Jumaat, 12 Ogos 2011

Say That You Love Me [Chapter 9]


Chapter 9



Dennis



Hairan dia dibuatnya.Kenapa Melissa tidak menjawab panggilannya?Sakit lagikah?Tapi,bila dia mengingati panggilan yang dijawab oleh gadis itu pada petang tadi,dia merasakan sesuatu.Maknanya dia tengah date dengan mamat Tae Jun tu ke?hatinya berkata.Macam mana pulak dengan Min Ki?hatinya menyoal lagi.

Panggilan telefon rumahnya membuatkan dia tersentak.Pantas dia menjawab panggilan tersebut. “Hello?Dennis?” suara seorang perempuan menanya. “Yes,I’m.Who is this?” Dennis cuba mengecam suara pemanggil itu.

“It’s me.Yoo Hee.Kau dah lupa aku ke,kawan?” Yoo Hee sedikit ketawa.Dennis tersenyum.Memang dia lupa tentang Yoo Hee,kawannya sewaktu dia belajar di US.Perkenalan mereka bermula sewaktu pelanggaran di kafe,kemudian mereka berkenalan melalui Alan.

“Alan kata,kau dah balik Korea.Betul ke?” Yoo Hee seakan tidak percaya. “Betullah,Alan tu memanglah…semuanya dia nak cakap.Kau pun still contact dia ya?”

“Hmm…memanglah.Sebab diakan kawan aku,” balas Yoo Hee.Dennis tahu,Alan menyimpan perasaan kepada Yoo Hee,sewaktu mereka belajar di US,dia dapat meneka perasaan Alan yang sentiasa berdebar pabila bertemu Yoo Hee.Yoo Hee tak sedar akan hal itu.

“Jom kita keluar,ajak Alan sekali,” tiba-tiba saja terpacul kata itu dari bibir Dennis. “Betul ni?!Kau nak ajak keluar?” Yoo Hee bertanya. “Ya.Aku memang betul-betul ajak,” Dennis mengiyakan pertanyaan Yoo Hee. “Okey…nanti aku call Alan,tapi,dekat mana?”

“Mana-mana ajelah…” Dennis malas pula hendak menetapkan tempat untuk mereka berjumpa. “Apalah…kalau aku setkan tempat,jangan merungut pulak!” Yoo Hee mengingatkan Dennis. “Aku tak kisah…lagipun,aku boringlah…” ujar Dennis.Memanglah bosan…tiada apa-apa pun yang hendak dia lakukan ketika ini.

“Huh!Sudahlah,nanti aku SMS kau,” Yoo Hee sudah malas hendak melayan Dennis.Macam tak beria-ia je dia ni ajak,desis hati Yoo Hee. “Hmm,”

*****

Melissa



AKU melihat pemandangan waktu malam di hadapan Seoul Tower.Cantik!Selepas saja kami selesai makan,Tae Jun terus mengajakku bersama Min Ki ke Seoul Tower.Aku hanya menurut,kerana sudah lama juga aku tidak ke sini.





“Dah lama aku tak pergi sini,” suara Tae Jun.Aku pandang Tae Jun,lalu senyum. “Aku pun.Dulu,masa study,aku selalu jugak ke sini,dengan Elaine,June.Kau ingat kan dorang berdua tu?” aku teringatkan sewaktu belajar,kalau tension je,pergi lepak di sini.

“Mestilah ingat!” balas Tae Jun,dengan sengihan. “Elaine dengan Young Jae.Mereka suka antara satu sama lain,” keluhan diluahkan. “Good news!Tapi,kenapa kau macam tak suka je?” tanya Tae Jun.Aku mengangkat bahu. “Aku tak tahu.Aku macam takut je.Aku tak mahu abang aku kecewakan Elaine,” balasku sambil menongkat dagu.

“So,kau takutkan ketidakbahagiaan antara mereka berdua?” soal Tae Jun.Kedengaran agak skema juga ayatnya…ketidakbahagiaan!Cehh!

“Mungkin,”

“Please be more positive,Lissa,” dia menyebut namaku sebagai Lissa.Selalunya panggil Hyun Ae je.Pelik. “Aku…aku susah!Macam aku ni pernah dilukakan!Aku rasa ada sesuatu perkara yang aku tak tahu,tapi ianya seakan pernah terjadi dalam hidup aku!” aku selalu membayangkan perkara yang menyedihkan.

Sejak tahun lepas,aku sering bermimpi pelik.Peristiwa yang lalu,menjengah ke ingatanku,meskipun dalam mimpiku,ianya tetap ada…sungguh aku keliru,ada sesuatukah yang pernah terjadi padaku?

Tae Jun memegang bahuku.Lalu dia memelukku.Aku terkejut.Apakah ini semua?!Aku melepaskan pelukannya.Aku memandang ke arah lain.Tae Jun pula memegang Min Ki.Hatiku berdebar,aliran di dalam darah seakan tidak betul,seperti berselirat!Apakah perasaan ini?Cintakah itu?



Aku memegang dadaku.Degupan di jantungku agak laju,seperti baru lepas berlari… “Maaf.Aku hilang kawalan,” hanya itu yang mampu Tae Jun ucapkan padaku.Aku diam membatu.Sungguh aku terkejut dengan perlakuannya tadi.Tidak pernah dia sebegini.Takkanlah dia ni nak lepas gian dekat aku kot?Heh!Gila betul statement aku ni!

“Ermm…err…aku tak tahulah nak cakap apa.Ianya macam entahlah,” aku bermain dengan jariku sambil menyusun kata,pandanganku jatuh ke arah lain,malulah nak pandang dia.Walaupun,kami ni sepupu,dan disebabkan hal tadi,aku tiba-tiba rasa segan dengan dia.



“Aku…aku…sebenarnya,aku sukakan kau,Hyun Ae!” luah Tae Jun,meskipun agak kelam-kabut,dia mengucapkan kata itu.Aku terlopong.Sukakan aku?!

Aku  memang rasa tak gembira dengan hal ni.Memang langsung tak nak gembira.Macam satu perkara yang tak patut jadi aje.Aku seperti mengharapkan orang lain yang cakap sukakan aku.Bukan Tae Jun.Ever!

“Kau okay ke,Hyun Ae?Aku tahu aku agak terburu-buru,tapi,dah lama aku pendam perasaan ni!” dia memegang lenganku.Aku kaku tidak bergerak.Memang tindakannya seperti ikutkan hatinya sendiri,hati aku bukan dia nak fikir!bentakku dalam hati.Aku pusing ke belakang.

“Melissa!” satu suara menjerit.

“Kakak!” satu lagi suara menjerit.Aku mengerutkan dahi.Melissa manalah pulak dia panggil tu?Kakak siapalah pulak?



“Hey,Hyun Ae!” muncul Yoo Hee bersama Alan.Mereka melambai tangan ke arahku.Aku menunjukkan jari ke arah diriku sendiri. “Kaulah!Melissa Lee Hyun Ae!Takkanlah nama sendiri pun kau tak ingat?” soal Yoo Hee sambil gelak.Aku jugak gelak,tapi,tak berapa nak okey,macam terpaksa gelak je rasanya…

Semasa aku sedang pandang ke arah lain,aku ternampak kelibat Dennis.Takkanlah baru beberapa jam tak jumpa aku dah gila bayang dengan Dennis tu?Aku cuba fokus mendengar percakapan Yoo Hee walaupun aku masih tercari-cari kelibat Dennis.

*****

“EH,Dennis,kenapa kau ni diam je sejak tadi?” soal Alan. “Takde apalah,korang sembanglah…” dia membalas.Latte ice yang dibeli oleh Alan dihirup sedikit.Sambil itu dia melihat pemandangan malam di Seoul Tower.

Dia terlihat seorang gadis,seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk tidak jauh dari tempat dia,Yoo Hee dan Alan sedang duduk.Melissa?Takkanlah matanya sudah rabun?Sampai dia anggap gadis yang bersama lelaki itu adalah Melissa?Dia cuba mengintai dari jauh,lelaki itu sedang berkata sesuatu kepada gadis itu.

Dan,gadis itu tersenyum.Dia dapat melihat gadis itu tersenyum,dia cuba mengecam gadis itu.Kemudian,matanya dapat melihat gadis itu seperti sedang menahan rasa.Kenapa ya?Dia berfikir sejenak.Lelaki yang bersama gadis itu berkata sesuatu dan kelihatannya sedang memegang bahu gadis itu…sebelum memeluk gadis itu.

Gadis itu terkejut,dia dapat mengagak.Kerana tindakan gadis itu melepaskan pelukan agak seperti baru lepas kena renjatan!Dia senyum.Apabila gadis itu memandang ke arah tempat dia,Yoo Hee dan Alan sedang duduk,dia terpana.Melissa!



“Itu kakak kau,kan?” Yoo Hee menegur.Alan memandang ke arah depan. “Haahlah,dia buat apa dekat sini?Dating ke?” Alan hairan dengan kehadiran Melissa di sini.Perkataan dating itu menyebabkan hati Dennis seakan tersentap.Hatinya tidak senang!



“Jom kita pergi tegur dorang,aku tengok ada guy lah,” ajak Yoo Hee. “Tak payahlah,nanti kita kacau dorang date pulak!” Alan tidak mahu mengacau kakaknya. “Alah,jomlah!Aku nampak ada budak keciklah!” Yoo Hee masih ingin berjumpa dengan Melissa.

“Min Ki kot,yalah,sebab Young Jae tu ada kerja dekat US,minggu depan baru balik,” Alan membalas dengan anggukkan. “Jomlah!Nak jumpa dia!” desak Yoo Hee. “Yalah!Kau ni suka paksa orang tau!” nada suara Alan agak marah.Yoo Hee tersengih.Tanda dia menang.



“Dennis,kau tak nak ikut?” tanya Alan.Dennis terus menggeleng.Dia tidak mahu berjumpa Melissa yang sedang ‘date’ dengan kawan lelaki.Biarpun,Min Ki ada bersama. “Korang pergilah,aku tunggu dekat sini je,” dia membalas dengan senyuman paksa.

“Okey,” Alan dan Yoo Hee terus meninggalkan Dennis sendirian.Dennis mengeluh kecil.Kenapalah kat sini jugak kita berjumpa?soal hatinya.Latte ice diteguk sehingga habis,kemudian,dia bangun dan berjalan.Entah ke mana arahnya…dia ingin mengelak dari bertembung dengan Melissa.Sebolehnya begitulah…

Melihat Melissa yang seperti memandang ke arahnya membuatkan dia ingin saja mendekati gadis itu.

Hatinya tertanya-tanya,siapa lelaki yang bersama dengan Melissa.Yang dia tahu nama lelaki itu ialah Tae Jun.Hubungan mereka pula dia tidak pasti.Ah!Kenapa nak ambil tau pasal dorang?Bukan hal aku pun,kan?dia mengingatkan dirinya yang semakin melalut memikirkan perasaan antara Melissa dan Tae Jun.

Dia memandang lagi.Melissa sedang mengambil Min Ki daripada Tae Jun.Hatinya berasa sesuatu!Apakah dia merasai perasaan cemburu?

“Lissa,aku perkenalkan kawan aku dengan Alan since aku dengan Alan di US,” sayup kedengaran suara Yoo Hee yang sedang mengajak Melissa untuk menemuinya.Ah!Masalah!Ke mana harus dia pergi?Takkanlah nak tinggalkan Yoo Hee dan Alan di sini?Dennis menghela nafas.Tenang.

Aku kena berlagak tenang!Biarkan apa pun reaksi Melissa,asalkan aku takkan kecilkan hati Yoo Hee yang beria hendak kenalkan aku dengan Melissa,Dennis bertekad di dalam hatinya.Derap tapak kaki kasut tinggi Yoo Hee dan Melissa semakin dekat dari pendengarannya.

Dia berpura-pura menyeluk kedua belahnya ke dalam poket seluarnya.Pandangannya menghala ke arah lain. “Hey Dennis!Pandanglah sini!” panggil Yoo Hee.Dennis menarik nafas,dia terus memandang ke arah depan.Senyuman diberikan.

“Lissa,this is Dennis.Dennis,nilah kakak Alan!Nama dia Melissa Lee Hyun Ae.” ujar Yoo Hee sambil memegang lengan Melissa.Alan punya kakak?!Dennis menyoal dalam diam.Sungguh dia tidak sangka.Betapa kecilnya dunia ini!



“Nice to meet you,Hyun Ae,” Dennis memberi reaksi.Dia memegang tangan Melissa yang menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.Melissa kelihatannya agak terkejut.Namun mukanya masih menunjukkan sedikit kegembiraan. “Nice to meet you too!” Melissa tersenyum manis.

“Cantikkan kakak Alan ni?” usik Yoo Hee.Dennis hanya senyum.Tiada jawapan yang diberikan. “Kau tau tak?Dialah PA aku sekarang ni,” selamba Dennis memberitahu Yoo Hee.Dia memegang pula tangan Melissa.Didekatkan gadis itu dengan dirinya.Spontan dia memegang bahu gadis itu.

Melissa jelasnya sungguh terkejut!



Begitu juga Yoo Hee.Wajahnya terpamer riak terkejut.

******

Melissa



“LISSA,dah lama kan?Kita tak berjumpa?” soal Yoo Hee.Aku mengangguk.Kawan baik Alan sejak di bangku sekolah.Aku tahu Alan menyimpan perasaan terhadap Yoo Hee sejak di sekolah tinggi lagi. “Kau sekarang ni dah kerja ke?” aku bertanya. “Yup!Aku kerja dekat syarikat ayah aku.” Yoo Hee menganggukkan kepalanya.

“Alan macam mana?” tanyaku lagi.

“Alan?Okey je.Kau jangan risaulah,lagipun masa dekat US dulu kan aku selalu hantar berita pasal dia?Aku tahu kau,mama kau,dan papa kau masih terkilan dengan keputusan Alan untuk jadi chef.Sedangkan,mereka harapkan Alan jadi doktor.” Yoo Hee mengusap belakangku.Aku tersenyum nipis.

Aku sudah melupakan hal itu.Ianya sudah lama.Papaku,seorang doktor.Mulanya,dia ingin Jason menjadi doktor,namun,Jason pada waktu itu sudah pun belajar di universiti di US,dalam bidang pengurusan perniagaan.Kemudian,aku pula diminta untuk menunaikan hasrat papa untuk melihat salah seorang anaknya menjadi doktor.

Aku menolak.Kerana aku lebih sukakan bidang fesyen.Cuma,aku pernah berjanji,jika aku gagal,aku akan menerima keputusannya untuk menjadi doktor.Giliran Alan pula,Alan hampir menunaikan hasrat papa itu,namun,dengan tiba-tiba,dia berhenti,sejurus itu,mengambil seni kulinari.Papa memang kecewa.Begitu juga mamaku.

Kini,hanya adik perempuanku,Alice Lee Hyo Young yang masih lagi belajar.Dia mengambil jurusan seni muzik.Dan juga adik perempuanku yang seorang lagi,Allison Lee Hyun Joo,sedang menuntut di London,England.Dialah satu-satunya harapan papaku dan mamaku untuk melihat salah seorang daripada lima anak mereka menjadi doktor.

“Aku dah lupakan hal tu.Kan,Allison tengah belajar di London,dialah satunya harapan papa dan mama aku,” aku memberitahu. “Kau date dengan siapa tu?”

“Lee Tae Jun.Sepupu akulah.Mana ada kitorang date?Orang date bukannya bawak budak!” aku membalas dengan rasa geram.Date?Jangan nak mengarut!Aku mengambil Min Ki dari dukungan Alan. “Ni Lee Min Ki.Anak Jason,abang aku.Umur dia tiga tahun,pandai bercakap,dia panggil aku mummy,kan Min Ki?” aku mencium pipi tembam Min Ki.Min Ki hanya ketawa sambil menepuk tangannya.

“Comelnya!” Yoo Hee tertawan dengan kecomelan Min Ki.Semua orang sukakan Min Ki.Termasuklah juga Dennis,yang juga ada kaitan dengan Min Ki. “Kau datang dengan Alan je ke?”

“Taklah.Dengan kawan sorang lagi.” Yoo Hee membalas.Aku angguk. “Kau nak kenal dengan dia?” Yoo Hee menanya. “Boleh jugak,kalau boleh…”

“Jom!” dia mengajakku. “Kejap.Nak serahkan Min Ki dekat guys tu,” aku berkata.Aku menyerahkan semula Min Ki kepada Alan. “Jaga dia baik-baik!” pesanku. “Jom!” aku tidak sabar pula.

“Lissa,aku perkenalkan kawan aku dengan Alan since aku dengan Alan di US,”

Aku masih menunggu.



“Hey Dennis!Pandanglah sini!” Yoo Hee memanggil seorang lelaki yang sedang memandang ke arah lain.Mataku jelas membulat.Dennis?Dennis berpaling ke arah kami berdua.Betapa kecilnya dunia ini!hatiku berdesis.

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: