Isnin, 19 Disember 2011

Two shot fanfic:Found You [Chapter 1] (Edited Version)






Annyeong haseyo! *bow* I'm so sorry,sebab post chapter 1 two shot ni untuk kali kedua,sebab  aku sebenarnya tertinggal scene-scene yang sepatutnya ada dalam chapter ni.Kalau korang dah baca,kenalah baca sekali lagi,sebab ni edited version ^^ Jeongmal mianhaeyo~ *bow again*

 Found You/My Girlfriend Is A Stalker


 Chapter 1

Your POV

Aku amat mengagumi seniorku,Kim Jaejoong.Aku menyukai dia sejak kami masih di bangku sekolah.Aku dan dia memasuki universiti yang sama,cuma kami mengambil jurusan yang berlainan mengikut minat masing-masing.

“Kyaa!Oppa!” tiba-tiba ada salah seorang gadis menjerit,sekaligus menarik perhatianku yang sejak tadi hanya berangan tak sudah ke penghujungnya.Aku tersedar kerana jeritan itu.Aku meninjau ke luar kafeteria.

Ramai gadis sedang berkumpul di perkarangan universiti.Aku bangun dan membawa kamera DSLR kesayanganku bersama.Aku cuba mendekati mereka.Suasana yang dikecoh itu diiringi dengan sesi tolak-menolak.Jeritan menjadi lebih kuat.Membuatkan aku terpaksa menekup telingaku.

Perghh!Boleh pekak beb!

Munculnya Kim Jaejoong dengan pakaian yang sungguh segak.Ish,sebenarnya dah terlebih segak,kerana wajahnya yang kacak dan tubuhnya yang sasa itu.//hoho

Aku tidak melepaskan peluang yang ada ini,jadi aku terus menangkap gambarnya sebanyak mungkin.Flash kameraku disetkan kepada off,agar dia tidak sedar bahawa aku sedang menangkap gambarnya itu.Hahaha...

Opss!

Dia memandang tepat ke arahku.Aku tersentak kecil.Segera aku melarikan diri ke kafeteria semula.Fuhh!Hampir-hampir terkantoi dengan dia.Namun nasib baiklah aku sempat sorok aku punya kamera DSLR tu,kalau tidak...habislah kamera aku tu dirampasnya.

Aku mengerling jam tanganku.Jarum jam sudah menghampiri ke pukul 9 pagi.Kelas pertama pada pagi ini akan bermula pada pukul 9:30 pagi.Bermakna,aku mempunyai 30 minit untuk melepak di kafeteria.Hehe

Hmm..bosan pulak...

Sandwich yang kubeli sudah selamat aku telan ke dalam mulut... //err,abaikan jelah

“Yeon Rin...” Changmin menegurku.Dia merupakan rakan sekelasku,kami sama-sama belajar dalam satu jurusan yang sama,iaitu bidang perubatan.

“Yo!” aku membalas,dengan ledakan tawa di bibirku.

“Kau stalk hyung lagi ke?” soal Changmin,dia sudah mengambil tempat di depanku.Cehh!Macamlah dia tak tahu dengan aktiviti wajib aku tu,eh!Terlebih wajib sebenarnya!Kononnya hendak mengisi masa lapang yang terluang tu...hehe

Aku mencebik kemudiannya.

“Kau dah makan?” soalnya.Aku mengangkat kening. “Tak nampak ke bekas sandwich ni?Ish kau ni,Minnie...” aku menggeleng kepala.Dia tersengih seperti kerang busuk,dan menggaru kepalanya itu.

“Hmm...lagi setahun je kita nak habiskan course ni,” ujar Changmin,dengan santai.Dia memandang ke arah luar kafeteria.Nampaknya,masih ramai lagi peminat Kim Jaejoong yang sedang berpusu-pusu hendak mengejar dia.

“Yup...lepas ni aku nak sambung belajar lagi.Dalam peringkat master,kalau boleh aku nak sampai peringkat PhD.” aku memberitahu akan angan-anganku untuk belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Iyelah tu.Tak sampai master pun,kau dah nak kahwin dah,” kata Changmin sambil ketawa. “Apa kau merepek ni,Minnie?Kena sampuk ke?” aku mencubit lengannya. “Mana ada aku merepek!Apa yang aku cakap ni betullah!Mana tahu kalau suatu hari nanti kau akan kahwin,” nampaknya dia sudah melalut tahap gaban.Eii...nak je aku cepuk budak sorang ni...sabar jelah...

“Kalau dengan Kim Jaejoong,aku sudilah...” tanpa disedari aku terlepas cakap depan Changmin. “Apa kau cakap,Yeon Rin?” tanya Changmin. “Ahh,takde apa,” aku menggeleng.Menidakkan apa yang aku kata sebentar tadi.

“Mungkin dah tiba masanya untuk kau cari teman lelaki,” cadang Changmin tiba-tiba. “What?Ish...kau jangan nak meraban pagi-pagi buta ni,” aku terkejut dengan cadangannya. “Hei,janganlah terkejut beruk.Aku cuma cadang je.” katanya.

Hmm...teman lelaki...

Sejujurnya,aku hendakkan seorang teman lelaki yang seperti seniorku,Kim Jaejoong.Ahh!Mana mungkin!Kerana aku takut,suatu hari nanti,aku akan hilang rasa suka dan cinta pada si dia,dan mengharapkan cinta lain.

“Apa kata,kau jadikan aku sebagai teman lelaki kau je?”

Entah kenapa,aku terasa hendak tergelak dengan kata-kata Shim Changmin itu.Beria-ia benar hendak jadi teman lelakiku.Desperate sangat ke?

Aku tertawa. “Hei,tak kelakarlah,Yeon Rin!” dia memarahiku. “Okay,aku rasa baik kau lupakan niat suci kau nak jadikan aku sebagai girlfriend kau...” aku menepuk bahunya.

Aku menunjukkan tanda peace pada dia,sebelum mengajak dia ke kelas.Lagi 10 minit,kelas pertama akan bermula.Kami sama-sama bergerak ke kelas.

*****

Jaejoong POV

Aku keluar dari keretaku. “Kyaa!Oppa!” jeritan daripada seorang gadis membuatkan aku mendengus kecil.Ahh...aku kena layan mereka dengan sebaik mungkin...

“Oppa!Saranghae!” ucap si gadis yang sedang menghulurkan buku nota dan pen untuk aku tandatangan.Aku cuma tersenyum.Ada yang meminta aku untuk bergambar bersama mereka,dan bermacam-macam lagi.Jeritan mereka membuatkan aku terpaksa menadah telingaku ini.

Ada sesuatu yang membuatkan aku mengalihkan tumpuanku,aku memandang ke arah depanku.Seorang gadis berambut panjang,rambutnya diikat satu,memakai cermin mata agak kaget melihatku,dan sebelah tangannya seperti menyembunyikan sesuatu.

Dia terus berlari ke arah kafeteria.Heh...dasar peminat,aku berdesis dalam hati.Aku kembali melayan peminat-peminatku.

Selesai melayan kerana mereka,aku melangkah masuk ke kelas.Mujurlah pada waktu itu pensyarah tiada di dalam kelas.Yoochun,Yunho dan Junsu sedang bersembang sesuatu. “Hey!” aku menegur mereka.

“What’s up,dude?” balas Yoochun dengan pertanyaan,mewakili Yunho dan Junsu. “Penat.Aku layan peminat tadi,” aku menarik nafas.Mereka bertiga gelak. “Lawak ke?” aku agak tidak berpuas hati.

“Ish,hyung ni,kan hyung popular dekat universiti ni,so kalau kena kejar dengan peminat,itu biasalah...asam garam sebagai seorang pelajar popular,” ujar Junsu dengan iringan tawa.Aku mengangkat bahu. “Hmm...” aku menggumam kecil.

