Sabtu, 17 Mac 2012

Hello Baby DBSK Version:Chapter 1







Hello Baby DBSK Version

Chapter 1

No one POV

Dorm kediaman kumpulan DBSK kelihatan sunyi kerana semua ahli-ahlinya masih belum bangun dari tidur.

Seorang lelaki yang rambutnya berwarna perang kecoklatan terjaga dari lena.Dia mengukirkan senyuman yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.Dia memejam celikkan matanya.

Dia bangun dan keluar dari biliknya.Hari ini pasti hari yang memenatkan,ujarnya sendirian.

Dia berjalan menuju ke dapur.Dia membuka pintu peti sejuk.Hawa dingin dari peti sejuk itu membuatkan tubuhnya terasa dingin,sambil memeluk tubuh dia melihat bahan-bahan yang ada di dalamnya sebelum mengambil mengambil sesuatu dan mula memasak.

Tangannya lincah memotong bahan-bahan yang diambil tadi.Bibirnya menyanyikan lagu Hug,lagu debut mereka yang menjadi lagu paling popular sejak mereka muncul di dalam industri hiburan.

“Hyung?” maknae kumpulan DBSK,Changmin bersandar di dinding.Dia sedang melihat hyungnya yang sedang memasak dengan gembiranya. “Changmin-ah,tolong hyung bakar roti,” arahnya.

Changmin menurut.Dia memasang plug di suis utama sebelum mengambil roti yang berada di atas meja dan meletakkan dua keping roti ke dalam pembakar roti.Sambil menunggu,dia mengambil sebotol jus oren dan menuangnya ke dalam gelas.

Changmin meneguk jus itu dengan rakus.Dahaga.Jaejoong hanya menggeleng melihat sikap maknae kumpulan DBSK itu.


Jaejoong mula menyiapkan sarapan pagi khas untuk mereka semua.Setelah hampir 8 tahun hidup bersama ahli kumpulannya,dia sudah terbiasa dengan cara ini.Menghidangkan makanan untuk lima orang.

Makan bersama-sama sambil berbual di ruang makan.

“Morning,hyung,Changmin!” ucap Yoochun pada Jaejoong dan Changmin. “Morning,” jawab Changmin dan Jaejoong serentak.Yoochun duduk di meja makan.Dia hanya menunggu makanan terhidang di hadapannya.

Changmin meletakkan roti yang sudah siap dibakar.Dia mengambil jem strawberi,lalu disapukan ke roti bakar.Dia menikmati roti bakar tanpa mempedulikan kedua-dua hyungnya yang masih belum makan.

Jaejoong meletakkan French fries,dan hotdog yang disertakan dengan salad dan coleslaw yang dibuat khas dari air tangannya sendiri. “Yoochun-ah,pergi kejutkan Yunho dengan Junsu,” arah Jaejoong lagi,kali ini pada Yoochun pula.

Yoochun dengan langkah yang berat,berlalu pergi memanggil Yunho dan Junsu yang masih lagi tidur di dalam bilik masing-masing.

*****

Yunho,Yoochun dan Junsu berjalan ke dapur.Jaejoong dan Changmin sudah menunggu mereka bertiga untuk makan bersama-sama. “Morning...” ucap Junsu dan Yunho.Lama saja suara mereka berdua.

“Cepatlah,hyung!Dah lapar ni!” Changmin berkata,dengan tidak sabar.

Mereka semua mula menikmati sarapan pagi di waktu hari minggu yang mungkin mendamaikan mereka.Atau mungkin...kedamaian itu akan dirosakkan oleh suatu berita yang bakal menyusul.

Ting tong!Loceng dibunyikan.

Jaejoong bangun dan berlari ke arah pintu.Dia membuka pintu dorm DBSK. “Hyung,” Jaejoong memberi tunduk hormat pada pengurusnya.

“Korang tengah sarapan ke?” tanya Manager Kim. “Ne,” Jaejoong mengiyakan.

Manager Kim duduk di ruang tamu.Dia mengeluarkan beberapa helai kertas dari beg briefcasenya.Yunho menyertai Jaejoong dengan duduk di ruang tamu itu. “Ada apa hyung datang ni?”

Well,we had a good offers from Hello Baby variety show,” jawab Manager Kim.Yoochun,Changmin dan Junsu juga sudah berada di ruang tamu.

  "Hyung!Biar betul!Kitorang kena jaga budak-budak ke?!" soal mereka berlima.Manager Kim mengangguk laju,dengan sebuah senyuman di bibirnya.

  Jaejoong hanya tersenyum,walaupun agak terkejut,namun dia sukakan rancangan variety show itu. "Hyung!Saya setuju!Nanti bolehlah saya jaga budak-budak yang comel tu!" balas Hero Jaejoong dengan nada yang sungguh teruja. "Hyung!" Changmin terkejut dengan kata-kata hyungnya itu.

  "Apa?Kan lebih bagus kalau kita belajar untuk jaga budak-budak." senyumnya.

  Yoochun, Yunho dan Junsu hanya mengangguk,dan mereka bertiga sedang memikirkan sesuatu.

"Oh ya,nanti masa korang jaga budak-budak tu,akan ada seorang gadis yang akan tolong korang jaga mereka.Dia adalah ibu saudara kepada salah dua orang kanak-kanak yang korang akan jaga," beritahu Manager Kim.Mereka berlima mengangguk,meskipun sedang tertanya-tanya siapakah gadis itu.

“Hyung,perempuan tu cantik tak?” tanya Yoochun.Manager Kim hanya tersenyum. “Kamu akan tahu dan kenal dia nanti,bila press conference akan diadakan,” balasnya.Mereka berlima saling berpandangan.

“Hmm,dia muda dari kitorang ke?” soal Changmin pula. “Dia hampir sebaya kamu,Changmin,tetapi dia muda setahun dari kamu,” balas Manager Kim lagi.Changmin hanya tersengih.

Junsu,Yoochun,Jaejoong dan Yunho memandang Changmin yang tersengih seperti kerang busuk itu.


Your POV

“Hye Mi!Jangan lari!Nanti kamu jatuh!” aku berkata pada Hye Mi yang terlalu gembira bermain di taman permainan.Sudah lama aku tidak membawa dia dan abangnya keluar kerana kesibukan kerja yang menghimpitku.

Kebetulan pula,hari ini ialah hari minggu,jadi tiada salahnya jika aku membawa mereka keluar.

“Min Rin!” aku dipanggil oleh seseorang.Aku memandang seorang wanita yang sedang tersenyum padaku.  “Unnie!” aku berlari dan memeluk Tiffany. “Kamu sihat?” tanya Tiffany sambil mengusap pipiku.

“Sihat.Rindu dekat unnie,” balasku.Rindunya pada kakakku yang menjadi seorang penyanyi.Girls’ Generation.Siapa yang tidak mengenali kumpulan itu.Tiffany begitu suka menyanyi jadi dia menyertai kumpulan itu setelah ibu bapa kami memberi restu.

Aku pula lebih suka terperap di bilik dengan menulis.Hidupku hanya dengan buku-buku.Sejak kecil lagi,aku sukakan buku.Sehinggakan Tiffany dan kakak sulungku,Jiyoung menggelarkan aku sebagai seorang ulat buku.

Sedih pula apabila mengingati kakak sulungku yang sudah tiada di dunia ini.Sudah hampir dua tahun dia pergi meninggalkan kami semua bersama abang iparku,Hyun Shik.Mereka meninggalkan dua orang anak mereka yang kini berada di dalam jagaanku.

“Kenapa diam je ni?” tanya Tiffany.Aku menggeleng.Cuba mengusir perasaan sedih yang mula hadir.

“Mesti Min Rin tengah teringatkan Jiyoung unnie kan?” teka Tiffany.Aku mengangguk,tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihku. “Kesian Hye Mi dengan Hyun Woo.Mereka membesar tanpa ibu bapa,” aku memandang Hye Mi dan Hyun Woo yang sedang bermain dengan riang.

“Min Rin...dah ditakdirkan mereka pergi,kita tak boleh menghalang,” ujar Tiffany,cuba menenangkan perasaanku. “Hmm...”

So,do you have a boyfriend?” senyum Tiffany. “Eh?Mana ada!I’m still single,unnie!” balasku,menafikan pertanyaannya.

Dia ketawa. “Unnie ada hal ke?”

“Tak.Kitorang cuti untuk beberapa hari.Semalam baru je habis training.Nanti lepas tu mungkin kitorang akan pergi ke Jepun semula.Ada photoshoot,” balas Tiffany,sambil memikirkan jadualnya.

Aku mengangguk.Padat juga jadualnya...

“Auntie Tiffany!” Hye Mi muncul di hadapan kami sebelum memeluk Tiffany.Tiffany ketawa lagi,melihatkan aksi manja Hye Mi. “Nak tahu satu cerita baru tak?” tanya Tiffany,sedari tadi mendiamkan diri.

“Apa dia,unnie?” aku mengalihkan perhatianku.

“Ahli kumpulan DBSK,Kim Jaejoong tengah bercinta dengan Jessica!” cerita Tiffany dengan gembira.Tiba-tiba semangatku menjadi lemah.Kim Jaejoong?Jessica?Aku cuba mengukirkan senyuman.

“Bertuah Jessica unnie,” aku memberikan reaksi.

“Nak tahu lagi satu cerita tak?”

Aku hanya mengangguk. “Cakap jelah.”

“Ada kemungkinan Hello Baby akan pilih kumpulan DBSK sebagai babysitter untuk musim ni!” Tiffany agak teruja. “Jinjja?Mesti dorang akan jaga kanak-kanak yang comel kan?” sekali lagi aku cuba menceriakan diriku sendiri.

“Yup!Unnie ingat lagi masa semua ahli Girls’ Generation berpeluang untuk jaga Kyung Min.” Tiffany menambah lagi.Aku mengangguk lagi...dan mungkin lagi.Berita yang kudengar sebentar tadi sudah menghancurkan moodku untuk hari ini.

“Omma...” panggil Hyun Woo yang sedang bermain bersama adiknya,Hye Mi. “Waeyo?” aku mendekati Hyun Woo. “I’m hungry,” dia menepuk-nepuk perutnya.Aku tersenyum,dan mencubit pipinya.

“Jom kita pergi makan,” ajakku. “Unnie nak ikut sekali?” tanyaku padanya. “Boleh jugak.” dia bersetuju.Kami meninggalkan taman permainan dan menuju ke sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari taman permainan yang kami kunjungi ketika ini.

*****

“Miss Hwang Min Rin?” seorang lelaki berdiri di hadapanku.Ketika itu aku sedang hendak mengunci kereta. “Ya,encik ni siapa?” tanyaku dengan perasaan curiga di hati.Lelaki itu menyerahkan sebuah sampul surat besar.

Aku membuka sampul surat itu. “Eh?” aku lihat lelaki itu sudah meninggalkan aku keseorangan.

Aku membaca isi helaian kertas yang ada di dalam sampul besar itu.

Hello Baby DBSK
We’re invited you,Miss Hwang Min Rin to participated our variety show.
Your niece and nephew will be as DBSK’s children on this show.
We hope you can agree with our plan.

-Hello Baby DBSK crew.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.Adakah aku harus gembira?Sedih?Atau...teruja?

Tiffany dan kedua-dua anak saudaraku sudah masuk ke dalam kafe.Hanya aku di luar,sedang kebingungan dengan perkara yang tidak aku sendiri duga...


Ahhh...chapter 1 has been posted ~.~ lol.Aku tahu chapter ni tak berapa nak best *crappy chapter*...sebab aku tengah takde inspirasi -.- hoho,sebabnya aku rasa susah nak tulis bahasa melayu pulak ==" mianhae >.< aku sebenarnya nak sangat tulis english -.- pfftt...berangan jelah kau,lina ._.  p/s:aku tak tau kenapa aku drag nama jessica =.=  also,i just added tiffany as Min Rin's sister :D

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

5 comments:

faten.banana berkata... Reply To This Comment

Serius. Awesome ! Kena follow up fanfic niyh nampaknya. Hihi.

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@bananafatenreally?thanks sebab sudi baca :) tapi,ff ni mungkin lambat update...sebab ada byk ff lagi nk disiapkan :D

Miss Oat 익명 berkata... Reply To This Comment

DBSK ^^

Anis Zulhas berkata... Reply To This Comment

serius! ff ni memang best! kena tunggu sambungan ni. :D

Aiyunie berkata... Reply To This Comment

arghhhhh! unnie! sambung! palli palli! :D