Rabu, 21 Disember 2011

Be Mine [Chapter 4]


New cover again~ kekeke




 Chapter 4:Date

Your POV

Pada malam itu,aku telah memberitahu ibu bapaku tentang kepulangan Yunho,dan aku memberitahu juga yang kami berdua akan keluar makan malam di restoran.Mereka tidak menghalangku,malahan menggalakkan aku keluar bersama Yunho.

“Hyo Min-ah,” panggil mummy.

“Ne?” aku pandang ke belakang.

“Hmm,sebenarnya mummy nak tanya sesuatu pasal hubungan kamu dengan Yunho.” ujar mummy,sambil mengambil tempat di sebelahku.Waktu itu aku sedang menonton drama Protect The Boss,yang dilakonkan oleh Jaejoong.

“Apa yang mummy nak tanya?”

“Bila kamu berdua nak rancang untuk bertunang?” tanya mummy.Aku memandang mummy dengan perasaan yang berbaur.Terkejut dan...pelik mungkin?

“Kenapa mummy tiba-tiba tanya pasal ni?” aku membalas,juga menanya sebab dia menanya soalan itu padaku.

“Mummy saja je tanya.Yalah,hubungan korang kan dah hampir 3 tahun,tak lama lagi nak masuk 4 tahun.Takkan nak berkepit aje,tak nak bertunang dan berkahwin ke?” kening mummy bertaut.

Aku mengigit bibir.

Aku tidak menyangka yang mummy akan menanya soalan ini,luar dari jangkaanku!

“Kami pun tak bincang pasal hal tu lagi.Tak terfikir langsung.” aku menyusun ayat yang sesuai,sebagai alasan.

“Hmm...mummy tanya aje.Tak mengapalah,” kata mummy kemudiannya.Aku mengangguk.Aku memandang jam di dinding ruang tamu. “Oh,ya.Kamu ada jumpa Jaejoong ke?” tanya mummy selepas mendiamkan diri.

Aku mengangguk.

“Apa khabar dia sekarang ni?” tanya mummy tentang Jaejoong.

“Hmm...apa yang Hyo Min tengok,dia nampak okey,cuma mungkin penat dengan show...” aku mengulas.

“Dia dah ada girlfriend ke belum?”

“Eh?Kenapa mummy tanya macam tu?” aku hairan.

“Bukan apa,mummy cuma nak tahu.Manalah tahu,nanti Puan Kim dapat menantu tahun ni,” balas mummy dengan senyuman.Aku juga tersenyum.

“Mummy...Puan Kim yang mana satu?Puan Kim yang ini ke,Puan Kim,mama kepada Jaejoong?” aku sengaja hendak membuat lawak di waktu malam.

“Hey!Mestilah mama Jaejoong!Kenapa?Kamu ada hati dekat Jaejoong tu ke?” aku terperangkap dengan lawakku sendiri.Aku mengangkat bahu. “Hah!Ni mesti pernah simpan hati dekat Jaejoong!” teka mummy.

Aku memalingkan wajahku.

Ah!Seorang ibu pasti dapat meneka apa yang tersimpan di dalam hati seorang anaknya!Naluri seorang ibu kan memang selalunya betul...

“Ah...ermm...itu dulu.Dulu Hyo Min adalah menaruh hati dekat dia.Yalah,sebab dia kan antara kawan yang membesar dengan Hyo Min,mestilah Hyo Min mula suka gitu-gitu dekat dia.Alah,cinta monyet je,mummy.Sekarang ni kan,Hyo Min dengan Yunho,” aku tanpa segan memberitahu mummy akan kisahku sewaktu di zaman budak-budak hingusan.

Mummy cuma tersenyum.

“Mungkin.Nasib baik kamu mengaku.Kalau tidak,dah lama mummy pergi tanya Jaejoong sendiri.” mummy menepuk bahuku.Aku menutup mukaku.Ah!Kalau mummy tanya pada Jaejoong,pastinya Jaejoong akan tahu yang aku pernah menyimpan hati untuknya!

Ahhh!Aku menjerit dalam hati.

“Bila kamu nak pergi dinner?” tanya mummy lagi.

“Hmm...lagi sejam.” balasku.

“Kenapa tak bersiap lagi?” mummy melihat aku yang sedang santai memakai baju t-shirt berlengan pendek,dan seluar pendek.

“Kejap lagi...” aku membalas lagi.Malas hendak bersiap awal-awal.

“Ish!Bersiap sekarang!Nanti kesian pulak Yunho sebab nak tunggu kamu bersiap!” arah mummy.Dia sudah hendak memulakan sesi membebelnya pada malam ini.Aku terus naik masuk ke dalam bilik,kerana tidak mahu mendengar bebelan mummy.

*****

Aku selesai bersiap.Aku terdengar bunyi hon kereta.Aku melangkah turun dari bilikku.Aku juga sempat mencapai beg tanganku,juga telefon bimbitku.Aku membetulkan subang yang kupakai di telinga.

“Annyeong,auntie,” sapa Yunho.

“Oppa!” aku terus memeluk Yunho.

“Hyo Min!” mummy memandangku dengan tajam. “Takpelah,mummy.Oppa pun tak kisah kan?” aku pandang wajah Yunho.Yunho senyum sahaja. “Kami pergi dulu,ya?” Yunho meminta diri.Aku melambai mummy.

High heels berwarna putih kupakai.

“Bawak sneakers sekali.Takut nanti sakit kaki pulak,” pesan Yunho.Aku mencapai sneakers di rak kasut.

Kami berjalan menuju ke kereta. “Nak makan dekat mana?” tanya Yunho. “It’s up to you,” jawabku. “Okay,”

“Tengahari tadi Hyo Min makan dengan Jae Kyung kan?” dia mula bersuara,setelah kami berdua mendiamkan diri sejak mula perjalanan.Aku mengangguk. “Sebenarnya,Jae Kyung ajak Jaejoong dengan Junsu sekali,” aku memberitahu.

“Yoochun?”

“Entah,dia tak ada pun masa kami makan bersama.Mungkin dia ada hal lain.” balasku.

“Hmm...oppa rindukan masa kami berlima dalam DBSK,” luah Yunho.Aku memandang wajah Yunho.Nada suaranya agak sayu,mesti dia begitu rindukan saat-saat mereka berlima dalam kumpulan itu.

“Oppa.” panggilku.

“Kenapa?” dia tidak dapat memandangku,kerana dia sedang fokus dengan pemanduannya.

“Nanti masa reunion,oppa kan boleh jumpa mereka,” aku cuba menggembirakan hatinya.Dia memandangku.Tangan kirinya menyentuh pipiku. “I know,and thanks for comforting me,” ucap Yunho dengan romantis.

Pipiku memerah.

Harapnya dia tidak melihat pipiku sudah memerah.

“Changmin dekat rumah ke?” tanyaku.

“Taklah,dia date dengan Yeon Hee,” balas Yunho.

“Oh?Sejak bila?” aku terkejut,dengan kata-kata Yunho. “Almost six months ago...” balas Yunho lagi.Aku mengangguk.Tidak menyangka Changmin dan Lee Yeon Hee sudah keluar dating untuk tempoh masa itu.

*****

Kami sampai di sebuah restoran ala barat.Aku tidak kisah dengan mana-mana restoran yang akan Yunho bawaku.Asalkan makanannya sedap,aku sudah berpuas hati dengan itu.Aku turun di keretanya.

Kami berjalan bersama-sama masuk ke dalam restoran.

“Oppa,nanti orang tak perasan kita ke?” aku mula risau.

“Tak mengapa.Tempat ni eksklusif,” balas Yunho,bagi melegakan hatiku.Aku cuba menenangkan hatiku.Aku takut,jikalau ada wartawan yang akan mengintip tentang kami,dan melaporkan untuk berita keesokkan harinya.

Dia memegang tanganku dengan erat.

Kami duduk di tempat yang sudah ditempah awal oleh Yunho.Tempat yang kami duduki juga agak dari pandangan orang ramai.Kata Yunho,tempat duduk yang dia pilih ini agak istimewa,kerana tiada siapa selain para pelayan di restoran itu akan melihat kami di sini.

Semuanya terkawal,kerana Yunho mengenali pengurus di restoran ini.

Aku senyum mendengar penjelasannya itu.

“So,macam mana dengan keadaan Hyo Min sekarang ni?” tanya Yunho.Sementara menunggu pesanan kami sampai. “Macam biasalah.Sibuk menulis,uruskan hal kedai bunga.Sibuk tidur jugak,” aku tersengih,selepas membalas.

Dia menarik hidungku.

“Nakal,eh?”

Aku ketawa.

“Oh ya,esok oppa ada masa.Kita pergi cari baju untuk reunion tu nak?” cadang Yunho.Aku memikirkan akan hari esok.

“Boleh!Lagipun,esok tak banyak kerja dekat kedai bunga tu,” aku bersetuju dengan cadangannya.

“Unnie Ara apa khabar?” aku teringatkan tentang Go Ara,teman wanita sebenar Yunho.

“Dia sihat.Oppa ada jumpa masa konsert hari tu,” balas Yunho. “Unnie tak kisah pasal kita bercouple ke?” aku masih menanya soal itu,sejak tiga tahun yang lalu. “Kan oppa dah cakap,dia tak kisah,sebab dia pun selalu dekat Jepun,” dia menegaskan padaku.

“Okey.” aku akur.

Kami terdiam,selepas perbualan itu.

Sehinggalah waktu kami makan.Masing-masing dengan dunia kami yang tersendiri.Kami sama-sama tidak berkata,mahupun berbual seperti selalu.Mungkin ini salahku.Aku yang membangkitkan tentang hal itu.

Selepas makan,aku hanya memandang dia.Rasa bersalah mula bersarang di hatiku ini.Aku ingin meminta maaf tentang hal tadi.

Yunho memanggil pelayan,untuk menguruskan bil.Aku melihat mereka berurusan,sebelum dia bangun,dan aku mengikut langkahnya.Oleh kerana aku memakai kasut tinggi,aku perlu berhati-hati,kerana takut jika tumit kasut itu patah.

Entah di mana silapnya,kaki kananku terasa sakit,tumit kasut tinggi sebelah kanan sudah patah.Aku terduduk di jalan.

“Oppa...” aku memanggil dengan perlahan.Dia tidak mengendahkan panggilanku. “Oppa!” aku memanggil dia lagi.

Dia berhenti berjalan menuju ke kereta.Dia mengalihkan pandangannya ke belakang.

“Hyo Min?” dia terkejut melihatku.Kakiku tiba-tiba terseliuh,kerana mengejar dia.Dia menerpa ke arahku.Melihat kakiku.Aku menunjukkan kaki kananku yang sakit.Dia terus mendukungku,masuk ke dalam kereta.

Kasut tinggi itu diletakkan di belakang,tempat penumpang.

“Mianhae,” ucap Yunho.Aku yang sedang menahan tangis,dan kesakitan,hanya mampu mendengar.Dia membawa keretanya menuju ke klinik yang berdekatan.

Chapter 5,will be on Jaejoong's POV :D Just wait for it!(*still not sure actually*)

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: