Khamis, 28 Mac 2013

Can I Love You? [Chapter 11]






Chapter 11

Gikwang POV

Aku terkaku di dalam lif.Eun Hee sudah meninggalkan aku sendirian.Aku pelik kerana Eun Hee langsung tidak menolak,memukul atau menamparku.Aku meraup mukaku sambil mengeluh.Aku menekan butang nombor tujuh,naik ke dorm Beast.

Sewaktu aku keluar dari lif,aku lihat Dongwoon berdiri di depan pintu lif. “Aku tahu ada sesuatu yang terjadi antara korang berdua,” katanya.

“A...aku minta maaf,” aku meminta maaf.Aku tahu,perbuatanku pada Eun Hee boleh merosakkan persahabatan antara aku dengan Dongwoon.

“Aku tahu kau pun sukakan dia,tapi jangan lupakan Eun Hee,dia akan kembali pada bila-bila masa,” beritahu Dongwoon.Aku terkejut.Eun Hee akan pulang? “Dia ada beritahu kau ke?!” aku tidak dapat menyembunyikan perasaan terujaku.

“Tak.Aku cuma dapat jangka aje,masa saja akan menentukan bila dia akan pulang,dan dia akan tuntut satu penjelasan dari kau,” aku tidak faham.Penjelasan dari aku?Apakah maksudnya?

“Apa maksud kau?”

“Kau akan tahu nanti,when time comes,” dia melangkah meninggalkan aku di luar lif.Aku kebingungan...

*****

Eun Hee POV

Aku melihat jam di dinding bilik.Sudah hampir ke pukul 10 pagi.Ahh...aku dah lambat...Aku mengeluh.Badanku dibalut dengan selimut.Entah mengapa aku rasa seram sejuk walaupun matahari sudah naik.

Aku mendemah dahiku sendiri.Panas!Aduh,time begini jugak aku nak jatuh sakit.Sudahlah aku tinggal sendirian,jadi tiada sesiapa yang akan menjagaku.Aku cuba mendial nombor telefon abangku,Jung Soo walaupun kepala terasa pening.

“Yeoboseyo?Eun Hee-ah?”

“Oppa...” suaraku lemah. “Kenapa ni?” tanya Jung Soo. “Oppa boleh tak datang rumah.Eun Hee tak sihat,” aku menyuruh dia datang ke rumahku. “Oh...okey.Nanti oppa ajak Sora unnie sekali,” dia membalas.Aku mengiyakan sahaja,selepas itu aku tertidur semula.

Gikwang POV

          Aku memandang pintu bilik kuliah dengan tajam.Suara pensyarah yang sedang mengajar tidak langsung masuk ke telingaku.Mana Eun Hee?Kenapa dia tak datang lagi? Aku menanya dalam hati.

          Aku mengerling jam di tangan.8.50 pagi.

          Aku mengalihkan pandanganku ke arah tempat duduk yang kosong di sebelah Hye Sun.Keluhan dilepaskan.

          Adakah Eun Hee tidak hadir hari ini kerana hal semalam itu?!Dia merasakan bahawa aku telah membuatkan dia berasa malu dan terhina kah?

          Aku memegang dahi.Apa yang aku dah buat ni?!Yahh!Lee Gikwang!!!

          “Lee Gikwang?Kenapa dengan kamu ni?” tegur pensyarah yang memandangku.Aku tersedar. “Urmm...saya tak sihat,prof,” balasku.Ah!Hentam sajalah!Pensyarah itu memandangku.

          “Ohh...kamu nak berehat di bilik rawatan ke?” tanya pensyarah itu padaku.Aku mengangguk.

          “Baiklah,saya benarkan.” aku terus bangun dan beredar dari dewan kuliah.Aku berjalan-jalan tanpa arah.Jadi...apa aku nak buat sekarang ni?

          Aku mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarku.Aku menghidupkan telefon bimbit semula dan terus mendial nombor telefon Eun Hee.Namun hampa kerana masuk ke mailbox.

          Aku membuat keputusan untuk mencari maklumat tentang Eun Hee di pejabat dekan.

          Ketika aku masuk ke pejabat dekan,tiada seorang pun yang ada di tempat tersebut.Aku terus menaip nama Eun Hee di komputer.


Student Information

  Full Name:Park Eun Hee
Date of Birth:15 June 1990
Birth Place:Seoul,South Korea
Previous High School/University Education:
1.Shinhwa High School
2.Tokyo University



          Aku terkejut dengan maklumat peribadi milik Eun Hee.Tarikh lahirnya dan tempat dia belajar semasa di sekolah menengah adalah sama seperti kekasihku yang sedang menghilangkan dirinya.Aku terduduk di depan komputer itu.

          Jadi...adakah Eun Hee adalah Park Eun Hee yang menghilang selama beberapa tahun ini?

          Aku memeriksa alamat rumahnya yang terkini sebelum meninggalkan pejabat dekan dengan perasaan yang bercampur baur.Eun Hee...siapakah kau sebenarnya?Kau tipu aku ke?Atau sememangnya ada kesilapan yang berlaku?

          Aku menuju keluar dari kawasan universiti dan menahan sebuah teksi.

          “Boleh ahjusshi bawa saya ke alamat ni?” aku menunjukkan alamat rumah yang aku sempat catatkan pada secebis kertas.Pemandu teksi itu mengangguk.

          Aku cuba untuk menenangkan diriku.

          Aku tidak sabar untuk mengetahui perkara sebenar mulut dari Eun Hee sendiri.Aku harus menyelesaikan kekeliruan dan kebenaran yang aku sedang alami.

*****

Eun Hee POV

          Aku berkubang di katilku bersama selimut tebal.Sungguh aku rasa sejuk sangat.Walaupun malam semalam aku pasang aircond pada suhu minimum.Hidungku juga seakan-akan tersumbat.Semuanya terasa tak boleh berfungsi dengan baik.

          Macam manalah aku boleh demam ni?

          Telefon bimbitku berbunyi. “Hello?”

          “Eun Hee-ah,macam mana oppa nak masuk?” suara Jung Soo,abangku menanya.Pastinya dia dah sampai.Aku terdiam.Macam mana oppa nak masuk?Padahal aku kunci pintu...

          Arghhh...terpaksalah bangun...Aku cuba untuk bangun dan berjalan sambil membalut tubuh badan dengan selimut tebal.Kunci pintu rumah dicapai di tepi meja solek.Aku berjalan dengan perlahan.Pening pulak bila berjalan ni...

          Aku membuka kunci pad lock dan membuka pintu.Muncul abangku berserta kakak iparku,Kang Sora.Mereka berdua agak terkejut melihat keadaanku yang berbalut macam sushi gergasi.

          Kakak iparku membantu aku masuk ke dalam bilik.Aku membaringkan badan ke katil dan aku menghela nafas. “Unnie...” aku merengek.Sudahnya...aku menjadi seperti kanak-kanak kecil.

          Sora mendemah dahiku. “Panas sangat ni...”

          “Yeobo!Tolong sediakan air dengan kain!” arah kakak iparku itu pada abangku yang sedang berada di ruang tamu. “Okey!” abangku membalas.

          “Susahnya bila sakit tak ada orang nak jaga...kan bagus kalau dari awal-awal lagi Eun Hee tak pindah keluar,tinggal je dengan kami.” ujar Sora dengan kerisauan.Aku tersenyum simpul.Tak tahu nak balas apa.

          Aku sendiri ingin berdikari.Lagipun,papa dah berikan sebuah rumah untuk aku.Mungkin sebab aku ni pun jenis yang tak berapa pentingkan kesihatan jadi bila sakit memang tak ada siapa boleh jaga aku.

          Kain yang kering diletakkan ke dalam bekas yang berisi air dan diperah lalu kain tersebut diletakkan ke dahiku.Aku memejamkan mataku.

          “Kamu mesti belum makan,bukan?Unnie dah masak bubur dan sup reneh ayam untuk kamu.Lepas tu,makan panadol.Kamu mesti makan ubat kalau nak cepat sihat,” dia menunjukkan bekas berisi bubur dan sup renehan berisi ayam dan sepaket panadol.

          Aku membuat muka.Sejak kecil,aku paling tak suka makan ubat.Aku jarang sakit,tapi bila sakit memang teruk jadinya.

          “Jangan nak buat muka sangat,telan aje ubat tu.” kata abangku,Jung Soo.

          “Oppa...I hate medicine...” aku seakan ingin menangis.Jung Soo dan isterinya saling berpandangan.Mereka tersenyum pula.

          “Makanlah ubat...kamu nak sihat bukan?” abangku cuba memujuk.

          Aku mengalah. “Fine!”

          “Yes!Makan bubur dulu!” kakak iparku menuangkan bubur dari bekas ke dalam sebuah mangkuk yang diambil oleh abangku dari dapur,mungkin.Aku rasalah...Aku bangun sedikit dan mula makan.

          “Hati-hati...panas lagi tu...” kata abangku.

          “Eun Hee tahulah!” aku menjeling abangku.Aku menyuap sedikit bubur ke mulutku.Sehingga kali ketiga aku sudah tidak mampu menelan bubur lagi. “Makanlah sikit lagi...” kakak iparku cuba mendesak.Aku menggeleng.

          Gelas berisi air putih dihulurkan oleh abangku.Aku meneguk dengan rasa dahaga. “Makan ubat pulak.” usik abangku.Aku memuncungkan bibirku.

          Dua biji panadol diberikan padaku.Aku memandang panadol tersebut dengan rasa hendak termuntah.Dengan sekali telan,aku meneguk air putih dengan banyak sebelum menelan kesemuanya.
         
          “Urghh...seksanya,” rungutku.

          “Kamu ni...makan ubat memang kamu rasa terseksa!” kata abangku dengan selamba.

          Kemudian,aku baring semula.Rasa lemah semula.

          Ting tong!Bunyi loceng rumah berbunyi.

          “Siapa pulak yang datang ni...” aku merungut lagi.

*****

Author POV

          Jung Soo membuka pintu rumah dan mendapati adiknya,Jung Min di luar rumah. “Annyeong,hyung!” Jung Min memberi senyuman lebar pada abangnya.Sudah lama dia tidak menemui abang sulungnya itu.

          “Annyeong...eh,macam mana kamu tahu alamat rumah Eun Hee?” tanya Jung Soo pada adiknya. “Papa yang bagi alamat,sebab saya nak lawat Eun Hee.Tak sangka pulak hyung datang sini...” balas Jung Min.

          “Ohh...sebenarnya Eun Hee tengah demam...Jadi...” belum sempat Jung Soo menghabiskan ayatnya,Jung Min sudah berlari masuk ke dalam rumah Eun Hee dengan keadaan yang sungguh terkejut.

          “Eun Hee!Kamu okey ke?!” jerit Jung Min.Jung Soo hanya mampu menggelengkan kepalanya. “Masih sama macam dulu.” katanya.

          Di dalam bilik Eun Hee,Jung Min memeriksa adiknya itu. “Oppa...janganlah...Eun Hee dah makan ubat tadi.I’m sleepy...” Eun Hee berkata dengan lemah.Jung Min memuncungkan bibirnya.

          “Aishh...kamu ni...jagalah diri tu elok-elok...” Jung Min mengeluh.Jung Soo dan isterinya berpandangan.Mereka juga mengiakan kata-kata Jung Min yang berbaur nasihat itu. “Hmm...” Eun Hee sudah mamai kerana kesan ubat yang dimakannya.

          “Biarkan dia berehat.Jom kita berbual dekat luar.” ajak Jung Soo.

          Jung Soo,bersama isterinya dan Jung Min keluar menuju ke ruang tamu.Rumah ini dibeli oleh papa untuk adik mereka,Eun Hee.Bagi papa,dia mahu Eun Hee tinggal di rumah ini,memandangkan Eun Hee telah pulang ke Korea dan tidak lagi akan meninggalkan mereka dengan tiba-tiba lagi.

          Peristiwa Eun Hee yang tiba-tiba membawa diri ke Jepun amat mengejutkan mereka sekeluarga.Pada waktu itu,mereka tidak tahu apa yang terjadi,namun setelah Jung Min menanya sepupu mereka,Dongwoon fahamlah mereka akan situasi yang berlaku ketika itu.

          “Hyung,Eun Hee masih berjumpa dengan Gikwang tu ke?” tiba-tiba Jung Min menanya tentang Gikwang.

          “Entah,tak tahu pulak.” jawab Jung Soo.


Akhirnya...setelah lama tak update fanfic ni...aku update juga ;~; kali terakhir aku update fanfic ni masa awal bulan Jun last year -.- fuhh,gila lama...sorry ;~; sebenarnya aku memang nak habiskan cepat-cepat fanfic ni,sebab aku rancang chapter utk fanfic ni tak sampai 20 chapter...aaaa...so ada lagi 4 chapter rasanya...ahaha -.- aku rancang nak buat fanfic gikwang lagi lol tapi tunggu nanti,sebab banyak lagi fanfic tertangguh u_u" kbaii...


Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: