Khamis, 1 Disember 2011

Can I Love You? [Chapter 6]



Chapter 6:First Day and Meet You Again!


Eun Hee's POV

Sudah beberapa minggu berlalu,kini aku akan meneruskan pelajaranku di Kyunghee University.Aku juga sudah berpindah ke rumah yang dihadiahkan oleh papaku.Kini,aku tinggal sendirian.

Kadangkala,aku akan berkunjung ke rumah abangku.Untuk menemani kakak iparku.

“Semua dah siap!” aku melihat beg yang berisi buku,nota dan yang berkaitan dengan persiapan untuk ke universiti.Selepas berpuas hati dengan semua itu,aku terus mencapai beg sandang dan bergerak keluar dari bilik.

Aku menghidupkan enjin kereta yang juga hadiah pemberian papaku.Aku memandu keluar dari rumah dan menuju ke universiti.

Urusan pendaftaran sudah lama aku selesai,jadi,aku sudah boleh terus ke kelas untuk memulakan pelajaranku di universiti itu.Jam di dashboard menunjukkan ke pukul 7:40 pagi.Kesesakan lalu lintas membuatkan aku mengeluh dengan kasar.

Kalau macam ni,lambat lagilah nak sampai...aku berkata dalam hati.

Beberapa minit kemudian...

7:56 pagi...

Aku mengetap bibir.Nasib baik sudah sampai di perkarangan universiti...aku berkata lagi.

Aku memarkirkan kereta dan terus berlari ke bangunan universiti.

Berdasarkan peta seluruh kawasan universiti itu,kelas itu terletak di bahagian College of Fine Arts/Kyung Hee Arts museum.Dengan sebuah keyakinan,aku membuka pintu besar itu.

Semuanya memandangku.Aku terasa mahu saja berlari dari situ. “Ya?Boleh saya bantu?” seorang wanita tersenyum dan menyoalku. “Urmm,maafkan saya,ini ke Art Music punya kelas?” aku menanya wanita itu. “Yes.So,you are new student?”

Aku mengangguk. “Okay,class!Hari ni kita ada pelajar baru!” wanita itu memberitahu kepada semua pelajar yang sedari tadi melihatku. “Annyeong.Park Eun Hee imnida,” aku memperkenalkan diriku. “Eun Hee,awak boleh duduk sekarang.Saya Miss Shin Hyun Min.” wanita itu memperkenalkan dirinya.

Aku tersenyum padanya,dan terus mencari tempat duduk yang kosong.

“Hi!Saya Kim Hye Sun!” seorang gadis menegurku. “Park Eun Hee.Panggil je Eun Hee.” balasku.Aku terus menumpukan perhatian ke depan.Miss Shin Hyun Min sedang menerangkan tentang bab baru dalam pelajaran.

Mataku tertumpu terhadap salah seorang rakanku.Sejak tadi aku perasan dia memandangku.Lelaki.Pakai beanie.Tapi,aku tak nampak keseluruhan mukanya.Terhalang.Takkanlah dia minat aku kot?Nampak sangat aku nak syok sendiri...

Ahh!Lantaklah!

Aku mengalihkan pandanganku ke depan semula.

*****

Gikwang POV

Pintu itu dibuka oleh seseorang.Muncul seorang yang berpakaian dress putih.Rambutnya itu diikat satu.

““Ya?Boleh saya bantu?” tanya Miss Shin Hyun Min pada gadis itu. “Urmm,maafkan saya,ini ke Art Music punya kelas?” lembut suara gadis itu,dia menanya. “Yes.So,you are new student?” tanya Miss Shin Hyun Min lagi.

Gadis itu mengangguk.Miss Shin Hyun Min memandang kami semua,sebelum dia memperkenalkan gadis itu adalah pelajar baru.

“Annyeong.Park Eun Hee imnida!” gadis itu mempekenalkan dirinya.Aku tersentak dengan nama gadis itu.Aku memerhatikan pergerakan gadis itu.Dia duduk di tempat yang agak berdekatan dengan tempat dudukku.

Aku memandang wajahnya.Perhatianku beralih ke arahnya.

Gadis itu memalingkan mukanya ke arahku,sebelum memandang ke depan semula.Takkanlah...dia memang Park Eun Hee yang kukenali hampir empat tahun itu?Mana mungkin...walaupun,wajahnya memang seiras dengan gadis yang aku rindui itu.

**
Selepas tamat kelas,aku menunggu di luar kelas,dan menunggu gadis itu keluar.

Aku terus menarik tangannya.Gadis itu kelihatan terkejut. “Awak Park Eun Hee?” tanyaku.Gadis itu mengangguk dengan menundukkan wajahnya.Aku mengangkat wajahnya.Pandangan kami berdua bertemu.

Matanya membulat.

“Gi...gikwang?” tersekat-sekat suaranya menyebut namaku.Aku merenung gadis itu dengan tajam.

“Macam mana awak tahu nama saya?” aku menanya dia.Masih merenung gadis itu dengan pandangan yang tajam.

“Urmm...aaaa...” gadis itu tidak dapat meneruskan katanya.

“Sebab awak kan artis?” gadis itu menjawab dengan perlahan. “Awak pasti?” aku sengaja melengahkan pertanyaan itu.Gadis itu mengangguk.Aku tertawa kecil. “Sorry,saya saja je nak buat suspens.Sebab awak punya nama tu sama dengan nama orang yang saya rindu,” katanya.

“Okey...” gadis itu sepertinya pelik denganku.

“Sorry again.Kita jadi kawan ya?” aku menghulurkan tangan.Gadis itu menghulurkan tangannya.

“Lee Gikwang.Panggil Gikwang je,” aku tersengih.Gadis itu tergelak.Comel....aku memuji dalam hati.

Dia mengangguk lagi.

“Jomlah,kita pergi rehat sama-sama.Memandangkan awak student baru kat universiti ni,” aku terus memegang tangannya.Kami menuju ke kafeteria.

*****

Eun Hee’s POV

Oh tidakk!

Lee Gikwang!Sememangnya dia ketika ini.Ianya bukan mimpi ataupun angan-angan!

Dia sedang memegang tanganku ketika ini.Tadi baru saja jantungku seakan mahu tercabut,apabila dia tiba-tiba menarikku,dan menyoalku.Nasib baiklah aku main cakap je,sebab aku kenal dia tu,aku jawab sebab dia adalah artis.

Okey.Dari pandangan aku,dia memang makin kacak.Aku tak tipu.Serius!

Kami berdua menuju ke kafeteria.

“Awak duduklah dulu.Saya belikan makanan untuk awak,” pesan Gikwang padaku.Aku duduk di kerusi yang kosong itu.Lalu menongkat dagu di meja.

Beberapa minit kemudian,dia muncul dengan dua botol air soya dan dua bungkus sandwich. “Kalau awak tak nak sandwich tu,saya boleh beli lain,” ujarnya,selepas meletakkan sebungkus sandwich di depanku.

“It’s okay.Saya makan sandwich jugak.Awak ingat saya ni tak reti makan sandwich ke?” balasku,dengan rasa menyampah sedikit.Dia ketawa. “Wooo...relaks.Janganlah marah,ke awak ni datang bulan?Sampai marah-marah macam ni?” soal Gikwang dengan sengihan nakal.

Aku memijak kasutnya.Dia mengaduh kesakitan,dengan kuat.Semua pengunjung dia kafe itu memandang kami.

“Takde apa-apa...janganlah pandang lagi,” Gikwang menyuruh semua yang memandang kami supaya berhenti melihat kami berdua.

“Kuat betul awak pijak.” dia mengigit sandwich sambil menjelingku.

Aku menjelirkan lidah. “Padan muka!”

Dia menjelirkan lidahnya padaku pula.Aku mencubit tangannya.Aku mengambil sekeping sandwich di bungkusan itu,lalu makan tanpa mempedulikan Gikwang yang geram denganku.Hahaha...

*****

“Eun Hee,mintak nombor telefon!” tiba-tiba dia main redah je.Aku yang sedang membaca buku hampir terjatuhkan buku yang dibaca itu.Dia tersengih.

“Boleh...boleh blah!” aku bangun dan berjalan ke kawasan parkir kereta.Dia mengejarku. “Weh,aku tumpang kau boleh?” dia menanyaku. “Blah!Kau kan boleh balik sendiri,” aku malas hendak melayan dia.

“Alah,kita kan kawan,so tak salahkan kalau kau tumpangkan aku?” dia mula buat muka tapai atau pun sepatutnya aku panggil muka kesian dia tu.Ish...ni yang aku lemah ni...dahlah dia hansem,comel pulak tu.
“Okeylah.” aku bersetuju.

“Yehaaa!Ni yang buat aku sayang gila kat kau ni,Eun Hee,” ujar Gikwang sambil memelukku.Aku terasa ada aliran elektrik mengalir di badanku.

Baru je hari pertama,mamat ni dah tunjuk perangai sengal dia...aku berkata dalam hati.Aku masuk ke dalam kereta.Dia juga masuk,dan duduk di bahagian penumpang.

“Kat mana?” tanyaku.

“Hah?” dia blur.

“Mana tempat tinggal kau?”

“Dorm Beast.Takkan tak tau kot?” balasnya,dengan sebuah pertanyaan padaku.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Betul jugak cakap dia tu...

Kali ni aku terlebih merapu...mianhae!//bow 

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...