Jumaat, 9 Disember 2011

Be Mine [Chapter 2]






Chapter 2:She’s always in my mind...

Jaejoong POV

Aku meneliti kad jemputan itu.Sudah berulang kali aku membaca deskripsinya. “Kenapa,hyung?” tanya Junsu.Dia mengambil tempat duduknya di sebelahku. “Ni...kau mesti dapat kan?” aku menunjukkan kad itu.

“Oh..dapat.Kenapa?Hyung tak nak pergi ke?” tanya Junsu lagi.Aku menggeleng. “Taklah.Aku tak cakap pun aku tak nak pergi.Cuma aku malaslah nak jumpa kawan-kawan lama ni,” aku mengeluh. “Alah,nanti Yunho dan Changmin ada...” kata Junsu.

“Hmm...”

“Ahh...dengarnya Yunho dah ada teman wanita!” sebut Junsu. “Girlfriend?”
Junsu mengangguk. “Yup,hari tu,Changmin ada beritahu yang Yunho dah ada girlfriend.Dah lama jugak dorang couple.Tak silap,dalam 3 tahun kebelakangan ni,” Junsu memberitahu lagi. “Ohh,okay.So,dia nak bawak girlfriend dia tu ke?”

“Lebih kurang macam tulah.Tapi,Changmin kata,girlfriend Yunho tu satu sekolah dengan kita semua.” Junsu memberitahu lagi.Aku termangu untuk seketika.Yoochun entah ke mana.Pagi-pagi buta sudah keluar.

“Hyung,masaklah sarapan.” rengek si Junsu.Aku memandang Junsu dengan hairan. “Masaklah sendiri.” aku membalas dengan malas. “Ahh...masak jelah,hyung...” rayu Junsu dengan membuat muka comelnya. “Huh,buatlah muka comel kau tu,aku takkan terpikatlah!” aku mengetuk kepalanya.

Aku melangkah masuk ke bilik studio.Panggilan daripada Junsu tidak kuhiraukan.Ish...

Aku memasang lagu Wasurenaide,lagu yang kucipta sendiri sewaktu aku masih bersama dengan kumpulan TVXQ atau dikenali juga sebagai DBSK.

Aku mendengarnya,sambil memejamkan mataku,untuk menghayati maksud lagi itu.


Tekan link ni:

**

Author POV

Beberapa tahun yang lalu...

“Oppa!” panggil Hyo Min. “Hmm,kenapa?” Jaejoong tidak memandang Hyo Min yang tersengih seperti kerang busuk. “Nah!” dia menghulurkan sampul surat kepadaku.Jaejoong menyambut hulurannya.

“Bye,oppa!” Hyo Min terus berlari ke kelasnya semula.Jaejoong yang sedang berehat di bawah pokok di padang sekolah hanya memandang surat itu tanpa ingin tahu apa isi yang tertulis di dalamnya.

Dia meletakkan sampul surat itu pada begnya.Nanti jelah kalau nak baca pun...

Kim Hyo Min.Gadis itu adalah rakan sepermainan sewaktu dia kecil.Biarpun mereka berbeza umur sebanyak satu tahun,hubungan mereka memang rapat.Namun,oleh kerana masing-masing sudah bersekolah menengah,hubungan mereka sudah renggang dari hari ke hari...

Jae Kyung rapat dengan Hyo Min.Adik bongsunya itu sering menemani Hyo Min yang begitu periang dan peramah.Malahan,mereka sekeluarga memang rapat.

Jaejoong kembali mendengar lagu di Mp3 miliknya.Buku nota chemistry diletakkan ketepi.Dia meminati bidang muzik sejak dia mula menyanyi secara tidak sengaja sewaktu dia,bersama lagi empat orang kawannya di pusat karaoke yang berdekatan dengan sekolah mereka.

Dia merenung ke arah padang sekolah.Ponteng kelas.Dia memang suka ponteng kelas,kerana kadangkala dia terasa mengantuk dan mudah bosan dengan sesi pembelajaran yang sungguh kaku dan serius sahaja.

Dia memang pelajar yang agak popular,sejak mula memasuki sekolah ini,dia mula diserbu oleh para peminat yang tidak jemu meminatinya. “Kau ponteng kelas lagi?” sapa Yunho.Jaejoong hanya tersenyum.Dia masih asyik mendengar lagu yang dimainkan.

“Hyo Min bagi surat lagi ke?” teka Yunho.Jaejoong hanya mengangguk. “Kau ni...tak patut hampakan harapan budak tu,” ujar Yunho.Jaejoong mengangkat kedua belah bahunya.Dia sudah mematikan mp3 playernya itu.

“Aku sebenarnya bukan nak hampakan harapan siapa-siapa pun.Tapi,aku rasa buang masa je,”

“Kau tu sombong sangat,” Yunho memprovok.Jaejoong merenung Yunho. “Aku tak cintakan Hyo Min.Aku cuma anggap dia macam adik aku je,” kata Jaejoong,tanpa perasaan.Yunho hanya mampu mendiamkan diri.Kalaulah Hyo Min dengar semua ni...

“By the way,aku nak tanya.Kalau suatu hari nanti,aku jadi teman lelaki Hyo Min,kau tak kisah kan?”

Jaejoong tersentak.Yunho nak jadi teman lelaki dia?

“Maksudnya?” dia cuba untuk tidak mengerti akan soalan Yunho itu. “Maksud aku,kalaulah aku jadi teman lelaki dia.Kau takkan kisah kan?Sebab kau kan tak ada hati dekat dia,” selamba saja Yunho mengatakan andaian.Entah kenapa ada rasa pedih di dalam hati Jaejoong pada tika itu.

“TAK!Aku memang tak kisah!Langsung!Sebab aku langsung TAK CINTAKAN DIA!” tiba-tiba saja Jaejoong melenting tidak tentu pasal.Yunho menggeleng kepalanya. “Sabar.Aku cuma andaikan je.Yang kau nak melebih-lebih tu kenapa?” Yunho menyabarkan Jaejoong.

Jaejoong mendengus kecil.Ish,kenapa aku nak melenting pasal Hyo Min pulak ni?Ah!Dia kan cuma kawan aku!Jaejoong berperang dengan perasaannya ketika ini.Dia mengetap bibirnya.

“Sorry,aku terover tadi,” Jaejoong cuba mengawal perasaannya.Yunho mengangguk.

Kenapalah Jaejoong tu ego sangat?Yunho berkata dalam hatinya.

*****

No One POV

Tanpa mereka berdua sedari,ada seseorang sedang memerhatikan mereka,dengan sebuah perasaan yang sungguh terluka saat ini...kenapa?dia merintih sedih.

**

Jaejoong POV

Aku membuka mataku semula.Kenapa wajah Hyo Min,dan kenangan lalu menjengah ingatanku?Mungkinkah kerana Junsu memberitahu bahawa gadis itu sudah bercinta dengan Yunho?

Kenapa kata-kata Yunho itu seperti menghantui perasaanku kini?Adakah dia sememangnya menjangkakan bahawa Hyo Min akan menjadi kekasihnya?Jika ya,mengapa dia berkata sebegitu rupa?Adakah dia hendak melihat reaksiku pada waktu itu?

Telefon bimbitku berdering.Aku berjalan masuk ke bilikku.Aku menekan butang berwarna hijau untuk menjawab panggilan.Tertera nama Jae Kyung di skrin telefon.

“Oppa!” telingaku hampir pekak kerana adik perempuanku menjerit. “Yahh!Kenapa ni Jae Kyung?” aku menegur dia.Agak marah kerana jeritannya itu. “Oppa,oppa nak jumpa unnie Hyo Min tak?” tanya Jae Kyung.

Aku terdiam.Hyo Min?

Baru saja aku mengingati tentang dia dan Yunho. “Tak,” balasku,dengan dingin. “Oppa....” rengek Jae Kyung. “Kenapa ni?”

“Alah...jomlah jumpa unnie.Dia makin cantik sekarang ni!Kalau oppa tengok,mesti oppa dah jatuh cinta!” Jae Kyung mendesakku.Aku agak keberatan hendak menerima pelawaan adikku itu.Erghh...namun,Jae Kyung jenis yang suka memaksa.

“Hmm,give me 10 minutes.” aku membuat keputusan selepas itu. “Yay!Jae Kyung sayang oppa!Oh ya,datang je dekat kafe Love Cafe House,tau?” dia memberitahu lokasi yang akan menjadi tempat aku berjumpa dengan Hyo Min.

“Okay,”

Aku terus menamatkan perbualan.Aku membuka almari pakaianku dan memilih pakaian yang sesuai untuk aku keluar berjumpa dengan adikku...dan juga Hyo Min.Aku memilih t-shirt berwarna putih dan seluar slack berwarna hitam.

Muffler berwarna hitam dicapai dan kupakaikan dil leherku.Sewaktu aku sedang melihat cermin,aku terpandangkan gambar yang terletak elok di sebelah mejaku.Gambar aku dan Hyo Min sewaktu kami berdua di zaman sekolah menengah dahulu.

Dia...sungguh comel.Walaupun aku selalu menggelarkan dia sebagai gadis yang tidak reti mengikuti fesyen terkini.Dia tetap comel,wajahnya yang innocent selalu menambat hatiku. //pfftt -.- melalut

Wallet,kunci kereta dan telefon bimbit dicapai.Aku melangkah keluar dari bilikkku.Junsu sedang menonton televisyen di ruang tamu. “Hyung,nak pergi mana tu?” dia menanya. “Jumpa Jae Kyung,dan Hyo Min,” balasku.

“Hyung!Nak ikut!” dia melaung.Aku tidak dapat menolak,sebaliknya mengangguk.Junsu terus naik ke biliknya dan bersiap.

Aku menghantar mesej kepada adikku.

To:Jae Kyung.

Oppa sampai lagi 10 minit,Junsu pun ikut sekali J
From:Jae Kyung

Ok.No problem :D

Junsu sudah bersiap.Aku keluar bersama Junsu dan terus menghidupkan enjin kereta.

 Hehe...siap pun chapter 2 -.- aku hampir-hampir sakit kepala.Actually,aku leka nak update ff,sebab aku suka baca ff...so,aku kena selalu alert psl ff sendiri...

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

1 comments:

Ieyra Ghani berkata... Reply To This Comment

congratulations !

kak ieyra pun ada buat ff...
my 1st ff and baru siap chapter 1...

chapter2 dlm proses... harap lina sudi baca and komen2...hehe^^