*****

Tamat kelas,aku melangkah ke arah padang universiti.Ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berlatih untuk perlawanan bola sepak antara universiti.Aku meninjau di sekitar padang itu.Aku menghalakan pandangan ke arah lain.

Terdapat seorang gadis yang sedang duduk di sebuah bangku yang terletak yang tidak jauh dari tempat aku berdiri.Dia sedang memegang kamera DSLR,dengan senyuman yang terukir di bibir merahnya.

Seperti ada sesuatu yang membuatkan dia leka melihat apa yang ada di dalam kamera itu.Dia tidak langsung mengendahkan apa-apa di sekelilingnya,kerana dia ada di dalam dunianya sendiri.

Angin yang bertiup menerbang rambut panjang gadis itu.Dia menyelak helaian rambutnya yang ditiup angin.Aku terpaku melihat dia.Sungguh mempesonakan.Tanpa aku sedari,kaki sudah melangkah ke arahnya.

“Annyeong,” aku menegur.Ada sedikit gugup.Gadis itu memandangku,namun dia seolahnya tidak nampak aku di hadapannya.Lalu dia mencapai cermin mata yang terletak di sebelah begnya. “Ahh...Jaejoong-ssi,” dia menundukkan wajahnya.

“Apa awak tengah buat tu?” tanyaku dengan perasaan ingin tahu.

Gadis itu menyimpan semula kamera DSLR milinya. “Ermm,personal things,” balas gadis itu dengan perlahan.Aku agak kecewa sedikit,kerana tidak dapat melihat apa yang ada di dalam kamera milik gadis itu.

Pastinya ada yang menarik di dalam kamera itu...aku menggumam dalam hati.

Pap!

Secara tiba-tiba saja,ada sebuah bola melayang ke arah kami,dan mengenai ke arah gadis itu.Gadis itu sudah rebah di sebelahku.Aku terkejut melihatnya.Salah seorang pemain bola yang berada di situ terus memberi bantuan.

Aku bergegas mengangkat gadis itu ke bilik rawatan.

*****

Your POV

Aku tersenyum melihat wajah kacak Jaejoong yang kuambil secara curi-curi. “Annyeong,” ada seseorang menyapaku.Suaranya yang serak-serak basah itu,mengingatkan aku terhadap seseorang.Aku memandang ke sebelah.

Kabur.Aku mencapai cermin mataku,kerana aku ni rabun.Haha...jauh sikit pun tak nampak.

Aku terkejut melihat wajah seniorku,Kim Jaejoong yang ada di depan mataku. “Ahh...Jaejoong-ssi,” aku menundukkan wajahku. “Apa awak tengah buat tu?” dia menanyaku.Aku menyimpan semula kameraku ke dalam begku.

Dia hanya memandang tingkahku itu. “Ermm,personal things,” balasku.

Pap!

Aku tidak perasan dari mana arah bola itu datang.Dan selepas itu,aku tidak sedarkan diri.

**

Aku tersedar.Aku membuka sedikit mataku.Aku lihat sebuah bilik berwarna putih,aku melihat katil yang sedang kubaring ini.Pelik.Kenapa pulak aku boleh ada dekat sini?Bukan ke aku dekat padang tadi.

“Doktor,macam mana dengan dia?” telingaku menangkap suara yang menanya. “Cik Jung cuma mengalami lebam di dahi.Kerana,lantunan bola tu agak kuat.Cuma saya nasihatkan agar dia berehat untuk beberapa hari,” ujar satu suara yang lain pula.

Dahi aku?Aku menyentuh dahiku. “Auww!” aku terjerit kecil. “Awak janganlah sentuh dahi awak tu!” Jaejoong memarahiku.Dia memegang tanganku.Eh?Jaejoong pegang aku?Oh My God!Kim Jaejoong pegang tangan aku!

“Berehatlah,” pesannya lagi.Aku mengangguk.Aku cuba melelapkan mataku.

“Yeon Rin!” ada jeritan yang menyinggah ke telingaku.Munculnya Yunho,abang saudaraku.Wajahnya mengukir kerisauan terhadapku. “Hisy!Senyaplah sikit!Kesian dia nak rehat,” marah Jaejoong pada Yunho.Yunho tersengih.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” tanya Yunho pada Jaejoong,aku memejamkan mataku,tidak mahu melihat aku mendengar apa yang mereka bualkan. “Tadi,ada budak universiti berlatih bola dekat padang.Bola tu terkena dahi Yeon-Rin,” beritahu Jaejoong.

“Aigoo...mesti sakitkan?” Yunho berkata.Jaejoong mengetuk kepala Yunho. “Mestilah sakit!” kata Jaejoong dengan sakit hati.Ingin saja aku gelak ketika ini.Sebenarnya,aku curi-curi melihat mereka.

*****
Jaejoong POV

Aku menunggu doktor yang merawat gadis itu selesai memeriksa dan merawat.Aku terpandangkan beg yang aku ketahui,milik gadis itu.Aku tersenyum senyuman yang mempunyai maksud tersendiri.

Aku membuka zip begnya.Aku mengeluarkan kamera DSLR.Aku memeriksa apa yang ada di dalam kamera itu.Aku tidak menyangka bahawa di dalam kameranya itu ada gambar diriku sendiri.Gambar sewaktu pagi tadi pun ada.

Gadis tu...dia minat akukah?

Mungkinkah dia gadis yang aku lihat pagi tadi?Kemungkinannya agak tinggi,kerana gadis itu berambut panjang dan bercermin mata.Aku melihat buku nota yang tertulis nama gadis itu.

Jung Yeon Rin

Aku menyebut namanya perlahan.Muncul doktor yang merawat YeonRin. “Doktor,macam mana dengan dia?” aku terus menanya doktor itu. “Cik Jung cuma mengalami lebam di dahi.Kerana,lantunan bola tu agak kuat.Cuma saya nasihatkan agar dia berehat untuk beberapa hari,” ujar doktor itu.

“Auww!” aku terdengar Yeon Rin menjerit kecil. “Awak!Janganlah sentuh dahi awak tu!” aku menegah Yeon Rin.Tanpa disedari,aku memegang tangannya.Lembut jugak tangan dia ni...hehehe //lol -.-

“Berehatlah,” pesanku.Dia mengangguk.Sebelum melelapkan matanya.

“Yeon Rin!” munculnya Yunho di muka pintu bilik rawatan.Aku memandang Yunho dengan pelik.Apa hubungan Yeon Rin dan Yunho? “Hisy!Senyaplah sikit!Kesian dia nak rehat,” marahku pada Yunho.Yunho hanya tersengih.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” tanya Yunho pada ku “Tadi,ada budak universiti berlatih bola dekat padang.Bola tu terkena dahi Yeon-Rin,” aku menceritakan hal yang berlaku sewaktu aku dan Yeon Rin berada di padang.

“Aigoo...mesti sakitkan?” Yunho berkata.Aku terus mengetuk kepala Yunho. “Mestilah sakit!” aku membalas dengan rasa sakit hati. “Dahlah,jom kita keluar.Biar Yeon Rin rehat,” aku mengajak Yunho keluar.

“Take care,Yeon Rin!” kata Yunho sebelum aku mengheret dia keluar.Aku dan dia menuju ke kafeteria.

Changmin mendekati kami berdua. “Hyung!Macam mana dengan Yeon Rin?” dia menyoal dengan perasaan cemas. “Dahi dia cuma lebam je,tapi dia kena berehat secukupnya,” aku memberitahu.Kenapa Changmin juga risau akan gadis itu?

Adakah Yeon Rin adalah kekasihnya?

“Ermm,macam kamu kenal Yeon Rin?” aku tanya Changmin. “Ah,kami satu jurusan.Kami memang rapat since mula-mula belajar kat sini,” balas Changmin dengan senyuman. “Kau pulak?” aku pandang Yunho.

