Chapter 10
Surprise for me,but,do you surprised about this?-Melissa
“Lissa,this is Dennis.Dennis,nilah kakak Alan!Nama dia Melissa Lee Hyun Ae.” ujar Yoo Hee sambil memegang lenganku.Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. “Nice to meet you,Hyun Ae,” Dennis memberi reaksi.Dia memegang tanganku,untuk berjabat tangan.Aku memang terkejut,tapi,aku cuba memberikan sedikit senyuman.
“Nice to meet you too!” balasku.Senyuman diberikan.
“Cantikkan kakak Alan ni?” usik Yoo Hee.Dennis hanya senyum.Tiada jawapan yang diberikan. “Kau tau tak?Dialah PA aku sekarang ni,” selamba Dennis memberitahu Yoo Hee.Aku terkejut.Pecah rahsia aku!Yoo Hee pun menunjukkan reaksi yang terkejut.
Dennis memegang bahuku.Lalu mendekatkan dirinya denganku.Berdebar-debar rasanya di dadaku ini.Memang dia ni tak reti malu!
“What?!” Yoo Hee terjerit kecil.Dennis menyengih dan menganggukkan kepalanya. “Whoaa…I’m really surprised about this things!Kenapa tak cakap dekat aku,hah?Dennis?” Yoo Hee menyoal Dennis. “Aku mana tahu yang kau kenal Hyun Ae,dan aku baru tau yang ni kakak Alan,” dia menjawab sambil memandang mukaku.
Aku selamba membalas pandangannya,sedangkan di dalam hati ini seperti hendak tercabut jantung,kerana debaran di dada ini semakin laju. “But,korang ni memang sesuai if nak bercouple…” Yoo Hee memberi pendapat.Membuntang mataku dengan pendapatnya.Mustahil!
“Mustahillah,Yoo Hee…aku tak bersedia lagi nak bercinta.Sebab sebelum ni aku pernah kecewa disebabkan cinta.” balasku.Aku memang tidak suka dengan pendapat Yoo Hee.Walaupun ianya sekadar gurauan semata-mata.
Aku melepaskan pegangan Dennis di bahuku.Aku memandang Dennis. “Nice to meet you again,Dennis.Saya nak balik dulu.Esok kita jumpa di syarikat,ya?Annyeong,” aku berkata sebelum menundukkan kepala. “Yoo Hee…aku balik dulu.Dah lewat ni,” aku memberi alasan.Yoo Hee seakan berasa serba salah.
“Takpe,aku akan lupakan hal ni,” aku membisikkan kata itu sebelum meninggalkan mereka berdua.
“Tae Jun!Jomlah kita balik,” aku mengajak Tae Jun pulang. “Okey.”
“Alan,nanti kalau ada masa,kau datanglah rumah aku.Jangan asyik busy je.” selorohku.Alan ketawa.“Tengoklah dulu.Kau pun kena selalu balik rumah.Mama tu asyik cakap pasal kau je,” balas Alan.Mengingatkan mama,membuatkan aku sedikit terkilan.Ada kisah yang ingin aku bongkarkan tentang diriku pada masa lampau yang lalu.
Mama seperti tidak mahu aku tahu,jadi,selama beberapa tahun ini,aku sudah semakin jauh daripada keluarga.Hanya Elaine dan June yang menjadi keluargaku. “Tengok dulu.” itu saja yang mampu aku katakan.
“Kalau tak nak pun,kau boleh jumpa papa di hospital.Dia pun nak jumpa dengan kau,” kata Alan lagi.Aku mengangkat bahu.Entahlah…aku masih tak dapat putuskan.
“Kami balik dulu,Alan.Nanti aku pergi jumpa family kau.” ujar Tae Jun.Aku hanya diam mendengar dia bercakap.Min Ki sudah pun tidur di bahunya. “Okay!Nanti aku akan beritahu mama aku,” Alan membalas lagi.
Aku berjalan menuju ke tempat letak kereta. “Kenapa kau ni?” tanya Tae Jun. “Takde apalah.Dahlah..aku balik dulu,ya?” aku mengambil Min Ki di bahunya. “Hmm…ingat.Aku akan selalu ada untuk kau,” pesan Tae Jun.
Aku hanya tersenyum tawar.
*****
PULANG saja dari Seoul Tower.Aku terlihat seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar.Aku melihat dari dalam kereta.Daniel!
“Hello Daniel.What are you doing at here?” aku menegur dia.Daniel mengalih padangan ke arahku. “Hey,Melissa.Did you know where June is going?” tanya Daniel.Aku terdiam.Teringat pula luahan rasa June yang kecewa.
“Urmm…she’s in holiday now.But,I don’t know where she is going to,” balasku.Memang aku sedar aku sedang menipu Daniel.Tetapi,difikirkan perasaan June yang sedang tertekan untuk ketika ini,aku sanggup buat apa saja untuk dia.
“Ohh…how long will she is going to holiday,and when did she go?” tanya Daniel lagi. “Today.I don’t know when will she take for holiday.” balasku lagi,penipuan sedang berlaku kini… “If like that,it’s okay,Melissa.Thanks for your info.I’m appreciated it.” Daniel mengucapkan terima kasih padaku sebelum pulang.
Selepas saja kereta sports milik Daniel menghilang,aku menghela nafas.Lega!Aku terus masuk ke dalam kereta.Pintu pagar automatik terbuka.June muncul di luar rumah.Sewaktu aku keluar,dia memelukku.
“Kenapa June?” tanyaku. “Thanks sebab tolong aku.Aku tahu kau tak beritahu dia yang aku still ada dekat rumah,” dia seperti agak gembira. “Hmm…aku terpaksa,sebab dia dah buatkan kau kecewa.Aku cakap,yang kau pergi bercuti.” balasku.
“Okay.Tapi,aku risau,kalau-kalau dia akan cari aku lagi,” dia berkata sebelum menunduk. “Kita akan cuba sedaya upaya agar,Daniel takkan dapat cari kau.Just relax June.”
June senyum.Kemudian,dia membawa Min Ki masuk.Aku terus masuk dan ke ruang tamu. “Seronok pergi date?” terus Elaine menyoalku. “Bolehlah…tapi bukan date.” aku bersandar di sofa. “Lepas pergi dinner,aku pergi Seoul Tower dengan Tae Jun dan Min Ki.I’ve meet Yoo Hee and Alan,” aku memberitahu pada Elaine.
“Date jugak ke?” Elaine menanya. “Tak.Pertemuan itu buatkan aku sungguh terkejut!”
“Kenapa pulak?” Elaine pelik. “Alan,dan Yoo Hee punya kawan masa dorang study kat US adalah Dennis!” aku memberitahu Elaine akan hal yang sebenarnya sewaktu aku terserempak dengan Alan dan Yoo Hee.
“What?!” Elaine dan June serentak bersuara,kebarangkaliannya terkejut dengan berita yang kukatakan pada mereka. “Eh,June,tak sedar pulak kau ada dekat sini,” aku berkata.Hairan juga,tiba-tiba saja dia muncul.Memanglah dia ni suka muncul dan buat orang terkejut…
“Baru je.Aku terkejut lepas dengar berita yang kau cakap tu,” balas June. “Duduklah sini,June,” aku menyuruh dia duduk di sebelahku dan Elaine.June duduk di sebelahku sambil memeluk bantal kecil. “Korang tau kan,dah hampir 2 tahun aku tak balik ke rumah keluarga aku.Tadi,Alan suruh aku balik,sebab mama dan papa dah rindu dekat aku.Patut ke aku balik?” aku bertanya.
“Bagi aku,memang patut,sebab kau kan dah lama tak jumpa mereka.You should.Tapi,aku tak paksa kau,” June memberi pendapat.
“Bagi aku pulak.Sama je dengan pendapat June.Aku faham,kau ada masalah dengan mama kau.Apa kata kau cuba selesaikan?Nanti taklah susah sangat korang berhubungan.Kau pun mesti rindukan mereka kan?” Elaine memberi pendapat,dengan sebuah persoalan.
Aku menongkat dagu.Sebelum aku berbuat perangai sedemikian,aku memang selalu pulang ke rumah keluargaku.Cuma,pada suatu hari itu,aku ingin benar mengetahui apa yang terjadi padaku pada masa yang lepas.
3 tahun lalu…
“Mama.” panggilku. “Hyun Ae,kenapa?” tanya mama,dia sedang menyiram pokok.Mama suka benar menanam bunga dan pokok. “Hyun Ae nak tahu satu perkara boleh?” aku menanya,aku memeluk mama.Aku memang manja dengan mama.Hehe…
“Hmm…tanyalah,” balas mama. “Mama,kenapa Hyun Ae selalu mimpi seorang guys ni?Dia tu sekelas dengan Hyun Ae,lepas tu,kami bercinta.Mama kenal tak?Dulu,saya ada boyfriend ke,mama?Kalau ada,kenapa dia tak jumpa saya?” aku menanya sebuah soalan yang kuanggap agak tak logik dan seperti kebudakkan.
Perbuatan mama terhenti.Dia memandangku. “Mama…mama tak boleh jawab,” mama berkata begitu dan terus masuk ke dalam rumah.Aku berdiri di hadapan pintu rumah.Mama sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku ke?
Mulai dari saat itu,aku semakin jauh daripada keluarga.Perhubunganku dengan ahli keluarga pun semakin renggang.
**
“HYUN AE!” June memanggilku.Aku tersentak.Lamunan sebentar tadi hilang begitu saja. “Aku teringatkan mama aku.Rindu pada mama,Alice,papa…” aku tidak dapat menahan sebak.Lalu tangisan dihamburkan. “Kami tau kau rindukan mereka…” Elaine dan June memelukku.
*****
Dennis
PANDANGANNYA dihalakan ke luar tingkap kondominium miliknya.Memang dia pelik dengan perubahan sikap Melissa yang tiba-tiba saja.Kenapa ya?Nampaknya,gadis itu memang pernah terluka dengan cinta pertamanya.Mungkin.Dia cuma meneka saja.
Sewaktu Yoo Hee mengusik dia dan Melissa.Dia sedar,dia hampir menyukai gadis itu.Namun,pabila dia menyoal semula hatinya.Benarkah dia sukakan gadis itu?Dia dan Melissa baru saja beberapa hari kenal.
Atau bayangan Hyun Ae dalam diri Melissa membuatkan dia sukakan gadis itu?Ah!Bercelaru fikirannya.Teringat pula perbualan antara dia dan Alan.
“Kakak aku tu pernah bercinta dengan sorang guy ni.Mixed blood guy.From States.Diorang bercinta untuk masa yang agak lama,sebelum guy tu curang dengan kakak aku.Guy tu berkenalan dengan sorang model ni,cantik.Biasalah…lelaki kan?” Alan menceritakan perihal Melissa.
“Guy tu berubah sikap.Kakak aku memang pelik dengan sikap boyfriend dia tu.Dorang bercinta dah lama,suddenly dorang tu break up.Disebabkan perempuan tu je.Bodoh betul lelaki tu!Kalau aku,memang aku dah punch mamat tu sampai lembik!” Alan menyambung lagi.Seperti geram pun ada.
“Then,pada malam dorang nak break tu,kakak aku tu mabuk.Dia luahkan rasa kecewa dia terhadap guy tu,then,lepas luahkan perasaan dia,kakak aku nak balik.Walaupun dalam terhuyung-hayang,kakak still nak balik.Guy tu nak tolong dia,tapi,lepas tu,dalam sekelip mata je,kakak aku kena langgar.”
“Kakak aku tu hilang ingatan.Dia tak ingat perkara masa lepas.Mama aku suruh kami sekeluarga rahsiakan hal guy tu.Kesian betul kakak aku tu,untuk berbulan lamanya,dia koma.”
“Hampir setahun dia koma,doktor hampir nak buat keputusan untuk hentikan alat pernafasan,sebab dah lama kan?Dan,pada waktu tu,kakak aku sedar jugak.Aku tahu,dia bertarung dengan maut.Semua ahli keluarga kami gembira,walaupun kakak aku tak ingat sesiapa pun.Mama akulah orang yang menjadi penguat semangat untuk kakak aku terus hidup,sebab kakak aku tertekan lepas je keluar hospital.”
“Dia hampir nak bunuh diri.Dia kata,orang macam dia ni,tak berguna lagi untuk terus hidup.Mujurlah Tae Jun dan Seung Hyun tolong,kalau tak,memang kakak aku takkan hidup sampai hari ni.So,kalau kau tengok dia,dia seorang yang tabah,kan?” Alan memandang ke hadapan.Dia seakan faham akan apa yang dilalui oleh Melissa. “Ya.Walaupun aku baru kenal dia,dia memang tabah,” balas Dennis.Mendengar cerita Alan itu,mengingatkan dia kepada kekasihnya yang sudah tiada…Hyun Ae…
**
PINTU rumah kondominiumnya dikuak oleh seseorang.Dia cuba melihat siapa yang masuk.Daniel masuk dan melangkah dengan lemah sekali. “Hey bro,why with you?Any problem?” tanya Dennis. “She left me.I need her.But,Lissa said she’s in holiday.” Daniel seolah-olah bercakap sendiri.
She?Siapa pulak?Dennis hairan. “June?Do you mean June?” tanya Dennis lagi.Daniel mengangguk dengan lemah sekali. “Bukan ke dia tu kawan kau je?Jess mana?” sengaja Dennis berkata begitu.Daniel seorang playboy.Mempunyai ramai teman wanita.
“But,aku rasa macam hilang sesuatu benda kalau dia takde,memang dia kawan aku.Aku selalu datang ke sini pun nak jumpa dia je.Tadi,aku terjumpa Lissa.Lissa kata,June dah pergi bercuti.Aku rasa macam rindu sangat dengan June,” Daniel memberitahu.
Dennis mengangkat keningnya.Macam tak percaya je.Mungkin Melissa menipu abang aku pun sebab tak nak June bersedih lagi dengan abang aku yang tak pedulikan perasaan dia.Baguslah…asalkan June takkan berjumpa dengan Daniel lagi.Biarlah Daniel cari orang lain,Dennis berkata dalam hatinya.
Daniel seorang doktor.Bekerja di US.Daniel sering melawat June di Korea kerana June tinggal seorang di Korea.Kadang-kadang dia terfikir juga,adakah June jatuh hati kepada abangnya?Kerana June memang menaruh perasaan terhadap abangnya.
“Daniel.Just forget about June.There are still many girls to be your friend,” hanya itu yang mampu Dennis ucapkan kepada abangnya. “What do you mean by still many girls can be my friend?” Daniel pelik dengan kata adiknya.
“June needs her own life.Her own soulmate,she can’t possibly always be with you.She also had to find her love.You know what I mean.One day,she will marrying other guy.And I hope so you’re not fall in love with her.She’s not for you,” akui Dennis.Dia meninggalkan abangnya sendirian.
Dia ingin abangnya berfikir tentang hubungan abangnya itu dengan June.Dia harap,abangnya akan menemui orang lain sebagai teman.Bukan June.June adalah hak milik orang lain.Dia ingin juga June mencari orang lain.
Begitu juga dia dan Melissa.Dia ingin Melissa cuba melupakan kisah silamnya.Jika dirinya?Dia akan cuba sedaya upaya untuk melupakan Hyun Ae,walaupun agak susah.Fight for love?Hmm…mungkin dia patut berlawan habisan untuk cintanya…
0 comments:
Catat Ulasan