Chapter 8
~Always be mine – Dennis~
“And so,korang ni sejak bila bercouple ni?” tanya Cikgu Kim Hee Jin.Dia sudah selesai menyapu ubat di bahagian luka di kaki Dennis.Dia bangun semula untuk menyimpan first aid kit yang diambil dari bahagian rak sebelah mejanya. “Sejak sebulan yang lepas,” jawab Dennis.Tapi,masalahnya,aku tak bagi kata putus pasal hubungan kami ni.Dennis pulak beria-ia nak jadikan aku sebagai girlfriend dia.
“Ohh…baru lagi.Well,cikgu tak kisah.Sebab Hyun Ae ni sepupu cikgu.Awak boleh anggap saya ni bakal kakak sedara awak,” Cikgu Kim Hee Jin tersengih. “Hee Jin!” aku menjerit,memanggil nama Cikgu Kim Hee Jin. “Hyun Ae,you know me well.Jangan marah.Aku masih boleh cover pasal kau dengan Dennis,don’t worry,my cousin,” Cikgu Kim Hee Jin menepuk bahuku.
Aku merengus kecil. “Boleh percaya ke,Hee Jin?” panggilan cikgu bertukar,aku memanggil namanya sahaja. “Of course you can.” balasnya.Dennis hanya melihat gelagat kami berdua. “Hyun Ae…I’m glad,because you’re already had a boyfriend.Taklah aku risau sangat.Dennis,you should be happy to be her boyfriend,and I’m sure that she will makes your life more happy after this.” ujar Cikgu Kim Hee Jin dengan senyuman.
“I’m happy because she is always be mine.I’m hoping that our relationship will everlasting until here after.Right,Hyun Ae?” dia menyentuh tanganku,lalu memandang wajahku.Aku yang terpinga-pinga hanya memberikan senyuman. “So,korang ni nak masuk kelas ke tak?” tanya Cikgu Kim Hee Jin.Aku mengangkat bahu.
*****
“HYUN AE,” aku terjaga dari tidur apabila ada seseorang memanggil namaku.Dennis mememandangku. “Awak sakit ke?” nada pertanyaan agak prihatin,dan mengambil berat.Aku membetulkan dudukku. “Ermm…pening je.” balasku.Aku lihat luar tingkap.Ah…sudah sampai rupanya.
Aku membuka ikatan tali pinggang.Semasa aku hendak membuka pintu kereta,Dennis terlebih dahulu membukakan pintu kereta. “Thanks,” ucapku.Aku cuba berdiri,menstabilkan diri.Dia memegang pinggangku. “Biar saya pimpin awak,” dia menawarkan dirinya.
“Tak payahlah susah-susah…saya boleh jalan sendiri,” aku menolak dengan baik.Aku cuba berjalan.Tiba-tiba langkah yang kuatur itu jadi tidak teratur,lalu aku hampir terjatuh.Ada tangan yang menyambut pinggangku.Aku menoleh ke belakang.Dennis! “I’ve already told you!But,you’re stubborn!” suaranya seperti memarahiku,tetapi aku masih merasakan dia tidak memarahiku,sebaliknya terasa lembut saja katanya itu.
“Hmm…” hanya itu yang keluar dari bibirku.Kebetulan June sedang menonton TV di ruang tamu,segera dia keluar dan jelas,dia agak terkejut dengan keadaanku saat ini. “Kenapa ni,Lissa?” dia menerpa ke arahku.
“Aku tak tahu yang dia gayat dengan benda yang tinggi,aku ajak dia main di Lotte World,” selamba saja dia memberitahu June.June melopong. “Cepatlah masuk!” June menarikku masuk,Dennis juga mengikuti kami berdua masuk ke dalam rumah.
June ke dapur dan membawa segelas air putih,beserta pil. “Nah,makan ubat ni,untuk hilangkan pening kau tu,aku tau sangat kau ni,lepas je muntah mesti pening,” dia menghulurkan pil.Aku terus menelan pil tersebut sebelum meminum air putih. “Min Ki mana?” teringat kepada si comel Min Ki itu.
“Min Ki?Dia dah tidur.Lepas je makan dan mandi,dia terus merengek nak tidur,” balas June.Manakala Dennis hanya diam,mendengar saja kami berdua bercakap. “Kau tak kerja ke June?” pelik juga melihat June berada di rumah pada waktu begini,selalunya June sudah ke tempat kerja.
“Hello cik Melissa…kalau aku kerja,siapa nak jaga Min Ki tu?”
Aku ketawa.Yalah…kalau June kerja,siapalah yang nak jaga si Min Ki tu? “Aku ambil MC untuk dua hari,” beritahu June selepas aku ketawa. “Sakit ke?”
“Aku ingat nak jumpa doktor pakar psikologi,” ada keluhan yang keluar di bibirnya. “Kau ada problem ke?” risau juga bila mendengar June ingin berjumpa dengan pakar psikologi.Masalah di tempat kerjakah?
“Adalah.Aku nak lepaskan beban tekanan yang tengah aku pikul sekarang ni,” balas June lagi.Aku mengangguk. “Buatlah kalau kau rasa ianya betul,” aku tidak mahu mendesak dia,biarlah June sendiri yang menentukan tindakannya itu.
Aku menguap kecil.Terasa mengantuk pula…mungkin kerana kesan pengambilan pil tadi. “Dennis,saya nak pergi rest dulu,esok kita jumpa ya?June,temankan Dennis ni,kesian dia,” aku berjenaka sedikit,meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. “I’m sorry about today,” ujar Dennis. “It’s okay,mungkin,bila ada masa lagi,kita pergi lagi,asalkan bukan roller coaster,” aku membalas dengan tawa.
*****
BUNYI deringan lagu dari telefon bimbitku menyebabkan aku tersentak,lalu terjaga dari lena yang panjang.Aku bangun lalu mencapai telefon bimbit itu.
5 Miscalled from Lee Tae Jun
2 Miscalled from Dennis
Tae Jun.Alamak!Aku sudah berjanji dengan dia untuk makan malam bersamanya.Jam sudah menunjukkan ke pukul 8:30 malam.Segera aku bersiap.Katil tempat Min Ki tidur aku lihat.Kosong.Ke mana Min Ki pergi?Aku keluar mencari Min Ki.Elaine sedang bermain dengan Min Ki,dia kelihatan seronok bermain dengan Elaine.
“Eh?Kau dah bangun!” dia menegur.Aku senyum lalu duduk di sebelah Elaine.Aku mendukung Min Ki. “Min Ki,kejap lagi,kita pergi jumpa uncle Tae Jun,ya?Dia dah balik sini,” aku memberitahu Min Ki.Min Ki kelihatan seakan teruja,lalu dia menepuk tangannya.
“Tae Jun dah balik sini?” soal June yang muncul tiba-tiba. “Haah…aku dah janji nak keluar dengan dia,actually aku pun dah lewat,yalah,lupa nak set jam loceng.So,Elaine,kau tolong siapkan Min Ki,aku pun nak kena bersiap ni!” seakan arahan,aku menyuruh Elaine. “Baik bos!” Elaine mengangkat tangannya ke paras antara dahi dan kepala,seakan ingin menabik kepada komander.
Aku masuk ke dalam bilik semula.Panggilan dari telefon bimbit. “Hello?Tae Jun,maaflah,aku lambat sikit ya?Aku hampir terlupa dengan janji kita,” aku memohon maaf.Walaupun tidak melihat si penama di skrin telefon,aku sudah tahu si pemanggilnya ialah Tae Jun.Kerana aku sudah menetapkan ringtone untuk panggilan yang dibuat oleh Tae Jun.
“Hmm…aku akan tunggu,” suaranya seakan hambar.Aku berasa bersalah pula. “Okay,” hanya itu yang mampu aku katakan.Panggilan ditamatkan oleh Tae Jun.Aku terus bersiap.Sambil itu,aku masih memikirkan cara untuk memujuk Tae Jun.
Selepas bersiap,aku terus mengambil Min Ki dari dukungan Elaine. “Elaine,thanks okay?Nanti balik nanti,kita borak panjang,” aku terus masuk ke dalam Mini Cooper. “Kereta baru ke?” tanya Elaine. “Jason bagi,as my present,” aku balas dengan senyuman. “He’s at US,right?”
Aku angguk. “Nak cakap apa pun,nantilah…I’m late now.Nak kena pergi pujuk Tae Jun.Nampaknya dia merajuk,” ujarku sebelum menekan pedal minyak keretaku.Jam di dashboard kereta aku kerling,sudah menghampiri ke pukul sembilan.Harapnya Tae Jun masih menungguku.
*****
SESAMPAI saja di sebuah restoran,aku mencari kelibat Tae Jun. “Ada tak tempahan di atas nama Encik Lee Tae Jun?” aku bertanya kepada seorang pelayan yang berdiri di hadapan pintu masuk restoran itu. “Ermm…tadi seorang lelaki menunggu,tapi,lepas tu,dia terus pergi,” beritahu pelayan itu. “Oh…terima kasih.” aku mengucapkan ucapan terima kasih sebelum meninggalkan restoran itu.
“Macam mana ni?Tae Jun dah balik,” aku mengeluh di dalam kereta.Aku mengambil telefon bimbit yang kuletakkan di dashboard.Nama Tae Jun aku dail. “Tae Jun,aku tahu kau marah,tapi,aku mintak maaflah.Aku tau aku salah…” aku tahu Tae Jun masih mendengarku,walaupun dia tidak memberi reaksi.
“Hari ni,aku ke Lotte World bersama kawan aku,kau tahu kan,aku tak boleh naik roller coaster sebab nanti aku akan muntah lepas naik benda tu?Aku naik roller coaster,then,aku muntah dan aku pening.Balik je rumah,aku terus berehat,sampailah kau call aku…baru aku perasan yang malam ni sepatutnya kita sama-sama pergi makan malam.Mianhae…”
Aku menunggu balasan daripada Tae Jun.Jawablah Tae Jun…kau nak marah pun takpelah,asalkan kau cakap!aku berharap dalam hati.Ada suara deheman. “Memang aku marah pun dengan engkau!Janji pukul 8!Sampai nak dekat pukul 9 pun kau tak muncul,dan lepas tu,aku terus blah jelah!” ujar Tae Jun,keras nada suaranya.
“Maaflah…” lembut aku berkata. “Hmm…kau kena belanja akulah,aku dah lapar ni,” kata Tae Jun.Aku tersenyum. “Memanglah aku akan belanja!Sebab aku yang ajak kau makan!” aku membalas dengan ketawa.Dia ikut ketawa. “Kau dekat mana sekarang ni?” tanyaku. “Dekat sebelah kereta Mini Cooper warna merah.”
Aku memerhatikan di cermin sisi keretaku.Ada orang bersandar!Mungkinkah dia tu Tae Jun?Aku keluar dan berjalan ke belakang kereta. “Tae Jun?” aku memegang bahu lelaki itu.Lelaki itu mengalih pandangnya ke arahku.Sah!Dia ialah Tae Jun!Rambutnya sudah panjang sedikit. “Hyun Ae?” dia seakan terkejut.
“Cepatnya kau muncul,” kata Tae Jun. “Sebab kau bersandar dekat kereta aku!” selamba aku memberitahu. “Sejak bila pulak pakai mini cooper ni?” soalnya hairan. “Sejak semalam!Young Jae murah hati nak hadiahkan dekat aku,”
“Young Jae?” Tae Jun ketawa,seakan lawak pula dengan kataku. “Yalah.Tak percaya,kan?”
“Dia kat mana sekarang ni?”
“Dia ada kerja dekat US,”
“Okay.So,jomlah kita pergi.” dia mengajak. “Okey.” aku ikut sahaja katanya.Aku mengambil Min Ki yang berada di dalam kereta. “Comel betul Min Ki ni,” dia mencubit pipi Min Ki. “Aku dah jumpa abang Maria.”
“Abang Maria?” aku pasti dia tidak tahu akan hal ini.
“Aah.Abang dia balik sini.Sebab dah lama sangat stay dekat US.Dia pun tak sangka yang dia boleh jumpa Min Ki,anak Young Jae dengan Maria,he didn’t expect this things happen.” ingatanku tertumpu kepada Dennis.
Kami bertiga berjalan masuk ke restoran tadi.
*****
“RAMBUT kau makin panjang bila aku tengok,” aku memberi komen tentang rambutnya yang semakin memanjang. “Kenapa?” sambil menyuap salad ke mulut,dia menanyaku. “Rimaslah aku tengok rambut kau ni!” aku memberitahu.Tae Jun tergelak. “Hyun Ae,aku dah biasalah.Lagipun,aku mana ada masa nak potong rambut,” balas Tae Jun dengan nada bersahaja.
“Heh!Sebaiknya aku yang akan tolong potong rambut kau tu!” aku mengacahnya dengan garpu. “Aku okey je,” kata Tae Jun. “Serius ke nak potong rambut?” aku inginkan kepastian. “Sayanglah rambut ni,” dia memegang rambutnya yang panjang itu. “Euww…kau ni,kalau rambut pendek lagi hansemlah!” aku menjelirkan lidah,tanda tidak suka.
“Means,aku ni memang hansemlah?” kening Tae Jun bertaut.
“Bolehlah,” hanya itu yang mampu aku katakan.
“Aku kena fikir dulu,nanti kalau aku nak potong rambut ni,aku bagitau kau,” ujar Tae Jun sebelum menghabiskan makanannya.Aku angguk saja.Min Ki sedang asyik memegang teddy bear yang diberikan oleh Tae Jun.Sampai makan pun jenuh nak disuap!
“Kau dah habis belajar kan?” tanya Tae Jun,selepas kami diam seketika.
“Hmm…dah nak dekat dua bulan lebih dah…” balasku.
“Kau tengah buat apa sekarang ni?”
“Kerja.” pendek jawabku.
“Kerja?Kau kerja apa?”
“Adalah…kena uruskan hal orang,kena buat itu ini,” aku tidak mahu dia tahu tentang Dennis,entah sebab apa,aku memang tidak mahu dia tahu apa pun tentang Dennis.Biarlah rahsia…
(p/s:even bulan puasa,i'm still want to update my fanfic story...:))
0 comments:
Catat Ulasan