“Dia adik saudara aku.” tenang Yunho menjawab.Aku mengangguk,puas hati dengan kedua-dua jawapan yang diberikan.Entah kenapa aku rasa lega,kerana mereka tiada hubungan lebih daripada seorang kawan dan abang saudara.

Aku akui,Yeon Rin memang cantik.Walaupun dia selalu memakai cermin mata.Penampilannya pun tidak menampakkan dia terlalu nerd,biasa saja,mengikut perkembangan fesyen terkini.

Ada seseuatu yang ingin kutanya pada Yeon Rin,tapi aku akan tanya gadis itu,selepas dia sudah sihat.

*****

Beberapa hari kemudian...

Your POV

Aku memegang dahiku.Kini,tampalan sudah ditanggalkan,cuma aku tidak suka dengan parut akibat lebam itu.Erghh...nampak hodoh.Hubungan aku dengan seniorku itu,makin rapat dari hari ke hari.

“Yo!” aku disergah.Aku terkejut,sehinggakan aku hampir terjatuh dari kerusi yang kududuki.Iringan tawa dari seseorang membuatkan aku semakin sakit hati.Aku menjeling Kim Jaejoong.

“Aigoo!Sunbae!Saya hampir nak jatuh tau!” aku pura-pura marahkan dia.Dia membuat muka kesian.Hatiku berdegup kencang.Erkk...apakah?Kenapa tiba-tiba pulak ni?Adakah kerana muka kesian dia tu nampak sungguh comel?

Dia masih mengekalkan mimik muka yang sama sejak tadi.Ahh...hatiku makin tidak keruan melihat dia begitu. “Yahh!Tak payah muka macam tu!Awak tak hansem kalau macam tu!” aku mengejek dia.Serta-merta,dia memberikan reaksi tegang.Dia bangun meninggalkanku di kafeteria sendirian.

Aku bersalah ke?

*****

Jaejoong POV

Aku lihat Yeon Rin seperti leka dengan dunianya sendiri.Ahh...gadis itu memang selalu begitu.Pantang ada masa yang terluang,pasti berangan entah ke mana...Aku mengambil kesempatan ini dengan menyergah dia.

“Yo!” aku menyergah Yeon Rin.Dia hampir terjatuh dari kerusi yang dia duduki.Aku ketawa.Dia menjelingku.Comel betul dia masa jeling tu.Nak je aku cubit pipi dia tu.Ish..hahaha

“Aigoo!Sunbae!Saya hampir nak jatuh tau!” dia memarahiku.Aku membuat muka kesianku padanya.Kononnya nak dia kesiankan aku.Namun,sangkaan aku meleset.Dia tidak cair langsung dengan muka kesianku itu.

. “Yahh!Tak payah muka macam tu!Awak tak hansem kalau macam tu!” dia memarahiku,seperti mengejek saja.Serta-merta aku membuat wajah dingin.Aku terus bangun dan meninggalkan dia.

Aku melangkah ke perpustakaan.Aku terlanggar seorang gadis.Jessica! “Ahh,Jaejoong,” dia tersenyum ke arahku.Aku membalas senyumanku padanya. “Jessica,lama tak nampak awak,” aku berkata.Dia ketawa. “Saya busy dengan study.” balasnya.

“Hmm,jomlah kita berbual kejap dekat kafeteria.” ajakku. “Okey je,” dia bersetuju tanpa sebarang bantahan.Kami berdua berjalan ke arah kafe.Ketika itu,kelibat Yeon Rin tiada lagi di kafeteria universiti.Mungkin dia ada kelas.

“So,awak punya dah nak habis semester ke?” tanyaku. “Lebih kurang macam tulah.Sebab dah empat tahun dah saya belajar.Lagi dua minggu dah nak exam final.So,sebab tulah saya dah jarang melepak,saya selalu luangkan masa dekat library je,” terang Jessica,sambil bermain-main dengan rambutnya.

Aku mengangguk. “Samalah kita,saya pun dah nak habis semester dah.Cuma exam je belum.” aku membalas.Jessica merupakan salah seorang kawanku sejak kami mula memasuki universiti ini.

Leka berbual dengan Jessica,membuatkan aku terlupa seketika tentang rasa marahku pada Yeon Rin.

*****

Your  POV

Aku mengikuti langkah Jaejoong ke perpustakaan.Tiba-tiba langkahku terhenti apabila ternampak Jessica,yang juga seniorku.Aku tidak berapa suka akan Jessica kerana perangainya yang gedik semacam.Yunho juga sukakan Jessica.

Ish...benci aku tengok Jaejoong yang melayani Jessica dengan baik itu.Menyampah pula dengar dia cakap yang dia busy dengan preparation untuk final exam.Padahal dia sibuk mengorat budak lelaki di universiti.

“Hmm,jomlah kita berbual kejap dekat kafeteria.” ajak Jaejoong.Aku membulatkan mataku.Amboi...main ajak je minah tu,bukannya nak ingat aku ni!Aku rasa kecil hati pula dengan Jaejoong.

Si Jessica tu pula pantang diajak,terus saja bersetuju.Aku yang bersembunyi di luar perpustakaan hanya mampu makan hati jelah.Aku mengeluh kecil sebelum berjalan ke arah padang universiti.

“Jung Yeon Rin!” panggil Changmin. “Changmin?” aku pandang ke belakang.Dia tersenyum.Kelihatan Yunho,Yoochun,Junsu sedang berbual di sebuah bangku.Aku berjalan ke arah mereka. “Hei,Yeon Rin!” Yunho memelukku erat.

“Oppa!” aku melepaskan pelukan.Yoochun dan Junsu ketawa. “Mana Jaejoong?” tanya Yoochun padaku.Hatiku sakit apabila mengingatkan perkara tadi. “Dia dekat kafeteria,dengan Jessica.” hendak tak hendak saja aku menjawab pertanyaan Yoochun.

“Wooo...ada orang jealouslah,” usik Junsu.Aku memukul bahunya. “Yahh!Apa ni?Bila masa pulak aku cemburu hah?” aku memarahi Junsu.Junsu ketawa kuat.Aku mendengus kecil.Erghh!Aku memang cemburu.Sangat!Aku tak suka tengok Jaejoong rapat dengan perempuan lain.

“Apa kata,nanti lepas habis kelas.Kita pergi lepak dekat mana-mana?” ajak Yunho. “Boleh je!Oppa,Yeon Rin nak pergi Lotte World!” aku memberitahu. “Aigoo...kamu tu kan dah besar,buat apa nak main kat sana?” bantah Yunho.Aku memuncungkan bibirku. “Kalau tak nak,tak payahlah!” aku menghentak kaki,lalu beredar dari situ.

“Yeon Rin!Janganlah merajuk!Nanti marah pulak omma!” Yunho mengejarku.Aku mengukirkan senyuman kecil,lalu aku melajukan langkah kakiku,tanpa disedari,kami berlari di sekeliling padang.Akhirnya aku menyerah kalah,kerana penat berlari. “Lari lagi...padan muka!” Yunho berkata,sambil menarik nafas.

Aku ketawa. “Nasib baik oppa pujuk saya!Kalau tidak,dah lama Yeon Rin bagitau omma!Suruh omma marah oppa!” aku ketawa lagi.Geli hatiku melihat Yunho yang memang takut,jika aku merajuk,dan mengadu pada omma.

“Aishh!Kamu ni kan!” dia mengusap rambutku.Menyebabkan aku memukul tangannya.Aku membetulkan rambutku yang sudah berserabut.Dia gelak. “Jadi,nak pergi Lotte World tak?”

Aku mengangguk kepala. “Of course!”

Kemudian,aku meminta diri,bersama Changmin,untuk masuk ke kelas.

