..."
"Hyunnie!" panggil Jessica
dan Tiffany. "Hah?" aku tersedar.
"Kau dah ingat ke?" tanya
mereka berdua.Aku mengangguk. "Omo... memang aku dah tersilap.Jaejoong
masih sayangkan aku.Masa hari kemalangan tu,aku terfikirkan kalau Jae nak
putuskan hubungan dengan aku...dan..."
"Semua tu terjadi dalam mimpi
kau." sambung mereka. "Ya." aku mengiakan.
"Now...kau dah semakin
sembuh,jadi esok kau dah boleh keluar." kata Tiffany dengan gembira.Aku
juga menunjukkan kegembiraan. "Tak sabar nak tunggu kau keluar,we miss you so much.Kemalangan tu
sedikit sebanyak buatkan kami terasa kehilangan seorang sahabat yang paling
kami sayangi..." luah Tiffany dengan sepenuh hati.
Aku terharu. "Awww...so sweet both of you."
Kami saling berpelukan.
*****
Walaupun Jessica dan Tiffany telah
memberitahu bahawa mereka akan mengambil aku setelah aku keluar daripada
hospital,aku mengambil keputusan untuk pulang sendiri dengan menaiki teksi.
Balutan di dahiku telah
dibuka,tetapi masih ada satu balutan kecil di bahagian yang belum dibuka kerana
kesan luka masih ada.
Aku menahan sebuah teksi.
"Ahjushi,boleh tak bawa saya ke Hero Corporation?" tanyaku pada
pemandu itu.Dia mengangguk.Aku terus menaiki teksi tersebut.Aku mengeluarkan
smartphone milikku.Beg tanganku telah diserahkan oleh Jessica,semasa dia
melawatku.
Aku menghantar mesejku kepada
Jessica dan Tiffany untuk memberitahu bahawa aku akan pulang sendiri dan ingin
menemui Jaejoong di syarikatnya.
Selepas sampai di hadapan bangunan syarikat
tersebut,aku terus masuk dan menuju ke arah lif.Aku menekan nombor lima untuk
berjumpa dengan Jaejoong.Suasana di syarikat itu tidak ramai,kerana sudah masuk
waktu lunch.
Setelah lif sampai di tingkat
lima,aku menapakkan kakiku di pejabat di tingkat tersebut.
"Jihyun-sshi?" aku terkejut.Lalu aku berpaling. "Eun Mi!Terkejut
saya!" aku berkata.Dia ketawa.
"Nak cari Jaejoong-sshi
ya?" dia meneka.Aku mengangguk. "He's not in good mood."
Eun Mi memberitahu dengan bisikan. "It's
okay.Saya masuk juga." aku terus menuju ke bilik pejabatnya.
"Eun Mi!Saya kata saya tak nak
jumpa dengan sesiapa bukan?!" jelas dia memang tidak ada mood yang baik
hari ini.Aku tetap berdiri di hadapannya,tidak mahu berganjak.Keadaan di dalam
bilik itu bersepah.
"Jae." sebutku.
Dia mengangkat kepalanya.
"Mwo?"
Aku menjadi kecut melihat wajah
garangnya. "Mianhae." ucapku dari hati.Dia memandangku dengan tajam.
"Itu je?"
Aku diam,sebelum mengangguk.
"Okey,awak boleh balik sekarang." aku tergamam mendengar nada dingin
dari percakapannya.Aku menanggalkan sebentuk cincin yang aku pakai sejak 5
tahun lepas. "Let's end this
relationship." nekadku.Cincin itu aku letakkan di mejanya.
"I'm sorry for my bad attitude when you came to visit me three days
ago.Misunderstood.But,this is a punishment that I should get after slapped
you.I hurted your pride.Thank you for everything.You're a good boyfriend that I
ever got." aku mengucapkan dengan rasa yang cukup bersalah.
Aku melangkah pergi dari
pejabatnya.Aku mengesat air mata yang menitis.
Di dalam lif,aku menangis sepuas
hati.Sedih.Mungkinkah akan ada lagi cinta untuk diriku ini?
Sewaktu aku mahu melangkah keluar
dari syarikat tersebut,kedengaran ada suara menjerit memanggil namaku.
"Jihyun!"
"Han Jihyun!" suara
Jaejoong.Aku tetap berjalan keluar,namun sempat Jaejoong memaut pinggangku
sebelum memelukku. "Don't go."
rayunya.Aku menggeleng. "Lepaskan saya." aku mahu pergi dari sini.Air
mataku semakin laju mengalir di pipiku.
"Tiffany,Jessica dan semua
orang dah cerita apa yang jadi pada awak.Awak ingat saya curang pada
awak.Tidak!Saya tetap setia pada awak.You're
my everything.Saranghae..." ujar Jaejoong dengan esakan.
"Mianhae...maafkan perbuatan
saya.I regret it." kataku.
"Yes,yes,and yes.I always forgive
you.Awak tak pernah salah,cuma awak salah faham.Awak terbawa-bawa dengan
mimpi yang awak alami semasa awak dalam keadaan koma.Saya dah faham dengan
situasi yang awak alami selepas awak sedar..." Jaejoong mengalihkan
pandanganku ke arahnya.
Mataku dan matanya saling
berpandangan.Dia memegang kedua belah tanganku. "I want to marry you."
bisik Jaejoong ke telingaku.Aku terpaku. "Jinjja?" aku tidak percaya.
"Yes.I'm serious.Dah lama kita
bersama,jadi saya nak simpulkan ikatan kita dengan sebuah perkahwinan yang
kekal abadi." jelas Jaejoong dengan senyuman.
Aku menunduk,dan mengangguk.Jaejoong
terus memikul dan dia berlari di hadapan
pintu masuk. "She will marry to me!"
jeritnya.Aku memukul bahunya.Malu!Ramai orang melihat kami dan ada yang menepuk
tangan.Dalam masa yang sama,aku juga gembira kerana masih ada sinar kebahagiaan
untuk aku kecapi bersama Kim Jaejoong,lelaki yang paling aku cintai.
End.
Friday.1:23
a.m.
24th
May 2013.
Hello ._. ermm,ni oneshot yang aku rasa agak pelik sikit lol,tapi ada plot twist sikit XD comments are needed.kalau confuse pun comment jelah lol~nanti aku boleh explain :3 lol tapi aku tk post sinopsis ff ni pun X)
0 comments:
Catat Ulasan