Chapter 8
Eun Hee’s POV
PAGI itu,aku bangun lewat.Semuanya kerana terlalu asyik menonton drama Paradise Ranch yang dilakonkan oleh Changmin,antara idol kegemaranku dan juga Lee Yeon Hee di sebuah laman web drama.Dengan pantas,aku menyiapkan diri untuk ke universiti.
Nasib baiklah hari ini kelas bermula pada pukul 9,jadi sempatlah aku hendak bersarapan di kafeteria.
“Eun Hee-ah!” namaku dipanggil.Aku memegang dadaku.Fuhh!Nasib baik tak kena serangan jantung.Boleh mati kalau selalu macam ni,dalam hati aku berkata.Gikwang tersengih melihatku yang terkejut dengan sergahannya.
“Kenapa?” aku menyoal,tanpa memandang wajahnya.
“Kau lambat bangun eh?” teka Gikwang.Aku memandang wajahnya,tanpa perasaan.Aku menahan rasa mengantuk yang mula hendak membuai-buai mataku untuk ditutup. “Jadi,kenapa?Ada masalah ke?” aku menanya,dengan perlahan,namun kasar.
“Haish...kau ni,janganlah kasar sangat dengan aku,” dia menarik telingaku.Aku memukul bahunya.Aku meletakkan kepalaku ke bahunya. “Aku pinjam bahu kau kejap.Aku mengantuklah...” ujarku,sambil menguap.
“Eh?Eun Hee?” aku tidak sedar yang aku sudah terlelap selepas itu.
*****
Gikwang POV
“Eh?Eun Hee?” aku memanggil namanya.Namun,hampa.Nampaknya gadis itu benar-benar mengantuk.Aku merenung seluruh wajahnya yang putih bersih itu.Alis matanya yang melentik membuatkan aku makin seronok hendak meneliti wajahnya.
“Comel betul bila dia tidur,” kataku sendirian.
Bibirnya yang merah begitu menarik perhatianku.Pipinya pula tidaklah terlalu tembam,cuma kelihatan comel kalau gadis itu tersenyum.
Aku membiarkan dia tidur di bahuku.Aku dapat membayangkan wajah Eun Hee,iaitu bekas kekasihku yang sudah meninggalkanku.Entah kenapa dia meninggalkan aku sendirian.Kalaulah Eun Hee yang sekarang ini adalah Eun Hee yang aku sayangi itu.
Aku menarik nafas.Secara tidak sengaja,sewaktu aku sedang memandang ke arahnya,aku terbau bau wangi dari rambutnya.Bau wangian sitrus mengingatkan lagi aku kepada Park Eun Hee,yang menghilangkan dirinya entah ke mana...
Jam di tangan kupandang.Masih awal lagi.Telefon bimbitku bergetar.Nasib baik semalam aku menukar dari mode biasa ke mode silent.Aku membuka inbox mesej.
From:Hye Sun
Annyeong,Gikwang J
Hari ni kelas dibatalkan.Bagitau Eun Hee sekali,ya?
Hehe...korang pergilah date!Haha~
Eh?Biar betul?Kelas dibatalkan?Ingin saja aku jerit.Hari ni aku malas sikit nak pergi kelas.Hmm...aku membiarkan Eun Hee tidur.Suasana di sini agak lengang.Jadi,aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri.
*****
Eun Hee’s POV
Aku menggosok kedua belah mataku.Lalu,aku menggeliat kecil.Aku terkejut melihat Gikwang yang bersandar di sebelah bahuku.Oh My God!Ish,macam mana aku nak tolak dia ni?Karang terjaga pulak mamat ni.
“Gikwang,” aku memanggil namanya. “Hmm...”
Matanya terpejam.Aku memandang wajahnya untuk seketika.Kalaulah aku boleh katakan bahawa akulah Park Eun Hee yang hilang,yang meninggalkan dia untuk beberapa tahun,agaknya apa reaksi dia?
Kini sudah beberapa bulan berlalu,hubungan kami rapat,namun cuma sebagai kawan.Tidak melebihi daripada itu.Kami juga selalu bergurau.Bertepuk tampar menjadi perkara biasa.Kami tidak lagi kekok.
Aku melihat jam tangannya.Dah lebih dari pukul 8!Aku pantas menepuk bahu Gikwang,dengan kuat.Gikwang menyeringai kesakitan.Dia terus terjaga dari tidurnya. “Yahh!Kau kenapa?” marah Gikwang.
“Weh!Kan pagi ni kita ada kelas?!” aku membalas dengan nada marah padanya.Ish,kenapalah dia tak kejutkan aku?
“Hari ni kelas mana ada.Dibatalkan...” selamba dia memberitahu.Dia menguap selepas itu. “Hah?” aku terus blur.Otak malas hendak mencerna perkataan yang dia katakan.Sudahlah aku baru bangun dari tidur.
“Kelas dibatalkan.Tadi Hye Sun mesej aku,” ujar Gikwang,dengan nada mendatar. “Oh...” baru aku tahu.Rasa bersalah pulak,sebab kejutkan dia. “Kau mengantuk lagi ke?” tanyaku.
“Hmm...jomlah kita keluar.Mana ada apa-apa kelas pun hari ni.” ajak Gikwang,dia menguap.Kesian pula melihat dia seperti tidak cukup tidur.Cuaca sejuk,walaupun ada matahari di atas awan.
“Kau mengantuk kan?Baik kau balik dorm kau je...nanti tak pasal-pasal kau penat pulak,” aku mencadangkan agar dia berehat saja.Gikwang menggeleng. “Kita pergi lepak kat kafe.” cadang Gikwang pula.
“No...kau kena berehatlah...” aku tidak mahu dia penat.
“Nanti masa dekat dalam kereta kau,aku tidurlah...kita lepak dekat kafelah...” rayu Gikwang.Ish...dia ni,saja je nak aku cair.Terpaksalah aku bersetuju.Dia terus senyum melebar,sehingga ke telinga...
Aku dan dia menuju ke parkir kereta.
Seperti biasa,aku memandu,manakala dia duduk di bahagian penumpang,bukan apa...aku mana biasa bagi orang drive kereta kesayangan aku ni...sudahlah ianya pemberian papa.Mengingatkan papa,aku teringatkan omma dan Eun Ji.
Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka.Hmm...
Gikwang sudah terlena,setelah aku mula memandu keluar daripada perkarangan universiti.Aku lupa pula hendak bertanyakan kafe mana yang hendak dia pergi.Ahh...nak pergi kafe mana ya?
Aku membuat keputusan,untuk terus ke kafe Love Cafe House.Biarlah,asalkan aku dapat menikmati kopi panas di waktu pagi yang sejuk ini.
*****
Sampai di tempat yang dituju,aku menggerak Gikwang. “Gikwang-ah...” aku memanggil.Dia menggumam kecil,entah apa yang dia katakan. “Weh,” aku menepuk bahunya.Namun,dengan tiba-tiba,dia mencapai tanganku,sebelum mencium tanganku.
Mataku membulat.What the heck?!
“Woi!” aku terus menjerit.Dia terus terjaga,terkejut denganku.
“Kenapa?” soal Gikwang dengan cemas.
“Apahal kau cium tangan aku,hah?!Kau mimpi apa sampai nak cium-cium tangan orang ni?” aku memarahi dia.Gikwang menggaru kepalanya.Ni mesti tengah blur-blur.Sebab baru bangun tidur.
“Aku cium tangan kau eh?” tanya Gikwang dengan tersengih.Menyampah aku tengok cara sengihan dia tu,nampak macam orang miang je.
Aku menjeling. “Dah sampai ke?” dia memandang luar tingkap. “Iyelah!Kalau tak,buat apa aku gerak kau?” kataku.Dia menanggalkan tali pinggang keledar yang dipakainya,sebelum keluar dari kereta.Aku juga mematikan enjin kereta dan keluar.
“Love Cafe House?”
“Kenapa?Kau tak suka ke?” tanyaku.
“Taklah,kafe ni kafe kegemaran aku,tak sangka kau pun pergi situ,” ujar Gikwang padaku.
“Aku memang suka pergi kafe ni,sejak aku belajar kat sekolah menengah lagi,” balasku.
Dia mengangguk. “Aku pun sama,”
Kami berdua melangkah masuk ke dalam kafe itu. “Nak duduk dekat mana?” tanya Gikwang. “Mana-mana jelah,asalkan selesa,”
Dia memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap.Hmm...tempat yang sememangnya aku gemari juga. “Kau pandai pilih tempat,aku pun suka duduk tempat ni,” kataku,dengan senyuman.
“Kau pun suka,ya?”
Aku mengangguk.Kemudian,seorang pelayan di kafe itu datang ke tempat kami duduki,untuk mengambil pesanan. “Gikwang,kau tak pakai mask ke?” bisikku. “Oh,aku lupalah!” dia menepuk dahinya,dengan pantas,dia memakai mask.
“Cik dan Encik nak pesan apa?” tanya gadis itu.
“Waffle two set,” pesan Gikwang. “Kau nak makan dua-dua tu ke?”
“Kau tak nak ke?” Gikwang memandangku. “Aku nak makan sandwichlah,”
“Ermm,cancel,only one,” kata Gikwang pada pelayan itu. “Sandwich tuna dengan latte ice,” aku memesan pula.
“Hot coffee,” pesan Gikwang lagi.Selepas itu,kami menunggu pesanan yang kami pesan sampai.
“Lepas ni nak ke mana?” tanyaku pada Gikwang. “Entah.Kau ada apa-apa rancangan ke?” tanyanya.
Aku mengangkat bahu. “Mungkin aku nak balik,lepas tu tidur,” aku tersengih.Dia menarik hidungku. “Apahal main tarik-tarik hidung orang ni?” aku memukul tangannya.Dia ketawa kecil.
“Kau nampak comellah,walaupun kau tengah marah,” puji Gikwang. “Kau ni kenapa?Kena sampuk ke?Sampai nak puji-puji aku pulak...” aku sebenarnya berasa segan sebab dia puji aku.Walaupun,aku tahu,dia suka memuji orang.
Sampai bilalah aku nak rahsiakan pasal aku ni sememangnya Park Eun Hee yang sebenar?
“Kau nak pergi dorm Beast tak?” ajak Gikwang.
“Hah?Biar betul?” soalku,dengan tidak percaya.Dia mengangguk,dengan serius. “Tak mengganggu korang ke?” tanyaku.
“Tak,lagipun hari ni...kitorang akan buat rehearsal,” balas Gikwang.
“Jinjja?”
Dia mengangguk sekali lagi.
Aku diam,sebenarnya dalam hatiku ini,ada perasan riang yang bakal meletus,sudahlah aku adalah peminat kumpulan Beast!Walaupun aku tidak selalu menghadiri fanmeeting mereka,kerana pada waktu itu aku sedang belajar di Jepun.
Hmm...ini peluang yang harus aku rebut...bukan mudah untuk bertemu dengan mereka.
“Okey,tapi...boleh tak aku ikut korang rehearsal sekali?” aku bersetuju dan menanya dia. “Boleh kot,sebab kau nak tengok je,kan?Bukan nak practise dengan kitorang sekali kan?” dia nak buat bergurau pula dah...
Aku memukul lengannya.
“Hey!Hari ni dah berapa kali kau pukul aku,hah?Ganas betul kau ni!” dia geram.
Aku ketawa.
Annyeong!Aku nak mintak maaf sebab dah lama tak update fanfic ni ._. Aku dah kehilangan idea sebenarnya ._. ermm,aku rasa aku akan siapkan fanfic ni dalam 15 chapter ^o^
p/s:poster baru ._. tapi aku edit guna photoscape je *pemalas punya budak* nanti kalau aku senang baru edit baru punya poster XD
New update:Poster baru!Kali ni aku edit guna Photoshop XD oh my Kiki <3 saranghae oppa!
3 comments:
lalalala~ sambung unnie~ tak sabar nak tunggu ni. weekends je boleh bukak fanfic unnie. btw, daebak! tak sabar nak tahu reaksi beast macam mana.
@Kim Myungsoo 명 명ne,terima kasih yg tk terhingga sebab sudi baca ff unnie yg tk seberapa ni :) hehe...kalau sempat,unnie update sebelum habis cuti sekolah minggu akhir ni :D
bestbest ^^
Catat Ulasan