*****

Jaejoong POV

Sewaktu bersembang dengan Jessica,aku terlihat Yeon Rin sedang berlari,seperti bermain kejar mengejar bersama Yunho.Entah kenapa aku rasa hendak saja mendekati Yeon Rin dan Yunho,bersama-sama bermain di padang itu.

“Jaejoong,” panggil Jessica. “Ya?” aku kembali memandang Jessica. “Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”

“Ermm,maaf.Tadi saya tak dengar,apa dia?” aku memohon maaf kerana kelekaanku. “Saya nak pergi Lotte World,lepas ni,awak boleh tak teman saya?” tanya Jessica,dengan merayu. “Err,boleh jugak,” aku terus bersetuju.Jessica senyuman lebar. “Nanti kita pergi sama-sama ya?” ujar Jessica.Dengan penuh mengharap.Aku mengangguk.

*****

Jessica POV

Aku berpuas hati,kerana dapat mengajak Jaejoong ke Lotte World.Sudah lama aku hendak mengajak dia ke sana.Jadi,bolehlah aku meluahkan perasaanku terhadap dia.Oh!Aku tidak sabar untuk keluar dengan dia!

Aku juga tidak mahu,sesiapa mendekati Jaejoong,kerana aku akan halang sesiapa yang berani mendekati dia.Kini,aku mendapat tahu,bahawa ada salah seorang budak medic selalu bergaul dengan Jaejoong.Aku tidak pasti siapa,tapi akan aku cari gadis itu.

*****
Your POV

Aku sampai ke Lotte World.Aku berlari ke arah sekeliling tempat itu.Terdapat banyak benda di situ.Aku tidak sabar ingin naik roller coaster! “Oppa!Semuanya nampak macam best je!” aku memberitahu Yunho dengan teruja.

“Ya...memang.Tapi,kamu kena naik mana yang sesuai dengan usia kamu!” perli Yunho.Aku menjelir lidah padanya.Protes!

Kamera DSLR aku pegang. “Oppa,jom tangkap gambar sama-sama!” aku mengajak. “Okey,tapi kita ajak yang lain sekali ya?” dia berkata.Aku mengangguk.Tiba-tiba aku terperasankan seseorang yang aku kenali.

Namun,takkanlah dia datang ke sini?Mungkin hanya imaginasiku yang melebih.

“Jomlah tangkap gambar!” Yunho memegang tanganku,aku kembali ke sedar.Kami berkumpul,dan menangkap dengan pose yang tersendiri.Kami singgah ke sebuah kedai yang menjual cekak yang comel-comel.

Aku memilih cekak yang berbentuk seperti ribbon berwarna merah jambu,manakala Yunho mengambil cekak yang berbentuk seperti telinga musang.Hehe..Changmin,Yoochun dan Junsu sibuk memilih cekak pilihan masing-masing.

“Yeon Rin?” ada seseorang menegurku.Aku pandang ke arah depanku.Jaejoong?Dia bersama Jessica.Aku lihat Jessica memegang lengan Jaejoong,dan Jaejoong seperti tidak sedar yang Jessica memegang lengannya.Aku rasa hendak sahaja melepaskan pegangan itu.

“Korang  buat apa kat sini?” aku menanya,sambil menyembunyikan rasa pedih di hati ini. “Saya temankan Jessica ke sini,” balas Jaejoong dengan bersahaja.Jessica tersenyum,dan memandangku dengan sinis.Meluat aku dibuatnya.

Tiba-tiba Changmin memegang lenganku.Aku pandang dia. “Jangan risau,aku akan tolong kau,” bisik Changmin.Aku mengangguk kecil. “Hyung!Tak sangka kita jumpa dekat sini.Ah,noona!Annyeong haseyo!” ramah Changmin menyapa mereka.Aku mendiamkan diri.

“Annyeong,Changmin.Ni girlfriend kamu ke?” tanya Jessica.Huh,kononnya nak beramah mesralah tu... “Coming soon,” dia membalas,sambil mengenyitkan matanya padaku.Aku ketawa,walaupun ianya ketawa yang dibuat-buat.Hendak saja aku menangis.

“Err,kami mintak diri dululah,ya?” Jessica meminta diri,bagi pihak dia dan Jaejoong.Jaejoong dan Jessica meninggalkan kami.Aku memandang kelibat mereka yang menghilang. “Aku lupa nak cakap,noona Jessica tu,sukakan hyung,” bisik Changmin.Kata-katanya itu menambahkan rasa sakit hatiku di dalam hati ini.

Changmin membayar cekak yang kupakai,dan membawaku ke arah permainan roller coaster.Yoochun,Junsu dan Yunho sudah menaiki permainan itu.Giliran kami berdua naik,aku tidak menahan rasa,lalu menjerit dengan sekuat hati,untuk melepaskan rasa geram.Changmin hanya ketawa,juga menjerit.

“Aku tahu,kau cemburu,sebab noona Jessica.Jadi,kau boleh lepaskan geram kau,” kata Changmin dengan kuat.Aku mengangguk.Selepas selesai,aku menarik nafas lega.Segalanya seperti sudah keluar.Tiada lagi rasa sesak di dadaku ini.

Aku pandang Changmin.Lalu aku memberikan sebuah senyuman. “Weh,aku nak masuk rumah hantu,” tiba-tiba aku mencadangkan.Aku menekup mulutku.Mak aihh,sejak pulak aku suka rumah hantu ni? “Kau berani ke?” tanya Changmin.

“Aaaa...errr,tak jadilah.Aku takut hantu,benda gelap,aku takutlah...” aku terus menidakkan cadanganku yang gila itu.Dia ketawa.Kuat.Sehingga aku terasa nak tumbuk dia.Dia memegang tanganku dengan erat.Kami berjalan-jalan.Tanpa arah.

*****

Jaejoong POV

Yeon Rin?Aku terkejut melihat dia,bersama rakan-rakanku di gerai yang menjual cekak yang mempunyai pelbagai bentuk.Betulkan itu Yeon Rin?Aku cuba mendekati gadis itu.Jessica memegang lenganku dengan erat.

“Yeon Rin?” aku menegur gadis itu.Gadis itu memandangku.Ya!Dia memang Yeon Rin! “Korang buat apa dekat sini?” tanya Yeon Rin. “Saya temankan Jessica ke sini,” aku membalas.Changmin muncul dari belakang Yeon Rin,dan membisikkan sesuatu di telinga Yeon Rin.

Aku memandang mereka.Yeon Rin terangguk-angguk saja. “Hyung!Tak sangka kita jumpa dekat sini.Ah,noona!Annyeong haseyo!” ramah Changmin menyapa kami berdua. “Annyeong,Changmin.Ni girlfriend kamu ke?” tanya Jessica.Aku tersentak sedikit dengan pertanyaan Jessica itu.

“Coming soon...” dia membalas,kemudian mengenyit matanya pada Yeon Rin.Aku terasa geram pula melihat dia membuat sebegitu rupa pada Yeon Rin. “Err,kami mintak diri dululah,ya?” tiba-tiba Jessica meminta diri.What?Aku terpaksa mengikut Jessica.

Damn!

*****

Jessica POV

Huh!Itulah budak perempuan yang aku ketahui dari rakan-rakan seuniversiti denganku,bahawa dia kini rapat dengan Jaejoong.Aku akan pastikan,Jaejoong akan jauh daripada dia!Sampai bila-bila!

*****

Changmin POV

Aku tahu,Yeon Rin sukakan hyung Jaejoong.Aku pun sukakan Yeon Rin.Namun,nampakkah Yeon Rin,bahawa aku selalu ada untuknya?Aku tahu,Yeon Rin tidak suka melihat Jessica bersama hyung Jaejoong.

Yeon Rin sungguh cantik di mataku.Dia nampak comel sekali.Aku tidak menyesal kerana mengenalinya.Namun,aku menyesal,kerana bukan aku yang selalu dipandang oleh dia.

Yeon Rin...aku sangat cintakan kau...walaupun ianya seperti mustahil untuk kau menerima cintaku.Aku sanggup menunggu pintu hatimu terbuka untukku..


 Your POV

Sedang aku dan Changmin sibuk berjalan-jalan di sekitar Lotte World,aku tidak perasan yang tanganku tidak lagi memegang Changmin.Aku melihat orang ramai yang berpusu-pusu ke tempat yang mereka hendak pergi.Kepala terasa pening untuk seketika.

Semuanya bagiku menjadi satu ancaman besar.Seperti ada sesuatu yang akan membuatkan aku ketakutan.Aku duduk mencangkung,memegang kepalaku.Sakit.Aku menjadi takut dengan tiba-tiba.Aku keseorangan kini.

Tolong,aku takut kerana aku keseorangan di tengah-tengah Lotte World ini.Aku mulai menangis teresak-esak.Omma...aku memanggil nama omma dalam hatiku.Orang ramai melihatku dengan reaksi pelikku.

Aku tidak dapat menyembunyikan rasa takutku,jadi aku menangis lagi,esakan kuat kedengaran.

Aku pernah mengalami kejadian ini.Waktu itu,umurku baru sahaja enam tahun.Aku mengikuti ibu bapaku ke sini.Aku yang terlalu asyik melihat sekeliling tempat ini,tanpa disedari,aku ditinggalkan keseorangan.

Kemudian,selepas aku menangis,ada seorang budak lelaki yang usianya dalam lingkungan lapan tahun memegang tanganku,dan membantuku mencari ibu bapaku.Aku masih ingat lagi...

20 tahun yang lalu...

“Adik,kenapa awak nangis?” tanya seorang budak lelaki padaku.Aku yang sedang tersedu-sedan kerana menangis hanya memandang dia. “Mama dan papa saya...” aku memberitahu dia,dengan suara yang serak.

“Oh...awak sesat ya?” budak lelaki itu membelai rambutku.Aku mengangguk. “Biar saya tolong awak cari ibu bapa awak,boleh?” tanya budak lelaki itu.Dia memakai beanie berwarna hitam berbelang putih.Rambutnya yang berwarna hitam tampak bersinar akibat cahaya mentari.

Aku memandang dia.Teragak-agak hendak membalas. “Jangan risau,saya baik,” budak lelaki seperti aku takut dengan dia.Iyalah,kerana aku baru saja mengenali dia,dan tiba-tiba dia ingin membantuku. “Betul ke,oppa?” aku meminta kepastian.Dia mengangguk.

Aku memegang tangan dia. “Eh,janganlah cepat sangat!” budak lelaki itu berkata.Aku ketawa kecil. “Oppa...tolong Rin ya?” aku membuat muka comel padanya.Dia menggosok kepalaku. “Aishh,yelah,” dia bersetuju.Aku tersenyum puas hati.

Kami mencari di sekitar kawasan roller coaster dan tempat-tempat orang ramai.

“Nak cari dekat dalam rumah hantu tak?” cadang budak lelaki itu.Aku membulatkan mata,sebelum air mataku gugur dengan sendirinya. “Aigoo,kenapa ni?” dia cemas,melihatku yang tiba-tiba menangis.

“Rin...Rin takut hantu,Rin takut tempat gelap,” aku memberitahu dia,dengan esakan.Dia memelukku dengan erat. “Mianhae,Rin-ah...oppa tak tau pulak kamu ni takut,”

“Yelah,memang oppa tahu pun,sebab oppa tak tanya Rin!” aku membentak. “Rin...oppa mintak maaf,janganlah macam ni,nanti orang ingat oppa buli kamu pulak,” dia menenangkanku.Dia masih memelukku. “Okey.Tapi,jangan ajak pergi rumah hantu!” aku memberi amaran.

“Ya...oppa janji!” katanya.Aku menghembus hingus yang meleleh.Air mata dilap. “Hisy,kenapalah Rin buat macam tu,pengotor!Nah!Lap dengan tisu,” dia menghulurkan tisu.Aku mencapai tisu itu,sebelum menghembus hingus,kemudian lagi sehelai aku lap air mataku.

Aku membuang ke dalam tong sampah selepas itu. “Good girl!” dia menggosok kepalaku.Habis rambutku berserabut. “Oppa!” aku memarahi dia.Dia ketawa.Aku membetulkan rambutku.

Kami meneruskan pencarian kami.Sehinggalah...

“Rin!” suara itu...aku pandang ke belakang. “Mama!” aku berlari ke arah mamaku.Dia memelukku dengan erat.Selepas itu,aku melepaskan pelukan,aku pandang ke arah budak lelaki itu. “Terima kasih,oppa!” aku berkata,sebelum mencium dahinya.Dia tersenyum.

“Nah,ambil ni,” dia menanggalkan beanie miliknya,lalu memberi padaku.Aku memandang dia.Dia mengangguk.Aku melihat gelangku,yang berbentuk bintang.Aku menanggalkannya,sebelum memakaikan gelang itu pada tangannya.

“Simpan tau!” aku berkata.Dia ketawa,dan mengangguk lagi.

Ibu bapa budak lelaki itu sudah berada di hadapannya.Dia memandangku,untuk sekian kalinya. “Oppa!Apa nama oppa?!” aku menjerit kecil,menanya nama sebenarnya.

**

Bahuku dipegang oleh seseorang.Aku memanggung kepala,melihat siapakah yang berani menyentuh bahuku. “Yeon Rin?” dia memanggil namaku.Aku menangis lagi.Kali ini lebih kuat. “Yahh!Janganlah nangis...” dia memeluk tubuhku. “Mana Changmin?”

Aku mengangkat bahu.Kini aku tersedu-sedan lagi.Namun,aku ditemani oleh Jaejoong,bukannya budak lelaki itu. “Kenapa nangis?” tanya Jaejoong. “Saya...saya...takut.Bila saya ditinggalkan di tempat macam ni,saya rasa,macam semua orang adalah ancaman bagi saya,” aku menceritakan pada dia.

“Hmm,don’t worry.I’ll help you,” dia senyum padaku.Aku memandang dia.Kemudian,aku mengangguk. “Aigoo,laplah air mata awak tu.Macam budak kecik je!” perli Jaejoong.Aku menumbuk bahunya.Aku mengelap air mataku.Aku bangun,dan memegang tangannya.Dia melihatku,dengan wajah yang agak pelik.

“Saya,takut kalau awak tinggalkan saya lagi,” itu saja yang mampu aku perkatakan padanya.Kami berjalan di sekitar Lotte World.
Aku masih tidak melepaskan tangannya.Erat memegang tangannya.Jaejoong sedang berbual dengan seseorang di telefon. “Yunho dekat tempat masuk Lotte World,dia pun tengah cari awak,” kata Jaejoong.Dia terus membawaku ke tempat masuk ke Lotte World.Aku nampak kelibat Yunho,Yoochun,Changmin,Junsu dan juga...Jessica.

Jessica merenungku dengan tajam. “Oppa!” dengan pantas,aku memeluk Yunho.Yunho yang terkejut melihatku,terus membalas pelukan itu. “Nasib baik kau jumpa dia,Jaejoong,” Yunho agak lega melihatku bersama Jaejoong.

Changmin memandangku.Dia seperti agak serba salah. “Ermm,nasib baik.Itu pun aku terserempak dia,” ujar Jaejoong.Jessica berjalan ke arah Jaejoong,sebelum memegang lengan Jaejoong.Huh...minah ni memang saja je...

“By the way,thanks.” ucap Yunho.Jaejoong mengangguk.Jessica sudah merengek ingin pulang.Bertambah menyampah aku dibuatnya.Yunho membelai rambutku,sebelum mencium dahiku. “Nasib baik Jaejoong ada,” katanya padaku.Changmin berjalan,namun bersama Yoochun,dan Junsu.

Kami terus bergerak pulang.

*****

Jaejoong POV

Aku meninggalkan Jessica sendirian.Bosan pula menemani dia.Fikiran ketika ini hanya memikirkan tentang Yeon Rin.Ahh!Kenapa dengan aku ni?Yeon Rin kan cuma salah seorang juniorku.

Aku berjalan ke arah sekitar gerai.Tiba-tiba aku terlihat,seorang gadis sedang mencangkung memeluk lututnya.Dia seperti sedang menangis.Aku memberanikan diri untuk mendekati gadis itu,aku menyentuh bahunya.

Gadis itu mengangkat mukanya. “Yeon Rin?” aku menyoal.Dia menangis lagi,kali ini dengan kuat.Aku cemas melihat dia sebegitu. “Yahh!Janganlah menangis!” aku memujuk,sambil memeluk tubuh Yeon Rin. “Mana Changmin?” aku menanya lagi.

Yeon Rin mengangkat bahunya.Dia tersedu menahan tangis yang mungkin akan keluar lagi. “Kenapa menangis?” tanyaku. “Saya...saya...takut.Bila saya ditinggalkan di tempat macam ni,saya rasa,macam semua orang adalah ancaman bagi saya,” dia membalas,dengan nada yang serak.

“Hmm,don’t worry.I’ll help you,” kataku,dan dia memandangku,seperti teragak-agak.Aku mengangguk,dengan memberikan sepenuh pertanyaan padanya. “Aigoo,laplah air mata awak tu.Macam budak kecik je!” aku sengaja memerli dia.Dia menumbuk bahuku.Mungkin geram...

Yeon Rin mengelap air matanya.Situasinya membuatkan aku teringat pada seorang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapanya.Aku mengagak,adakah kanak-kanak perempuan itu sudah membesar,dan menjadi seorang gadis yang cantik?

Yeon Rin bangun,dan tangannya memegang tanganku.Aku pelik dan hairan dengan perlakuannya itu. “Saya,takut kalau awak tinggalkan saya lagi,” kata Yeon Rin,dengan selamba.Aku merasakan ada perasaan bahagia terselit di dada.Aku dapat merasakan betapa lembutnya tangannya.

Kami berjalan di sekitar Lotte World.Pegangan masih erat.Aku juga tidak mahu melepaskan tanganku.Aku mencapai telefon bimbitku di dalam poket seluar.Pantas aku mendial nombor telefon Yunho. “Yunho dekat tempat masuk Lotte World,dia pun tengah cari awak,” kataku pada Yeon Rin.

Selepas itu,aku membawa Yeon Rin ke tempat masuk ke Lotte World.

Jessica,Yoochun,Changmin,Junsu dan Yunho sudah menunggu. “Oppa!” Yeon Rin terus memeluk abang saudaranya itu.Yunho terkejut melihat Yeon Rin di depan mata.Pegangan telah dilepaskan.Aku tersenyum kecil.

 “Nasib baik kau jumpa dia,Jaejoong,” kata Yunho.Dengan nada kelegaan. “Ermm,nasib baik.Itu pun aku terserempak dia,” ujarku.Jessica berjalan ke arahku,dan melemparkan sebuah senyuman.Dia memeluk lenganku.Aku membiarkan saja perlakuannya.

“By the way,thanks,” ucap Yunho.Aku mengangguk. “Jaejoong-ah...jomlah kita balik...” rengek Jessica dengan manja.Aku meminta diri untuk pulang bersama Jessica.

*****

Your POV

Beberapa hari kemudian...

“Yeon Rin!” Jaejoong memanggil namaku.Aku yang sedang meneliti gambar Jaejoong yang kutangkap semalam terus menyembunyikan kamera DSLR milikku.Dia tersenyum-senyum memandangku. “Apa yang awak sorokkan tu?” soal Jaejoong.Aku menggeleng. “Nothing!”

Aku bangun dan berpura-pura mencapai beg untuk ke kafeteria.Tangannya merentap lenganku,menyebabkan wajahku dan wajahnya hampir bersentuhan.Dia memegang erat pinggangku.Dadaku mulai berdegup kencang,seperti tidak tentu arah.

Aku menelan liur.Kemudian aku menolak mukanya sebelum melangkah pergi.Mukaku sudah membahang hangat.Mesti merah padam!Oh tidak!Aku memegang kedua belah pipiku. “Yahh!Yeon Rin!Tunggulah!” dia mengejarku.Aku mempercepatkan langkahku,sehinggalah aku terlanggar batu kecil.

“Ahh!” aku menjerit kesakitan.Dia pantas melihat kakiku. “Tulah!Saya suruh awak tunggu,awak tak dengar!Kan dah terlanggar batu!” bebel Jaejoong.Aku memekakkan telingaku,dan memandang ke arah lain. “Auww!” aku menjerit.Dia sedang mengurut kakiku.

“Perlahanlah sikit,” kataku. “Okey,” patuhnya.

“Dah selesai,” aku tidak sedar yang aku sejak tadi asyik merenung wajahnya.Tidak berkelip langsung.Dia tersenyum sinis,melihatku yang kelam-kabut memandang ke arah lain. “Mata awak tak berkelip bila tengok saya,saya tahulah saya ni kacak,disukai ramai...” aku terus mengetuk kepalanya.

“Perasan!” aku bangun.Namun,aku hampir terjatuh semula.Dia memaut pinggangku. “Biar saya bawak awak,” katanya.Aku hanya akur.Tidak membantah walau sedikitpun.Kami berdua menuju ke arah kafeteria,memandang masing-masing tidak mempunyai kelas sehingga pukul 10 nanti.

Di kafeteria,Yunho dan yang lain sudah menanti.Aku mengeluh lega,kerana Jessica tiada di sana.Kalau tidak,aku akan meminta Changmin menemaniku ke perpustakaan. “Kenapa pulak ni,Yeon Rin?” Yunho terkejut melihatku. “Ada orang tu tersepak batu,yelah tak dengar orang panggil dia,” perli Jaejoong tanpa sengaja.

Aku mengetap bibir.Geram pula dengan dia ni...

“Lain kali hati-hati,ya?” nasihat Yunho padaku.Aku mengangguk saja.Kami mula berbual tentang diri kami masing-masing.

*****

Jessica POV

Aku memerhatikan kemesraan antara Jaejoong dengan gadis itu.Hatiku membahang.Aku tidak suka Jaejoong mendekati gadis seperti Yeon Rin.Bagiku,aku lebih layak dan lebih cantik,jika dibandingkan dengan dia.

Aku akan pastikan,yang mereka akan berjauhan sampai bila-bila!Kali ini aku benar-benar nekad!

*****

Your POV

Sewaktu aku hendak melalui laluan ke padang,Jessica tiba-tiba menhalang jalanku. “Boleh tak tepi sikit?” aku berkata perlahan. “Boleh,kalau kau ikut dan dengar cakap aku!” sinis dia membalas.Aku mengeluh kecil. “Apa dia?”

“Jauhkan diri kau,dengan Jaejoong.” bisik Jessica,dengan sinisnya.

“For what?Saya hanya nak berkawan dengan dia je,salah ke?” aku menyoal tindakannnya itu. “Memang salah!Bagi aku,kau tu penghalang hubungan aku dengan Jaejoong!” ujar Jessica,sambil menunjal dahiku.Aku mendengus kecil

Suka hati mak bapak dia je nak tunjal-tunjal kepala aku!

“What the point Jessica-sunbaenim?Saya cuma nak berkawan dengan dia,kebetulan oppa Yunho berkawan baik dengan dia,” aku membalas,dengan sinis pula. “Kau!Kau jangan berani nak lawan aku,ya?For your information,Jaejoong dan aku saling suka antara sama lain!Kau faham tak?” kasar dia menerangkan padaku.

Hatiku berasa sebak seketika.Namun,aku menahan dalam diam. “Baiklah.Saya akan jauhkan diri daripada senior Jaejoong,” aku berkata,setelah membuat keputusan yang agak terburu-buru,tanpa memikirkan hal yang akan berlaku nanti.

“Good...sekarang,kau boleh blah!” dia senyum,sebelum menengkingku.Aku terus berjalan meninggalkan Jessica sendirian.

*****

Sejak dari hari itu,aku sering mengelakkan diri daripada bertembung,atau berjumpa Jaejoong dia kafeteria,mahupun di padang,aku selalu meminta Changmin menemaniku ke mana jua aku pergi,hanya pada Changmin aku dapat meluahkan rasa.

“Yeon Rin,” panggil Changmin.Aku mengangkat kepalaku. “Kau memang langsung tak nak jumpa hyung Jaejoong ke?” tanyanya.Aku menggeleng. “Aku nak jauhkan diri aku daripada dia.Sebab,Jessica lebih baik untuk dia.” aku membalas,dengan nada mendatar.

“Aku tahu kau suka hyung,kau minat dia,lepas tu,perasaan tu menjadi suka,” getus Changmin.Menyebabkan aku hampir saja hendak pengsan.Ya...aku sukakan dia.Minat bertukar menjadi rasa suka...

“Tapi,suka tak bermaknanya cinta,” aku membuat ulasan.Tidak mahu kalah dengan kata-kata Changmin. “Hmm...aku tak nak kau merana,”

“Well,aku suka je,bukannya cinta,” ujarku,walaupun aku sebenarnya tidak tahu apa perasaanku itu,hanya suka atau mungkin cinta.

“Yeon Rin,” ada seseorang memanggilku.Aku menelan liur.Takkanlah...Aku masih tidak memandang ke belakang.Aku cuba untuk membuat sesuatu. “Changmin,hyung nak cakap sikit dengan Yeon Rin,can you excuse us?” suaranya menyuruh Changmin memberi privasi untuk kami berbicara untuk seketika.

Changmin sudah beredar.

“Yeon Rin-ah,kenapa awak asyik elakkan diri daripada saya?” soal Jaejoong.Aku mendiamkan diri.Tanganku menggenggam pen yang kugunakan sejak tadi.Dia menggenggam tanganku.Aku merentap tangannya.

“Pandang saya!Kenapa awak berubah?” dia memalingkan mukaku supaya memandang ke mukanya.Aku tetap tidak mahu memandang mukanya.Sehinggalah sebuah ciuman daripadanya,menyebabkan tanganku naik dan menampar pipinya.

Aku memandang dia dengan perasaan yang bercampur baur.

Air mataku bergenang.Aku tidak dapat menahan sebak ketika ini. “Syhh,saya mintak maaf,sebab cium awak,saya tahu saya bersalah,tapi,itu je caranya,untuk buat awak sudi pandang wajah saya,” Jaejoong memegang tanganku.Dia memohon maaf atas perbuatannya itu.

“Saya...pergi dulu!” aku mengemas barangku,dan keluar dari perpustakaan universiti.Air mata masih lagi berlinangan di pipiku.Aku sungguh sedih,kerana aku terpaksa menahan rasa,dengan mengelak diri daripadanya.Aku rindukan waktu-waktu kami bersama.

Waktu kami bergaduh,waktu kami saling bergurau antara satu sama lain.

Namun,kerana ugutan Jessica itu,aku terpaksa melangkah pergi dari hidup Jaejoong.

Pangg!

Aku tidak sedar,yang aku ditampar oleh seseorang.Jessica!Wajahnya seperti singa betina yang hendak menerkam mangsanya.

Aku mengusap pipiku. “Kan aku dah cakap masa hari tu,kenapa kau tak dengar hah?!Aku suruh kau jauhkan diri kau daripada dia!Bukannya dekat dengan dia!Kau faham tak?!Ke kau ni pekak,atau tak reti bahasa?Kalau faham,buatlah faham!” dia menghamburkan rasa marahnya padaku.

Aku menundukkan wajahku.Nafas dihela perlahan. “Hei!Kau dengar tak?” dia menarik rambutku.Aku menyeringai kesakitan.Aku mahu sesiapa tolong,tolong bantu aku daripada terus diancam oleh Jessica.

“Noona!” Changmin muncul,dia menarikku ke dalam pelukannya.Jessica kelihatan terkejut,sebelum dia beredar meninggalkan kami berdua.Aku menangis lagi di pelukan Changmin.Sungguh aku sedih,kerana hal ini berlaku padaku.

*****

Jaejoong POV

Aku mengejar Yeon Rin.Tiba-tiba aku ternampak kelibat Jessica,dia menampar Yeon Rin!Aku tidak menyangka,bahawa Jessica tergamak menampar Yeon Rin.Sifatnya yang kulihat selama ini membuatkan aku tertanya-tanya.

Jessica sedang memarahi Yeon Rin,manakala,Yeon Rin hanya menundukkan wajahnya,seolah-olah dia tidak mampu melawan Jessica yang berada di hadapannya.Jessica menarik rambut Yeon Rin,aku tergamam.

Sebegitu kejamkah Jessica?Aku tidak sempat menyelamatkan Yeon Rin,apabila Changmin muncul dan memeluk Yeon Rin.Hatiku dilanda rasa cemburu,sepatutnya aku yang memeluk dia,aku yang akan memujuk dia...

Jessica berlari,menuju ke arahku,dia kelihatan agak tergamam melihatku. “Apa yang kau dah buat dengan dia?!” aku sungguh marah. “Jae...jaejoong,saya cuma...” dia agak gagap hendak menyusun kata.

“Apa?Cuma apa?!Kenapa awak tampar dia?!” aku tidak menyangkan,Jessica sanggup membuat perkara ini.Dia terus berlalu,tanpa jawapan.Aku mengetap bibir,tanganku menggenggam penumbuk.Aku menuju ke kafeteria,mungkin Yunho,Yoochun dan Junsu ada dia sana.

Aku tidak tahu apa sebab Yeon Rin menjauhi diriku.Tahukah dia,bahawa aku sudah mulai menyukai dia?Aku mahu meluahkan perasaanku padanya.Aku mahu dia tahu akan perasaanku ini...

*****

Changmin POV

Aku memujuk Yeon Rin,agar bersabar.Namun,tangisan makin kuat.Aku memeluk dia,dengan erat sekali,bau rambutnya yang wangi menenangkan perasaanku.Aku sudah tahu,bahawa Yeon Rin diugut,agar menjauhi hyung Jaejoong.

“Yeon Rin,janganlah menangis lagi...” aku berkata.Dia tetap diam. “Aku,aku nak pergi ke bilik rawatan,boleh tak kau temankan aku?” tanya Yeon Rin,matanya sudah sembap,akibat menangis.Aku mengangguk.

Kami berdua berjalan ke bilik rawatan.Aku memberitahu pada doktor yang bertugas,bahawa Yeon Rin tidak sihat,jadi doktor itu membenarkan Yeon Rin berehat untuk beberapa jam.Surat yang membuktikan Yeon Rin sakit,telahku suruh doktor itu serahkan kepada pensyarah.

Aku melihat dia yang sudah tidur.Aku harap,dia tidak lagi diganggu oleh Jessica.Aku masih mencintai dia,perasaan itu masih sama di hatiku ini.Aku membelai rambutnya yang panjang itu.Cermin matanya kini sudah bertukar ganti dengan contact lens.

Dia sungguh cantik di mataku...

Yeon Rin...

*****

Your POV

Aku masih takut dengan kejadian hari itu.Namun,aku cuba menguatkan diriku,untuk bersabar menghadapi perkara ini.Hari ini,pensyarahku hendak bertemu denganku,katanya ada hal mustahak yang hendak diberitahu padaku.

Aku mengetuk biliknya.Pensyarahku,Cik Han tersenyum,dan dia membuka pintu bilik pejabatnya. “Datang juga kamu ni...silakan duduk,”dia menyuruh.Dia mengeluarkan sehelai surat di dalam sebuah sampul.

“Ini untuk awak,” hulur Cik Han padaku.

Aku mengambil surat itu,lalu membaca isi kandungannya.

You are accepted to enter to Oxford University.We’re pleased to take you as our student as we had seen your achievement in your studies...
We hoping that you will accept this offer.Because you are the most good student in Kyunghee University.

Aku terkejut sewaktu membaca surat ini.Aku memandang Cik Han dengan pandangan yang penuh dengan persoalan. “Awak ditawarkan ke Oxford.Saya baru dapat surat ni minggu lepas,kebetulan hari ni saya ada masa untuk serahkan surat tawaran tu kepada awak,” terang Cik Han.

“Tapi...saya kena bincang dengan keluarga saya dulu,” aku membalas.Sememangnya,aku juga ada berharap,untuk masuk ke universiti itu.Akhirnya peluang itu datang bergolek di hadapanku. “Okey,saya bagi awak waktu untuk awak berfikir,bagi saya,awak memang pelajar yang ada potensi untuk berjaya.

“Terima kasih,Cik Han,” aku bangun,dan mengucapkan terima kasih padanya.Dia mengangguk.Aku meminta diri untuk ke kelas seterusnya.

**

“Omma tak kisah,asalkan Yeon Rin bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran,” ujar omma,sewaktu aku menanyakan hal itu,selepas kami sekeluarga makan malam. “Yeon Rin dapat tawaran ke Oxford ke?” Yunho tiba-tiba menanya.Aku mengangguk.

“Wow!Congrats!So,Rin dah decide ke?” tanya Yunho lagi. “Tengah fikirlah ni,” balasku.Aku ingin menanya pendapat omma,dan appa.Aku memang hendak menerima tawaran itu,namun aku juga harus menjaga hati kedua ibu bapa saudaraku.

“Appa pun tak kisah,Rin.Lagipun,peluang ni hanya datang sekali je,” appa muncul di dapur.Aku tersenyum cuma. “Jadi,Rin terima jelah!” kata Yunho dengan bersahaja.Aku ketawa.

Aku masuk ke dalam bilik,dan membaca semula surat tawaran itu.Jika aku ke sana,pasti aku akan belajar dan mengalami pengalaman baru.Dan,aku akan menghabiskan course dalam bidang perubatan,masa yang tinggal cuma setahun.

Jika difikirkan banyak kali,aku tidak patut menolak,sebaliknya menerimanya.Hmm...

*****

Aku sudah membuat keputusan,dan keputusanku itu adalah keputusanku yang muktamad!Aku tidak mahu mengubahnya semula.Setelah menyerahkan surat tawaran itu,berserta borang tawaran,aku menarik nafas lega.

“Yeon Rin!” Changmin menyapaku.Aku membalas dengan senyuman.Aku semakin jarang bersama dengan Yunho,Yoochun,Junsu dan juga Jaejoong.Mengingati Jaejoong,membuatkan hatiku sungguh rindu padanya.Jessica tidak lagi mengangguku,baguslah kalau macam tu...tidaklah hidupku berserabut dengan ancamannya.

Kami berjalan bersama,menuju ke kafeteria.Aku terserempak Jaejoong.Namun,dia juga tidak nampak aku di hadapannya.Terkilan dengan sikapnya itu.Aku akur,kerana aku yang mengelakkan diri daripada dia.Aku yang memulakan segalanya.Semuanya salahku.

Mungkin,semester ini,adalah kali terakhir aku bertemu dengannya,sebelum aku akan melanjutkan pelajaranku ke London.Entahlah...hatiku terasa berat pula...

*****

Jaejoong POV

Aku sengaja tidak mempedulikan Yeon Rin yang lalu di hadapanku.Aku memandang ke arah lain.Sakit hatiku,melihat Yeon Rin bersama-sama dengan Changmin.Walaupun Changmin itu adalah juniorku sendiri.

Aku selalu memandang Yeon Rin dari jauh.Aku juga menjauhi Jessica.Sungguh aku benci melihat wajahnya,yang kuanggap penuh dengan kepura-puraan.

*****

Your POV

Hari yang kutunggu telah tiba.Aku menarik nafas.Ingin mencari sedikit kekuatan dalam diriku.Aku ditemani oleh omma dan appa serta Yunho.Changmin juga berjanji akan sampai nanti.Yoochun dan Junsu pula tidak dapat hadir,kerana mereka bercuti bersama keluarga masing-masing.Jaejoong...aku tidak tahu,kerana Yunho tidak memberitahu apa-apa padaku.

“Rin,jaga diri baik-baik ya?Dekat sana,jangan bergaul dengan orang yang tak sepatutnya.Ingat pesan omma ni,” omma memelukku dengan erat.Aku membalas pelukan omma.Appa juga berpesan,supaya jika mengalami apa-apa kesusahan,terus menghubungi dia.

“Yeon Rin-ah...oppa sayang sangat dekat kamu,macam adik kandung oppa sendiri,walaupun kamu cuma anak saudara omma dengan appa,oppa tetap sayangkan kamu,sampai bila-bila,nanti bila belajar dekat sana,selalu telefon kami sekeluarga,” pesan Yunho,matanya agak merah.Seperti hendak menangis pun ada...

Aku ketawa kecil,sebenarnya,menyembunyikan perasaanku yang sebak di dada.Aku mengangguk.Ya...dia memang telah kuanggap sebagai abang kandungku,walaupun sebenarnya,aku cuma anak saudara omma dan appa,setelah kematian mama dan papa,aku dijaga oleh mereka sehinggalah aku dewasa.

Changmin memandangku,dia juga berpesan sebegitu rupa.Aku sebenarnya menunggu,jikalau Jaejoong ingin muncul,dan memberi pesanan untukku,sebelum berangkat ke London.Kedengaran,pengumuman untuk berlepas ke London sudah dilaungkan.Aku memeluk mereka,untuk kali terakhir.

Sebelum masuk ke balai pelepasan,aku memandang mereka,juga mengharapkan Jaejoong datang.Namun,aku terpaksa akur,bahawa dia tidak lagi mempedulikan diriku ini.Aku mengeluh,sebelum melangkah ke balai pelepasan.

Selamat tinggal...

*****

Jaejoong POV

Aku terjaga dari lena.Aku melihat jam di dinding bilik.Aku teringatkan kata-kata Yunho yang mengatakan,bahawa Yeon Rin akan berlepas ke London hari ini.Aku terus bersiap dengan ala kadar,dan memandu ke lapangan terbang.

Meskipun aku berkecil hati,kerana Yeon Rin tidak langsung memberitahuku akan keberangkatannya,aku tetap ingin berjumpa dengan dia untuk kali terakhir.Kesesakan lalu lintas menyebabkan aku terpaksa bersabar.

Lagi 10 minit...sempat lagi ke?Aku memandang jam di dashboard kereta.

Sampai saja di lapangan terbang,aku terus berlari ke arah pelepasan antarabangsa.Aku melihat jadual pelepasan di skrin.

Destination:London
Time departure:10 am

Aku mengeluh kesal.Flight ke London sudah berlepas.Aku tidak dapat berjumpa dengan Yeon Rin.Entah bila dia akan pulang ke sini semula.Aku melangkah dengan longlai.Dia sudah pergi...

I’ll miss you...
Enjoy this story okay?^^ I'll post the second part maybe next week...

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

1 comments:

Anis Zulhas berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum . Woah , best lah FF unnie ! Teruja kitee . :p pape pon , teroskan usaha unnie . InsyaAllah , kite akan jadi pembaca tegar FF unnie . Hwaiting ! ^^v