Rabu, 7 Disember 2011

Be Mine [Chapter 1]





Haha,lagu jepun...=.= Ish..lantaklah

Be Mine

Chapter 1:Invitation

Hyo Min POV

“Selamat pagi,Cik Muda,” ucap pembantu rumah yang sedang mengemas ruang tamu. “Selamat pagi,” aku membalas,dan memberikan sebuah senyuman.Aku terus melihat surat yang diletakkan di meja kopi. “Surat ni baru sampai ke?” tanyaku. “Ya.Semuanya untuk Cik Muda,” balas pembantu rumah yang bernama Shin itu.

Aku mengambil salah satu pucuk surat yang menarik perhatianku.

Shinhwa High School Reunion Party

Aku membuka sampul surat itu,dan membaca isi kandungannya.

Invited:Miss Kim Hyo Min to attend Shinhwa High School Reunion Party
Date/Day:21st December / Wednesday
Place:Grand Hyatt Seoul Hotel

“Reunion?!” aku terjerit kecil.Segera aku mengambil telefon dan mendial nombor telefon seseorang. “Hello?” si pemanggil menjawab panggilanku. “Oppa!!!” aku menjerit selepas mendengar suara pemanggil itu. “Hyo Min,kenapa terjerit-jerit ni?” soal pemanggil itu.

Aku tergelak dengan sikapku yang sudah over itu.

“Oppa,saya baru dapat surat jemputan untuk ke majlis reunion sekolah lama kita!” aku memberitahunya dengan perasaan girang. “Ne,oppa dah dapat surat tu jugak.Nanti oppa akan balik ke Korea.Nak jadi teman oppa masa majlis tu ke?” soal pemanggil itu.

“Boleh jugak,itu pun,kalau unnie Ara tak marahlah,” aku berkata. “Tak,sekarang ni dia dekat Jepun,sambung belajar.Dia pun tahu,Hyo Min perlukan oppa jugak,” dia membalas,dengan maksud yang pelik.

“Mwo?Jangan nak menggatal eh?” aku geram.

“Kita kan dah lama bersama,masuk tahun ni dah hampir tiga tahu kita bersama,” dia mengingatkan hubungan kami.Fake relationship,yang kami berdua rancangkan selama ini.Memang pelik,tapi,bagiku,bagus juga kerana tak perlulah ibu bapaku sibuk mencari pasangan untukku.

“Okey,fine!I know it!Tak payah cakap!” aku menjawab dengan perasaan jengkel.

Si pemanggil itu ketawa. “Just wait.Lagi beberapa hari je lagi.Nanti oppa akan jemput kamu pergi cari dress yang sesuai untuk kamu,” dia merancang sesuatu untukku. “Oppa balik bila?” soalku. “Dua hari lagi.”

Dua hari lagi...aku menggumam.

“Okey.”  

“Just wait,with patiently.” ujarnya.

“Hmm,i got to go now.Nak pergi tengok kedai bunga tu,” aku meminta diri. “Take care.Nanti I will back soon!” dia menjawab sebelum menamatkan panggilan.Selepas itu,aku masuk ke dalam rumah dan bersiap untuk ke kedai bungaku.

“Unnie Hyo Min!” ada satu suara memanggil namaku.

Aku memusingkan kepalaku ke depan.

“Jae Kyung?” aku teragak-agak,meneka si pemilik suara itu.Seorang gadis melambai tangannya ke arahku.Memang benarlah dia Kim Jae Kyung,anak jiran sebelah rumah keluargaku.

“Unnie!Lama tak jumpa kan?” Jae Kyung menanya.Aku mengangguk. “Datanglah ke sini.” ajak Jae Kyung. “Takpelah,unnie nak pergi tengok kedai unnie,” aku berasa segan kerana aku pernah menaruh hati pada abang Jae Kyung.Sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku ke rumah itu,selepas aku tamat sekolah menengah.

Untuk beberapa tahun selepas itu,aku belajar di Australia,menyambung pengajian di sana,dalam course business management,walaupun sebenarnya,aku tidak langsung meminati course itu.

“Unnie,kalau Jae Kyung nak ikut boleh?” ujar Jae Kyung dengan mengharap.

Aku terdiam.

“Nanti mama dan papa Jae Kyung tak marah ke?” aku takut jika ibu bapa Jae Kyung risau jika anak bongsunya hilang secara tiba-tiba.

“Ish,unnie...mama dan papa kan kenal unnie?Buat apa dorang nak marah?” dia menyoal aku pula.Aku tersenyum kecil.Jae Kyung memang begitu,kalau apa yang dia nak,mesti dia akan cuba untuk dapatkan.Sampai aku soal macam tu pun,dia boleh soal aku semula.

“Okeylah.Unnie bagi kamu ikut.Tapi,unnie nak bersiap sekejap.Tunggu tau!” aku masuk dan naik ke bilikku untuk bersiap.Aku memakai dress merah,dan skirt berwarna putih.Dipadankan dengan beg tangan berwarna hitam.

Aku turun,dengan membimbit beg tangan,berserta beg laptop yang selalu kubawa setiap kali ke kedai bunga milikku itu.

Jae Kyung sudah menunggu di depan rumahku.Wajahnya terukir senyuman.Aku membuka kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta.

Jae Kyung duduk di bahagian penumpang. “Unnie,unnie bukak kedai apa?” tanyanya

“Kedai bunga.Unnie minat bunga.” balasku.

“Wahh...mesti auntie dan uncle bangga dengan unnie kan?” dia sepertinya kagum denganku. “Tak.Masa unnie nak bukak kedai bunga tu,daddy unnie membangkang sekerasnya.Mummy unnie sentiasa menyokong unnie.Semuanya sebab unnie tak nak kerja dengan dia.” aku menceritakan apa yang telah kulalui semasa hendak membuka kedai bunga.

Daddy mahu aku bekerja dengannya.Syarikat yang kian megah dan dikenali ramai itu sememangnya menjadi harapan daddy untuk aku meneruskan legasi yang telah dibinannya hampir 26 tahun yang lalu.

Nasib baiklah selepas itu,abangku menawarkan diri untuk menggantikan aku.Daddy terpaksa bersetuju dengan rancanganku itu,walaupun dia mahukan aku mengambil jawatan timbalan pengerusi syarikat.

“Hmm...abang Jaejoong pun macam tulah.Dia pun tak minat nak uruskan syarikat.Walaupun papa siap ugut untuk potong perbelanjaan dia.” cerita Jae Kyung.Aku diam.Nama Jaejoong sudah lama luput di ingatanku.

Kami sudah lama berjiran.Aku menyimpan perasaan terhadap abang Jae Kyung sejak aku dan Jaejoong masuk ke alam sekolah menengah.Namun,cintaku dipandang sepi oleh Jaejoong.Aku terpaksalah makan hati dengan sikapnya itu.

Kini...Jaejoong menjadi seorang penyanyi.

Yunho juga pernah menjadi antara rakan sekumpulan dengan Jaejoong,yang membentuk kumpulan TVXQ.Selain mereka berdua,Changmin,Yoochun dan Junsu juga antara ahli kumpulan tersebut.

Selepas itu,mereka berpecah kerana masalah dengan syarikat rakaman.Yunho dan Changmin masih lagi mempertahankan kumpulan TVXQ.

Jaejoong dan dua orang lagi rakannya membentuk kumpulan baru,iaitu JYJ,singkatan daripada nama mereka bertiga.Aku juga salah seorang peminat setia JYJ dan TVXQ.Yunho juga tahu aku meminati mereka.

Yunho,dia antara kawan sekolahku.Begitu juga Yoochun,Changmin dan Junsu.Mereka semuanya mengenaliku.Bezanya,aku dan Yunho menjadi pasangan kekasih,walaupun hanya hubungan palsu semata-mata.

Hubungan kami ini hanya diketahui oleh keluarga dia dan keluargaku.Kami juga bersedia untuk mengumumkan hubungan ini,walaupun hubungan ini akan tamat dalam bila-bila masa,jika Yunho mengambil keputusan untuk mengahwini Go Ara.

“Unnie,kenapa unnie diam je?” suara Jae Kyung melenyapkan lamunanku yang panjang.Aku memandang Jae Kyung sebelum menggeleng. “Unnie cuma fikirkan tentang masa depan unnie,” jawabku,dengan sedikit penipuan di situ.

Kami sampai di kedai.

Aku terus keluar,Jae Kyung pula sudah masuk ke dalam kedai itu. “Selamat pagi,Cik Kim,” kata salah seorang pekerjaku.Aku membalas sebelum mengajak Jae Kyung masuk ke pejabatku.

“Unnie,kenapa unnie tak bukak butik baju je?” tiba-tiba Jae Kyung menanyaku.

“Kenapa pulak?”

“Kalau unnie bukak butik,bolehlah Jae Kyung borong semua baju.Ini bunga,nak beli bunga untuk kekasih jelah...” dia berkata. “Pandailah kamu...kenapa tak bukak kedai sendiri je?” aku mencubit pipinya.

“Alah,Jae Kyung tak suka business.Jae Kyung cuma suka fesyen.Sebab tulah Jae Kyung ambil jurusan fashion design,sebab nanti,Jae Kyung nak buat baju cantik-cantik!” seperti kanak-kanak kecil pula Jae Kyung memberitahu.

“Hmm...belajarlah sampai berjaya,” aku memberikan kata semangat padanya.Jae Kyung mengangguk.

“Unnie...thanks,” ucap Jae Kyung padaku.Aku mengangguk. “Sama-sama,”

Err,just short update,nanti dalam chapter 2 baru aku tulis banyak...haha,aku malas =="

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: