Jumaat, 8 Jun 2012

Oneshot fanfic: Say That You Love Me




Say That You Love Me

Your POV

            Kenangan tiga tahun lalu...aku cuba ingati semula.Namun tiba-tiba saja kepalaku terasa sakit.Aku segera baring di katil.Aspirin diambil dan aku telan. “Kenapa dengan aku ni?” dalam kesakitan,aku menyoal diriku sendiri.

            Kalau hendak dikatakan aku mengalami migraine mustahil pula!Sebab aku tidak pernah mengabaikan kesihatanku semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.Pintu bilikku diketuk oleh seseorang. “Masuk,” dengan lemah aku berkata.

            Muncul Elaine dengan wajah yang bimbang dan risau. “Kau sakit ke,Lissa?” dia menanya.Aku hanya mengangguk.Terasa mamai pula.Aku lihat bibir Elaine bergerak,seperti ingin memberitahu sesuatu.Selepas itu,mataku terus tertutup.

**

            “Hyun Ae!” seorang lelaki memanggilku.Aku memalingkan wajahku,untuk melihat dia. “Dennis?” aku sebut,dengan perasaan teragak-agak.Lelaki itu mengangguk. “Do you miss me?” tanya lelaki yang mengakui namanya Dennis.

            “Saya kenal awak ke?” aku menanya. “Of course,you’re my girlfriend!Don’t you remember?” dia menjawab,tapi dia juga menanyaku semula. “Kita?I’m your girlfriend?” aku tidak percaya.Mustahil lelaki sekacak dia ialah boyfriend aku!

            “Yeah...why you’re like clueless?”

            Aku mengangkat bahu. “I...didn’t know you...” balasku.Senyuman di bibirnya hilang. “Hey,don’t be kidding,dear!I’m Dennis!Your boyfriend!We’re together since we’re in high school!” dia cuba mengingatkan aku.Namun sia-sia saja.Aku langsung tidak ingat apa-apa.

            “I’m sorry,Dennis,” aku terus meninggalkan dia sendirian.

            “Hey,wait!” sepertinya dia hendak mengejarku.Aku berlari sepantas yang aku boleh.

**

            “Lissa?Kenapa ni?” tubuhku digoyang.Aku terjaga dari tidur.Mataku terbuka luas.Aku bangun dan lihat sekeliling.Pelik.Bukankah tadi aku berada bersama lelaki yang bernama Dennis itu? “Kenapa kau ni?” Elaine menyoalku dengan hairan.

            “Ermm,dah berapa lama aku tidur?”

            “About two hours...aku dekat ruang tamu.Tiba-tiba kau macam bercakap-cakap dalam tidur.Mengigau ke?” Elaine tergelak sambil berkata. “Oh,aku bercakap masa tidur ke?” ini lagi aku pelik!Aku bercakap semasa tidur?!

            Elaine mengangguk.Membenarkan kata-katanya sendiri juga kata-kataku.Aku mengeluh. “Aku rasa pelik.” luahku. “Pelik macam mana?” dia juga ingin tahu. “Entah.Aku nak cuba ingat peristiwa tiga tahun lalu.Tapi,aku rasa sakit kepala.Masa tidur tadi,aku mimpi seorang lelaki,dia kata aku ni girlfriend dia,what a nonsense!” aku menceritakan apa yang terjadi pada diriku.

            “Oh...pelik.Kau pernah ada boyfriend ke?”

            Aku menggeleng dan mengangkat bahu. “Molla,”

            “I think your dream is just a dream.Bukan ke mimpi itu mainan tidur?” dia membuat andaian. “Betul jugak cakap kau,” aku bersetuju. “Tapi...ada juga mimpi tu seperti petanda...dan mungkin bakal jadi realiti!” Elaine punya satu lagi andaian.Aku menepuk dahi.

            “Gila!” aku terus menutup mukaku dengan bantal. “Wae?Mimpi kau tu ada yang best ke?” kening Elaine terangkat.Aku diam,berfikir...nak atau tidak beritahu Elaine apa yang aku mimpikan dengan sepenuhnya?Ah!Tidak!Nanti Elaine usik aku!

            “Aku cuma ingat lelaki tu cakap aku ni girlfriend dia je!” aku membalas. “Ya ke?” dia seolah-olah tidak percaya.Aku angguk. “Okeylah...aku rasa mungkin jodoh kau nak sampai,” selamba dia mentafsirkan mimpi aku itu.

            “Yahh!Aku tak kenal lelaki tu!Aku nak lelaki idaman aku tu jugak!” aku membaling bantal pada Elaine,tapi tak kena pada sasarannya,terkena pada dinding bilikku.Huu...aku tak cukup mahir bab baling-baling barang...

            “Dennis Oh tu kan?” dia mula hendak usik aku. “Ya,”

            Dennis?Hmm...lelaki dalam mimpi aku tu pun cakap namanya Dennis.Eh bukan!Maksud aku,dia mengaku nama dia Dennis kerana aku cuba meneka namanya kerana dia sebut namaku.Sayang sekali,muka dia aku tak nampak,sebab tak berapa jelas...

            “Ngee...kau ni memang tak habis-habis dengan dia!” Elaine berkata. “Entah,aku rasa macam best je kalau dapat teman lelaki macam dia.Dahlah handsome,kacukan Korean-Caucasian,” aku menyebut.Terbayang wajahnya tersenyum.Aduh!Boleh pengsan!

            “Ya,ya...lelaki idaman kau...” nampak macam Elaine naik menyampah bila aku puji Dennis Oh. “Kau dah okey?” dia melihat keadaanku yang memang dah okey sangat. “Aku dah okey,”

            “Lapar tak?” aku menanya dia pula. “Laparlah...” dia mengiyakan. “Nak masak atau makan luar?”

            “Tak payah makan luar.Aku dah masak,”

            Mataku membulat. “Jinjja?Elaine-ah!Aku sayang kau!Nasib baik kau dah masak.Aku tak larat nak masak,” aku terus peluk Elaine. “Hmm,ye.Kalau malas tu cakap jelah malas,” sindir Elaine.Aku tersengih.

                        “Jomlah makan,nanti sejuk pulak makanan tu.” ajak Elaine.Aku terus mengikut Elaine.Sebelum itu,aku mencuci muka dan memberus gigi.

*****

            Aku duduk di ruang tamu.Elaine sedang mengemas dapur.Aku ada tolong dia kemas,walaupun dia larang,sebab dia takut aku sakit lagi.Aigoo...aku dah okeylah...

            Majalah hiburan diambil.Aku baca mana-mana gossip yang best,dan terhangat.Dari ekor mataku,aku lihat Elaine mengambil tempat duduk di sebelahku. “Kenapa tak pasang tv?” tanyanya. “Buka jelah,” aku membalas.Aku masih menumpukan perhatian pada pembacaan.

            “Pelakon terkenal,Dennis telah pulang ke Korea,selepas 3 tahun membawa diri ke Amerika Syarikat,tujuan beliau pulang kali ini ialah untuk berlakon dalam sebuah drama,dan beliau juga berkemungkinan akan tinggal di Korea untuk tempoh yang lama…”

            Tumpuanku terganggu selepas mendengar pemberita mengumumkan perkara itu.

            Terkelu dan terkedu.Itu yang aku rasakan untuk ketika ini.Kemudian… “Kyaaaaa!!!Dennis dah balik!!!” aku menjerit kegembiraan. “Your ultimate favourite guy dah balik…ada chancelah kau nak jumpa dia,” Elaine menggiat. “Hmm…dah lama dia tak balik.Macam aku pulak yang tunggu dia,” aku berbisik sendirian.

            Elaine ketawa.

