Chapter 3
Hyo Min POV
“Unnie,jom pergi ke kafe,” ajak Jae Kyung dengan tiba-tiba.Aku yang sedang ralit menaip di laptop terhenti untuk seketika. “Kafe?Dah pukul berapa dah ni?” aku menanya dia.Sudah hampir dua jam kami di dalam pejabat.Aku sibuk menaip cerita yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
“Dah nak dekat pukul 12 dah...Jae Kyung laparlah,unnie,” rengek Jae Kyung. “Hah?Dah pukul 12 ke?Unnie tak perasan pulak...” aku tidak sedar jam sudah ke tengahari. “Ermm,okay.Boleh je.Jae Kyung cakap je kat mana,nanti kita berdua pergi,” aku terus bersetuju.
Jae Kyung tersengih. “Love Cafe House boleh?” tanya Jae Kyung.Aku mengangguk saja.Tidak kisah mana-mana kafe,asalkan boleh mengisi perut yang lapar. “Jae Kyung tunggu kat luar,ya?Unnie nak simpan laptop,nanti ada kerja lagi,” aku menyuruh Jae Kyung tunggu di luar saja.
Jae Kyung keluar dari bilik pejabatku.Aku menutup laptop,dan menyimpan dalam beg laptop.Mungkin selepas makan tengahari,aku akan menyambung semula kerja menaip. “Saya keluar sekejap,nanti lepas lunch saya masuk semula,” aku memesan pada pekerjaku di bahagian kaunter.
“Baik,Cik Kim,”
Setelah itu,aku terus ke kereta.Jae Kyung sudah menunggu di tepi kereta.Dia tersenyum-senyum nampaknya.Entah apa yang membuatkan dia terlalu gembira.
“Jomlah,buat tercegat kat situ lagi,” aku menegur Jae Kyung dari tadi berdiri tegak di tepi kereta.Dia tersengih,sebelum masuk ke dalam kereta.Aku hanya menggeleng melihat telahnya itu.
**
Sampai di depan kafe itu,aku mendapat panggilan daripada Yunho. “Jae Kyung,masuk dulu tau?Unnie nak call oppa Yunho,” aku memberitahu Jae Kyung.Jae Kyung hanya mengangguk.Dia masuk ke dalam kafe itu,meninggalkan aku di luar.
“Annyeong,oppa...”
“Hyo Min-ah...oppa dah sampai kat Korea,” ujar Yunho. “Mwo?Are you serious oppa?Kan oppa kata lagi dua hari?” aku terkejut dengan kata-katanya. “Haha,oppa dan Changmin dah selesai kerja dengan cepat,jadi kami ambil keputusan untuk balik hari ni,” balas Yunho dengan ketawa.
“Jadi,oppa dekat airport ke?” tanyaku. “Hmm,oppa nak Hyo Min jemput oppa dan Changmin di airport.Boleh?” dia menanyaku.Aku melihat dalam kawasan kafe. “Errm,oppa,actually Hyo Min tengah ada dekat kafe,nak lunch dekat sini,” aku memberitahu. “Dengan siapa?”
“Jae Kyung,tadi dia ikut sekali.” balasku.
“Hmm,okay.Oppa tak kisah.Kalau macam tu,oppa suruh driver ambil jelah,”
“Mianhae,oppa,” aku rasa bersalah pula. “It’s okay.Oppa tak marah pun.”
“Malam nanti kita jumpa nak tak?” aku mencadangkan idea. “Not bad,dalam pukul 8 malam,I’ll take you,” dia setuju dengan cadanganku.Aku tersenyum tanpa sedar. “Hehe,thanks.” aku berkata.
“Welcome.I love you,” ucap Yunho.Aku tersipu malu. “I love you too,” balasku.Ungkapan itu selalu aku tuturkan,walaupun orang nampak kami ni macam real couple.Masa mula-mula couple dulu,memang aku akan marah dia,sebab dia cakap macam tu.
Aku masuk ke dalam kafe.Namun,aku terlanggar seseorang sewaktu hendak masuk. “Mianhae!” aku meminta maaf,kerana kelekaanku. “Tak mengapa,” lelaki itu membalas.Kami sama-sama masuk ke dalam kafe.Aku mencari kelibat Jae Kyung.
“Jae Kyung!” kami sama-sama memanggil nama Jae Kyung.Kemudian,kami berdua saling berpandangan.Aku memandang lelaki itu dengan perasaan yang sungguh terkejut,terpaku dan terpukau.
“Jaejoong?” aku menyebut namanya.
“Unnie!Oppa!” Jae Kyung mendekati kami berdua.
“Jae Kyung...” lelaki itu memanggil nama Jae Kyung. “Unnie kenalkan siapa dia ni?” tanya Jae Kyung dengan sengihan.Aku mengangguk.Dia masih lagi kacak seperti dulu.Dia masih lagi selalu membuatkan aku terpukau dengan dirinya.
“Hyo Min?” dia agak teragak-agak hendak meneka namaku.
Aku mengangguk kecil.Senyuman kecil diberikan.Aku tidak mahu memberikan senyuman panjang lebar,kerana bukan mudah untuk aku tersenyum untuk dia lagi.Kerana peristiwa itu,aku masih ingin jauh dari dia.
“Hyung!” ada suara menarik perhatian kami.
“Junsu,” aku kenal dengan pemuda yang berdiri di sebelah Jaejoong. “Eh?” dia hairan,kerana aku tahu namanya. “Awak tak ingat noona ke?Ini noona Hyo Min lah,” aku mengingatkan Junsu. “Omo...noona?You look so different!” dia seakan terkejut.
“Aishh!Mana ada!Mengarut je kamu ni!” aku menepis katanya. “Hyung Yunho mana?”
“Dia baru je call tadi.Dia kata,dia baru je sampai dari Jepun.Memandangkan unnie tak dapat ambil dia,terpaksalah dia suruh driver dia ambil dia dengan Changmin,” aku membalas. “Ohh,prihatin betul noona dekat boyfriend unnie tu,” ujar Junsu.
Aku ketawa kecil. “Siapa tak sayang teman lelaki sendiri?”
“Okey,saya faham,”
“Jomlah duduk.Jae Kyung mesti dah lapar kan?” aku melirikkan pandangan ke arah Jae Kyung. “Haah,memang tengah lapar pun,” dia membalas.Kami berempat duduk di sebuah tempat yang telah dipilih oleh Jae Kyung.
Aku duduk di sebelah Jae Kyung.Manakal Junsu dan Jaejoong,duduk di hadapan kami berdua.Aku menyuruh Jae Kyung memesan garlic bread dan mushroom soup. “Unnie tak lapar ke?Makan garlic bread dengan mushroom soup je,” Jae Kyung tidak berpuas hati.
“Unnie tak tahulah...okeylah,chicken chop.” aku membalas kemudiannya.Jae Kyung menepuk tangannya. “Macam budak-budak je,” kata Jaejoong pada adiknya.Jae Kyung menjelir lidahnya.
“Oppa ni sibuk je!”
Aku senyum.
Kami berbual tentang hal diri masing-masing.Aku memberitahu yang aku kini membuka kedai menjual bunga,selain menulis. “Kenapa noona tak kerja dengan daddy noona?Kan dia punya business banyak?” tanya Junsu,dengan kehairanan.
“Noona tak minatlah.Walaupun noona belajar business management,noona tetap rasa malas nak kerja dengan daddy.Lagipun,noona selesa dengan kerja noona sekarang ni,jual bunga,menulis...” balasku.
“Noona tulis cerita apa?” tanya Junsu lagi.
Segan pula aku hendak menjawab.Aku menundukkan wajah.
“Love story lah...tapi...noona segan nak cakap.” balasku lagi.Junsu ketawa. “Ah!Noona punya buku dah ada dalam pasaran ke?”
“Ne.Dah ada dua buku dah yang noona tulis.Noona start menulis masa tahun terakhir noona belajar di Melbourne.Buku yang kedua,baru je release.Sekarang ni,dalam proses nak tulis yang ketiga pulak.” aku memberitahu akan perancanganku,dan apa yang kulakukan sekarang ini.
“Daebak!Noona memang hebat!Tak sangka noona minat menulis.” puji Junsu.Jae Kyung dan Jaejoong langsung tidak menyampuk dalam perbualan kami.
“Noona tulis untuk release tension je.Lepas tu,noona try hantar dekat syarikat yang hasilkan buku,tak sangka pulak dorang berminat nak hasilkan buku untuk noona.” aku teringatkan dua tahun yang lalu,apabila aku suka-suka saja menghantar karyaku ke sebuah syarikat penerbitan.
“Daebak!Nanti saya nak belilah!Mesti best kan?” dia memuji lagi.
“Hmm...mungkin.” aku ketawa.
“Jae Kyung pun nak try beli jugaklah unnie!” sampuk Jae Kyung.
“Beli jelah.” kataku.Jae Kyung tersenyum manis. “Hyung,kenapa diam je dari tadi?” Junsu menegur Jaejoong.Aku pandang Jaejoong di sebelah Junsu.Dia menggeleng.
“Takde apa-apa.” balas Jaejoong.
“Hmm...macam mana noona boleh bercinta dengan hyung Yunho eh?” Junsu menanya lagi. “Hmm...noona tak dapat jawab.Kami bercinta hampir tiga tahun,masa tu noona balik ke Korea masa cuti semester,lepas tu,kitorang berjumpa,lama-kelamaan,hubungan kami ke arah alam percintaan,” aku menjawab,kalau difikirkan,jawapanku itu agak kelakar.
Selepas itu,makanan pun sudah sampai di meja kami.
Aku terus menikmati hidangan,kerana perutku terasa lapar.
Tanpa aku sedari,Jaejoong merenungku.Aku memandang dia semula,sebelum menghadiahkan sebuah senyuman.
*****
Jaejoong POV
Sejak tadi,Junsu dan Jae Kyung menanya tentang Hyo Min,juga,tentang hubungan antara Hyo Min dengan Yunho.Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Aku hanya memandang wajah Hyo Min yang ceria membalas pertanyaan mereka berdua.
Ah!Kenapa dengan hatiku sekarang ni?
Dia kan cuma kawan sepermainanku sewaktu aku kecil?Kami sama-sama membesar dan sama-sama belajar di sekolah yang sama,sebelum masing-masing berpisah untuk mengejar impian yang diimpikan selama ini.
Apabila Hyo Min menceritakan tentang Yunho dan Changmin,aku terasa rindu pula pada mereka berdua,kerana aku,Junsu dan Yoochun sibuk dengan persembahan dan konsert jelajah,malahan kami berlima sudah lama tidak berjumpa.
Jika aku memikirkan hal zaman sekolah menengah dahulu,Hyo Min sering bersama kami,meluangkan masanya dengan melepak,walaupun dia seorang sahaja perempuan di dalam kumpulan kami...
“Hyung,kenapa diam je dari tadi?” tanya Junsu padaku.
“Takde apa-apa,”
Sewaktu kami sedang menjamu selera,aku memandang tingkahnya.Kemudian,Hyo Min memandangku,sebelum menghadiahkan sebuah senyuman yang bagiku agak comel.Ah!Kenapa baru sekarang aku sedar yang senyumannya itu sungguh comel dan menarik ya?
Updated!Sorry sebab lambat update :D Btw,eden dah buat cover baru...kekeke...utk sambungan two shot...kena tunggu...sebab eden tengah dapat penyakit kemalasan...hoho
0 comments:
Catat Ulasan