Chapter 2:Why?
4 Februari 2009
Your POV
Selepas tamat upacara pengebumian,aku dan Jaejoong beredar pulang.Kami tidak bercakap sepatah pun sejak pulang.Jaejoong terus melangkah masuk ke bilik tidur,meninggalkan aku di ruang tamu.
Aku duduk di sofa,cuba menenangkan diri.Pertengkaran kami berdua di hospital berakhir begitu saja.
Aku melihat potret Jae Min yang tergantung di dinding ruang tamu.Wajah riangnya dan senyumannya itu membuatkan aku sedih dan gembira.Aku sedih kerana Jae Min sudah tiada untuk menemaniku dan Jaejoong.
Aku gembira kerana senyumannya itu adalah penawar di waktu aku sedang bersedih.
4 Februari...aku tersedar sesuatu.Ianya tarikh hari jadi Jaejoong yang sebenar.Walaupun setiap tahun disambut pada 26 Januari,aku juga menyambut pada 4 Februari.Ini merupakan hari yang menyedihkan buat Jaejoong.
“Mianhae,Jaejoong...” aku cuba menahan air mata dari jatuh lagi.Entah berapa kali air mataku tumpah pada hari ini...
Jaejoong POV
Aku berbaring di katil sambil memandang siling.Penghawa dingin yang sejuk tidak sedikit pun terasa.Semuanya telah berubah dalam sekelip mata.Jae Min...aku memejamkan mataku.
**
“Appa!” suara itu...
Aku berdiri dan di hadapanku ialah Jae Min. “Jae Min-ah...” aku memanggil Jae Min. “Appa!” dia berlari memelukku.Aku memeluk Jae Min dengan erat sekali.Kali terakhir aku menemui dia pada minggu lalu.
Keadaannya lemah,namun aku cuba memberikan semangat padanya agar terus melawan penyakitnya itu. “Appa...” panggil Jae Min. “Hmm?” aku membelai rambutnya. “Appa jangan sedih ya?” ujarnya.
“Appa...jaga omma elok-elok,ya?Omma mesti sedih,sebab Jae Min dah tak ada...”
Huh?Apakah maksudnya?
“Appa...Jae Min sayang appa dan omma,” dia mengucapkan,sebelum mencium kedua belah pipiku. “Ye,appa pun sayangkan kamu,” aku mengelus lembut pipi Jae Min.Jae Min bangun,dan berlari ke arah satu cahaya.
“Jae Min!” aku bertindak mengejar dia. “Jae Min!” sekali lagi aku memanggil Jae Min.Aku terjatuh sebelum cahaya itu hilang.
“Jae Min!!!”
**
“Jae...kenapa?” Hye Jung di sebelahku.Dia memegang tanganku.Aku melihat dia,sebelum merentap tanganku dengan kasar.Aku dapat melihat Hye Jung tersentak,namun aku buat tidak nampak.
“Jaejoong,jom kita makan...” dia mengajakku.Aku tidak menjawab. “Saya tak lapar,” balasku dengan dingin. “Oh..ermm,tak mengapalah.Kalau awak lapar,awak panaskan,ya?” air muka wajahnya masih tenang.Tidakkah dia terasa denganku?
Sekali lagi aku tidak menjawab.Hye Jung melangkah keluar dari bilik.Aku membaling bantal peluk ke arah dinding.Arghh!Kenapa semuanya begini?
Aku bangun,lalu mencapai kunci kereta dan dompet.Aku berjalan ke ruang tamu sebelum keluar dari rumah.Hye Jung yang sedang berada di dapur mungkin tidak sedar aku keluar.Kereta dibawa menuju ke rumah Yoochun.
“Hyung?” Yoochun agak terkejut dengan kemunculanku di hadapan rumahnya secara tiba-tiba. “Siapa tu,Yoochun?” kedengaran suara Yunho menanya. “Jaejoong hyung datang!” balas Yoochun. “Oh,jemputlah dia masuk...” Yunho berkata.
“Masuklah,hyung...” pelawanya.Aku melangkah masuk dan mengikut Yoochun ke ruang tamu kedua di rumahnya. “Hyung!” Changmin memelukku.Aku cuba mengukirkan senyuman. “Mana Hye Jung?” tanya Yunho.
“Oh,dia dekat rumah.Dia masih bersedih,” balasku.Ya...memang dia sedang bersedih,namun ada juga rasa bersalah kerana meninggalkan dia bersendirian di rumah.
Yunho mengangguk.Yoochun menghulurkan segelas air.Aku tahu dia memberikan aku soju.Aku meneguk sekali sebelum meminta Yoochun menuangnya lagi untukku.
*****
Your POV
Kedengaran enjin kereta milik Jaejoong dihidupkan.Dia hendak keluarkah?Aku bangun dan ke ruang tamu,lalu aku melihat kelibat kereta Audi R8 miliknya meninggalkan rumah.Aku hanya mampu mengeluh.
Tadi,dia dingin denganku.Apa yang sudah berlaku?Adakah kami sedang mulakan perang dingin?
Aku tidak jadi menghabiskan makan malam yang aku makan.Hilang sudah seleraku.Aku menyimpan semua makanan sebelum mencuci pinggan yang aku gunakan.Kek yang aku keluarkan dari peti sejuk disimpan semula.
Telefon bimbitku berbunyi.Aku segera mendapatkannya di ruang tamu. “Hello?”
“Hye Jung!” aku tahu siapakah gerangan yang menelefonku.Yuri.Dia adalah rakan selain Yoochun.Kami berdua rapat sejak zaman trainee.Sebelum mengahwini Jaejoong,aku pernah menyertai dunia hiburan,menjadi seorang penyanyi dan pelakon.
“Hmm...kenapa?”
“Opss,aku minta maaf.Aku baru dapat tahu dari Yunho pasal kehilangan anak kau,Jae Min.Harap kau dapat menghadapi kehilangan Jae Min dengan tenang.” ujar Yuri.Aku menghela nafas,cuba bertenang.
“Thanks,Yuri.Aku sedang cuba,walaupun rasa macam tak boleh,” balasku dengan lemah. “Hye Jung...jangan mudah putus asa.Jaejoong pun mesti akan menyokong kau supaya menerima kehilangan Jae Min,kan?”
Kata-katanya itu hampir membuatkan aku ketawa.Menyokong?Jaejoong sendiri tidak kuat menghadapi kehilangan anak kami itu,bagaimanalah dia hendak menyokongku agar terus kuat menghadapinya?
“Hye Jung?Kau masih di talian ke?”
“Ya...aku still ada...” aku menjawab. “Esok kita berjumpa dekat kafe,ya?Aku nak ajak Jin Ah juga,” cadang Yuri. “Okey,aku setuju aje,” balasku. “Kalau ya pun setuju,janganlah nampak macam kau tak beria-ia dengan cadangan aku!” Yuri bersuara.Aku ketawa kecil.
“Ya!Aku setuju!Okey?” aku cuba bersemangat,aku ingin menyakinkan Yuri yang aku bersetuju dengan cadangannya itu.
“Hooray,aku sayang kau!Okeylah,esok aku mesej kau tempat dan masanya,” kata Yuri. “Okey,” sepatah aku membalas.Kami menamatkan perbualan selepas itu.
Aku naik ke bilik tidurku.Aku membersihkan diriku sebelum tidur.Hari ini...hari yang memenatkan.Entah bila Jaejoong akan pulang ke rumah...
*****
Aku terjaga dari lena apabila bunyi loceng rumah dibunyikan.Aku turun ke bawah dan memasang lampu di ruang tamu.Pintu rumah dibuka.Aku mendapati Yoochun sedang memapah Jaejoong.
Jaejoong kelihatan mabuk...
Aku menjeling Yoochun.Aku mahukan sebuah penjelasan darinya...
“Jaejoong.Dia mabuk,sebab tadi kami berlima adakan party.Tapi,party tu saja-saja.Hanya kami berlima di rumah saya,” jelas Yoochun dengan lancar.Aku cuba untuk mempercayai penjelasannya itu.
“Tolong saya papah Jaejoong naik ke bilik,” aku berkata.Esok sahajalah aku menanya Jaejoong.Pada ketika ini,tidak ada gunanya aku mahu bergaduh dengan Jaejoong.Buang tenaga dan masaku sahaja.
Yoochun dan aku memapah Jaejoong naik ke bilik tidur. “Aaaa @!!^&(!@)” aku langsung tidak faham apa yang Jaejoong perkatakan pada waktu itu.Uhh...mengapa hari mudah sahaja dia mabuk?
Yoochun menanggalkan kasut yang dipakai oleh Jaejoong. “It’s okay,Yoochun.Awak boleh balik.Saya akan uruskan Jaejoong.” aku tidak mahu menyusahkan dia.Kesanggupan Yoochun menghantar Jaejoong pulang sudah membuatkan lelaki itu terbeban.
“Okey,” dia menurut.
Aku mengucapkan terima kasih pada Yoochun sebelum Yoochun pulang meninggalkan perkarangan rumah.Aku naik ke atas semula selepas memastikan pintu rumah dikunci.Aku lihat Jaejoong sudah tidur.
Teruk juga dia ni,kataku dalam hati.
Aku menanggalkan sebelah lagi kasutnya dan kot yang dipakainya.Nampak sangat dia tak tukar baju dari masa kami berdua pulang ke rumah selepas upacara pengebumian. “Hye Jung-ahh...”
“Ye?Wae?” aku menanya.
“Kenapa Jae Min mesti tinggalkan kita berdua?” aku terkelu.
“Ah!Saya tahu!Semua tu salah awak!Awak yang tak berusaha untuk selamatkan dia!” Jaejoong menjawab soalannya sendiri.Dia ketawa.Aku cuba mengawal rasa marahku dan sedihku.
Adakah dia menyalahkan aku tentang kematian Jae Min?Mungkinkah kesalahan itu akan bakal diletakkan pada aku sehingga akhir hayat?Aku tidak jadi menukar bajunya.Aku membiarkan dia tidur tanpa bajunya ditukar.
Aku keluar dari bilik tidur kami sebelum mengunci diriku di bilik tidur tetamu.Air mataku jatuh lagi dan lagi...
._. lol i hate youu,jaejoong -.-
3 comments:
sambung... :)
aish, jaejoong-ah! janganlah asyik nak salahkan hye jung. dah ketentuan. sambung~
unnie! sambung!
Catat Ulasan