Sabtu, 3 November 2012

You Only Love : Chapter 3 - Voice of My Heart








Chapter 3: Voice of My Heart

Jaejoong POV

Aku terjaga dari tidur apabila cahaya matahari mula menerangi bilik tidur kami.Aku lihat Hye Jung tiada di bilik.Mungkin dia di dapur...kataku dalam hati.

Aku melihat baju yang kupakai ketika ini.Pelik.Kenapa aku tak tukar baju ni?Aku mencapai tuala di ampaian sebelum masuk ke dalam bilik air.

*****

Your POV

Aku menunggu kelibat Yuri dan Jin Ah di Starlight Cafe.Untuk seketika,aku mengerling jam tangan yang kupakai di pergelangan tangan kananku.Jam baru saja menunjukkan ke pukul 9:30 pagi.Aku keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi.

Fikiranku mula menerawang.Aku mengingati Jaejoong yang keseorangan di rumah.Sudah bangunkah dia?Aku cuba menelefon Yoochun. “Hello?”

“Yoochun-ah,ermm Jae dah ada dekat syarikat ke?” tanyaku. “Hyung?Belum.Mungkin kejap lagi dia sampai.” balas Yoochun. “Okey,thanks for the information...” aku berkata. “Ne,Hye Jung-ah.” jawabnya.Kami berbual tentang hal masing-masing sebelum menamatkan panggilan.

“Hye Jung!” suara dua orang wanita membuatkan aku berpaling ke belakang.Jin Ah dan Yuri tersenyum padaku sebelum kami bertiga saling berpelukan. “Omo!Hye Jung-ah!Kau makin kuruslah!” komen Jin Ah.

Aku mengangkat kening.Kurus? “Biasa je aku tengok.”

“Betullah!Kau makin kurus!Jaejoong tak sayang kau lagi ke?” lancar saja mulut Jin Ah menanya.Hisy,minah ni...mulut tu memang tak pakai insurans!Aku menyabarkan hatiku. “Yahh!Mulut tu jangan sedap-sedap cakap,ya?” aku menjeling Jin Ah.

“Mianhae!” ucap Jin Ah.

“Aku rasa kau kurus sebab penat jaga mendiang Jae Min,kan?Aku tahu,kau banyak berusaha untuk sembuhkan Jae Min,walaupun dia dah tiada.” komen Yuri setelah mendiamkan diri.Aku cuma tersenyum nipis.

“Tak penat menjaga seorang anak yang aku sayang,Yuri.Biarpun Jae Min dah tak ada.Aku tetap terasa akan kewujudan dia.Bukan setahun aku menjaga dia,tapi sejak dia lahir aku menjaga dia.Begitu juga dengan Jaejoong.Dia juga seorang ayah yang baik.” jelasku dengan panjang.

Meskipun Jae Min sudah tiada,aku cuba untuk menerima hakikat kehilangannya.Aku akan tetap meneruskan kehidupanku bersama Jaejoong,kerana aku masih menyayangi Jaejoong sejak aku mula mencintai dia.

Jin Ah dan Yuri tidak dapat berkata apa-apa.

“Hmm...selama tiga tahun ni,kau tak rindukan dunia hiburan?” soal Yuri.Aku ketawa kecil. “Bohonglah kalau tak rindu,tapi aku ada tanggungjawab.Sebagai seorang ibu dan isteri.” aku menjawab dengan tenang.

“Kau bahagia dengan Jaejoong?” soalan Jin Ah itu membuatkan aku tersentak. “Kenapa kau tanya soalan macam tu,Jin Ah?” Yuri menegur Jin Ah. “Aku cuma nak tahu sama ada Hye Jung bahagia atau tak,” Jin Ah bertegas.

“Aku bahagia.” pintasku.Aku tidak mahu Jin Ah dan Yuri bertekak kerana hal rumahtanggaku. “Betul ke?” Jin Ah seolah-olah tidak berpuas hati.Aku mengangguk.Aku bahagia dengan Jaejoong.

Aku juga mengharapkan kebahagiaan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kami.Aku tidak mahu terpisah dari dia.

“Kau dah pesan minuman?” tanya Jin Ah.Aku menggeleng.Terlupa sebenarnya. “It’s okay.Kau nak minum apa?” Jin Ah membalas. “Hmm...coffee latte.”

“Kau memang tak pernah berubah.Minuman kegemaran kau still yang sama sejak dulu,” kata Yuri dengan senyuman.Aku mengangguk. “Aku nak black coffee,” Yuri memberitahu Jin Ah.Jin Ah memanggil seorang pelayan lalu memesan minuman yang kami mahukan.

“Korang nak makan sekali?” Jin Ah menanya lagi.

“American toast,” balasku. “Same,” balas Yuri.

Selepas itu kami berbual lagi.

Jaejoong POV

Aku berdiri di hadapan balkoni rumahku.Mataku fokus terhadap kawasan taman permainan yang berhampiran dengan kawasan rumahku.Aku sering membawa Jae Min ke tempat tersebut kerana dia seorang yang aktif dan suka bermain.

Ingatanku melayang ke arah memori lalu...

“Appa!” panggil Jae Min.Dia sedang bermain dengan permainan robot Transformers yang baru dibeli. “Hmm?”Aku mengalihkan pandanganku dari buku yang kusedang baca.
“Jae Min nak main dekat playground!” beritahu Jae Min.

Aku tersenyum.Lalu aku mengangguk.Jae Min sungguh gembira lalu berlari memelukku.Kami sama-sama keluar dari rumah dengan perasaan yang teruja. “Nak ke mana tu?” isteriku,Hye Jung menanya.Dia sedang sibuk mengutip baju di luar rumah.

“Nak pergi main dengan appa!” jerit Jae Min.Gembira.

Hye Jung ketawa,sebelum melambai tangannya ke arah kami.Tidak sampai 10 minit,kami sudah sampai di depan kawasan taman permainan.Jae Min tidak sabar untuk bermain,lalu berlari ke arah gelongsor.

“Jae Min-ah!Hati-hati!” aku mengingatkan dia.Risau pula,sudahlah dia seorang yang aktif.Di situ,ada beberapa kanak-kanak bersama ibu bapa mereka.Harapnya ada orang tidak akan perasan akan kehadiranku di sini.Cap,dan cermin mata hitam dipakai.

Aku mengambil tempat di sebuah bangku kosong.Jae Min dengan riang naik ke tangga untuk menuju ke gelongsor.Kemudian,dia ke arah buaian.Tidak lama selepas itu,Jae Min menjerit memanggil aku untuk bermain bersamanya.

Aku berjalan ke arah buaian.Aku menolak buaian yang dinaiki oleh Jae Min. “Wahh!Tinggi lagi!Appa,more!” Jae Min sungguh seronok apabila aku menolak buaian itu dengan laju. “Nanti kamu jatuh,mana boleh tinggi sangat.” kataku.

Jae Min memuncung.Dia memeluk tubuhnya.Protes. “Bolehlah!Please,appa...” rayunya.

Aku menggeleng. “Nanti kalau kamu jatuh,macam mana?Nanti omma marah appa pulak,” gurauku. “Takkan jatuh punya,” dia tidak mahu mengalah.Aku mengeluh kecil sebelum memandang dia. “Okey,”

Tanpa aku sedari,air mataku jatuh.

Telefon bimbit yang berbunyi menyentakkanku.Aku segera sedar dari memori itu. “Hello?”

“Hyung!Kenapa hyung tak datang ke syarikat lagi?Bukan ke hari ni kita ada recording?” pertanyaan Junsu itu membuatkan aku menepuk dahi.Alamak!Aku dah terlupa!Aku masih terbawa-bawa akan kesedihanku itu.

“Oh,sorry.Hyung baru teringat.Kejap lagi hyung datang,” terus aku mematikan talian.Aku bersiap untuk ke SM Entertaiment.Mungkin aku perlu menenangkan perasaanku ketika ini.Harapnya begitulah...

*****

No one POV

            “Hye Jung,kau okey ke?” tanya Yuri dan Jin Ah di luar tandas. “Ermm...” hanya itu yang dibalas oleh Hye Jung.

            “Kalau kau tak sihat,kau boleh balik.Aku tak nak menyusahkan kau,” ujar Jin Ah.Pintu bilik tandas dikuak.Hye Jung muncul dengan mukanya yang hampir pucat. “Omo!Pucatnya muka kau!” kata Yuri dengan terkejut.

            “Haah.Kau tak sihat ya?” Jin Ah risau.

            “Tak ada apa-apalah.Aku okey je,” balas Hye Jung.Tiba-tiba dia terasa mual lagi.

            Segera dia memuntahkan isi perut ke dalam singki.Yuri menggosok belakang Hye Jung.Kasihan dia melihat keadaan Hye Jung sebegitu rupa. “Jom,aku hantar kau balik.” pelawa Yuri pada Hye Jung.

            Hye Jung menggeleng. “Aku okey.Don’t worry,”

            Jin Ah mendengus.Hye Jung memang degil!Orang dah pelawa nak hantar balik pun dia tetap berkeras mengatakan dia okey. “Jangan degil,Hye Jung,” katanya.

            Hye Jung mengeluh.Entah mengapa dia berasa mual ketika sedang menikmati American toast yang menjadi makanan kegemarannya.Adakah...?

            Ah!Tidak mungkin!hatinya menidakkan akan perkara itu.

            Namun,kalau benar bagaimana?Hye Jung berperang dengan perasaannya sendiri. “Korang,aku nak pergi ke hospital.Send me,”

            Yuri dan Jin Ah saling berpandangan.Hospital?


Omg ._. dah lama kan aku tk update fanfic 'You Only Love' ni?huhu,sorry~past months ago,aku buat keputusan untuk hiatus untuk berikan tumpuan pada PMR,so selama itulah blog ni sunyi.Hurmm,sekarang ni pun aku agak malas sikit ._. haha =-= comments are needed.Sorry kalau boring ._. ermm,sebahagian dari idea fanfic ni credit to Lily :D 

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: