Ahad, 10 Jun 2012

Can I Love You? [Chapter 10]






Chapter 10 : A Day With Beast! (Part 2)

Gikwang POV

Aku hanya mampu menahan perasaan melihat kemesraan di antara Eun Hee dan Dongwoon.Ah!Tapi...kenapa aku rasa cemburu?!Bukankah aku masih mencintai Eun Hee yang sehingga kini menghilangkan dirinya.

Aku duduk di sudut yang tidak sesiapa dapat perasan akan kehadiranku.Kami berehat untuk seketika.

Bila difikirkan semula,aku merasakan Eun Hee yang menjadi rakan seuniversitiku itu seperti Eun Hee ku yang masih tiada khabar beritanya.Melihatkan sikap dan perangainya...memang membuatkan aku hampir gila sendirian.

Kenapa Dongwoon cari gadis yang serupa macam Eun Hee,sepupunya?Kan aku dah mula nak rasa disayangi dan menyayangi...ewahh!Sesedap je aku cakap kalau macam tu...memang nak kena dengan Dongwoon.

Eun Hee dan Dongwoon saling ketawa.Mereka duduk berdua tanpa mempedulikan orang lain.Kalaulah aku yang berada di tempat Dongwoon...memang bahagia kalau boleh bergurau dengan Eun Hee...tapi seribu kali sayang...aku bukan pilihannya...

Oh sedihnya...

Aku meraup mukaku.Aku buka mata dan terkejut melihat botol air mineral dan wajah Eun Hee yang berada di hadapanku. “Aku mimpi ke ni?” aku menanya diriku sendiri. “Tak,kau tak bermimpi.Aku memang ada di depan kau,” katanya.

Aku terus menyambut botol mineral yang dihulurkannya dan meneguk dengan rasa yang dahaga.Aku rasa begitu segar selepas minum...mungkin sebab Eun Hee yang berikan kot?Entahlah...haha

Dia mengambil tempat dan duduk di sebelahku. “Kau tak penat?” tanya Eun Hee.

“Penat jugaklah,kenapa?”

“Aku mengantuk,” balasnya.Aku tersenyum kecil.

“Boleh tak aku tidur di bahu kau?Untuk sebentar aje...aku rasa mengantuk semula,” rayu Eun Hee...Aku mengangguk tanpa sebarang bantahan.Eun Hee meletakkan kepalanya di bahuku sebelum dia memejamkan matanya.

Aku menghabiskan air mineral di dalam botol.Aku sempat mencuri pandang Eun Hee yang sudah tidur di bahuku.Aku lihat sekeliling tempat untuk seketika.Okey!Line clear!Aku mendekatkan bibirku ke dahinya,dan mencium dahinya itu.

Terasa seperti aku sedang curi-curi cium Eun Hee,kekasihku yang suka tidur di bahuku.

“Gikwang!Jom berlatih semula!” Junhyung mengajak.Hampir terkeluar jantungku dibuatnya.Yalah...aku tengah buat benda yang tak berapa nak patut.Memang terkejut sangat! “Err,Eun Hee tidur.” kataku,perlahan.

“Hmm...kalau macam tu,kita balik terus jelah,aku pun dah penat ni,” Junhyung membalas.Aku angguk.Aku bangun dengan berhati-hati sebelum mengangkat Eun Hee ke dalam pelukanku.

Dongwoon lihat aku sedang mendukung Eun Hee,tapi yang peliknya kenapa dia langsung tak cemburu?Ermm...mungkin Dongwoon ni jenis yang tak mudah cemburu...baguslah!Untung Eun Hee ada boyfriend macam Dongwoon tu.

“Jomlah balik,” ajak Junhyung.Yoseob,DooJoon dan Hyunseung yang sedang bersembang terhenti perbualan mereka. “Balik?”

“Ya,esok-esok jelah kita sambung practise,” aku menjawab. “Eh,macam mana nak bawak Eun Hee balik?” aku teringat pula yang Eun Hee sedang tidur.Macam manalah aku nak hantar dia pulang...sedangkan alamat rumah dia pun aku tak tahu.

“Hmm,kita bawak dia balik ke dorm kita jelah,” selamba Dongwoon mencadangkan. “Wehh!Gila ke apa?!” aku tidak sanggup membawa gadis seperti Eun Hee ke dorm Beast.Nanti kena soal siasat dengan para wartawan pulak kalau terkantoi!

“Alah,watlek jelah...kau drive kereta dia,oh ya!Kalau tak nak semua staf nampak,kau boleh ikut pintu kecemasan!” lagi sekali dia mencadang. “Pintu kecemasan?Larat ke kau nak turun?Punyalah bertingkat...” ujar Yoseob.

Aku diam.

Mereka sedang mengemas dan menyimpan peralatan.

“No problem!” aku sanggup turun ikut pintu kecemasan demi Eun Hee!Aku tidak mahu staf syarikat melihat aku membawa Eun Hee keluar dari syarikat.Tak ke naya kalau ternampak dek Presiden...mahu kena soal dengan dia...

“Okeylah,kalau macam tu,kitorang chow dulu!” laung Dongwoon,Junhyung,Yoseob,DooJoon dan Hyunseung.Aku terus keluar dari bilik rehearsal dan menuju ke pintu kecemasan.Beg sandang milik Eun Hee aku letakkan di bahu.

Sampai di pintu terakhir,aku keluar dan menuju ke parkir kereta.Mujurlah kunci kereta milik Eun Hee senang hendak dicari dalam beg sandangnya.Aku meletakkan Eun Hee di tempat penduduk penumpang.

Aku menghidupkan enjin keretanya.Aku memandu keluar dari syarikat dan menuju ke dorm Beast.

*****

Dongwoon POV

Aku hanya selamba apabila mencadangkan agar Eun Hee dibawa pulang ke dorm Beast.Aku,Junhyung,Yoseob,Hyunseung dan DooJoon menaiki van syarikat yang telah menunggu.

“Aigoo!Bukan ke dorm kita bersepah?!” ujar Hyunseung.Aku menepuk dahi.Alamak!Habislah! “Ermm,balik je nanti,kita kemas apa yang patut.” aku membalas,cuba bertenang.

Aku terus diam.Tidak tahu hendak berkata apa.Semua member pun agak penat,jadi kami tidak berbual seperti biasa.

*****

Author POV

Gikwang memandang Eun Hee yang masih lena.Gadis itu sangat comel ketika tidur.Kadangkala dia keliru sama ada dia sedang berhadapan dengan Eun Hee,rakan seuniversitinya atau Eun Hee,kekasihnya yang masih hilang.

Pelik bukan?

Dia memarkir kereta Eun Hee di tempat letak kereta sebelum mematikan enjin kereta.Van syarikat sudah memasuki perkarangan apartment yang menjadi dorm untuk kumpulan Beast sejak mula mereka semua menjadi ahli kumpulan.

Dongwoon ke arahku,dia mengambil beg sandang milik Eun Hee.Aku mendukung Eun Hee yang masih lagi tidur.Kami semua naik ke tingkat tujuh dengan menggunakan lif. “Siapa ni?” tenang Jiyong hyung menanyaku.

“Girlfriend saya,hyung,” belum sempat aku menjawab,Dongwoon membalas.Ya...aku lupa lagi nampaknya.Eun Hee bukan milik aku,dia kepunyaan Dongwoon. “Oh...pandai pula kamu simpan rahsia?”

Dongwoon tersenyum.

“Eun Hee tak sukakan gossip dan perhatian.” kata Dongwoon.

Jadi,mereka merahsiakan hubungan mereka?Hmm...

“Hyung tak kisah,cuma pihak syarikat je melarang...” Jiyong hyung memandang atas.Dongwoon mengangguk. “Jangan risau,hyung.Hubungan kami takkan tersebar.”

“Macam pernah nampak girlfriend kamu ni,”

“Aik?Bila masa pulak?” Dongwoon pelik. “Masa hyung kemas,terjumpa frame gambar dekat atas katil Gikwang,ermm...Gikwang,itu girlfriend kamu ke?” aku tersentak apabila Jiyong hyung bertanya. “Err,girlfriend saya seiras dengan girlfriend Dongwoon,tapi malangnya girlfriend saya tinggalkan saya,” jawabku dengan menunduk.

“Oh...kesiannya,” Jiyong hyung memberi reaksi.

“Malam nanti nak makan apa?” tanya Hyunseung.Mereka yang lain diam saja sejak naik lif. “Nanti kita bincang,nanti esok kamu ada show yang kamu semua kena hadir,” Jiyong hyung menyelak fail.

Kami sampai di hadapan dorm Beast.Kami semua masuk dan aku lihat dorm kami agak bersepah.Hahaha...memang semulajadilah kalau dorm kami sebegini.Dongwoon mula mengemas meja kopi.

Yoseob pula mengutip pakaian yang bertaburan.Junhyung menyapu dan mengutip sampah di lantai.Aku membawa Eun Hee masuk ke bilik. “Nak letak dia dekat katil siapa ni?” aku lihat antara katilku dengan Dongwoon.

Tanpa banyak berfikir,aku terus membaringkan Eun Hee di katilku.Bingkai gambar yang ada di lantai aku sorokkan di bawah buku dan majalah.Harapnya Eun Hee tidak dapat tahu.

*****

Eun Hee POV

Aku terjaga dari tidur yang panjang.Aku memegang sesuatu yang sangat lembut.Aku membuka mata.Oh...bantal peluk rupanya...Kemudian aku bangun dan lihat sekeliling?Eh?Bukan ke tadi aku dekat bilik rehearsal di Cube Entertaiment?

“Kau dah bangun ke?” tanya Dongwoon.Entah bila dia muncul pun aku tidak tahu.Nasib baik aku masih mampu mengawal rasa terkejutku,kalau tidak dah lama aku jerit kuat-kuat. “Hmm,aku dekat mana ni?” aku menguap.

“Dorm kumpulan Beast,”

“What?!” aku terjerit kecil.Biar betul?!Oh Tuhan...adakah apa yang aku lihat ini sememangnya benar?Aku ada menonton MTV Beast yang selalu aku ulang kali tonton.Tak sangka pula aku berpeluang untuk ke dorm milik kumpulan Beast.What a dream!

“Betullah.”

Kroohhh...opss!Perutku berbunyi.Dongwoon gelak.Sampai hati!Aku buat muka seposen.Dah lapar ni...baik aku buat baik kejap dengan sepupu aku yang sorang ni!Hahaha...

“Kau dah bangun?” sekali lagi pertanyaan itu ditanya,tapi kali ni Gikwang pulak yang tanya.Aku angguk. “Jomlah kita keluar pergi makan,” dia menarik tanganku.Selamba.Dongwoon yang lihat pun membuntang matanya.

Aku ikut saja langkah Gikwang.Di sebuah meja,ada pelbagai jenis makanan.Terliur aku dibuatnya.Gulp!Dongwoon mengikutku dari belakang. “Eun Hee-ah!Marilah makan sama-sama!” ajak member Beast yang lain.

Aku senyum.Bestnya!Dapat makan semeja dengan member-member Beast pulak tu!

Aku disuruh duduk di tengah-tengah Dongwoon dan Gikwang.Aigoo!Kenapa mesti aku duduk di sebelah mereka?Takkan tak ada tempat lain kot?Aku mengambil lauk dan makan.Dongwoon mula meletakkan sayur di mangkuk yang kugunakan,kemudian Gikwang pula meletakkan daging.

Akibatnya,mereka berdua telah meletakkan lauk yang sungguh banyak untukku.Aku memuncungkan bibir. “Korang ni!Nak bagi aku mati ke apa?!” aku dah mula hilang mood.Agak-agaklah sikit...aku ni anak manusia,nak makan pun ada hadnya!

Semua yang makan di meja terkejut dengan kemarahanku.

Apatah lagi,Gikwang dan Dongwoon. “Mianhae,” serentak mereka berdua memohon maaf.Aku membahagikan makanan yang mereka berdua letakkan di mangkukku kepada mereka berdua.Jadi,sama rata!

Aku makan dengan rasa yang sungguh lapar.

*****

Selepas makan malam,aku meminta diri untuk pulang. “Woonie-ah,saya pulang dulu,” aku berkata,lalu aku memeluk dia. “Ne,hati-hati tau?” dia membalas pelukanku.Aku mengangguk. “Mana beg sandang?” aku mencari beg sandangku.Janganlah hilang...

Aku dan Dongwoon mencari di bilik yang aku tidur tadi.Beg sandang berwarna coklat terang aku jumpa di bawah lantai yang ada buku dan majalah.Aku cuba mengintai di sebalik buku itu.Ada bingkai gambar!

Aku senyum jahat.Aku mengeluarkan bingkai gambar itu dari celahan buku dan majalah.Aku tergamam melihat gambar di bingkai itu.Kenapa ia ada di sini?Aku menekup bibir.

“Err,Dongwoon...katil yang aku tidur tadi tu siapa punya?”

“Gikwang,” sepatah dia menjawab.Aku lagi terkedu,tergamam,dan banyak ter nya lagi...

Gambar itu ialah gambarku ketika aku masih lagi di sekolah menengah,waktu itu aku berambut panjang dan memakai cermin mata.Nerd jugak aku ni...aku berbisik pada diriku sendiri.Aku menyimpan semula bingkai gambar itu.Biarlah...

Aku juga ada rasa hairan...adakah dia masih mengharapkan aku?

“Dah jumpa?” tanya Dongwoon,dari tadi dia sedang membaca komik di katilnya. “Dah,” aku melangkah keluar dari bilik itu dan berjalan menuju ke pintu. “Jiyong oppa,dan korang semua...terima kasih banyak-banyak dan saya nak minta maaf kerana kedatangan saya di sini menyusahkan kalian semua,” aku berkata lalu menunduk.

“Tak mengapa,sekurangnya kami dapat kenal Eun Hee dengan lebih dekat,” balas Kim Jiyong,pengurus kumpulan Beast.Gikwang,Dongwoon,Yoseob,Hyunseung,DooJoon dan Junhyung senyum padaku.

Aku meminta diri untuk pulang. “Biar aku temankan kau!” Gikwang menemaniku.Aku tidak membantah.Kami menaiki lif.Suasana agak sepi kerana masing-masing mendiamkan diri. “Esok ada kelas macam biasa,” kataku.Kekok.

“Haah,”

“Eun Hee,” Gikwang memanggilku. “Ya?” belum sempat aku menoleh ke arahnya,bibir kami bertemu.Dia merapatkan pelukan dan memelukku dengan erat.Kali ini,ciumannya itu membuatkan hatiku berdebar.Perasaan beberapa tahun yang lalu kembali...

“Aku...aku sayangkan kau,” aku hampir terduduk mendengarkan katanya itu.

Aku diam.Kelu.

“Maaf,tapi aku tak dapat tahan perasaan aku ni,walaupun kau dah berpunya,aku tetap sukakan kau.Mungkin kau akan marah aku,tapi,kau macam dia.Aku rasa aku perlu beritahu kau juga tentang perasaan cinta dan sayang aku pada kau,” perlahan dia menjelaskan.

Perlahan-lahan,aku meleraikan pelukan.Reaksiku?Kosong.

Ting!Aku terus meninggalkan Gikwang sendirian di dalam lif.Aku pulang dengan perasaan yang berbaur.Keliru,suka dan benci?

-_- haha...apakah?Kiss? =3=

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

2 comments:

Anis Zulhas berkata... Reply To This Comment

tsk. sambung ~

Aiyunie berkata... Reply To This Comment

arghhhhhhhhhhh! sambung cepat!