Rabu, 3 Ogos 2011

Say That You Love Me [Chapter 7]

Chapter 7


“Kenapa tak cakap saya,yang shooting awak tu dibatalkan?” aku menyoal dia.Dia tidak menjawab.Sebaliknya hanya memandang ke arah lain,dan juga tidak mempedulikanku.Aku terasa ingin saja melarikan diri sekarang ini.Sebabnya,dia ni macam nak bawak aku pergi dating pulak.Ah!Aku segera mengusir andaian itu.Mengarut!

Telefon bimbitku berbunyi,Dennis memandangku.Aku menjawab. “Hyun Ae!” si pemanggil menjerit namaku.Aku ketawa. “Annyeong,Tae Jun! (Hello,Tae Jun!)” aku mengucapkan kata. “Ye,annyeong. (Ya,hello.)Awak cuba teka,saya dekat mana sekarang ni?” Tae Jun ingin aku meneka. “Ermm…Sydney?” tekaku. “Tett!Salah!Saya dah balik semula ke Korea!” jawab Tae Jun. “Really?!Wah!Nanti kita jumpa boleh?” aku tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiraku dengan berita kepulangan Tae Jun.

“Boleh je…cuma awak kena belanja sayalah…” Tae June berkata,lalu ketawa.Aku juga ikut ketawa. “Hahaha…okeylah.Tak kisahlah,asalkan saya dapat jumpa awak!Nak jugak saya tengok rupa awak yang sekarang ni,entah lebih kacak atau lebih hodoh!” aku sengaja berkata begitu,agar Tae Jun ada rasa sakit hati denganku. “Hyun Ae!Awak sengaja kan?Siaplah awak nanti,” di talian,Tae Jun ingin mencabarku.

“Wekk!” aku membalas,sambil menjelirkan lidahku,walaupun Tae Jun tidak nampak. “Malam nanti,kita jumpa.Saya nak kita makan di tempat biasa,” ujar Tae Jun. “Okey.Dalam pukul 8 macam tu,” aku menetapkan masa untuk kami berjumpa.Sambil itu,aku mengingati sesuatu. “Kalau saya bawak Min Ki sekali boleh?” tanyaku. “Apa-apa jelah,saya pun dah lama tak tengok dia,kali terakhir pun tahun lepas,” Tae Jun ternyata hendak membuat lawak denganku.

“Ah!Layan awak ni memang buat saya nak gila!Dahlah…saya ada hal ni,bye!” aku meminta diri untuk menamatkan panggilan.Dennis yang berada di sebelahku hanya memandangku sejak tadi. “Kenapa?Awak tak sihat ke?” aku takut pula kalau-kalau dia tiba-tiba sakit.Tapi,mustahillah!Sebab dia kan okey je masa kami makan di kafe tadi?

Dia menggeleng,dan memandang ke arah lain.Pelik.Marah ke? “Awak nak try naik roller coaster?” Dennis bersuara tiba-tiba. “Erk?Takpelah…saya tak minat,” aku menolak.Aku memang takut tinggi.Gayat!Dia menarikku bersamanya,dan melangkah ke arah tempat masuk,yang adanya roller coaster.Aku segera membatukan diri. “Don’t worry.I’ll be here with you,” bisiknya padaku.Aku geleng,ketakutan mulai menyerang.

“Don’t worry,it won’t make you feel too scared,as long as you’re still beside me,” bisik Dennis.Romantik bagiku.Sungguh aku merasakan aku sedang melayang ketika ini.Just a words by him! “Kalau macam tu,saya akan ikut cakap awak,” aku membalas.Aku menarik nafas selepas itu.Aku memegang tangannya,menggenggam dengan erat.

“Don’t worry,I’m here with you,” nadanya seakan prihatin padaku.Aku memberi senyuman kepadanya,bukannya tak ikhlas,tapi aku berasa takut dan risau ketika ini.Saat kaki melangkah naik,aku hanya berharap,agar aku dapat mengatasi rasa takutku ini.Dennis hanya tenang saja.

“Ahhhhhhhhhh!” aku menjerit sewaktu roller coaster tersebut mulai bergerak.Semua orang yang menaiki roller coster juga menjerit.Tanganku tetap memegang tangan Dennis.Takut ingin melepaskan tangannya.

*****

“ARE YOU OKAY?” tanya Dennis perlahan.Dah habis.Aku cuba menstabilkan imbangan badanku.Gayanya macam nak jatuh pun ada.Aku mengemam mulutku.Rasa hendak termuntah pula.Aku cuba berjalan,sambil dipimpin oleh Dennis yang setia berada di sebelahku.Aku tersenyum sikit.Lalu aku berjalan menuju ke bangku.

“Muka awak pucat,” ujar Dennis.Dia menyentuh dahiku. “Jangan risau,I’m fine,” aku tidak mahu menyusahkan dia.Aku menekup mulutku.Janganlah…aku tidak mahu muntah sekarang.Aku harus bertahan.Aku segera berlari ke arah tong sampah yang berdekatan,lalu memuntahkan segala isi perutku.Aku duduk mencangkung di tepi tong sampah itu.Menahan rasa ingin muntah.

“Awak okey ke tak ni?I’m sorry if I’m too forcing you,” Dennis duduk mencangkung di sebelahku dan mengusap belakangku. “It’s okay,” aku berkata,senyum ditarik sedikit. “It’s okay awak kata?!I’m worried about you,” dia seakan mahu mengambil berat tentangku.Aku mengigit hujung bibir.Apakah perasaan ini?Mengapa jantungku seakan berdegup laju?

Aku memegang dadaku,lalu memejamkan mata.Oh tak!Aku bukan cintakan dia!Cuma meminati dia!Aku terus mengingatkan diriku agar tidak terus asyik,sememangnya hatiku terusik sedikit dengan kata-katanya.Lembut saja di pendengaranku…

“Awak okey ke tak ni?” dia menggoncang tubuhku yang sedang mencangkung.Aku mengangguk sebelum aku bangun semula untuk muntah.Dulu semasa aku kecil,aku memang tidak suka menaiki roller coaster,kerana aku takutkan benda yang tinggi dan akan muntah apabila selepas memanjat atau menaikinya.Aku memegang tangan kirinya.Aku berasa tidak berdaya saat ini.Tenaga sudah hilang selepas memuntahkan segala isi perut yang terkumpul.Inilah bahananya…kalau mama tahu,pasti dia akan membebel tentang diriku yang tidak reti bahasa.

“Jom kita balik,” perlahan aku bersuara,tekak masih perit.Dia terus berjalan,aku pula cuba untuk berjalan.Namun,langkahku tidak teratur,terhuyung-hayang.Dia terus memegang tanganku,kami berjalan beriringan ke parkir kereta.

*****

Dennis.


DIA seronok bersama dengan Melissa.Adanya gadis itu bersamanya,membuatkan dia seolah-olah sedang berhadapan dengan Hyun Ae.Kerana panggilan dari pihak pengurusannya tadi,dia terus ingin merancang untuk membawa Melissa keluar bersamanya,walaupun,dia tahu bahawa dia adalah artis terkenal dan mudah dicam oleh sesiapa saja.

Dia juga sengaja membuat gadis itu berasa bengang dengan dirinya.Memaksa!Ya…dia sanggup memaksa juga,asalkan Melissa akan menemaninya.Lotte World…dia tersenyum sendiri.Taman tema yang popular,dia ingin ke sana untuk menghilangkan rasa bosan,tertekan dan ingin menikmati keseronokan di taman tema itu.

Panggilan telefon daripada seseorang menyebabkan dia ingin tahu siapakah gerangan si pemanggil tersebut.Dia sakit hati melihat Melissa yang seakan selamba saja bergurau senda dengan si pemanggil.Apa yang dia dengar ialah,nama pemanggil itu bernama Tae Jun.Dan,Melissa akan berjumpa dengan lelaki itu pada malam ini.

Ah!Dia benar-benar rasa sakit hati!Tetapi…apabila difikirkan kembali,haruskah dia berasa cemburu dan sakit hati dengan panggilan tersebut?Takkanlah…dia sukakan Melissa?

Dia terus menggeleng.Tidak mungkin!!!Memang benar Melissa mirip Hyun Ae,tetapi,dia tidak patut jatuh suka dengan gadis itu,kerana dia masih setia untuk Hyun Ae!

*****

Melissa



AKU menyuruh Dennis menghantar aku pulang ke rumah.Tenagaku sudah hilang separuh untuk hari ini.Aku sudah mendapat balasan kerana ingin juga mengikut Dennis menaiki roller coaster. “Awak tidur jelah,kalau dah sampai nanti,saya gerak awak.” Dennis berkata,walaupun sedang memandang hadapan untuk pemanduan.Aku terus mengangguk.Aku cuba memejamkan mataku.

7 tahun lalu…

~Can we be a friend?~ Dennis

PAGI ini aku terlewat ke sekolah!Ini semua gara-gara mamat mixed blood tu!Huh!Sudahlah semalam beria-ia sangat suruh aku temankan dia sehingga tengah pagi buta!Walaupun aku menolak untuk menemani dia,dia masih mendesakku,siap ugut aku,dia akan pergi rumah aku dan beritahu yang aku dah ada boyfriend.Bila aku marah dia,boleh je dia ketawa dengan aku?!Memang dia ni jenis tak makan saman!

“Hey girl!Good morning!” ada sapaan dari seseorang.Aku yang sedang berkejaran untuk masuk ke pintu masuk sekolah terhenti seketika. “Huh…” aku mendengus. “Thanks for accompany me last night,” ucap Dennis,dekat di sebelahku.Aku kaku di sebelahnya.Dia memang boleh buat aku punya jantung berdebar untuk beribu kali dalam sehari.

Ting tong!



Aku tersedar dari khayalan yang mengarut itu.Alamak!Aku dah lambat!Aku terus berlari untuk cepat-cepat masuk ke sekolah.Harap-harap pintu pagar sekolah masih tak ditutup.Kalau tak,memang aku kena panjat untuk masuk ke dalam sekolah.Dennis juga berlari.

Aku terlihat pak cik pengawal tengah tolak pintu pagar.Lagi sikit je nak tutup!Oh tidak!Aku tidak mahu panjat pagar yang tinggi itu. “Ahjushi!” aku menjerit.Nampaknya pak cik tu memang pekak sebab dia tak dengar aku jerit.Dia terus pergi.Pintu pagar dah ditutup.Langkahku terhenti.Dennis juga sudah berdiri di hadapan pintu pagar.

“Awak punya pasallah!” aku menjeling,lalu memarahi dia.Dia seakan terkejut denganku,tetapi selepas itu dia ketawa.Sakit hatiku dibuatnya! “Sekarang macam mana saya nak masuk ke dalam sekolah?Cuba awak bagi idea,” aku berkata. “Panjat pagar jelah,” dia memberi jawapan.Aku menelan liur. “Pp…panjat?!” aku hampir tergagap.Dia menganggukkan kepala.Takkanlah… “You must be kidding right,Dennis?” aku tidak mahu.Nanti buat malu jelah.

“Of course I’m serious!” Dennis membalas.Aku menggeleng. “I don’t want.It’s not a good idea to me,” aku memberitahu,aku memang tidak ingin memanjat pagar. “If you don’t,how do you want to enter class?” Dennis menyoalku.Aku menjongketkan bahu.Dennis merenungku.Aku memandang tempat lain.Lain macam je aku tengok cara dia pandang aku.Boleh terpikat kalau aku tengok dia ni!

“Other than that,takde cara lain ke?” aku menanya dia,sambil pandang tempat lain. “Bagi saya itu yang terbaik.” Dennis senyum padaku.Sangat menawan.Senyumannya memang manis,bak satu kontena lori gula. “Alah…saya tak nak panjatlah.Dahlah saya pakai skirt…” aku merungut padanya.Pakai skirt satu hal.Nak panjat pagar lagi satu hal…

“Panjat jelah.It’s not too hard if you try to,” dia berkata.Aku pandang dia.Aku menggeleng sekali lagi. “Try it!Kalau tak macam mana masuk kelas?”

“Tak nak!” aku memalingkan tubuh ke arah lain.

“Okay,bye.” Dennis sudah mula memanjat pagar.Aku terkejut.Biar betul mamat ni?Serius betul nak panjat. “Dennis!Janganlah tinggalkan saya dekat sini,” aku melaung.Dia yang sedang memanjat pagar tersenyum kecil.Dia turun semula.Tanganku dicapai.Aku melepaskan tanganku,tidak mahu dia memegang tanganku.

“Hyun Ae my dear,panjat jelah.” ujarnya.Aku teragak-agak. “Awak panjat dululah…” aku menyuruh dia panjat dahulu. “Okay,”

Dia terus memanjat masuk ke dalam pagar.Dengan sekelip mata saja.Aku cuba memanjat pagar tersebut. “Just try it Hyun Ae!”

Aku sudah memanjat pagar tersebut,dan semasa hendak turun ke bawah,aku tidak memegang pagar itu,dan terjatuh di pelukan seseorang. “Awak okey ke?” tanya Dennis. “Okey.” aku menjawab,tetapi rasa bersalah pula kerana aku sudah jatuh menghempap dirinya.Pelukan segera aku leraikan,tak berapa elok kalau ada orang nampak.

“Sorry sebab saya jatuh dekat awak.Saya tak pegang pagar tu,masa nak turun,” aku meminta maaf padanya. “It’s okay.” dia cuba bangun.Tetapi dia terjatuh semula. “Oh no!Kaki awak mesti sakit kan?” aku memegang tangannya.Rasa bersalah masih ada di hati ini kerana aku dah buat kakinya sakit.Dia senyum saja,menahan sakit.Muka dia ni,aku pun boleh hafal.Muka boring dia pun aku boleh tahu.Sebab minggu lepas ada budak kelas lain mintak date dengan dia.So,dia layan macam nak tak nak je.Muka dia siap tunjuk yang dia boring.

“Jom pergi bilik rawatan…” aku mengajak dia. “It’s okay.Don’t worry,” dia cuba berjalan.Tetapi aku tahu dia sakit.Aku terus mengheret dia ke bilik rawatan.Ketika itu,Cikgu Kim Hee Jin berada di bilik itu. “Eh,Hyun Ae,kenapa ni?” Cikgu Hee Jin bangun,dia melihat Dennis.



“Err…” aku tidak tahu bagaimana hendak berkata.Takkanlah nak kata panjat pagar lepas tu aku hempap dia?Habis kena gelak dengan Cikgu Kim Hee Jin yang juga sepupuku,sepupu jauh,dan nanti mungkin dia akan cerita kepada mamaku.Ah!Masalah!

“Saya jatuh,cikgu,” ujar Dennis.Dia tahu aku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku sebenarnya.Aku terus mengangguk. “Oh…lasak jugak kamu ni,” Cikgu Kim Hee Jin mengambil first aid kit. “Hyun Ae…kamu dengan dia ni ada apa-apa ke?” sambil merawat Dennis,Cikgu Hee Jin menanyaku.

“Urmm…” aku menggaru kepala.Nak bagitau macam mana ya?

“Dia girlfriend saya,cikgu.” Dennis berkata.Aku terkejut.Cikgu Kim Hee Jin seakan terkejut juga,tetapi dia gelak. “Pandai betul kamu ni,Hyun Ae,saya ingat kamu ni suka belajar je,sampai lelaki pun takde yang kamu suka.” tergeleng-geleng Cikgu Kim Hee Jin.

Aku buat muka tak bersalah.Cikgu Kim Hee Jin ni memang macam tu.Taulah kita ni bersaudara,selamba je nak perli aku…aku berkata dalam hati. “You’re lucky to get her,” ujar Cikgu Kim Hee Jin. “Yeah.She’s my precious girl,” dia memandangku.Aku menjeling.Gila!

sorry,minggu lepas demam!So,tak dapat post...


Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: