Memaparkan catatan dengan label one shot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label one shot. Papar semua catatan

Rabu, 26 Oktober 2011

Design cover lagi...

Assaalamualaikum!Hello and Annyeong!
Happy Deepavali XDD

Haha..
Hari ni aku masih tak update fanfic... //malas
So,aku cuma nak tulis entry ni jelah...


Aku buat cover fanfic I Think I Love You/Only One...ahh...yang ni,aku tanya Nana,cara nak buat dia...pheww...aku main taram jek buat ni...and aku guna background bunga Sakura...


Yang ni one shot.Aku ingat nak buat lepas exam final...tapi,tak siap-siap lagi...haha...Jiyeon & Myungsoo...ahh...suka aku tengok dorang...//hehe...nanti aku buat forewords dia...tapi,maybe complicated sikit...haha...

Okaylah...aku nak pergi buat cover untuk e-novel pulakk...tata!
Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

Khamis, 29 September 2011

One shot fanfic:Never Let You Go


Design by me.Founded at weheartit.com





Jenis fanfic:One-shot
Tajuk fanfic:Never Let You Go
Lagu yang digunakan:The Back Of My Hand Brushes Against-Teen Top



Never Let You Go


Pernahkah kau dengar bahawa,dalam dunia ini ada cinta sejati?Pernahkah kau dengar tentang kesetiaan dalam sebuah percintaan?Hmm...mestilah pernah kan?Bagi aku...aku tak berapa percayakan benda tu...kerana...aku tak pernah bercinta.

Hahaha...kelakar kan?Aku memang tak pernah bercinta.Malah,aku tak pernah senaraikan perkara seperti ingin dicintai,ingin mencintai dan bla...bla...bla.Buang masa je aku rasa...

Oh ya...lupa nak perkenalkan diri.Nama aku Han Hye Joo.Umur aku dua tiga tahun.Masih lagi belajar di universiti.Aku ni orangnya jenis yang buat hal sendiri.Bukannya menyombong,tapi aku jenis yang macam tu.

“Hye Joo!” Min Ah menepuk bahuku.Aku mengurut dada. “Yahh!Kau ni saja nak buat aku mati awal!Lain kali jangan macam tulah...” aku menegur sikap Min Ah yang suka kejutkan orang.Maknanya orang yang selalu dikejutkan oleh dia,boleh mati waktu tu jugak.Betapa takutnya aku dengan kejutan darinya.

“Sorrylah...aku tegur kau,sebab kau ni asyik mengelamun je dari tadi,sampai aku yang dah lama berdiri depan kau pun kau tak nampak.” balas Min Ah selepas itu.Aku garu kepala. “Betul ke?” aku meminta kepastian. “Yalah...” Min Ah mengangguk,dia mencubit kedua belah pipiku.

Aku menjerit kesakitan. “Jahatnya kau ni!Habis pipi aku ni...” aku meraba pipiku yang sudah merah akibat dicubit.Min Ah hanya ketawa.Dia duduk di depanku.Suasana di kafeteria agak lengang kerana kebanyakan pelajar masih lagi belajar.Kelasku ditunda kerana pensyarah yang mengajar kami itu,tidak sihat.

Jadi,aku terus mengambil keputusan untuk duduk sahaja di kafeteria. “Hari ni kita pergi keluar nak?” ajak Min Ah selepas beberapa minit mendiamkan diri.Aku yang sedang ralit membaca buku mengalih pandangan ke arahnya. “Kenapa nak keluar?” soalku dengan pelik.

“Kita pergilah melepak di mana-mana kafe.Lagipun,exam kan dah habis?Cuma tinggal ujian sub-topik aje.Itupun tak berapa penting.Kau pergilah eh?” Min Ah menjelaskan sebabnya.Aku menggeleng. “Walaupun tak penting...aku tetap nak study...” aku menolak pelawaan Min Ah.Belajar lagi pentinglah...

“Alah...ikut jelah...lagipun kita dah lama tak keluarlah,Hye Joo...” pujuk Min Ah.Aku berdiam diri.Berfikir sejenak.Memanglah dah lama aku tak keluar,sebab aku sibuk belajar,tapi...tak salahkan sekali sekala aku keluar dan enjoy...hurmm...

“Okey.” kataku.Min Ah menjerit keriangan.Dia memelukku sehinggakan aku hampir-hampir tidak boleh bernafas. “Ganaslah kau ni!” marahku.Min Ah tersengih.Sukalah tu...orang dah ikut cakap dia...

*****

SEPERTI yang kami berdua janjikan.Kami bertemu di Love Cafe House.Kafe ini dimiliki oleh saudara Min Ah.Ini kali pertama aku mengunjungi tempat ini.Aku terpaku melihat dekorasi yang ada di kafe ini.Sesuai dikunjungi oleh semua golongan,tidak kira umur.

“Welcome to Love Cafe House...” seorang pelayan perempuan menyambutku di depan pintu masuk kafe itu. “Terima kasih...” ucapku dengan senyuman.Pelayan itu membalas selepas itu.Aku duduk di tempat yang menghadap luar kafe.

“Cik nak order apa-apa?” seorang pelayan datang ke arah tempat yang kududuki.Aku menggeleng. “Saya nak tunggu kawan saya sekejap.Nanti saya order.” kataku.

Selepas beberapa minit menunggu,Min Ah muncul juga.Waktu itu aku sudah tiada mood untuk melayan dia.Bagiku,masa itu emas.Setiap minit adalah masa yang terlalu berharga.Jadi,hargailah setiap minit yang berlalu.

“Weh...aku mintak maaf.Aku tak dengar jam loceng,so,aku bangun lambat hari ni,” Min Ah segera meminta maaf padaku.Dia memandangku dengan harapan aku memaafkan dia.

“Kau...kena belajar hargai masa,Min Ah,” aku bersuara kemudiannya. “Ya.Aku akan cuba...” angguk Min Ah. “Sebagai denda,kau kena belanja aku hari ini.Kalau tak,aku takkan maafkan kau,” aku memberitahu denda yang akan dikenakan padanya.Biar padan dengan muka.Sebab lambat dan tidak menghargai masa.

“No problem!” Min Ah terus bersetuju.Aku tersenyum puas. “Waiter!” panggil Min Ah.Seorang pelayan datang ke arah kami berdua. “One latte ice,one hot espresso and two sets of steaks,” Min Ah memesan makanan dan minuman untuk kami berdua.Pelayan itu menyuruh kami menunggu sehingga pesanan yang dipesan sampai.

“Hye Joo...kau pernah terfikir nak bercinta?” soal Min Ah tiba-tiba.Aku yang sedang ralit melihat permandangan di luar mengangkat kening apabila mendengar soalan itu. “Kau demam ke?” tanyaku dengan lurus.

Min Ah menggeleng. “Kenapa kau tanya aku pasal ni?” aku menanya dia lagi.

“Entah.Aku rasa macam nak je bercinta.Memanglah aku pernah bercinta sebelum ni,tapi aku rasa nak je bercinta lagi...” balas Min Ah dengan senyuman di bibirnya. “Apa-apa jelah...aku tak nak kisah.Kau bercinta jelah dengan sesiapa pun.Aku cuma harap kau bahagia.Tu je,” aku memberikan komen.

“Kau pulak?Tak nak bercinta?” tanya Min Ah. “Aku?No way...lepas ni aku masih nak belajar lagi...” aku hanya ketawa apabila dia menyoal.

“Kau takkan tak pernah fikir pasal tu?” Min Ah agak terkejut. “Nope.Never.” kataku.

“Tapi,kau mesti akan bercintalah...ianya lumrah kehidupan,Hye Joo...” ujar Min Ah.Aku mencebikkan bibir. “Apa-apa jelah...” aku malas hendak melayan lagi.

Belum sempat Min Ah hendak membalas kataku,pesanan yang dibuat oleh Min Ah sudah pun sampai di meja.Aku terus menikmati latte ice dan steak.Tanpa menunggu Min Ah yang baru hendak mula makan.Alang-alang perut dah lapar,terus telan jelah...hahaha...

*****

SELESAI makan,Min Ah terus membuat pembayaran di kaunter.Aku pula meneliti sekeliling ruang kafe ini.Betapa cantiknya kafe ini.Lain kali,akan kukunjungi tempat ini lagi.

Aku tidak perasan lengan bajuku terkena air kopi sehinggalah Min Ah menegurku.Aku terkejut lalu terus ke tandas untuk mencuci kesan air kopi yang sudah tertumpah di lengan bajuku.Sudahlah warnanya putih...aku mengeluh dalam hati.

Nampaknya baju kesayanganku ini terpaksa dicuci sehingga bersih.Pulang ke rumah nanti,aku akan membasuh baju ini.

Aku keluar dari tandas dengan menyembunyikan bajuku yang terkena air kopi itu dengan menggunakan sweater milikku.Mujurlah sekarang ini musim sejuk.Min Ah risau dengan keadaanku,dia takut aku sedih kerana baju kesayanganku itu telah kotor.

Seorang lelaki memohon maaf kerana tidak sengaja menumpahkan air itu ke lengan bajuku.Aku hanya senyum.Kemudian,aku mengajak Min Ah pulang.

*****

Dua tahun berlalu...

Masa sudah berlalu...aku telah menamatkan pelajaran di universiti.Aku masih lagi keseorangan tanpa teman istimewa...Bunyinya seperti aku kecewa saja...haha...bukanlah...aku cuma terfikir saja.Min Ah sudah punyai teman lelaki.Aku pula mula sibuk bekerja.

Aku mengunjungi Love Cafe House.Selama dua tahun ini,aku menjadi pengunjung tetap kafe ini kerana kafe ini menjadi tempat kegemaran aku untuk melepak selepas saja habis kerja.Jadi,semua para pekerja di kafe ini sudah mengenali denganku.

“Annyeong,Hye Joo...” sapa Jo Han Na,dia ni pembantu pengurus kafe ini. “Annyeong...” balasku. “Macam biasa kan?” tanya Jo Han Na.Aku mengangguk.Latte ice dan steak.Makanan dan minuman kegemaranku.Tapi,steak tu aku selalu tukar,dengan cupcakes ataupun kek.

“Nanti pesanan awak akan sampai,” ujarnya. “Gomawo...” aku berkata. “Hye Joo-shi...awak dah ada boyfriend?” tanya Jo Han Na padaku. “Tak...” balasku pendek.

“Really?Tak percayalah...” dia seperti tidak percaya. “Betul...saya takde boyfriend.Bercinta pun tak pernah.” aku menjelaskan perkara itu pada Jo Han Na. “Kenapa?” Jo Han Na agak terkejut.Aku mengangkat bahu sebelum berkata. “Tak berminat.”

“Aigoo...kenapalah macam tu?Saya ni dah beberapa kali bercinta pun masih lagi nak bercinta tau?Tapi,itu bukan hak saya nak pertikaikan kata-kata awak.” Jo Han Na memberitahu pendapatnya.Aku cuma senyum.

Pesanan yang dipesan telah pun sampai di meja.Jo Han Na meminta diri,kerana dia perlu menguruskan sesuatu.Aku keseorangan seketika.Sehinggalah ada seorang lelaki datang dan duduk di hadapanku.

“Encik ni siapa?” soalku. “Saya Lee Sungyeol.” balas lelaki itu.Aku mengangkat keningku. “So,encik ni ada apa-apa ke?” soalku lagi,kerana pelik.Dahlah selamba je duduk dekat sebelah tempat aku.Gila ke?

“Saya sukakan awak!” luah lelaki yang nama Lee Sungyeol itu dengan tiba-tiba.Kek yang baru hendak aku telan seperti pasir yang termasuk ke dalam kerongkongku.Aku terus tersedak akibat kata-kata lelaki itu.Aku terus meneguk latte ice bagi kerana tersedak. “Awak ni siapa?Kenapa tiba-tiba cakap,awak sukakan saya?!” soalku bertubi-tubi.

Namun,lelaki itu hanya tersenyum.Tiada sebarang jawapan dari bibirnya.Kek strawberi yang kusukai,sudah tawar rasanya di tekakku.Tawar selepas lelaki itu meluahkan perasaannya padaku.Aku terus menghabiskan latte ice dan bangun untuk membuat bayaran di kaunter.

“Hey!Tunggu!” lelaki itu mengejarku.Aku berlari dengan sepenuh hati.Lelaki ni memang dah gila!Dahlah aku tak kenal dia,dia pulak tetiba cakap dia sukakan aku.Apa kes ni?!

Aku masuk ke sebuah kedai aksesori.Lalu berpura-pura ingin membeli barangan di kedai itu.Walaupun aku sedang ralit memilih aksesori,mataku tetap meliarkan pandangan ke luar kedai itu,melihat sama ada lelaki itu masih mengejar aku atau tidak.
Setelah puas mencari kelibat lelaki itu,aku mengeluh lega.Dia dah takde nampaknya...bisikku.Aku melihat seorang gadis yang duduk di tempat pembayaran.Kesian pulak kalau aku masuk semata-mata hendak bersembunyi daripada seorang lelaki yang gila.Aku mengambil dua penyepit rambut dan getah rambut.Lalu aku membayarnya kepada gadis itu.

Setelah itu,aku terus berjalan pulang ke rumah.Hatiku masih risau,jika lelaki itu masih ingin mengacauku.

*****

HARI ini aku keluar awal ke tempat kerja.Oleh kerana tempat kerjaku itu agak dekat dengan rumah keluargaku,aku tidak risau dengan kesesakan lalu lintas.Aku cuma perlu menaiki teksi untuk beberapa kilometer.Kalau tidak sempat,aku hanya berjalan untuk ke tempat kerjaku.

“Hai!” tegur seorang lelaki.Aku mengerutkan dahi.Mamat miang mana pulak yang nak mengorat aku ni?Aku terus berjalan.Tidak peduli dengan teguran si siapa entah namanya tu.

“Hai!” sekali lagi lelaki itu menegurku.Aku mengigit bibir.Mamat ni apahal nak cari pasal dengan aku? “Hai awak!Kita berjumpa lagi hari ni!” lelaki yang menegurku itu muncul di hadapanku.Aku mengurut dada kerana terkejut. “Awak?Awak buat apa dekat sini?” soalku.

“Nak jumpa awaklah!” lurus dia membalas.Aku merengus kecil. “Saya tak kenal awak pun!” aku terus meninggalkan lelaki itu.

Aku berharap benar agar lelaki itu tidak mengacauku lagi.Rimas!

*****

BEBERAPA minggu berlalu...lelaki yang bernama Lee Sungyeol itu tidak memunculkan dirinya di hadapanku.Memanglah aku gembira,namun,dalam masa yang sama,aku terasa agak kosong dan pelik apabila lelaki itu tiada...Mengapa begitu jadinya?

Di kafe pun,lelaki itu tiada.Jadi,aku menunggu kelibatnya di kafe itu untuk berjam lamanya.Jika aku tidak bekerja,aku akan ke kafe itu,kononnya ingin menghabiskan masa,padahal aku sebenarnya menunggu kehadiran lelaki itu.

Aduhai...kenapalah dengan kau ni,Hye Joo?Aku mengetuk kepalaku.Sudah jatuh cintakah aku pada lelaki yang bernama Lee Sungyeol itu?

Segera aku menggeleng kepalaku.Mustahil!Tidak!!!

“Hye Joo!” Min Ah muncul di hadapanku.Di saat aku sedang bergelut dengan perasaanku,Min Ah muncul.Kau datang tepat pada masanya,wahai sahabatku... “Hmm...lama tak jumpa kau.Kau sibuk ke?” aku menanya Min Ah.Min Ah senyum.Senyumannya membuatkan aku hairan.

“Kenapa kau senyum?” tanyaku dengan hairan. “Aku senyum sebab aku...dah nak kahwin tak lama lagi!” beritahu Min Ah.Dari suara dan riak wajahnya,Min Ah kelihatan begitu riang dengan kata-katanya sendiri. “Aik?Bila masa pulak kau bertunang?Tak ajak aku pun...” aku agak terkilan sedikit.

“Aku terus berkahwin.Cincin ni dah menandakan kami dah bertunang...” jelas Min Ah.Di jarinya terdapat sebentuk cincin yang berwarna perak dan bertatahkan berlian.Aku jadi kagum melihat cincin yang cantik itu.

“Tahniah...aku harapkan kau akan berbahagia bersama si dia yang dah berjaya pikat kau ni...” aku tidak menyangka bahawa Min Ah akan menamatkan zaman bujangnya pada umur yang masih dan agak muda ini.Kami saling berpelukan.

“Thanks,Hye Joo.Kau pulak bila?” soal Min Ah selepas itu. “Aku?Masih tiada orang yang nakkan aku...” aku seakan merungut dan mengadu tentang diriku yang masih belum berpunya.Kenapa aku seakan begini ya?

“Jangan risau...nanti,kalau ada jodoh.Mestilah kau akan mempunyai lelaki yang istimewa dalam hidup kau.Percayalah cakap aku ni,Hye Joo...” Min Ah memberi kata-kata semangat padaku.Aku mengangguk.

“Oh ya.Nanti kau jadi pengapit,ya?Bakal suami aku tu dah panggil kawan dia untuk jadi pengapit pengantin lelaki.Boleh kan?” Min Ah meminta aku agar menjadi pengapit semasa hari perkahwinannya nanti. “Tak naklah...aku seganlah...” aku cepat-cepat menolak. “Bolehlah...aku berharap sangat ni...” rayu Min Ah.

“Aku tak biasalah...” aku masih dengan alasan.Biar apa pun,aku tidak mahu menjadi pengapit.Muktamad!

“Please...” Min Ah mengharap.Mukanya seperti ingin benar aku menjadi pengapit pengantin perempuan.Aku menundukkan wajah.Patutkah aku bersetuju?Min Ah adalah kawan baikku sejak kami kecil.Kini,dia sedang menunggu hari kebahagiaannya yang akan menjelma tidak lama lagi.Jadi,mungkin tak salah kan kalau aku menolong kawan baikku ini...

Aku berdehem. “Baiklah...aku bersetuju.” kataku.Min Ah yang hampir membuat muka monyoknya terus tersenyum kegembiraan,sehinggakan dia memelukku dengan begitu erat.Dan seperti biasa,dia membuatkan aku hampir tidak boleh bernafas.

“Aku akan sponsor kau baju pengapit tu...sekali dengan make-up dan segalanya untuk hari perkahwinan aku!” ujar Min Ah dengan kegirangan. “Bila majlisnya?”

“Bulan depan.” balas Min Ah dengan senyuman.Bahagia.

“Cepatnya!” aku memberi reaksi. “Yup!Aku dengan dia dah bersetuju...jadi,keluarga kami cuma uruskan apa yang patut...” kata Min Ah lagi.Aku mengangguk.

*****

LEE Sungyeol,Lee Sungyeol...namanya meniti di bibirku.Setiap hari.Aku menghafal namanya,kerana hatiku berhajat agar aku menemui dia.Nampaknya aku memang dah angau...

Hari ini adalah hari sehari sebelum perkahwinan Min Ah dan pasangannya.Aku pula hanya menolong Min Ah apa yang patut.Biarpun sudah ditegah oleh Min Ah,aku tetap ingin menolongnya.

“Hye Joo!” panggil Min Ah.Aku pandang Min Ah yang sedang mencuba baju pengantinnya. “Cantiknya...” pujiku ikhlas. “Thanks...kau punya yang ni,” tunjuk Min Ah ke arah sehelai gaun yang berwarna putih yang tergantung kemas di wardrobe butik yang kami kunjungi.

“Biar betul!Gaun ni cantik sangatlah...” komenku. “Eh,kau cubalah pakai.Ni aku suruh designer tu design special untuk kau tahu!” Min Ah mendesakku agar mencuba gaun itu.Aku hanya akur.

Keluar dari bilik persalinan,Min Ah menantiku dengan senyuman. “Cantiknya kau!” puji Min Ah. “Kau lagi cantik...” aku menafikan pujiannya. “Tak...kau yang lagi cantik...” Min Ah menolak kata-kataku itu. “Ah...mana-mana jelah...” aku malas hendak bergaduh tentang siapa cantik dan tidak cantik.Min Ah tergelak.

Selepas itu aku terus menukar gaun itu semula.

“Hye Joo...kau nak tak kenal dengan bakal suami aku?” soal Min Ah. “Nak!” aku membalas. “Okey.Kau tengok dua orang lelaki tu...yang tengah bersembang tu,kawan dia.Yang tengah cuba baju tulah dia...” Min Ah menunjukkan yang mana satu bakal suaminya.

Tiba-tiba hatiku tersentap.Sungyeol!Tak mungkin!Kenapa begini akhirnya?Aku menahan rasa terkilan.Aku terus meminta diri untuk pulang.Aku memberi alasan kerana selepas ini aku perlu ke rumah saudaraku.Sewaktu melalui tempat persalinan lelaki,aku terlihat wajah Sungyeol yang terkejut melihat wajahku.

Aku terus menahan teksi.Hatiku sedih dan tercalar ketika ini.Walaupun aku baru mula sukakan dia,aku hampir memberi peluang untuknya jika dia hadir untuk mencariku.Kini,segalanya sudah musnah...hancur!

Air mataku mengalir deras.Sakitnya hati ini!Rupanya dialah bakal suami Min Ah,kawan baikku sendiri.Aku sanggup melupakan dia untuk kebahagiaan Min Ah.Sekarang pun aku ingin melupakan dia.

Sampai di perhentian bas.Aku berjalan pulang.Kerana,sekitar kawasan rumahku itu teksi tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Aku berjalan dengan lemah sekali.Langkahku longlai...

Bahuku di sentuh.Aku membulatkan mata kerana terkejut.Aku terus memukul lengan si pemegang itu menggunakan beg tanganku.Berkemungkinan lelaki miang...

“Aduh!” si pemegang itu mengaduh kesakitan.Aku pandang ke belakang.Sungyeol sedang memegang lengannya yang dipukul olehku.Aku terus berjalan,dan membiarkan Sungyeol keseorangan. “Tunggu,Hye Joo!” Sungyeol memanggilku.Bagaimana dia tahu namaku?

“Kenapa awak kejar saya?” soalku dengan marah. “Saya nak jumpa awak!” balas Sungyeol. “Ah!Buat apa?Awakkan dah nak kahwin dengan Min Ah?” aku tergelak selepas membalas kata.Sebenarnya aku sakit hati.

“Min Ah tu bukan kekasih saya,bukan tunang saya!She’s not anyone to me!Saya cintakan awak,Hye Joo!” nafi Sungyeol. “Tipu!” jeritku. “Awak kena percayakan saya kalau awak cintakan saya!” ujarnya.Aku menggeleng. “Tak!Saya tak percayakan awak!” aku terus berlari selepas itu.Sungguh aku kecewa!

*****

HARI perkahwinan Min Ah.Aku menarik nafas.Aku harus laluinya,dengan tabah.Aku harus tutup kesedihan yang terpancar di wajahku ini.Min Ah sudah pun siap.Manakala aku baru saja hendak bersiap.Semalam,aku menangis kerana kekecewaan.Hari ini,aku tidak mahu menangisi apa-apa lagi.

Min Ah nampak bahagia.Wajahnya sungguh gembira.Hatiku sayu.

“Mana Hye Joo?” aku terdengar ada orang sedang mencariku.Aku pandang ke luar bilik Min Ah.Sungyeol!Buat apa mamat tu kat sini?!

Aku menyembunyikan diri di dalam bilik air.Gilalah mamat tu!Dah nak kahwin nak cari aku pulak!Setelah beberapa minit kemudian,aku keluar semula selepas Min Ah memanggilku. “Kau buat apa dalam bilik air?” soalnya. “Err...aku sakit perut.” alasan kuberikan. “Oh...okey.Jomlah.Kita pergi turun.Kena bersedia...” ujar Min Ah.Dia sudah memakai mahkota di kepalanya.Aku mengangguk.

Kami turun.Dia tersenyum ke arah seorang lelaki.Aku sebagai pengapit hanya berdiri di belakang Min Ah.Kami berjalan keluar menyusuri taman bunga yang direka untuk menjadi tempat perkahwinan Min Ah.Betapa cantiknya taman bunga ciptaan pereka yang diupah oleh Min Ah itu.Warna putih dan merah memonopoli sekitarnya.

Sungyeol berdiri di sebelah seorang lelaki.Aku cuma mencuri pandang Sungyeol yang segak berpakaian tuksedo.Bapa Min Ah menyerahkan Min Ah kepada lelaki itu.Aku menjadi hairan.Bukan Sungyeol ke?

Sepanjang acara ikrar perkahwinan dijalankan.Aku cuma menunduk.Hatiku menyoal.Bukan Sungyeol yang kahwin dengan Min Ah ke?

Selesai acara itu,aku terus berlari ke sebuah pangkin.Takkanlah...aku salah sangka dengan dia?

“Awak.Saya sukakan awak seorang je.” sapa Sungyeol yang sudah duduk di sebelahku.Aku membuang pandang ke arah lain.Maknanya betullah!Aku dah salah sangka dengan dia rupanya...

“Aw...awak kan...” bibirku ditutup sewaktu aku hendak membalas katanya. “Can you be my girlfriend?” soalnya.Dengan pandangan yang ikhlas,dia merenungku.Aku menunduk.Nak jawab apa ni?Tangannya mengenggam tanganku kananku. “Saya...” aku tidak dapat meneruskan kata.Kelu tidak terkata.

“Min Ah tu sepupu saya.” jelas Sungyeol. “Sepupu?” aku terkejut.Langsung tidak tahu-menahu tentang hal itu.Sungyeol mengangguk. “Dia tak cakap pun,” aku membalas. “Memanglah...sebab dia tak tahu saya sukakan awak...” dia tersenyum.

“Ohh...” baru aku tahu.Rupanya Min Ah pun tak tahu Sungyeol sukakan aku.Hmm... “Jadi,sudi tak jadi girlfriend saya?” tanya Sungyeol sekali lagi. “Sudi...tapi,saya nak tanya,kenapa awak sukkan saya?” aku sudah bersetuju,namun dengan sebuah pertanyaan. “Saya pernah tumpahkan air kopi atas baju awak masa nak rushing.Awak ingat?” Sungyeol menyoalku.

“Eh?Awak ke?Saya tak perasan pulak.Tapi,kenapa awak sukakan saya?” aku masih lagi hairan.Peristiwa dua tahun yang lalu menjelma di ingatan....

“Sebab saya rasa awak yang akan lengkapkan hidup saya...dan selama dua tahun,saya selalu intai awak dari jauh...” selambanya. “Betul ke?” aku masih ragu-ragu.Dia mengangguk. “Saya suka dan cintakan awak,” bibirku dikucupnya.Pipiku mulai memerah selepas itu.Aku memukul bahunya. “Jahatnya awak ni!”

Dia ketawa. “Jadi,kita official kan?” soalnya selepas tawanya reda. “Official apa?” aku menanya dengan pelik. “Bercinta...official kan?”

Aku mengangguk kecil. “Thanks...” kata Sungyeol padaku. “Sama-sama...”

Kami berpegangan tangan.Min Ah dan suaminya pelik melihat kami berdua berjalan berpegangan tangan. “Sejak bila korang couple ni?” Min Ah menanya. “Sejak tadi...well,Min Ah...aku dah lama sukakan kawan kau ni.So,nanti giliran kitorang pulak...” Sungyeol ternyata tidak malu membalas.Sebaliknya sangat selamba menuturkannya.

“Congrats...Sungyeol,Hye Joo...” Min Ah dan suaminya mengucapkan pada kami.Ternyata...cinta itu memang wujud dan ianya indah...terima kasih kerana mencintai aku,Sungyeol...bisikku sambil memandangnya...Dia masih tidak melepaskan tanganku dan genggamannya semakin erat.

Okay.Dah selesai aku punya second fanfic.Ni paling senang.Sebab ambik masa dalam hampir tiga hari untuk siapkan.So,komenlah eh?:D



Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

Khamis, 15 September 2011

One shot fanfic:Love For You






Love For You
Kyunghee University,South Korea.
Julia menunggu kekasihnya,Alex yang masih lagi belum sampai.Hampir sejam Julia menunggu.Kalau ikutkan hati,mahu saja Julia menelefon Alex dan memarahi Alex kerana lewat mengambilnya. “Huh…” keluhan terkeluar di bibirnya.Dia dan Alex bercinta sejak,mereka berdua belajar di sekolah menengah.
Tutt!Telefon bimbitnya berbunyi,menandakan ada mesej masuk.Julia membaca mesej itu sebelum merengus kecil.
I’m sorry.I got something to settle out,so,I can’t fetch you.Sorry again,Julia…But,tomorrow I will meet you at university.Okay? – Love,Alex
Kenapalah dia ni?Baru sekarang nak beritahu ada hal lain.Kenapa tak cakap awal-awal.Taklah buat aku menunggu macam orang bodoh dekat sini!Julia berasa geram dengan sikap Alex.Sungguh hatinya sebal ketika ini.
Sekarang ni apa aku nak buat?Nak call Serena?Dia sibuk.Ada hal keluarga.Kalau abang aku,hmm…mungkin dia boleh ambik.Julia segera menelefon abangnya.Namun,hanya mesej peti suara yang kedengaran.Sekali lagi Julia merengus.
Kenapa abang tak jawab?!Julia berbisik dalam hatinya.Dia bingung saat ini. “Macam mana aku nak balik sekarang ni?” Julia menanya dirinya.Dia berjalan dan berulang alik dari tempat dia duduk sejak tadi.Dia sedang memikirkan cara untuk pulang ke rumahnya.
Tiba-tiba di teringatkan perhentian bas yang berdekatan dengan universitinya.Julia terus berjalan ke arah perhentian bas itu.Dia terus menahan teksi dan menaiki teksi itu.Jam tangannya dikerling.Hampir ke pukul 6 petang.
Julia memandang luar.Dia memikirkan tentang Alex yang semakin hari selalu terlupa akan dirinya.Mengapa ya?Adakah Alex sudah tidak mencintai dirinya lagi?Hati Julia resah sendiri.Perkara itu sedikit sebanyak menakutkan dirinya.Julia memejamkan matanya,dia ingin melupakan perkara itu.
“Cik.” pemandu teksi itu memanggil Julia.Julia tersedar. “Ya,ada apa?” tanya Julia. “Sekarang ni jalan tengah sesak.Jadi,mungkin lambat sikitlah nak sampai ke rumah cik.” ujar pemandu yang membawa teksi itu.Julia diam dan melihat keadaan di jalan raya.
Sesak!Kereta-kereta di jalan raya sedang bersusun atur.Menunggu giliran untuk bergerak.Patutlah…kan orang balik dari tempat kerja. “Takpelah,pak cik.Saya turun dekat sini jelah.” putus Julia kemudiannya. “Takpe ke cik?” pemandu teksi itu menyoal untuk kepastian.
Julia terus mengangguk.Dia membayar tambang teksi dan keluar dari teksi itu.Setelah itu,Julia berjalan pulang ke rumahnya.Memang jauh…Julia tetap ingin meneruskan niatnya untuk berjalan kaki pulang ke rumahnya.
Beberapa ketika kemudian…
“Jauhnya…” tercungap-cungap Julia dibuatnya.Dia duduk di sebuah bangku di sebuah taman bunga.Dia mencapai sesuatu di beg sandangnya.Botol air mineral diteguk.Julia menahan rasa penatnya.Dia perlu segera pulang.Hari semakin ke penghujungnya.Senja sudah menampakkan waktu siang akan berakhir.
Dia bangun semula.Beg sandang dipegang.Dia terus berjalan,dengan tekad,dia ingin pulang ke rumah!Semasa dia sedang melalui jalan yang agak berbukit,tiba-tiba tumit kasut tingginya patah tanpa disengajakan.Macam-macam betullah!Kasut pulak patah tumitnya!Julia sudah bengang.
Julia terpaksa menanggalkan kedua-dua kasut tumit tingginya itu.Ah!Berkaki ayam pun tak mengapalah,asalkan aku cepat sampai ke rumah,kata Julia dalam hatinya.
Sampai saja di depan rumahnya,hujan mulai turun.Guruh juga berbunyi menandakan hujan akan turun dengan lebatnya.Julia terduduk di depan pintu rumahnya.Lelah dibuatnya,berjalan pulang ke rumah sememangnya memenatkan!Serik!Itu saja yang dia dapat ucapkan jika perkara ini berulang lagi.
Pintu rumah dikuak. “Julia,apa yang buat dekat luar ni?” tanya abangnya,Jimmy.Julia membuka matanya. “Baru je sampai.” balas Julia dengan lemah. “Mana Alex?” Jimmy memandang ke luar pagar rumah.Mencari kelibat Alex. “Dia?Jue balik dengan teksilah,dia ada hal,” hendak tak nak saja Julia membalas apabila abangnya bertanyakan tentang Alex.
“Kenapa macam moody je?” soal Alex pada adiknya. “Yalah.Ingat kot dia nak hantar balik macam biasa.Rupanya ada hal lain.Dah tu,waktu Jue dah habis kelas,dia baru mesej!” dengan nada geram Julia memberitahu.Jimmy duduk mencangkung dan mengusap kepala adiknya itu. “Jomlah masuk,nanti kamu selsema pulak,” ujar Jimmy selepas itu.
Julia ikut bangun.Dia masuk ke dalam rumah dan naik ke biliknya.Julia terus berbaring di atas katilnya.Huh…penatnya…selesanya lepas baring ni,Julia tersenyum sambil berbisik dalam hatinya. “Julia!Cepat pergi mandi!Nanti kamu selsema!” laung Jimmy dari bawah,di bahagian ruang tamu.
“Hurmm…” Julia mengumam.Namun dia terasa malas saja hendak bangun untuk ke bilik air.Matanya sudah hampir tertutup,tidur sudah mula memanggilnya.Baru saja dia hendak melelapkan mata,abangnya sudah memanggilnya.
“Julia!” Jimmy yang duduk di ruang tamu melaung memanggil nama adiknya.
“Apa?” dengan nada yang malas,Julia memberi respon. “Dah mandi ke belum?!” tanya Jimmy. “Nantilah abang,” Julia berkata,sebelum terus tidur.Dia sedang kepenatan. “Julia,jangan lawan cakap abanglah,” Jimmy sudah bercekak pinggang di depan pintu bilik tidur Julia.
Tiada respon.Jimmy hairan.Dia terus masuk ke bilik tidur Julia.Kelihatan Julia sudah terbaring di katil. “Dah tidur rupanya,” Jimmy duduk di sebelah katil adiknya itu.Sudahnya,dia turun ke bawah dan menonton televisyen.
*****
“HAACHUM!” Julia terbersin sewaktu dia bangun. “Oh tidak…” Julia terus menuju ke bilik air.Selesai membersihkan diri.Dia terus turun ke bawah dan menuju ke ruang makan.Hidungnya sudah merah kerana selsema yang melanda. “Selsema ya?” sengaja Jimmy bertanya,walaupun dia tahu bahawa adiknya sudah bersin-bersin sejak awal pagi.
“Hmm,” Julia malas menjawab.Dia tahu akan abangnya yang suka memerli dirinya.Hanya Jimmy dan abangnya yang seorang lagi,Joey ahli keluarganya di dunia ini,kerana kedua ibu dan bapanya sudah meninggal ketika dia masih bersekolah menengah.Sedih pula apabila mengenangkan perkara ini.
“Kenapa senyap je?” tanya Jimmy. “Ohh…takde apa-apalah,” Julia sudah hampir tenggelam dalam lamunannya.Dia terus duduk di meja makan. “Hari ni pergi universiti dengan siapa?”
“Entah.Abang hantar boleh?” pinta Julia sambil mengerdip-ngerdipkan kedua matanya. “Tak bolehlah,abang ada meeting awal hari ni,kejap lagi abang nak pergi dah ni,” ujar Jimmy sambil mengerling jam tangannya. “Habis tu?Siapa nak hantar?” Julia tidak jadi hendak menyuap sarapan yang disediakan oleh abangnya.
“Serena tak boleh ambil ke?Or Alex?”
“Okaylah.Alex maybe boleh ambik,Serena tu mungkin tak,dia tu suruh orang hantar dia,” Julia beralah kemudiannya. “Good girl.Makan ubat,selsema tu jangan biar,karang melarat pulak,” pesan Jimmy sebelum mencapai briefcasenya untuk ke segera ke pejabat.Julia mengangguk.
Julia menghabiskan sarapannya sebelum memakan ubat yang diletakkan oleh abangnya di atas meja makan.Selepas itu dia mendial nombor telefon Alex.Namun hanya mesej inbox kedengaran.Julia mengeluh kecil.Dia melihat kereta sports abangnya yang tersadai di luar rumah.Terukir senyuman di bibirnya.
Dia mencapai kunci kereta sports abangnya yang terletak di bilik abangnya.Jam di dinding ruang tamu sudah menunjuk ke pukul 7:40 pagi.Julia terus mengambil beg sandangnya dan memandu kereta abangnya itu ke universiti.
*****
SAMPAI saja di perkarangan universiti,Serena sudah mulai mendekati Julia. “Julia,kereta siapa yang kau cilok ni?” tanya Serena dengan sengihan. “Kereta abang akulah.Tapi,aku tak bagitau dia pun yang aku guna kereta ni.Aku rembat terus,” jawab Julia dengan tawa kecil.Serena ikut ketawa. “Pandai betul kau ni,dia tak perasan ke?”
“Tak.Sebab hari ni dia pergi kerja awal.Katanya ada meeting.” balas Julia,sambil memandang sekeliling kawasan universiti.
“Cari Alex ke?” duga Serena.Julia angguk. “Nampak dia tak?”
“Nampak…tapi,tadi dia jalan dengan sorang pelajar terkenal kat universiti kita ni.Tak silap aku nama dia Lily.” beritahu Serena sambil mengingati nama pelajar yang dia lihat berjalan bersama Alex tadi.
Julia diam.Selepas itu dia memberikan senyuman,bererti menyembunyikan kerisauannya. “Kawan dialah tu.Aku tak kisahlah.Dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa pun.Dia pun tak kisah aku kawan dengan sesiapa.” ulas Julia selepas mendiamkan diri untuk seketika.
“Ohh…okay,” Serena mengangguk tanda faham dengan kata-kata Julia. “Dahlah!Jom masuk kelas.Dah nak dekat pukul lapan dah ni!” ajak Julia.Dia menarik tangan Serena.Belum sempat Serena membalas kata Julia,dia sudah ditarik masuk ke dalam kelas.
*****
SUASANA di kafeteria agak sesak dengan kehadiran pelajar-pelajar yang hendak mengisi perut selepas selesai kelas masing-masing.Julia mencari kelibat Alex.Sewaktu dia hendak berjalan ke arah Serena,dia terlanggar seseorang. “Maaf!Saya tak sengaja,” lelaki itu meminta maaf.
“Saya pun nak minta maaf.Sebab saya tak nampak awak.” Julia juga meminta maaf. “Ermm…okay.Saya Kibum,awak?” lelaki itu menghulurkan tangannya. “Saya Julia.Julia Park.” dengan teragak-agak Julia membalas huluran tangan oleh lelaki yang bernama Kibum itu. Kelihatan lelaki itu mengangguk kecil. “Nice to meet you,Julia,” Kibum berkata sebelum meninggalkan Julia keseorangan.
“Julia!” tegur Serena.Hairan juga dia dengan Julia yang seakan terpaku di tempat dia berdiri.Masih tidak bergerak walau sesaat sejak tadi.Julia tersedar.Dia memandang Serena yang berada di sebelahnya. “Kenapa kau tercegat kat sini?Jomlah pergi makan,” ajak Serena.Julia hanya senyum dan mengangguk.
“Kau nampak Alex tak tadi?” Julia menanya.
“Tak.Kenapa?” Serena yang sedang makan sandwich membalas dan bertanya pada Julia. “Nothing,” balas Julia.Dia hendak bertemu dengan Alex.Rindu.Ya,memang dia rindukan Alex,walaupun sehari tidak berjumpa,dia sudah rindukan Alex.Inilah cinta…
“Hey,Julia!” Alex muncul dari belakang Julia dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Julia.Julia yang terkejut bertindak dengan memukul bahu Alex dan menekup mukanya kerana mukanya sudah mulai memerah.
“Buat terkejut orang je kau ni,Alex,” ujar Serena.Alex senyum.Julia memandang ke arah lain. “Jom kita pergi date kat taman bunga belakang universiti,” Alex menarik tangan Julia.Julia pandang Serena di hadapannya. “Pergilah,aku tahu kau pun rindukan dia,” Serena berkata sebelum tersengih.
Nampaknya Serena dapat meneka isi hatinya. “Okey.” setuju Julia.Dia bangun dan mengikut langkah Alex yang menarik tangannya.
*****
“SEMALAM balik naik apa?” tanya Alex. “Teksi,tapi,lepas tu jalan kaki,sebab jalan sesak sangat.Nasib baik sampai jugak ke rumah,” balas Julia,sambil mengambil tempat duduk di sebuah bangku di taman bunga yang terletak di belakang universiti.Alex juga turut duduk di sebelahnya.
“Sorry ya?Semalam ada hal.Kena balik awal.Saya takkan biarkan awak balik sorang-sorang lagi.” janji Alex kepada Julia. “Betul ni?” Julia masih ragu-ragu. “Yes,I am,” Alex cuba menyakinkan Julia.Julia berfikir sejenak.Betul ke ni?Ke dia nak main-main je?Soal Julia dalam hatinya.
“Awak masih ragu-ragu dengan saya,ya?” Alex meneka. “Yes.Because Serena kata dia ada nampak awak dengan Lily,pelajar yang terkenal tu.Is it true?” soal Julia,sekaligus menginginkan jawapan daripada Alex.
Alex diam seketika.Julia memandang Alex.Hairan.
“Oh…Lily.We’re friends.Kami baru je berkawan.Don’t worry.Kami takde apa-apa hubungan,” jelas Alex. “Hmm…I’m just curious actually.” ujar Julia. “Don’t be curious,Lily is just my friend,” Alex cuba menyakinkan Julia,supaya gadis itu percaya dan membuang rasa ketidakpercayaannya tentang dia dan Lily. “Okaylah.I’ll believe you,” putus Julia kemudiannya.
“Saya ada kelas lepas ni.Sorry,can’t accompany you,” Alex bangun. “Saya fahamlah…” Julia berkata.Semestinya dia memahami Alex.Dia tidak mahu mengongkong kebebasan Alex.Dia bukannya gadis yang suka mengongkong orang lain.Dia juga sukakan kebebasan tanpa kongkongan orang lain.Alex mencium tangan Julia sebelum tersenyum dan pergi meninggalkan Julia.
Julia memasang MP3 miliknya.Dia tidak ada kelas selepas ini,kerana kelas yang berikutnya itu dibatalkan di saat akhir oleh pensyarah yang akan mengendalikan kelas itu.Lagu Super Girl yang dinyanyikan oleh Super Junior M mulai kedengaran di MP3nya.Julia menikmati keindahan taman bunga itu sambil mendengar lagu.
*****
PAGI itu,Julia demam kerana bermain hujan bersama Serena semasa keluar berjalan-jalan di sekitar bandar.Dia tidak henti-henti bersin akibat selsema. “Tulah…main hujan lagi,” kata Jimmy yang sedang meletakkan tuala di dahi Julia.Julia hanya menjeling abangnya.
Telefon bimbit berbunyi.Jimmy menjawab panggilan.Julia melihat sahaja abangnya itu.
“Jue,abang kena pergi airport.Ambil Joey.Dia dah sampai.Jue jaga diri,okay?Bubur dengan susu ada dekat sebelah meja tepi katil.Makan ubat sekali ya?” pesan Jimmy sebelum keluar dari bilik Julia.Julia mengeluh.Dia terus memakan bubur yang dimasak oleh abangnya.
Bunyi mesej masuk di inbox telefon bimbitnya.
Kenapa tak dtg hari ni?
Mesej daripada Alex.Julia membalas
Demam.Sebab main hujan dgn Serena semalam.:)
Julia menghabiskan bubur sebelum memakan ubat dan susu.Alex membalas lagi.
Oh…haha…lain kali jgn buat mcm tu.You make me worry.Makan ubat.Petang nanti maybe I’ll visit you.Tapi,tak janji.
Julia tersenyum apabila membaca mesej daripada Alex itu.
Okay.I hope you will coming.
Apabila tiada balasan daripada Alex,Julia terus tidur.
Beberapa jam kemudian…
Julia terjaga dari lenanya apabila terdengar suara tawa dari bawah,mungkin di bahagian ruang tamu.Julia turun ke bawah.Menuju ke ruang tamu. “Abang Joey ke tu?” tanyanya.Joey yang sedang berbual dengan Jimmy menghentikan perbualannya.Joey bangun dan memeluk adiknya.
“How are you,Jue?”
“Demam.Not too fine,” balasnya.
Joey ketawa selepas mendengar jawapan adiknya itu.Dia menyuruh Julia duduk di sebelahnya. “Dah lama tak jumpa.Makin berisi abang tengok,” ujar Joey sambil melihat tubuh badan adiknya.Julia memuncungkan bibirnya.Nak merajuklah kononnya.
Jimmy yang sedang memasak makanan untuk makan malam hanya tersenyum. “Alex ada datang tak tadi?” tanya Julia kepada Joey. “Tak pun.” balas Joey.Julia diam. “Hmm…” itu saja yang Julia respon kepada Joey.Kemudian dia ke ruang tamu untuk menonton televisyen. “Demam dah okey ke?” soal Jimmy di dapur. “Almost.Dua tiga hari nanti okeylah kot.”
“Serena demam jugak ke?” soal Jimmy lagi. “Entah.Mungkin.Lupa nak call dia,” balas Julia lagi.
“Abang Joey,stay kat Korea jelah.Tak payah pergi overseas lagi.” ujar Julia kepada abangnya yang seorang itu.
“Okey je.” sengih Joey.Julia ikut tersengih.Menunjukkan giginya.Namun,hatinya agak hampa kerana Alex tidak melawatnya sewaktu dia sakit,dia cuba menenangkan hatinya yang kecewa dan ralat. “Mungkin dia sibuk,” ujarnya sendirian.
*****
SETELAH beberapa hari tidak menghadiri kelas,Julia kembali menghadiri kelas.Serena sudah melambaikan tangan.Julia membalas lambaian rakannya itu.Dia terus mengambil tempat di sebelah Serena. “Kau demam jugak eh?” soal Serena.Julia angguk. “Kau pun kan?”
Mereka berdua ketawa.Sama-sama demam kerana bermain hujan.
*****
JULIA menunggu Alex.Dia meminta agar Alex menemuinya di taman permainan yang terletak di sekitar rumahnya. “Maaf sebab terlambat.” ujar Alex yang jelas penat kerana berlari menuju ke arah Julia.Julia mengangguk. “Takpe,take your time,” balas Julia. “Ermm…ada apa awak nak jumpa saya ni?” tanya Alex selepas penatnya hilang.
“Kenapa sejak akhir-akhir ni awak asyik busy je?” timbul rasa pelik di fikiran Julia.Lantas,dia menanya untuk kepastian. “Oh.Saya ada assignment yang perlu disiapkan sebelum exam final,” balas Alex selepas itu. “Macam tu rupanya…okey.Saya punya assignment pun dah siap,” senyum Julia lalu berkata.
Mereka terdiam selepas itu.Setelah sudah lama tidak berjumpa,mereka berasa agak janggal dan tidak tahu hendak berkata apa-apa. “Alex,tak lama lagikan kita dah nak habis belajar.Macam mana dengan perhubungan kita selepas ini?” soal Julia setelah mendiamkan diri.
“Macam biasa,” selamba Alex menjawab.Julia hampa dengan jawapan Alex. “Don’t you think about our relationship will go until marriage?” Julia berkata,dengan sebuah persoalan yang dia fikir sejak dia berhubungan dengan Alex. “Saya tak fikir pasal tu lagi.It’s to far,Julia,” ujar Alex,memandang Julia di hadapannya.
Julia melemparkan senyuman plastik kepada Alex.Hatinya sebal.Awak dah berubah sekarang ni,Alex…Julia berkata dalam hatinya.Hatinya seperti terdetik sesuatu.Ada perkara yang sudah berubah dalam perhubungan mereka ini.Alex sudah berubah.Hati lelaki itu sudah berbolak-balik,mungkin Alex sudah bosan mencintainya…
*****
“AWALNYA bangun,” tegur Jimmy.Julia yang duduk di meja makan hanya mengangguk.Hari ini hari minggu,jadi,dia ingin bangun awal untuk bersarapan bersama abang-abangnya. “Morning,” Joey muncul,walaupun masih lagi berbaju tidur.
“Morning,abang Joey.” balas Julia. “Morning,Joey,” Jimmy pun ikut membalas.Dia sedang menyiapkan sarapan untuk pagi ini.
“Hari ni nak pergi mana-mana ke?” tanya Joey sambil mengambil roti di dalam pinggan. “Entahlah.Tak tahu lagi.Nak pergi shopping kot.Abang nak ikut ke?”
“Okey.Lagipun abang dah lama tak pergi jalan-jalan kat sini.Bila nak pergi?”
“Petang nantilah,nak ajak Serena sekali,abang Jimmy tak nak pergi?” Julia menjawab,sebelum menyoal Jimmy pula. “Tak.Petang nanti abang nak pergi date,” sengih Jimmy sewaktu membalas.Julia ketawa.
*****
JULIA,Serena dan Joey sudah penat berjalan di sekitar pusat membeli-belah. “Jue,abang dah lapar ni,” Joey memberitahu adiknya. “Aah,Julia.Aku pun dah lapar ni,” Serena membuat muka kesian. “Aku pun lapar jugak.Kejaplah,nak tengok restoran mana yang best,sedap nak masuk dalam perut,” balas Julia sambil memandang sekeliling.
Mata Julia tertumpu kepada sebuah restoran. “Jom!Kita pergi makan kat restoran tu,” ajak Julia,menunjukkan sebuah restoran.Joey dan Serena terus mengikut langkah Julia ke restoran itu.
“Selamat datang ke restoran kami,” seorang penyambut tetamu restoran menyambut mereka bertiga.Julia,Joey dan Serena memberikan senyuman kepada penyambut tetamu itu.Mereka bertiga mengambil tempat.Serena dan Joey sudah memesan menu untuk mereka bertiga makan.
Julia pula memandang ke arah luar restoran.
Dia terdengar gelak ketawa pasangan kekasih yang duduk di kawasan bertentangan dengan tempat dia,Serena dan Joey duduk.Julia tersenyum sendiri.Alangkah bahagianya apabila dia dan Alex selalu begitu.Hubungan mereka semakin jauh selepas pertemuan di taman permainan pada beberapa bulan yang lalu.
Alex sedang bercuti di Jepun bersama keluarganya.Mungkin pulang minggu depan.Julia diberitahu oleh rakan sekelas Alex.Waktu itu,Julia mencari Alex yang sudah lama tidak ditemui.
“I love you,Lily,” suara itu membuatkan Julia tersentak.Alex?Dia bangun dan mencari pemilik suara itu.
Tangan dan badan Julia terketar-ketar sewaktu melihat pasangan kekasih itu.Julia menekup mukanya.Hatinya hancur luluh ketika ini.Inikah balasan untuk cintanya selama ini?Alex sudah menipunya!Alex mempunyai hubungan dengan perempuan lain!Dan perempuan itu adalah Lily!Pelajar yang popular di universitinya.
“Selama ini awak berhubungan dia ke?” tanya Julia.Alex yang sedang tersenyum ke arah Lily terhenti.Dia terkejut melihat Julia yang sudah tersenyum sinis. “Julia…” Alex terkedu buat seketika. “Kawan awak kata awak pergi bercuti,tapi,kenapa awak dengan Lily pulak?” soal Julia,mengekalkan suaranya yang hampir meninggi.Dia sedang menahan marahnya.
“Mem…memanglah.Saya memang pergi bercuti,tapi,semalam baru balik,” terang Alex.
Julia mengambil gelas yang berisi air kosong,lalu menyimbah ke muka Alex. “Thank you,for make my heart broken,and I will hate you forever!Terima kasih,sangat-sangat,Alex!” ujar Julia dengan sinis sebelum berlari keluar dari restoran itu.Air mata mengalir laju di pipi Julia.Dia terlanggar seseorang.Esakan makin menjadi-jadi.
“Julia?Kenapa awak menangis ni?” soal Kibum.Julia mendongakkan kepalanya.Dia terus menangis.Teresak-esak.Hatinya sudah terluka.Sangat terluka.Serena dan Joey muncul di belakang Julia. “Jue,kenapa ni?” tanya Joey.Dia terkejut melihat adiknya yang menangis.
“Alex…he lied to me…” balas Julia dengan esakan.Joey mengetap giginya.Menahan rasa marahnya. “Dah…jom balik,” tegas Joey.Serena terkebil-kebil. “Makanan yang kita order tu macam mana?” tanya Serena. “Bungkus bawak balik!” Joey membalas,dengan nada keras.Serena hanya menurut tanpa kata.
*****
PERISTIWA yang melukakan hatinya itu telah membuatkan Jimmy,Joey serta Serena menjauhi Alex.Julia merasakan dialah gadis yang paling bodoh selama mencintai Alex.Kerana,dia tidak pernah mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Alex selama mereka bersama.
“Jue.” panggil Jimmy.Julia tidak mengendahkan panggilan abangnya itu. “Julia,makanlah.Dah banyak hari kamu tak makan.Jangan seksa perut tu,” kata Jimmy sambil duduk di sebelah Julia.Muka Julia yang pucat diusap perlahan.Adiknya terseksa akibat cinta.Parahnya penangan cinta itu…
“Rasanya…hidup ni tak bererti lagi untuk Jue hidup lagi…” tanpa perasaan,Julia berkata pada abangnya. “Jue!Kenapa kau tu bodoh sangat?!Kau patut bersyukur yang kau dah nampak kebenarannya!Sedarlah!Don’t make yourself be a stupid girl!” Joey terus menyembur adiknya itu,dengan muncul tiba-tiba.Julia terkejut.Manakala Jimmy hanya diam.Menundukkan wajahnya. “Entah…useless…” balas Julia lagi.
“Juliaaa!!!” jerit Joey. “Sedarlah!” ujarnya lagi.Dia memegang kepala adiknya.Kemudiannya,dia keluar dari bilik Julia.Meninggalkan Julia dan Jimmy.
*****
2 tahun berlalu…
JULIA pulang ke Korea setelah dua tahun menyambung pelajarannya di Sydney,Australia.Kepulangannya itu disambut oleh kedua abangnya,Serena serta Kibum.Dia senyum kepada Kibum sebelum mengucapkan ucapan terima kasih kepada lelaki itu.
Kibum telah membuatkan dia sedar sesuatu.Jangan pernah menderita dengan cinta,kerana ianya akan lebih membuatkan diri kita lebih terluka…
Kemudiannya,Kibum membalas.Dengan tersenyum. “Jomlah balik!Abang dah masak makanan yang special.” ajak Jimmy. “Okay!Jue dah tak sabar nak makan semuanya!” ujar Julia dengan girang.Jimmy,Joey,Serena dan Kibum tergelak dengan gelagat Julia itu.Mereka terus pulang.
*****
SEJAK hampir sebulan dia pulang ke Korea,Julia hanya duduk terperap di rumah.Dia hanya akan keluar berjalan-jalan apabila dia mahu.Begitulah aktivitinya kini…
Ingatan Julia menerawang ke peristiwa 2 tahun lalu,sebelum dia ke luar negara.
2 tahun sebelum itu…
Pada malam itu…
Julia turun ke ruang tamu.Jam di dinding ruang tamu sudah ke pukul 12 tengah malam.Joey masih tidak pulang-pulang sejak petang lagi.Dia risau.Walaupun dia sedang berduka,namun dia masih mengambil berat tentang abang-abangnya.Loceng berbunyi.Julia segera membuka pintu.Kelihatan Joey sedang dipapah oleh Kibum.Keadaan Joey teruk kerana mukanya sudah dipenuhi lebam.Joey dipukulkah?
“Kenapa dengan abang saya?” soal Julia,cemas. “Dia pergi cari pasal dengan Alex,dia bergaduh dengan  Alex.” kata Kibum kepada Julia.Julia memandang abangnya. “Abang Joey…maafkan Jue…tapi,jangan buat macam ni lagi.I’m worried about you.” ujar Julia dengan tangisan yang mulai kedengaran.
“Tapi…dia dah lukakan hati Jue.Takkan abang nak biarkan je.Jue takkan faham.Abang buat macam tu supaya dia sedar akan apa yang dia dah buat,” Joey membalas,walaupun bibirnya luka akibat ditumbuk oleh Alex.Dia menahan kesakitan.Julia mula sedar akan sesuatu.Dia tidak patut menyusahkan abang-abangnya.
“Abang.” panggil Julia.Joey mendongakkan kepalanya.Menghadap adiknya.
“Jue akan lupakan segalanya tentang Alex.Mulai hari ni.I promise you.” Julia memberitahu,dengan sebuah janji.Joey mengangguk. “I hope you will keep your promise,” balasnya selepas itu.Senyuman cuba diukir.
Kibum yang melihat hanya mampu tersenyum kecil.
**
“JULIA,” namanya dipanggil.Julia memandang ke belakang.Kemudian,beralih semula ke depan.Hatinya berdebar.Cemas dan juga benci mungkin.Alex sudah tersenyum di belakangnya. “I miss you,dear,” ungkap Alex.Julia membuat aksi hendak muntah.Tolonglah!!!hatinya menjerit.
“Awak ni siapa pulak?Tak kenal pun,” balas Julia tanpa pandang ke belakang. “Saya Alex.Kekasih awak,” selamba Alex menjawab pertanyaan Julia.Julia bangun dan menghadap Alex.
“Awak kekasih saya?!Huh!Awak tak layak jadi kekasih saya!Dengan sandiwara yang awak ciptakan,jangan harap saya akan terima awak semula!” suara Julia meninggi.Lalu dia meninggalkan Alex yang terpinga-pinga sendirian.
**
Pulang saja dari berjalan-jalan.Air mata Julia mengalir lagi.Sudah dua tahun air mata kering,tidak mengalir.Kini,ianya bertakung dan mengalir semula.Semuanya berpunca daripada Alex!Hatinya yang terluka kembali berdarah semula…sungguh pedih…
Telefon bimbitnya berbunyi,mesej masuk di inboxnya.Mesej daripada Kibum.
Aku tahu yg Alex ada jumpa kau hari ni.Aku nmpk tadi.Jue…are you still loving him?
Julia mengesat air matanya,sebelum membalas.
Huh?Ohh…ye ke?Okay.Aku…aku tak tau,it’s hard..tambahan lagi,dia dah tipu dan lukakan hati aku ni.Kau tahu tak sakit dan pedih hati aku ni bila ingat benda tu?
Selepas beberapa minit menunggu balasan,mesej masuk.
Aku tak tahu,tapi,kau mesti still ada rasa sayang kat dia,kan?:)
Julia cuba menghuraikan kata-kata Kibum itu.Masih ada lagikah?Ah!Tidak!Semuanya dah hilang!
*****
PAGI itu,Julia menerima sejambak bunga ros berwarna merah.Hatinya terdetik untuk mengetahui si gerangan yang menghantar sejambak bunga ros itu.
“Wah!Kau ada peminat nampaknya!” usik Serena yang baru sampai ketika Julia sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya.Julia mengangkat bahu.Tidak tahu. “Bunga ni ada berapa kuntum semuanya?” tanya Serena. “Lima belas,” balas Julia.Senyuman di bibir Serena melebar.
“Kau tahu tak?Setiap kuntum bunga ada maksudnya yang tersendiri…” ujar Serena dengan senyuman yang masih tidak lekang.Julia yang sedang mencium bau wangi bunga ros itu memandang Serena dengan hairan. “So?Ada meaning ke?”
“Yup!Lima belas kuntum bunga ros ni bermaksud.I’m truly sorry,please forgive me,” ujar Serena lagi. “Siapa pulak yang nak mintak maaf dengan aku ni?” hairan Julia. “Entah!Kau fikirkanlah…” Serena berkata. “Hmm…jomlah masuk,kita sembang dekat dalam rumah,” ajak Julia.Serena terus menurut.
*****
SI penghantar bunga itu masih dicari.Julia buntu untuk memikirkannya.Siapakah dia?Alex juga masih menagih cintanya.Memujuk rayu dirinya untuk menerima lelaki itu semula.Walaupun hampir cair dengan pujukan Alex,dia masih mengeraskan hatinya agar tidak terus dilukai lagi.
“Julia…tolonglah.Saya cintakan awak.With all my heart.Saya tahu saya salah,tapi,saya ikhlas nakkan awak balik ke sisi saya,” rayu Alex.Dia melutut di hadapan Julia.Julia tidak bereaksi. “Baru sekarang awak sedar?!It’s over,Alex…” Julia membalas tanpa perasaan.
“Nothing is over,Jue.I’m still love you.Sejak hari mula kita bercinta sampai sekarang.Cuma,saya tahu,yang saya ni dah lukakan hati awak dengan menduakan awak,” Alex menundukkan wajahnya. “Awak pergilah balik kepada Lily!Saya tak sanggup nak musnahkan hubungan orang lain,” Julia menyuruh Alex kembali kepada Lily semula.
“No!Saya dengan dia dah break up.Dia pun nak saya kejar awak semula.Sebab dia tak nak awak fikir dia tu pemusnah cinta kita berdua,” sayu suara Alex memberitahu Julia.Julia menahan rasa.
Kemudiannya,Alex mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Sebuah kotak kecil berwarna biru.Alex mencapai tangan Julia.Lalu meletakkan kotak itu di tapak tangan Julia. “Kotak ni,adalah untuk awak,saya bagi awak masa,sehinggalah awak dah buat keputusan,hubungilah saya,” pesan Alex sebelum meninggalkan Julia sendirian.
Julia membuka kotak biru itu.Dia terpaku dengan isi yang ada dalam kotak biru itu.Sebuah cincin berwarna silver yang bertatahkan berlian putih.Julia menutup kotak biru itu.Dia pulang ke rumah dengan perasaan yang berbolak balik.
*****
“ABANG,kalau Jue terima balik Alex,abang setuju ke?” soal Julia kepada abangnya,Joey.Jimmy pula sudah keluar entah ke mana. “Abang tak kisah pun,” selamba Joey membalas.Julia ternganga. “Biar betul abang ni?Dulu benci sangat dengan dia tu!” soal Julia lagi,untuk kepastian.
“Betul…abang tak kisah,tapi,hati Jue kan?Buatlah keputusan sendiri,” Joey senyum pada adiknya sambil mengusap kepala adiknya itu.Julia angguk.Sekarang,hatinya akan menilai dan membuat keputusan tentang hubungannya dengan Alex.
**
Malam itu…
Kibum dan Serena datang ke rumah kerana Jimmy mengadakan makan malam.Entah mengapa sebabnya pun Julia tidak tahu.Selepas selesai menikmati makan malam,Serena mendekatinya.
“Kau dah jumpa si secret admire kau tu?” tanya Serena,memulakan perbualan. “Tak.Dan aku masih lagi dapat jambangan bunga.Berkuntum-kuntum jugak…kau boleh tolong tafsirkan maknanya tak?” Julia meminta bantuan daripada Serena. “Boleh je!” dengan pantas Serena bersetuju.Julia naik ke biliknya untuk mengambil jambangan bunga yang dihantar oleh si misteri.
Beberapa minit kemudian,Julia turun dengan jambangan bunga.
“Banyaknya!” kata Serena.Julia mengangguk.Setiap pagi,dia akan menerima jambangan bunga.Dan biliknya sudah hampir menjadi taman bunga.
Makna jambangan bunga 13 kuntum- Secret admirer15 kuntum- I am truly sorry,please forgive me20 kuntum- Believe me,I’m sincere towards you21 kuntum- I am devoted to you24 kuntum- Can’t stop thinking about you,24 hours everyday
Julia terdiam sewaktu Serena memberitahu maksud kuntum bunga ros itu.Siapakah si penghantar bunga itu?
*****
JULIA menghadap Alex.Hampir sebulan Julia memikirkan tentang Alex.Dia meletakkan kotak biru di atas meja.Wajah Alex agak kecewa,namun,diselindungi dengan senyuman. “Nampaknya awak tak dapat terima saya…tapi,tak mengapa,saya faham dengan keputusan awak,” ujar Alex.Dia mencapai kotak itu,sebelum membukanya.Julia hanya diam.
Cincin yang ada di dalam kotak itu tidak kelihatan.Alex terkejut,dia mencari cincin yang pernah diletakkan ke dalam kotak biru itu.
Julia mengangkat tangan kanannya,dan menunjukkan cincin yang sudah tersarung di jarinya.Senyuman di bibir terukir.Alex memandang Julia dengan rasa tidak percaya.Julia mengangguk. “Saya terima awak semula.Janji ya?Jangan curang lagi,kalau tak,sampai bila-bila pun saya takkan terima awak.” ujar Julia.
“Thank you,so much,Julia!Saranghae…” ucap Alex dengan nada gembira.Julia mengangguk.Alex memanggil pelayan di restoran itu.Seorang pelayan membawa jambangan bunga ros. “Ninety nine roses for you,which mean is I will love you for as long as I live.” beritahu Alex.Jambangan bunga itu diserahkan kepada Julia.
“Jadi,awak yang hantar selama ni?” Julia menekup bibirnya,tidak menyangka.Alex mengangguk. “Saya…saya…sungguh terharu,” Julia menangis kerana terharu.Air mata Julia dikesat oleh Alex. “Saya buat semua ni sebab saya cintakan awak,” ucap Alex untuk sekian kalinya.
Julia mengangguk. “Me too,saranghaeyo…”
  Serena,Kibum,Joey dan Jimmy muncul dengan wajah kegembiraan.Mereka menepuk tangan. “Semoga korang akan bahagia.Jangan lukakan hati adik aku lagi,” Joey menepuk bahu Alex. “Aku janji,” balas Alex.
Julia tersenyum bahagia.Tempoh sebulan untuk memikirkan tentang hubungannya dengan Alex ternyata cukup berbaloi…kerana dia masih lagi cintakan Alex.Dan Alex adalah cinta pertama dan terakhirnya…

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...