Chapter 4: Different
Your POV
Aku
membuka pintu rumah dengan perlahan.Langkahku menuju ke sofa di ruang tamu.Baru
sahaja sebentar tadi,aku pulang dari melakukan pemeriksaan di hospital bersama
Yuri dan Jin Ah.
Apabila
ditanya oleh mereka berdua tentang diriku,aku hanya menggeleng dan berkata “Aku
okey je,”
Sekurang-kurangnya,aku
mahu mereka tahu bahawa aku okey.Perlahan-lahan aku mengingati apa kata doktor
yang memeriksaku.
“Puan Kim,dalam beberapa bulan ni,ada tak puan rasa
apa-apa?” tanya doktor yang namanya Seo Da Hae.Aku diam lalu lantas berfikir.
“Ada,saya sering rasa mengantuk walaupun saya sering tidur awal.”
“Bagaimana
dengan selera makan puan?” tanya doktor itu lagi. “Makin
bertambah,kadang-kadang waktu awal pagi pun rasa lapar sangat,” aku membalas
dengan yakin.Doktor itu menulis sesuatu.
“Saya
akan membuat ujian kehamilan pada diri puan,” kata-katanya itu membuatkan
dadaku berdegup kencang.Mungkinkah...?Mustahil benar aku akan
mengandung!Namun,aku akur dengan arahan Doktor Seo Da Hae itu.
“Keputusan
ujian kehamilan akan keluar lagi dua minggu.Saya akan hantarnya pada puan,” dia
tersenyum selepas itu.Aku pula tidak dapat memberi reaksi.Sedih?Gembira?
Kringg!!!
Bunyi telefon rumah membuatkan aku sedar dari lamunan itu. “Yeoboseyo?” aku
menjawab panggilan. “Hye Jung-ah...mama ni,” suara mamaku di talian.Aku mengigit
bibir secara tidak sedar.
“Mama...”
“Kamu
apa khabar?Jaejoong dengan Jae Min sihat?” tanya mama.Pertanyaan mama itu
membuatkan aku sebak.Kematian Jae Min tidak aku dan Jaejoong khabarkan pada
kedua ibu dan bapa kami.Pastinya mereka rindu pada anak kami itu.
“Mama...Jae...Min...dah...”
aku tidak mampu meneruskan ayatku.
“Apa
dia sayang?Kenapa dengan cucu mama tu?” soal mama dengan cemas.Aku teresak di
talian.Maafkan Hye Jung,mama.Hye Jung tak mampu menjaga Jae Min dengan
baik...suaraku,namun hanya kedengaran di hatiku ini.
“Hye
Jung...jangan buat mama macam ni,please answer me.Kenapa dengan Jae Min?” mama
mahukan jawapan dariku.Semakin lebat air mataku mengalir dari tubir mata.Aku
masih belum kuat untuk menerima kehilangan ini...Jae Min baru sahaja pergi...
“Dia...dah
tak ada,mama.I’m sorry.So sorry.I couldn’t take care of my son...” luahku
dengan sedih.Aku berasa semua ini adalah salahku.Jaejoong juga
menyalahkanku.Ya...akulah yang bersalah,aku tidak menjaga satu-satunya anak aku
dan Jaejoong.
Terdengar
tangisan mama dalam talian.Pastilah mama sedih.Secara tiba-tiba sahaja cucunya
sudah meninggalkan dunia ini. “Bila dia meninggal?” dalam suaranya yang
serak,mama bertanya.
“Semalam...”
aku berkata dengan perlahan.Masih terasa baru semalam saja aku menjaga Jae
Min,membesarkannya bersama Jaejoong dan tiba-tiba...Jae Min menghidapi penyakit
barah.
“Hye
Jung...kenapa tak cakap awal-awal?” mama seakannya marah denganku.Aku terdiam.
“Keluarga suami kamu tahu ke tidak?”
“Tak,kami
tak sempat beritahu pun,mama...” ujarku.Aku tahu mama akan lebih marah dan
kecewa dengan tindakan kami ini.
“Mama
akan telefon keluarga mentua kamu.Jadi,kamu berdua perlu tunggu akan kedatangan
kami ke rumah kamu,” selepas dari itu,mama terus menamatkan taliannya.Suaranya
seakan sedang marah.
Aku
meletak gagang telefon.Keluhan dilepaskan.
Apakah
yang akan berlaku dengan kehidupan aku bersama Jaejoong?Adakah dia akan terus
dingin dengan aku?
*****
Sebulan kemudian...
“Malam
ni aku tak balik!Aku mungkin akan tidur dekat rumah Yunho.So,tak payah nak
tunggu!” tegas suara Jaejoong memberitahuku.Sarapan yang aku sediakan tidak
langsung dia pedulikan.
Sejak
kematian anak kami,perubahan sikap Jaejoong semakin ketara.Kasar dan dingin
suaranya apabila bercakap denganku.Dengan orang lain,tidak pula dia begitu.Aku
cuba untuk bersabar.
Ibu
dan bapa aku juga Jaejoong menasihati kami agar tidak merahsiakan apa-apa
perkara dari pengetahuan mereka.Mereka nampak kecewa benar pada waktu
itu.Mereka datang ke rumah kami ketika beberapa hari selepas Jae Min pergi.
Persefahaman
antara aku dan Jaejoong juga sudah tiada.Jaejoong kadangkala seolah-olah benci
melihat aku.Aku pula,mengharapkan agar dia kembali seperti dahulu.Kepada siapa
lagi aku mahu mengadu melainkan dia?
Yuri
dan Jin Ah juga makin kerap datang ke rumah kami.Selalunya mereka akan
bertanyakan tentang keadaanku dan Jaejoong.Mereka risau akan diriku.Aku faham
dengan keprihatinan mereka.Namun,entahlah...
Keputusan
ujian yang aku jalankan juga sudah aku ketahui.Rupa-rupanya masih ada peluang
untuk aku memiliki anak bersama Jaejoong.Perkara ini langsung aku tidak
sangkakan.Aku agak keberatan dan ragu-ragu untuk memberitahu akan berita itu
pada Jaejoong.
Adakah
dia akan menerimanya?Ataupun dia akan tetap menjauhi aku?Aku memandang luar
tingkap di dapur.
Aku
teringatkan kata-kata Yuri. “Kalau Jaejoong tak mahu berubah,baik kau
tinggalkan dia.You’re too good to be hurt by him,”
Jaejoong,janganlah
buat saya macam ni.We need to talk,kataku dalam hati.
*****
Jaejoong POV
“Hyung!”
sapa Changmin.Aku melemparkan senyuman. “Kenapa?” tanyaku.
“Betul
ke Hye Jung noona tu isteri hyung?Bila hyung kahwin?Kenapa kami tak tahu?”
Changmin mula menanya dengan bertalu-talu.Aku mendengus sedikit.
Hye
Jung.Kami semakin jauh dari hari ke hari.Dia masih setia menanti aku pulang
setiap hari.Senyumannya itu membuatkan aku berasa salah.Ada ketikanya aku
merasakan bahawa memang patut aku membiarkan dia jauh dariku.
“Yup.Dia
isteri hyung.Dah lama dah kami kahwin.Nak dekat tiga tahun.Hyung rahsiakan
sebab tak nak semua orang kecoh satu dunia.Lagipun,itu permintaan Hye Jung.”
balasku dengan tiada perasaan.
“Jinjja?!Aigoo,hyung
nanti bolehlah saya pergi rumah hyung,kan?Dah lama betul tak jumpa
noona.Rupa-rupanya dia menghilangkan diri dari dunia hiburan sebab nak kahwin
dengan hyung.” Changmin agak teruja.
Aku
menelan liur.Aku baru teringat...selama ini,Hye Jung banyak berkorban
untukku.Dia sanggup meninggalkan dunia hiburan di saat namanya naik di pentas
hiburan.Dia sanggup menyembunyikan rumahtangga kami dari dihidu oleh pihak
media.
“Hyung,kenapa
termenung ni?” suara Changmin menamatkan lamunanku. “Eh?” aku hairan.
Changmin
mengelengkan kepalanya. “Jomlah,hyung.Kita ada performance malam ni,”
ajaknya.Aku mengikut langkahnya.
*****
Your POV
Pada
malam itu,malam yang begitu sedih dan membuatkan hatiku cukup terluka.Ketika
itu,Jaejoong pulang dan dia mabuk.Ya...seperti beberapa bulan ini...
Dia
juga dikatakan sedang berhubungan dengan Jessica,ahli kumpulan Girls’
Generation.Aku tidak bertanya pada Yuri akan perihal kesahihan beritahu
itu.Kadangkala pihak media pandai-pandai saja mengadakan cerita.
Aku
percayakan Jaejoong.Aku tahu dia takkan curang padaku...Ya...
Aku
pandang wajah Yoochun dan Changmin yang sedang memangku Jaejoong naik ke
bilik.Pastinya mereka tidak menyangka yang Jaejoong semakin menjadi-jadi
perangainya yang suka minum.
“Noona,hyung
ada masalah ke?” soalan itu dilontarkan oleh Changmin setelah mereka selesai
membawa Jaejoong ke bilik tidur kami.
Aku
cuma senyum. “Dia tertekan,anak kami dah beberapa bulan meninggalkan kami,”
“Anak?Noona
dengan hyung ada anak?” dia seolah-olah terkejut.Aku tidak menyalahkan dia
mahupun Jaejoong.Aku tahu Jaejoong merahsiakan perkahwinan kami dari semua
orang,kecuali keluarga kami.
“Ne,nama
dia Kim Jae Min.Umurnya 3 tahun.Masa umur dia dalam 2 tahun,doktor sahkan dia
menghidapi penyakit barah.Sayangnya,Tuhan lebih sayangkan dia.Masa hyung berada
di Jepun,Jae Min menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital.Lagi
menyedihkan,anak kami meninggal masa hari jadi hyung kamu.Noona gagal menjadi
seorang ibu,” sebak aku menceritakan perihal anak kami itu.
Changmin
kelihatannya bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga kami. “It must be
hard for you,noona.I hope hyung will not do something out of control.” ujar
Changmin dengan nasihat.
Aku
mengangguk.Yoochun yang sedari duduk di sebelah Changmin hanya diam.
“Okeylah,kami
minta diri dulu,” Yoochun meminta diri.Changmin ikut keluar dari rumah kami. “Nanti
datanglah rumah kalau ada masa.Lagipun korang dah tahu yang noona kahwin dengan
Jaejoong hyung,” aku mempelawa mereka.
“Okey!”
serentak mereka membalas.
Selepas
mereka pulang,aku terus naik ke bilik.Ingin melihat keadaan Jaejoong.
Aku
lihat Jaejoong sedang duduk di birai katil.Dia dah sedar ke? “Jae?”
panggilku.Jaejoong memandangku.Wajahnya seakan-akan sedang marah. “Awak okey
ke?” tanyaku.
“Tak!Aku
tak okey!” marahnya.Aku mengigit bibir.
“Kau
penyebab Jae Min mati!Aku benci kau!Faham tak!?” dia melepaskan marahnya.Aku
tetap mendiamkan diri.Aku tahu dia masih belum sedar dari mabuknya.
“Kenapa
kau diam?Dah bisu?!Mulai esok,aku tak mahu tengok muka kau lagi kat rumah
ni.Menyampah aku tengok!Aku nak kita berpisah!” ayat terakhirnya itu membuatkan
aku tergamam.
“Berpisah?Kenapa?Awak...”
aku terduduk di lantai.Air mata mulai turun.Dalam beberapa bulan ini,air mataku
sering jatuh.Aku sering terluka setiap kali aku dimaki olehnya.Aku tidak mahu
berpisah!
“Yes.Aku
rasa kita dah tak sehaluan lagi.Sebaiknya,kita ikut jalan masing-masing,” dia
masih lagi berkeras mahu berpisah.Aku jadi tidak tentu arah.Jaejoong keluar
dari bilik tidur kami,meninggalkan aku yang terkejut bukan kepalang sendirian
kerana permintaannya itu.
Jaejoong...kenapa
mesti berpisah?Awak dah tak sayangkan saya lagi ke?Soal hatiku dengan sedih.
“Kalau
macam tu,saya akan pergi.We can’t be together anymore...” aku berkata dengan
nekad.
Huwaaa ;~; aku rasa susah betul nak buat chapter ni -.- seriously,mencabar sebab nak kena buat dialog Jae marah2 ;_; oh ye,pregnancy...haha *awkward laugh* dalam chapter ni still tahun 2009.Next chapter pun sama...maybe chapter 6 baru aku tulis today's punya scene.Ngeee,ambil yang positif je eh?Act,aku mmg dah tetapkan setiap chapter punya story :D Feel free to comment.
0 comments:
Catat Ulasan