            “So,kau nak jumpa dia?” dia tanya aku,pertanyaan yang dia usik aku tadi. “Kalau ada peluang,aku pergilah…tapi,entahlah.” aku rasa down pulak.Tadi excited bagai nak rak,macam boyfriend aku yang balik!Hahaha…

            “Diam pulak,jawablah,” desak Elaine. “Hmm,entahlah!Sudahlah tu!” aku malas nak menjawab pertanyaan penyiasatan yang dilakukan oleh Elaine.

*****

   Panggilan dari telefon bimbitku menyebabkan aku rasa ingin saja menyumpah-nyumpah si pemanggil itu.Sudahlah aku ni baru bangun tidur,gara-gara buat movie marathon dengan Elaine.Sudahnya aku tidur pukul 4 pagi.Jam di dinding aku pandang sekilas.Sudah ke pukul 9:30 pagi. “Hello?” serak suaraku menjawab.

“Ini cik Lee Hyun Ae ke?” si pemanggil menyebut namaku. “Hmm,saya Hyun Ae bercakap,” aku membalas. “Cik ada hantar resume kan?” tanya si pemanggil itu.Hah?Resume apa pulak ni? “Oh…ada-ada,” aku mengiyakan saja. “Kalau macam tu,cik kena datang ke syarikat New Entertaiment untuk interview,” pemanggil itu berkata. “Okey,” aku mengiyakan lagi.Ada rasa musykil di hatiku ini.

“Cik kena berada di sini sekurangnya pukul 10 pagi.” pemanggil itu memberitahu masa yang aku perlu datang. “Baiklah,terima kasih,” aku mengucapkan,sebelum menamatkan panggilan.Segera aku berlari masuk ke bilik Elaine. “Elaine!” jeritku.Elaine yang sedang enak tidur,terjaga. “Kenapa ni,Lissa?Kau kena kejar dengan hantu ke?” dia bangun dengan rasa terkejut.

What is going on with interview?” tanyaku dalam bahasa inggeris.Marah. “Interview?Oh…untuk pengetahuan kau,aku hantar resume tu,mungkin kau lupa,bulan lepas,aku ada suruh kau isi satu borang .So,you have it,” sengihan di bibir Elaine membuatkan rasa geramku memuncak. “Why?Kenapa nak hantar resume tu?” aku menyoal tindakannya.Kesal pula kerana aku tidak menghidu niatnya itu.

“Hmm…orang tu dah call kan?Just go,you’ll surprised with this interview,” Elaine ingin aku pergi ke interview tersebut. “Aku tak nak,” aku menolak. “You have to!Cepat!Before 10 kau kena pergi kan?”

“Urmm…” aku ingin membalas,tetapi seakan tersekat di kerongkongku. “Dah tak payah nak cakap lagi!Just go!” Elaine menarikku,dia mengambil pakaian dari almariku.Aku terus melangkah ke bilik air.Dengan rasa berat hati…

Selesai bersiap,aku memandang jam lagi,hmm…9:45 pagi.Mungkin boleh aku drift pergi sana,haha…aku berkata dalam hati.Kind of evil things whispering to my ears…aku menggeleng dengan senyuman.

“Dah siap ke?” Elaine muncul dari muka pintu bilikku.Aku yang sedang menyikat rambut terkejut sedikit,hampir terjatuh sikat yang kupegang. “Sorry sebab buat kau terkejut,Lissa.Cepatlah,nanti aku hantar kau.” Elaine mengambil kunci keretaku. “Okey,” aku berkata.Aku memandang cermin.Nafas aku tarik dan dilepaskan.Berusaha Lissa!

Aku terus mengambil beg tangan,dan masuk ke dalam perut kereta.Elaine yang berada di sebelahku hanya tenang memandu keretaku.Sedangkan aku,berdebar untuk menghadapi sesuatu yang entah aku tahu.

“Dah sampai,” kata dari Elaine membuatkan aku tersentak.Aku agak gugup sebenarnya,iyalah,selama ni mana pernah aku pergi ke mana-mana interview.Inilah kali pertama aku akan diinterview dan kali pertama menjejakkan kaki ke syarikat New Entertaiment ini.

Aku bertanya kepada penyambut tetamu yang bertugas di kaunter.Tentang interview yang sedang diadakan.Lalu aku naik ke tingkat 8.Tinggi jugak bangunan ni,kata penyambut tersebut,bangunan ni ada lebih kurang 15 tingkat.Ngeri pula aku rasa…huih…

“Cik Lee Hyun Ae?” seorang gadis tersenyum. “Ya,saya,” aku mengiyakan. “Cik kena tunggu dekat situ,ramai lagi calon yang belum diinterview,sebab baru je mula,” gadis itu meneliti dokumen yang aku bawa. “Oh…” aku membalas,tanda aku dengar apa yang dia kata.Aku mengambil tempat.Ramai betul calonnya,semuanya berpakaian macam…err…macam entahlah…ada yang make-up tebal entah berapa belas inci…

Ada jugak calon-calon yang jeling-jeling aku.Apa kes ni?Macamlah aku ada hutang dengan mereka!

Hampir dua jam berlalu…aku masih menunggu giliran.Dan dalam masa dua jam tu,aku dapat lihat macam-macam adegan.Ada yang menangis,meraung dan sanggup merayu untuk diterima.Macam nak drama sebabak pun ada…ish…ish…tinggal aku dan seorang lagi calon.Hmmm…I’m waiting now…Elaine pula entah ke mana,mungkin dia bosan asyik duduk di sini.Biarkan…

Calon kedua terakhir itu masuk ke dalam bilik interview itu.Aku cuma mampu berharap.Aku memandang sekeliling,keluhan dilepaskan.Lagi beberapa minit dah nak ke pukul 12 tengahari.Perutku terasa lapar.Dahlah pagi tadi aku terus pergi interview.Kedengaran bunyi ada orang menangis.Aik?Calon yang tadi tu terus berlalu,terus pulang mungkin.

“Cik dah boleh masuk,” gadis itu menjemputku.Aku terus masuk.Seram sejuk pulak dibuatnya.Ada dua orang.Lelaki dan perempuan. “So,you are Lee Hyun Ae?” lelaki itu bertanya. “Yes,but,usually I’m using Melissa as my name,Melissa Lee Hyun Ae,” balasku.Aku duduk di depan mereka berdua.

Well,Melissa…how old are you?” lelaki itu menanya lagi.Aku mula cuak.Bukan ke dalam resume aku tu ada semua detailsnya? “Hampir masuk 24 tahun,” dengan rasa cuak,aku berkata. “Sama je umur dengan saya.” suaranya.Aku memandang dia.Sedari tadi aku hanya menunduk.Mataku jelas membulat.Dennis!

Diterpa rasa malu di hati.Kenapalah aku tak pandang muka dia sejak aku masuk tadi. “Awak diterima sebagai personal assistant saya,” ujar Dennis.Dengan senyuman di bibirnya.Ah!Aku sudah cair.Dalam hati,hanya aku je yang tahu betapa aku minat dia! “Hah?Pardon me?” aku sudah blur.Yalah,pandang muka yang hensem tu,memang aku boleh tak dengar apa-apa lagi.

You are accepted,now you are my personal assistant,” dia memberitahuku,nadanya lembut.Aku terpesona untuk seketika.Aku memberi senyuman. “Thanks,saya sangat menghargainya,” aku mengucapkan. “You’re welcome,but now,awak kena ikut saya!I have something to settled out,” dia bangun,lalu menarikku.Kami keluar beriringan.Oh malunya!

*****

            Kami berdua berada di dalam kereta milik Dennis.Porsche miliknya.Segannya naik satu kereta dengan dia!Macam...macam mimpi.Dia tenang memandu.Aku curi-curi memandang dia.Harapnya dia tak perasan dengan perangaiku yang serupa macam perempuan gatal ini...

            “Awak lapar tak?” tanya Dennis.Aku angguk. “Kita singgah mana-mana dulu untuk lunch ya?” dia membuat keputusan.Aku angguk lagi.Tidak kisah,asalkan aku bersama dia.Weee!

            “Kenapa awak angguk aje?Dah bisu ke?”

            “Err,saya angguk sebab malas nak cakap banyak-banyak,” aku berikan alasan.Sebenarnya aku malu!Malu sangat!Dahlah dapat kerja yang tak pernah aku impikan,tapi kerja ini merapatkan aku dengan Dennis.Terima kasih,Elaine!

            Alamak!Aku lupa nak SMS Elaine yang aku dah ikut Dennis.Aku segera menaip mesej.

Elaine,my chingu…aku dh dapat keje tu!thanks!nanti aku treat kau!Aku kena teman Dennis pergi err…something to settled out…hehe…kau bolehlah date dgn anyone.okey?muahh!

“SMS siapa tu?” dia lihat aku asyik menaip mesej agaknya. “Saya mesej kawan saya,sebab nanti dia risau pulak tiba-tiba saya hilang,” balasku.Dia angguk,tanda dia faham. “Awak belajar di mana?”

“Kyunghee University,” aku balas lagi.Kemudian masing-masing diam,sambil mendengar lagu irama waltz yang terpasang di radio.Hmm…damainya apabila mendengar lagu itu.

“Ermm…Dennis,awak ada girlfriend tak?” terpacul soalan tersebut dari bibirku.Pemanduannya terhenti.Dan aku terdorong ke hadapan,lalu terlanggar dashboard.Aku cuba menahan sakit di dahi akibat hentakan tersebut. “I’m sorry,saya terkejut dengan soalan awak sebenarnya,” dia meminta maaf.Lalu dia bersandar.Jelas ada kekesalan dalam tindakannya itu.

“Saya pun nak mintak maaf.Soalan tu tiba-tiba je terkeluar,” sama,aku meminta maaf.Kerana soalanku ini,dia bertindak sedemikian. “Dahi awak okey?” dia memegang dahiku. “Don’t worry,saya okey,” aku tersenyum.Pura-pura okey sebenarnya.Sakit di dahi aku cuba tahan. “Awak serupa macam dia,” keluh Dennis tiba-tiba.Dia?Siapa?Tapi,aku diamkan saja.Dia kembali memandu semula.Aku pula yang kehairanan…

*****

    Kami ke studio Seoul Broadcasting System (SBS).Kata Dennis,dia perlu menghadiri sebuah acara talkshow.Ni mesti ada kena mengada dengan drama baru dia.Tak pun,pasal dia balik sini setelah tiga tahun tinggal dekat US.Aku hanya melihat dia dari belakang pentas.Malaslah nak duduk dekat bahagian audiens yang ramai tu.Buat pening je nanti dengar dorang jerit macam orang kena histeria.

Aku hanya duduk.Jadi personal assistant dia.Goyang kaki kot?Haha…tadi sebelum dia pergi dekat pentas,dia ada serahkan satu kotak,ada banyak kertas,and something that I don’t know what is it.Bila aku check,ada banyak kertas kontrak.Yang bermaksud dia ditawarkan untuk macam-macam iklan dan tawaran drama,termasuk jugaklah filem.Wahh…banyak betul.

“Hyun Ae,” panggil Dennis.Dia duduk di sebelahku. “Lissa,” aku membetulkan panggilan namaku. “Saya tetap nak panggil awak Hyun Ae…” tegas Dennis,dia meneguk air mineral.Eh!Tu aku punyalah!

“Dahaga betul…” dia dengan selamba berkata.Aku agak geram.Dahiku terasa sakit pula.Sabar jelah…

*****

Tepat pukul 10 malam,barulah aku sampai di rumah.Penatnya!Aku pulang dengan menaiki teksi.Aku menolak pelawaan Dennis sebab tidak mahu menyusahkan dia.Paling bagus,aku tipu dia yang Elaine akan ambil.Aku lihat keretaku tiada di luar rumah.Manalah Elaine pergi.

Aku memeriksa inbox,kot ada SMS dari Elaine.

Okey,btw gud luck!Hehe…aku mungkin tk balik rumah hari ni.Aku nak tidur di rumah family aku.

            Aku membuka pintu rumah,lampu di ruang tamu dihidupkan.Sunyi pula bila si Elaine tak ada.Keseoranganlah aku nampaknya...

            Selepas aku berehat dan mandi,aku terus tidur.Penat sudah terasa.

*****

Dennis POV

Aku memandang gadis yang berada di hadapannya ini.Memang seperti Hyun Ae!Aku meneliti nama gadis itu di dalam resume yang telah diberikan.Melissa Lee Hyun Ae!Aku bertambah terkejut dengan nama gadis itu.Sama!Ah!Tapi,mana mungkin!Di dalam dunia ini,ada tujuh orang yang serupa dengan kita.Fakta itu memang jelas.

Mengingati Hyun Ae yang sudah tiada membuatkan hatiku terusik sedikit.Silap aku kerana menduakan Hyun Ae yang setia kepadaku.Bermula episod pertengkaran antara kami,sehinggakan Hyun Ae hilang kepercayaan kepadaku.

Sungguh aku tidak menyangka dengan keputusannya untuk pulang ke Korea semula.Aku terus membawa diri ke US,untuk mengubati hatiku yang hancur,selepas Hyun Ae meninggal.Kejamkah aku kepada Hyun Ae?Hyun Ae meninggal selepas kemalangan yang menimpanya,kerana diriku…

Teringat pula kepada kakak tiriku,Deanna,yang agak terkejut dengan keputusanku untuk pulang ke Korea semula,setelah tiga tahun ke US.

Flashback…

Are you serious about this?” Deanna bertanya,sambil berpeluk tubuh.Dennis mengangguk saja,walaupun ada keraguan dalam keputusannya itu. “Aren’t you realized that,you still can’t forget Hyun Ae,even three years has passed,” soal Deanna,kerana dia tahu,adik tirinya itu tak mudah melupakan Hyun Ae.Dia juga kenal Hyun Ae,sejak Hyun Ae bersekolah menengah bersama Dennis.Dia juga menjadi tempat Hyun Ae meluahkan perasaan.

Memang dia kecewa dengan Dennis,sejak Dennis menjadi model,sedari umurnya 16 tahun,Dennis banyak meluangkan masa dengan menghadiri sesi fotografi,namun,kadang-kadang,bagi Deanna,Dennis sudah banyak berubah selepas berkenalan dengan Suzy,yang juga partner Dennis untuk sebuah iklan.Dengan Hyun Ae,ada juga masa diluangkan,tetapi,tidak selalu…

 ***
You can’t make her like that!She is your girlfriend!Why you can’t spending some time,to fetch Hyun Ae,or hang out with her?!Why you can going out with Suzy?Are you fall in love with Suzy?!” bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Deanna,selepas dia ternampak Dennis keluar bersama Suzy.

Yes…and why?You can’t stop me,” sinis Dennis membalas. “You!Suzy is not suitable with you!I don’t want you to cheat Hyun Ae.Dia terlalu baik untuk dilukakan hatinya…” hampir menangis Deanna dibuatnya.Kerana sikap adik tirinya yang sudah berubah kasih.

**

Bunyi deringan dari telefon bimbitku membuatkan lamunanku sejak tadi terhenti. “Hello?”

“Hello dude!” si pemanggil memulakan sapaan. “Alan?Kau ke tu?” aku menyoal.
“Hahaha…ingatkan dah lupa aku ni,hah.Oh…balik Korea tak bagitau aku pun,” sengaja Alan berkata begitu.Aku ketawa. “Sorry,aku busylah dua tiga hari ni,you know me,right?” balas Dennis,masih ketawa. “Cehh…busy konon!Takkanlah kawan sendiri pun tak ingat,bro?Nasib baik kakak tiri  bagitau kau dah balik sini,kalau tak,memang sampai bila-bila pun aku tak tahu,” ujar Alan.

“Relaks arr…aku memang busy ni,kau tu lainlah,chef lah katakan,” sengaja aku berkata begitu. “Hey!Kerja chef ni pun busy,okey?” geram Alan pada Dennis. “I know it,bro.Just chill,don’t be too serious with my words,I’m just teasing you,” aku segera berkata. “Hmm,how is it?Korea?Three years,you come back now,ada perubahan apa-apa tak?” tanya Alan.

A lot of.” pendek aku membalas. “Seperti?”

All,it’s environment,it’s buildings,skyscrapers and myself maybe,” Akumembalas lagi. “You?What make you changed?” Alan masih menyoal.Ingin tahu apa yang kawannya sedang alami. “I saw her,in one of this girl,similar with her,I think,maybe or yes,” aku menjawab,ada sedikit kekeliruan di dalam jawapanku itu. “Means?Please,cuba jelaskan dengan terperinci,I don’t get it,” Alan pula tidak mengerti.

She.I found a girl,that exactly same like Hyun Ae,don’t you think it is,weird or something that is something like strange?” Aku meminta pendapat Alan.Tentang Melissa.Alan yang berada di dalam talian hanya senyap. “Are you sure,she,possibly like her?” Alan masih tidak puas hati. “Yeah,that girl,I found her,when I was interviewing her for my new personal assistant (PA),” aku memberitahu bagaimana dia bertemu dengan Melissa.

In this world,many people,have a similar faces or something like kind of the way she looks.So,I think she is not Hyun Ae,she is only her.Dude,you have to know this facts,clearly,about three years ago,Hyun Ae is died because of an accident,so,how could she live again?” Alan segera memberitahu fakta,tentang Hyun Ae yang sudah tiada. “But…Melissa is like,Hyun Ae’s shadow,” Aku masih tidak mahu beralah.

“Kau tahu,dunia ni ramai orang yang serupa,don’t ever you forget about that facts too,” Alan cuba menyedarkanku.Aku hanya mendengus.Aku segera meraup muka. “Just forget it!” dia membalas kasar. “Nak keluar ke malam ni?Aku free malam ni,”

“It’s okay,next time jelah,aku penat,lagipun,baru balik,nanti kalau free call je aku,tak pun aku yang akan jumpa kau,” Aku menolak ajakan Alan. “Oh,okey.Bye,” Alan terus menamatkan panggilan.Aku mengeluh tiba-tiba.Melissa…

Aku memejamkan mata.Membayangkan wajah Melissa yang tersenyum.Aku tersenyum sendiri.

*****

Telefon bimbitku berbunyi membuatkan aku bangun dari tidur.Alamak!Aku dah lambat!Jam sudah hampir ke pukul 10 pagi.Aku dengan tergesa-gesa terus menyiapkan diriku.Telefon yang menjerit meminta untuk dijawab aku tidak hiraukan.

Beberapa minit kemudian,aku keluar dari bilik air dengan berpakaian blouse berwarna cream dan seluar jeans.Aku mencapai beg tangan,fail dan buku catatan.Apabila aku keluar dari rumah baru aku teringat sesuatu.Kereta!Macam mana nak pergi kerja kalau tak ada kereta?!

Kesal pula terasa…ah!Kalau nak dapatkan teksi memang tak dapat,sebab jarang teksi lalu di kawasan perumahan yang aku duduki.Sekali lagi telefonku berbunyi. “Hello?”

Hello?Hyun Ae?Where are you?Aren’t you suppose to come to company?!” sudah…dia dah marah tu… “I’m sorry,Dennis.Actually saya bangun lambat hari ni,and I’m on the way to company,” tibai jelah jawapan tu!

“Hmm,really?I saw you’re standing outside your house?Where’s your friend?Housemate?Awak cakap semalam kawan awak ambil awak?” dia menyoal aku. “Err,Elaine…she’s at her family house,” jawabku.

“Semalam?Awak kata dia ambil?Are you trying to cheat me?” suaranya kedengaran serius.Alamak!Dia mula nak menyoal aku macam-macam.“I’m sorry.Saya tak nak susahkan awak,” perlahan aku membalas. “Tak susahkan saya?!Memang awak menyusahkan saya!Kalau awak kena culik macam mana?Awak tak fikir ke akan keselamatan awak?!You’re a woman!” dia marah,dan aku terasa hati.

Aku terus menamatkan panggilan.Sebal!Sampai hati dia cakap macam tu!Aku bukan siapa-siapa pada dia,dan dia bukan siapa-siapa pada aku!Arghh!Tiba-tiba kereta sports berwarna biru gelap muncul di hadapan rumahku.Aku dapat mengagak siapa pemandu kereta itu.

“Kenapa awak tamatkan panggilan?Terasa?Sentap?” terasa pedih mendengar kata-katanya itu. “Ya!Memang!Memang saya terasa,tersentap,sedih!Semuanya!Awak ni muka aje handsome,tapi mulut tu celupar!Agaknya macam manalah girlfriend awak boleh bertahan dengan awak!” aku mula naik angin.

Aku lihat dia seakan terkejut.Erk? “You’re right,kerana saya tak dapat kawal perasaan saya…saya kehilangan kekasih saya.She’s die,because of me.Till now,I’m still can’t forgive myself…when I remember about her…I felt guilty with my own words to her,what I done to her,” wajahnya tidak seserius tadi,wajahnya sudah menjadi kelam seperti sedang kesedihan…

“I…saya minta maaf,saya tak sangka yang…” tidak sempat aku menghabiskan kata,dia terus memeluk aku. “I saw her in yourself.I’m too shocked,perangai awak sama seperti dia.Kalaulah saya dapat kawal perasaan marah saya,mesti dia tidak akan mati,” luah Dennis lagi.Aku mengusap belakangnya.

“Jadi,sebab itu ke awak panggil saya Hyun Ae?Nama girlfriend awak pun Hyun Ae?” tanyaku.Dia mengangguk. “Lee Hyun Ae,dia seorang gadis yang tabah,degil dan mudah tersentuh…dia macam awak,” dia tergelak kecil.

Aku diam. “Dia dah mati?Awak ada menziarahi kuburnya?”

Dennis menggeleng. “Selepas kejadian tu,ibu bapa Hyun Ae melarang saya mendekati keluarga mereka.Saya tak dapat pastikan,tapi mereka cakap Hyun Ae dah meninggal selepas kemalangan tiga tahun lepas,” dia menceritakan lagi akan gadis yang dia cintai.Cemburu pula aku dibuatnya…

“Dennis,saya tak tahu kenapa…tapi awak tak rasa pelik ke bila awak ceritakan pada saya?Gadis yang menjadi personal assistant kepada awak dan gadis yang baru saja awak kenal…” aku menjadi pelik. “Entah,saya pun tak tahu.Saya tak tahu kenapa saya harus menceritakan semua ini pada awak,tapi lepas je meluahkannya pada awak,saya rasa beban yang saya pikul menjadi ringan,” bisiknya.

Agak lama kami berpelukan.Aku meleraikan pelukan. “Jomlah,dah lambat saya nak mulakan tugas,” aku berjalan ke keretanya.Dia melangkah mengikutiku. “You’re cute,” beritahu Dennis,sambil mengenyitkan matanya padaku.Aku terkejut,lalu memukul lengannya. “Naughty boy!

6 bulan berlalu…

          Sudah hampir enam bulan aku menjadi pembantu peribadi kepada Dennis.Pelbagai karenah dan lagak terpaksaku layan.Memang mengada-ngada betul pak cik sorang tu!Kalau boleh nak je aku hentak dia bila permintaan dia tu macam budak-budak punya permintaan.Huh!

Tapi,aku masih lagi menahan sabar.Harapnya kesabaranku akan semakin menebal,bukannya makin menipis!

“Dennis,” panggilku. “Yes?

“Boleh tak saya nak minta cuti?” tanyaku.Kertas-kertas yang mengandungi kontrak perjanjian aku susun dengan kemas. “Cuti?Awak nak bercuti ke?Nak cuti dengan siapa?Dekat mana?” bertubi-tubi persoalannya. “Dennis,one question only for one time…awak ingat saya robot ke boleh fikir banyak-banyak?” aku menegur sikapnya itu.Dia tersengih.

“Okey,awak nak bercuti?Saya benarkan,tapi awak nak bercuti dekat mana?”

“Saya nak pulang ke rumah keluarga saya.Saya nak bertemu dengan ibu bapa saya.Boleh?”

“Boleh!Saya beri awak cuti seminggu!Tapi lepas tu terus balik,ya?Jangan lupa saya yang bakal kesunyian di sini…” dia tersenyum nakal!Gatalnya pak cik ni!Nasib baik hensem…hehehe…

“Gomawo,” aku mengucapkan. “Cheonman,my love,” lepas dia mengucapkan kata-kata itu,dia terus berlari keluar dari bilik pejabat.Aku yang tersenyum seorang diri…falling in love?Hoho…

Kami berdua menjadi semakin rapat,aku pun tak tahu macam mana nak cakap,tapi kami seolah-olah kekasih.Dia sering menyebut my love,honey…aku kadangkala tersasul panggil dia darling!Ahah!Nampak sangat nak menggatal!

*****

Dennis POV

Aku tersenyum mengingatkan Melissa.Dia memang seperti Hyun Ae.Apabila aku mengungkap rasa cinta…ada satu perasaan menyelinap di hatiku ini.Cintakah itu?Atau aku hanya berperasaan begitu?

Aku cuba untuk melupakan mendiang Hyun Ae dan menerima kehadiran Melissa.Semoga Tuhan dapat membantuku untuk melupakan Hyun Ae…

“Hello Dennis!How are you?” suara Deanna,kakak tiriku agak mengejutkan aku.Apa mimpi dia menelefonku?Ada hal mustahak ke? “Hello unnie,waeyo?”

“Amboi,dah boleh praktis cakap hangul ya?” usik Deanna.Aku hanya ketawa. “Kenapa unnie telefon?Is there something important that you want to tell me?” tanyaku. “Ermm,agak mustahak juga…tapi tak tahulah bagi kamu mustahak atau tidak.Sebenarnya unnie nak datang ke Korea,bersama mama,boleh?” beritahu Deanna.

“Oh really?Bila nak datang tu?I miss mama…” teringat pada mama. “Mungkin dalam minggu ini,but,we’ll staying at Korea for a month,” ujar Deanna dengan nada riang. “That’s a very good news!” aku begitu gembira mendengar berita itu.

“Okey,bila unnie dan mama nak datang,kami akan beritahu kamu tarikhnya,take care yourself,Dennis.”

Yeah,also please send my regards to mama,and say to her,I miss her so much!” aku sempat menyuruh Deanna menitipkan ucapan rindu pada mama. “No problem!Bye!” kami menamatkan perbualan.

*****

Your POV

Malam itu…aku masih bermimpi tentang lelaki itu.Kali ini,wajahnya semakin jelas.Wajahnya…membuatkan aku hampir pengsan.Dennis?!

“No!” jeritku.Aku terjaga dari tidur.Aku meraup muka.Adakah ia adalah mimpi atau sememangnya satu takdir?Kenapa dia?Elaine pasti sudah tidur mati.Kalau tidak,pasti dia akan bangun dari tidurnya.

Esok aku akan pulang ke rumah keluargaku bersama Elaine.Petang tadi aku sempat menemui Dennis,kerana lelaki itu hendak menemuiku,katanya nanti takut aku rindukan wajahnya itu!Ceitt!

Kepada siapakah yang patut aku tanya tentang hal ini?Alan,adikku?Adakah dia mengetahui sesuatu tentang Dennis?Aku lihat jam di bilik,sudah menunjukkan ke pukul 4 pagi.Masih awal lagi…aku cuba tidur semula…mengharapkan rasa kantuk datang…

Tanpa sedar,aku terlelap selepas itu…

*****

“LISSA!Bangunlah!” suara Elaine yang kuat itu mengejutkan aku.Aku bangun lalu membaling bantal peluk pada Elaine. “Bising jelah kau ni!” marahku.Rambutku dibetulkan.Aku lihat Elaine sudah bersiap.Aku pun terus menyiapkan diri.

Selepas bersiap,aku dan Elaine bersarapan sebelum bertolak ke rumah keluargaku.Keretaku dipandu oleh Elaine.Elaine lebih suka memandu,aku pun jadi pemalas bila ada orang tolong bawa kereta ini…haha

“Kau dengan Dennis macam mana?” Elaine memulakan perbualan. “Biasa aje,” balasku dengan pendek. “Biasa aje?Bukan ke korang macam couple?” Elaine seperti pak cik polis je kalau nak menyoal…

No comment!” jawapan klise aku berikan padanya.Kedengaran Elaine mendengus kecil,tak puas hati dengan jawapan aku itu.Aku pun memang tak tahu nak jawab macam mana,so bagi jelah jawapan klise artis tu!

*****

SAMPAI di rumah keluargaku,aku dan Elaine terus ke belakang rumah.Pastinya omma dan appa sedang berehat di belakang rumah yang mempunyai laman yang luas. “Omma!Appa!” panggilku.Omma dan appa yang sedang berbual tersentak dengan kehadiran kami berdua.

“Ish budak bertuah ni!Balik tak cakap!” omma memukul lenganku.Aku hanya gelak.Aku terus memeluk omma dan appa,begitu juga Elaine. “Mana Alan?”

“Alan?Dia kerja,mungkin petang nanti dia balik.” balas appa. “Appa cuti ke?” tanyaku. “Ya,saja ambil cuti.Tak tahu pula kamu balik.Kenapa baru sekarang nak balik?” panjang juga pertanyaan appa padaku.

“Hyun Ae kerjalah.Walaupun dah grad,Hyun Ae rasa malas pula nak kerja jadi doktor tu.Appa pun takkan tak tahu?” aku mengambil jurusan perubatan,tapi tidak mahu bekerja sebagai doktor.Aku tahu appa mahu aku bekerja sepertinya,kerana Alan lebih suka bidang kulinari.

“Hmm,cakap apa pun tak guna jugak.Appa tak kisah,asalkan kerja yang kamu buat tu baik,” appa membalas selepas diam.Aku rasa terharu dengan appa,kerana sudi menerima keputusanku itu.

“Elaine,lama tak jumpa kamu,sihat?” omma menanya Elaine. “Sihat je,auntie…”

“Hyun Ae,bagus juga kamu balik.Dah hampir enam bulan tak balik.Omma ingat kamu dah lupa pada keluarga,” sedih omma berkata.Aku memeluk omma lagi sekali. “Omma,mianhae…janganlah sedih.Hyun Ae janji yang Hyun Ae akan selalu pulang jenguk omma dan appa…” aku berjanji pada omma,juga appa.

Aku sedar aku agak membelakangkan keluargaku.Aku terasa berdosa…dengan ibu bapaku sendiri…

Omma mengangguk.Appa juga begitu. “Jomlah masuk!Omma nak masak makanan tengahari.” omma menarikku masuk.Elaine dan appa menyusul di belakang.

*****

Dennis POV

Aku hairan mengapa Melissa tidak datang bekerja hari ini.Dia sakitkah?Aku memandu keretaku ke sebuah restoran mewah.Starlight Restaurant. “Selamat datang,” aku disapa oleh penyambut tetamu di restoran itu.

Thank you,” ucapku.Aku masuk ke dalam restoran itu dan meminta seorang pelayan memanggil Chef Alan,iaitu kawan baikku.Gelas berisi air putih dituang oleh seorang pelayan restoran.Aku mengucapkan terima kasih sebelum meminum air itu.

Hey Dennis!Apa khabar?” tegur Alan.Aku hampir tersembur air yang kuminum. “Yahh!Nasib baik air yang aku minum ni tak tersembur pada kau!” marahku.Alan hanya ketawa. “Sorrylah kawan.Aku tengah busy ni,tapi memandangkan kau datang ke restoran aku ni…aku tak kisah akan kesibukan aku tu,” sengih Alan.

Aku menggeleng kepala.Macam-macam… “Ada apa yang menarik?Sediakan makanan yang sedap dan berkualiti untuk aku.Mana tahu,aku boleh jadi pengkritik makanan,” aku bernada serius.Aku dan Alan berkawan semasa kami bertemu di US dan dia juga adik kepada Hyun Ae…

“Okey,tapi aku rasa kau patut tolong aku.Kau kan minat memasak juga?” usik Alan.Aku ketawa. “Nantilah,aku belum puas jadi pelakon dan model,” balasku.Lantas aku teringat bahawa Melissa cuti selama seminggu.Aduh! “Kenapalah aku boleh lupa?”

“Kenapa?”

Nothing,aku punya PA cuti seminggu.Aku lupa…” beritahuku. “Ohh…yang namanya Melissa tu kan?” teka Alan.Aku angguk. “Hmm…kau nak makan sekarang ke?” tanya Alan. “Yup!

Alan memanggil seorang pelayan dan memberitahu sesuatu. “Tunggu kejap,ya?Aku dah suruh mereka masak menu yang sedap untuk kau,” kata Alan dengan senyuman. “Thanks,dude,

No biggie,” balas Alan.Kami diam untuk seketika.Aku memandang sekeliling restoran milik Alan ini.Hiasannya memang menarik siapa saja yang datang mengunjungi restoran ini. “Kau nak jumpa keluarga aku tak?” tanya Alan.Keluhan aku lepaskan.

“Entah.Aku rasa sangat bersalah dengan keluarga kau.Lagi-lagi omma kau.Aku dah buat kesalahan yang besar.Aku penyebab kematian kakak kau,” aku membalas dengan lemah. “Aku sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana,” Alan kelihatan serba salah.

“Kau nak beritahu apa?”

“Tentang kakak aku.Dah tiga tahun benda ni dirahsiakan.Aku tak tahu kenapa.Omma dan appa begitu perahsia.” Alan berkata. “Maksud kau?” aku tidak mengerti. “Kalaulah…kalaulah aku cakap…yang kakak aku masih hidup,apa yang akan kau lakukan?”

Aku diam…kemudian aku tertawa. “Kau gila ke apa?Kakak kau kan accident?Dan aku penyebabnya!Mustahillah Hyun Ae masih hidup!” sangat mustahil,kerana omma dan appa Hyun Ae sendiri memberitahu Hyun Ae sudah mati.

“Mianhae,aku tak patut cakap macam tu,” Alan memohon maaf. “Hmm…tak lama lagi hari jadi Hyun Ae,kau boleh tak bawak aku ziarah kubur Hyun Ae?” aku mahu membuktikan kebenaran yang Hyun Ae sudah tiada. “Okey.”

Telefon bimbit Alan berbunyi,dia meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

*****

Alan POV

“Hello?” aku menjawab panggilan. “Hello,Hyun Soo-ah,ni omma,” suara omma tampak gembira.Ada apa-apakah? “Ne,wae omma?”

“Hari ni kamu balik awal sikit tau?Hyun Ae dah balik,” beritahu omma dengan gembira.Aku tersenyum.Patutlah pun…rupanya kakakku pulang ke rumah. “Tengok dululah…tapi omma nak suruh saya beli apa-apa ke?” tanyaku.

“Hmm,malam ni Hyun Ae kata dia nak adakan barbeque.Kamu tolong beli apa-apa jenis makanan yang sesuai untuk barbeque.Okey?” balas omma. “Okey.Nanti saya beli.”

“Tak lama lagi hari jadi Hyun Ae…” sebut omma dengan perlahan.Aku faham maksudnya itu.Tarikh hari jadi Hyun Ae itu juga adalah permulaan titik hitam dalam kehidupannya. “Omma,nanti kita suruh Hyun Ae sambut hari jadinya bersama kita,ya?” aku berkata.

“Baiklah,nanti omma bincang dengan dia,” omma mungkin risau jikalau sesuatu akan terjadi pada hari jadi Hyun Ae nanti. “Chef,ada masalah sikit,” seorang pelayan restoran menegurku.Aku pandang pelayan restoran itu sebelum berkata sesuatu.

“Omma,saya ada kerja ni.Nanti balik rumah,kita bincang,ya?”

“Hmm,kerja tu jangan sampai lupa keluarga kamu ni,” gurau omma.Aku ketawa.Selepas itu kami menamatkan perbualan.Aku terus berjalan masuk ke bahagian dapur.

*****

Your POV

Alan pulang dengan membawa bahan untuk barbeque. “Alan!” aku terus peluk Alan.Sudah lama tidak menemui adikku itu.Dialah satu-satunya adik lelaki yang aku ada. “Annyeong,unnie.Unnie makin kurus.Sakit ke?” usik Alan dengan sengihan.

“Yahh!Lee Hyun Soo!Berani kamu cakap macam tu,ya?” aku berpura-pura marah.Dia sudah ketawa. “Mianhae,unnie.Alan gurau jelah,” ujarnya. “Hmm,unnie pun gurau je,” sengihku. “Hi Alan!” Elaine muncul dari belakang rumah.

“Hi…err,Elaine…lama tak jumpa,” Alan dah tergagap. “Memanglah!Awak tu sibuk memanjang!Kakak awak ni pulak baru sekarang nak ajak saya pergi rumah keluarga awak,” balas Elaine dengan senyuman.Dia tak nampak kegugupan Alan yang dari dulu macam tu bila jumpa Elaine.

Alan mengangguk. “Okeylah,nak masuk.Nanti kita adakan barbeque kan?” dia masuk meninggalkan kami berdua. “Esok kau nak pergi mana?” tanya Elaine padaku.Aku mengangkat bahu.Tidak tahu.

“Tak rancang lagi,” balasku sambil memandang pokok-pokok bunga di sekitar kawasan rumah.Pastinya omma yang rajin menanam bunga…nak harapkan Alan…memang tunggu tahun depan,kerana Alan lebih suka mempraktikkan masakannya kalau dia bercuti.

“Dennis ada call kau?”

“Ada.Tapi aku tak jawab,” selamba aku menjawab. “Eh?Kenapa macam tu pulak?” dia pelik dengan caraku itu. “Tak tahulah,tapi rasa nak mendera dia aje.Nak tahu kalau dia betul-betul rindukan aku atau tidak,” senyumku.Permainan psikologi yang aku gunakan.Aku pun tak terfikir,tapi ingatanku teringatkan sesuatu…

“Hah!Nanti apa kata kau bawak aku pergi melawat sekolah kau!” cadang Elaine. “Idea yang menarik,hmm…nantilah…aku fikirkan,” kataku pada Elaine. “Kalaulah dulu aku tak pergi ke Jepun,mesti aku sekolah di sini juga…”

“Alah,macamlah aku tak tahu kau macam mana,cakap aje macam tu,padahal kalau tak jumpa ibu bapa kau sehari pun dah menangis bagai nak rak,” dulu Elaine seorang cengeng.Suka menangis tak tentu pasal,tapi selepas dia pulang ke Korea pada umur 22 tahun,sikap cengengnya terhakis.

Elaine memuncungkan bibirnya.Tak puas hatilah tu… “Tak payah nak muncung macam itik,nanti tak cantik,” sindirku.

“Maknanya aku cantiklah eh?” dia mula nak perasan…Aku angkat kening. “Mungkin,”

*****

Dennis POV

Aku lihat skrin telefon bimbitku.Tiada panggilan dari Melissa.Takkan bercuti sampai dah lupa aku?tanyaku dalam hati.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. “Hello?” tanpa melihat pemanggilnya,aku terus mengangkat panggilan.

“Hello Dennis!Ni unnie,nak beritahu yang kami akan terbang ke Korea esok,jadi jangan lupa ambil kami di airport,ya?” kedengaran suara kakak tiriku,Deanna.Hampa pula…ingatkan Melissa.

“Okey,” pendek aku membalas.Kami berbual sesuatu sebelum Deanna meminta diri untuk menamatkan panggilan.

Aku teringatkan ajakan Alan untuk ke rumahnya,tapi aku berkata mungkin,kerana aku tidak mahu Alan dimarahi oleh ibu bapanya kerana mereka juga melarang Alan berkawan denganku.Tarikh itu…aku tidak dapat melupakannya…

Patutkah aku mengikut saja ajakan Alan?


*****

Your POV

Esoknya itu aku dan Elaine ke Shinhwa High School.Sekolah yang di mana menjadi tempat aku menimba ilmu.Walaupun ingatanku samar-samar,aku cuba untuk mengingati apa yang pernah aku lakukan ketika belajar di sana.

“Cik Lee Hyun Ae?” seorang gadis yang umurnya mungkin hampir sebaya denganku menegur.Aku dan Elaine memandang gadis itu. “Ya?Err…awak ni siapa ya?” aku tidak ingat jika aku dan gadis itu saling mengenali. “Aku Park Eun Hee!Takkan kau tak ingat kot?” balas gadis itu.

“Eun Hee?” aku keliru.Dia mengangguk. “Dulu kita duduk satu kelas dan belajar di sekolah ini,” Eun Hee cuba menyakinkanku. “Maaf,saya tak ingat,”

“Kau tak ingat?” Eun Hee terkejut.Aku menggeleng. “Jadi betullah khabar angin yang kau terlibat dalam kemalangan tiga tahun lepas?” tanya Eun Hee.Kemalangan?Tiga tahun yang lalu? “Kemalangan?” aku sendiri tidak tahu. “Masa reunion tahun lepas,ada orang cakap kau meninggal sebab kemalangan,tapi…yang peliknya,hari ini aku jumpa kau.Tadi pun aku hampir nak pitam sebab ingatkan nampak hantu…” jelas Eun Hee dengan panjang.

Meninggal?Oh Tuhan…apakah maksud semua ini?

“Kau dengan Dennis macam mana?” sekali lagi pertanyaan Eun Hee membuatkan aku rasa pelik,hairan,bingung dan keliru.Dennis?Dennis yang mana? “Dennis?Siapa?”

“Aigoo,takkanlah kau lupa…boyfriend kau.Dennis Oh!Dia separuh mati cintakan kau,dan kau ni jenis yang easy but hard to get,” beritahu Eun Hee dengan senyuman.Elaine juga terkejut,apatah lagi aku yang dalam perasaan yang bercelaru.Dennis?!

“Eun Hee…kau tahu pasal cerita aku dan Dennis?” soalku dengan rasa ragu-ragu. “Of course!Kau kan kawan aku yang paling aku rapat.Semuanya aku tahu!”

“Boleh tolong jelaskan semuanya?”

Ini masanya,untuk aku tahu segala-galanya…

*****

Aku pulang ke rumah dengan rasa yang bercelaru.Aku tidak sangka yang aku pernah bercinta dengan Dennis.Bagaikan sebuah mimpi! “Hyun Ae,Elaine…kenapa lambat sangat balik?” tanya omma yang muncul dari dapur.Aku senyum tawar.Kepalaku terasa berat.Aku meminta diri untuk masuk ke bilik tidur untuk berehat.

*****

Dennis POV

Aku menunggu ketibaan mama dan Deanna di lapangan terbang.Mataku mengerling telefon bimbit,seperti biasa.Menunggu panggilan dari Melissa. “Dennis!” namaku dipanggil.Aku menoleh ke belakang.Deanna dan mama tersenyum memandangku.

Aku segera memeluk mama,sebelum memeluk Deanna. “I miss you,Dennis.How are you?” tanya mama.Wajahnya masih seperti enam bulan yang lalu,sebelum aku meninggalkan dia dan Deanna.Tetap cantik…

“I’m fine,ma.Jomlah,kita lunch dulu,” ajakku.Aku menarik bagasi milik mama,manakala Deanna membawa bagasinya kerana tidak mahu menyusahkan aku.Aku ingin membawa mama dan Deanna ke restoran milik Alan.

“Dah lama tak datang sini,dah lain benar mama tengok pembangunan di sini,” kata mama.Aku hanya mengangguk.Itu juga telahanku sewaktu mula datang ke sini sejak tiga tahun lepas. “Kita nak lunch di mana?” tanya Deanna.

“Alan’s restaurant,” pendek aku membalas. “Wow!Dah berjaya bukak restoran sendiri!” puji Deanna.

Kami sampai di restoran milik Alan. “Hello,Dennis!Eh,auntie dan Deanna pun ada!” Alan menyambut kami.Mungkin dia sedang free agaknya…pakaiannya juga biasa,tidak seperti selalu,memakai pakaian dan topi chefnya. “Hi Alan,now your dream has been come true,” ujar Deanna.Alan mengangguk.Bangga dengan kejayaannya.

“Nak lunch di sini,ya?” teka Alan. “Yup!” aku mengiyakan.Seorang pelayan sedia mengambil menu. “Tak kerja ke?” tanyaku pada Alan. “Tak,aku ambil half day,err…aku kena pulang ke rumah.” Alan membalas,tapi aku pelik dengan penjelasannya.

“Ada apa-apa yang berlaku ke?”

Dia cuma menggeleng,seperti menyembunyikan sesuatu. “Maafkan saya,sebab tak dapat teman auntie,Deanna…I got to go now,” dia terus meminta diri untuk pulang.

Aku rasakan sesuatu yang tidak kena…hmm…

Aku mula merancang sesuatu.Mungkin kali ini aku harus menghadapinya…

“Mama,unnie nanti mungkin saya akan hantar kamu berdua di rumah keluarga kita,and I have something to do.I’m sorry for today,and maybe also for this week.” beritahuku dengan tiba-tiba. “Something?Ada shooting ke?” Deanna menyoal. “Yeah,” terpaksa aku berbohong. “It’s okay,dear.Mama tidak kisah.”

*****

Your POV

Aku terlelap untuk beberapa jam sebelum terjaga akibat suara yang bising di ruang tamu.Aku bangun dan melangkah turun ke bawah.Eh?Elaine dan Alan? “Kenapa awak,omma dan appa awak berpakat nak rahsiakan hal tu daripada Dennis?Dan awak dah lukakan hati mereka berdua!” marah Elaine.

“Elaine,saya tahu…tapi it’s for our family sake!Juga untuk mereka berdua,but maybe they’re destined to be together,saya pun tak sangka yang mereka akan bertemu semula.” balas Alan dengan tenang.

“Ah!But,why?!” suara Elaine naik satu oktaf.Alan…aku lihat dia meraup wajahnya.

“Hey,kenapa korang gaduh ni?Why with Dennis?” aku menanya mereka.Riak di wajah mereka seperti ternampak hantu.Erk?Mustahillah!Aku bukan pakai bedak sejuk atau masker! “Unnie,bila bangun?” tanya Alan,tenang.

“Baru je,sebab dengar korang bertengkar,uh…bertengkar?Biar betul…” aku sendiri tidak percaya dengan ungkapan ‘bertengkar’ itu. “Err…tak ada apalah,Lissa,” balas Elaine. “Hmm,mana omma dan appa?” aku lihat hanya mereka berdua di ruang tamu.

“Mereka keluar,” jawab Elaine.Aku mengeluh kecil.Aku mula teringatkan cerita yang diceritakan oleh Eun Hee. “Dennis tu memang kekasih unnie ke?” tanyaku dengan senyuman nipis di bibir.Alan tersentak. “Unnie dah tahu?”

Yes,dia dah tahu.Sebab kawan sekolah dia,Park Eun Hee dah ceritakan hal mereka berdua,” sampuk Elaine.Alan terduduk di sofa.Dia menundukkan wajahnya. “Yes,he is.” perlahan dia berkata.Aku menekup bibir.

Ting tong!Bunyi loceng membuatkan perbualan kami bertiga terganggu.Alan menuju ke pintu utama dan wajahnya seperti terkejut. “Dennis?”

Aku juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu. “Melissa?Why…are you here?” dia juga…mungkin terkejut. “Me?This is my family house,” balasku.Wajahnya berkerut. “Alan,what is this?” soalnya dengan serius.Alan memegang kepalanya.Aku dan Dennis saling berpandangan.

“Dennis!Kenapa kamu di sini?” omma dan appa menyoal.Dan aku terasa sekeliling sedang berputar.Aku rebah di hadapan mereka.Sempat aku menangkap suara mereka memanggil namaku.

*****

Tiga tahun.Aku tidak tahu yang aku mengalami amnesia.Tiga tahun itu jugalah,aku hidup dalam kekeliruan.Omma dan appa berpakat hendak aku dijauhkan dari Dennis atas dasar keselamatanku.Kenapa harus begitu?!

Ingatanku terhadap Dennis…sudah pulih…aku tahu siapakah dia dalam kehidupanku.

Aku sedar selepas pengsan.Aku lihat Dennis di luar bilik.Omma dan Elaine duduk di katilku.Mereka kelihatan risau dengan keadaanku. “Hyun Ae dah okey?” tanya omma.Aku angguk. “Omma,Elaine…tolong panggilkan Dennis,Hyun Ae nak cakap dengan dia,” pintaku.

Omma seperti gusar dengan permintaanku itu.Namun,dia akur.Dia memanggil Dennis masuk.Ada sesuatu yang aku ingin bincangkan dengan dia.Elaine mengikut omma keluar,mungkin hendak memberi sedikit privasi pada kami berdua.

“Dennis,firstly…I don’t know how to say and how to tell,” aku memulakan kata.Dennis tekun mendengar. “Hari ni saya melawat ke sekolah lama kita.Saya bertemu Eun Hee,kawan lama saya.She told me about us.Saya akui saya tak dapat apa-apa pun tentang kita,tapi selepas saja saya pengsan tadi,I remembered about us.How we fight,because of a girl that you’re crazy about and…accident,

“Walaupun gambarannya tidak berapa jelas,ia seperti sebuah mimpi ngeri.Ada juga kenangan indah antara kita.When we meet at school for the first time…how you persuaded me to be your girlfriend…” aku tergelak sedikit.Dia tersenyum.

But,I’m sorry,because make you waiting for me.Three years.Orang lain sangkakan saya sudah mati.Tapi,mungkin Tuhan hendak menguji kita,jadi awak terpaksa menanggung seksa dan penderitaan,” terangku dengan sebak.

Tanpa aku sedari,air mata mulai mengalir dari tubir mata.Dia mengelap air mataku dengan tangan kasarnya. “Hyun Ae,I also don’t know how to say.It is like a dream,when I saw you.I thought to myself,that you’re already died because an accident three years ago,but,like you said…Tuhan nak menguji kita,”

“Saya juga ingin meminta maaf,kerana telah lukakan hati awak,sehinggakan awak terlibat dalam kemalangan.Saya sedar akan kesilapan saya,selepas ibu bapa awak memberitahu yang awak dah meninggal.Saya hampir gila selepas awak pergi,but,I have to be strong.Saya cuba hidup tanpa awak…again,I’m sorry.Jeongmal mianhae,” dia mengucup tanganku.

Air mata seorang lelaki,yang bernama Dennis jatuh di tanganku.Inilah kali pertama aku melihatnya. “Hey,lelaki tak elok menangis,” usikku.Dia mencubit pipiku. “Naughty girl!” aku ketawa.

Aku terkejut apabila dia melutut dan mengeluarkan sekotak cincin. “Dennis,what are you doing?” tanyaku,terkejut dan pelik melihatnya. “Well,I think I should propose you to be my wife,my love and my angel,forever till after…

“Melissa Lee Hyun Ae,I’m sorry with my fault,I want to propose you with my honour and sincere heart and I want to be your lover,your angel and your dear husband…” ucap Dennis dengan nada romantik.Aku tersipu malu.

“Hmm,kalau awak propose saya time candle light dinner more proper.Apa barang propose dalam bilik?” gurauku dengan tawa. “Mungkin saya akan pertimbangkan,asalkan awak sudi terima lamaran saya ni,” balas Dennis dengan mengenyitkan matanya padaku.

“Ermm…should I accept or not?” aku berpura-pura memikirkan akan lamarannya. “Hyun Ae…my honey,my love,cepatlah…” dia sudah tidak sabar.

“Okeylah.I do!” aku memberi kata putus sebelum bertindak mencium pipinya dan merembat kotak cincin itu dan berlari keluar dari bilik.Terdengar suara Dennis memanggilku.Hahaha…

*****

4 tahun kemudian…


“Leo!Jangan lari!Nanti kamu jatuh!” aku menjerit apabila melihat tingkah Leo yang hiperaktif.Susahnya nak jaga budak seorang ni. “Sorry,mummy!” dia meminta maaf sebelum berlari semula di sekitar laman rumah.

Aku memicit kepalaku.Pening!

“Dennis!Tengoklah anak you tu!Too active!” aku pula memarahi Dennis yang sedang memasak.Dennis kelihatan terkejut dengan kemarahanku yang tiba-tiba. “Hey,don’t be too emotional,biasalah…budak-budak kan?” dia menasihatiku.Aku menghela nafas.

“Mana Lauren?” tanya Dennis. “Dia tidur.Dia demam pulak,” balasku.Setelah hampir empat tahun mengahwini Dennis,kami dikurniakan sepasang kembar,iaitu Leo dan Lauren.Antara Leo dan Lauren,Leo lah yang paling nakal.Lauren pula lebih suka mengalah dengan adiknya.

Aku teringat kembali selepas sahaja Dennis melamarku di rumah keluargaku.Dennis telah membawa aku berjumpa dengan mamanya dan kakak tirinya,Deanna.Deanna antara orang yang paling gembira,kerana dapat mengetahui yang aku masih hidup.

Mamanya pula terharu kerana aku telah kembali dan bakal menceriakan hari-hari kehidupan Dennis yang akan datang.

I love you,” Dennis memelukku dari belakang.

I love you too,” balasku dengan senyuman.Bahagia!Itu yang aku rasakan sekarang ini.Aku mengharapkan kebahagiaan yang aku kecapi ini akan berkekalan sehingga bila-bila.



-11:18 pm
 Thursday,7th June 2012


First of all...hi o/ ni oneshot pertama untuk tahun 2012 dan ketiga untuk koleksi oneshot aku ni.Mungkin agak berat sikit ceritanya,sebab percintaan orang dewasa ._. haha...aku tulis oneshot  ni pada akhir 2009,so please comment dan kritik apa yang patut,sebab aku masih belajar untuk menulis ^^v

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

3 comments:

Miss Oat 익명 berkata... Reply To This Comment

bestlah. baru hari dapat baca fanfic u :D

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@Kim Myungsoo 명 명 gomawo ^^ unnie gembira bila org suka oneshot ni :)

Anis Zulhas berkata... Reply To This Comment

Eh eh ! Suke kite bace FF nie . ^^v