Selasa, 29 November 2011

Can I Love You? [Chapter 5]






Chapter 5:Accidentally Meet You

Eun Hee’s POV

Aku sudah sampai di kafe itu.Langkah kaki memberat sewaktu hendak melangkah masuk ke kafe itu.Sungguh aku takut,jika kenangan yang pernah ada antara aku dan Gikwang di kafe ini akan menggamit ingatanku terhadap Gikwang.

To:Dongwoon

Kau kat mana?Aku dah sampai ni...

Aku menghantar mesej,untuk menanya Dongwoon di mana dia berada kini.

Teeett!

From:Dongwoon

Aku dah sampai.Cari aku.Aku pakai baju warna hitam.Hoodie warna putih.
Aku datang dengan oppa Junhyung. :D

Dia ajak Junhyung?Oh My God...aku terus mencari,bersamaku ialah adik tiriku,Park Eun Ji yang dari tadi diam saja.

Hmm,baju hitam,dan hoodie warna putih...aku menggumam.

“Unnie,nak aiskrim...” Eun Ji mengoncang tangan kananku. “Sekejap,sayang...unnie tengah cari oppa Dongwoon,” balasku sambil melihat orang di sekeliling kafe itu. “Okay...” Eun Ji menurut.

Aku terlihat,dua orang lelaki sedang duduk di tempat yang sama,dan salah seorangnya memakai baju yang aku cari.Dengan perlahan,aku mendekati mereka berdua.

“Annyeong.Son Dongwoon?” aku menanya dengan berhati-hati.

“Ne.Saya Son Dongwoon.Awak siapa?” jawapannya membuatkan aku tersenyum sendiri. “Eun Hee.Park Eun Hee,” balasku.Lelaki itu bangun,dia memandangku dari atas sehingga ke bawah. “Noona?!” jeritnya.Aku menunjukkan penumbuk.

Dongwoon terus memelukku. “Hey...kau ni,over betul...” aku melepaskan pelukan.Dongwoon ketawa,dan dia memandang Eun Ji di sebelahku.Dia membuat isyarat mata,supaya aku menjelaskan,siapa Eun Ji.

“Kenalkan,ini Park Eun Ji.Adik tiri aku,juga adik saudara tiri kau.” aku memperkenalkan Dongwoon kepada Eun Ji. “Ahh...aku ingat anak kau.” selamba dia menuturkan kata.Aku memukul bahunya. “Yahh!Kalau aku dah kahwin,mestilah aku jemput kau!Pabo!” aku memarahi dia.

“Hahaha...jangan marahlah noona.Chill,” dia cuba menenangkanku.

“Bluekk!Eh,tapi,kalau aku ada anak sekarang ni pun,okay gak kan?” aku memasang angan-angan. “Merana Gikwang tu,kalau dia tahu noona dah kahwin dengan lain,tau?” dia bercakap,namun dalam nada bisikan.

“Ish...kenapa nama dia jugak yang kau nak sebut.” aku mendengus kecil.

“Sebab dia selalu sebut nama kau bila dia tidur...” kenyataan itu membuatkan aku terkejut.Sampai macam tu sekali?

“Dongwoon-ah...hyung dah lapar ni,cepatlah order makanan!” Junhyung menegur. “Ah,okay,noona Eun Hee,belanja okay?” Dongwoon mengenyit matanya. “Aish...kau ni kan...” aku geram.

“Okeylah,fine!Kau nak apa?Pesan jelah...” ujarku,dengan melihat menu yang telah disediakan. “Unnie,Eun Ji nak aiskrim coklat!” beritahu Eun Ji sambil memandangku. “Okey,lagi?” aku menanya Eun Ji. “Wafel!” kata Eun Ji.Aku tersenyum. “Noona...saya nak chicken chop,orange juice!” beritahu Dongwoon dengan nada yang membuatkan aku hendak mengetuk kepalanya.

“Hmm,okay.Oppa Junhyun nak pesan apa?” aku menanya Junhyung. “Sama dengan Dongwoon,” balasnya.Aku mengangguk.

Kebetulan ada seorang pelayan sedang berjalan ke arah kami,jadi,tak payahlah aku memanggil. “Dua set chicken chop,dua orange juice,satu set wafel,aiskrim coklat,dan satu set garlic bread bersama mushroom soup,juga latte ice,” aku memesan.

Pelayan itu mencatatkan pesanan itu di dalam sebuah buku,dan dia menyuruh kami menunggu.

“Selama ni,noona dekat Jepun?Tak pernah balik dalam beberapa tahun ni?” Dongwoon mula bertanya. “Hmm,langsung tak balik.Sekarang ni,I’m back for my family.” balasku,dengan yakin.

“Bukan untuk Gikwang?” dia cuba membuatkan aku tersentak dengan soalannya yang tiba-tiba itu.

“Gikwang?Awak kenal dia ke?” Junhyung menyampuk perbualan kami.Aku cuma senyum sebelum mengangguk. “Dia ni,kekasih Gikwang.” Dongwoon memberitahu tanpa berselindung.Aku mencubit lengannya.Rahsia dah terbongkar,Junhyung sudah tahu...

*****

Gikwang POV

Aku mencapai beanie,dan cermin mataku. “Nak pergi mana tu?” tanya Hyunseung yang sudah bangun. “Nak keluar kejap.” balasku. “Eh?Okey.Jangan sampai wartawan perasan kau pulak.” dia mengingatkanku.

“Oh ya,hyung Jiyong takde.Dia keluar kejap,dengan Junhyung dan Dongwoon,” Hyunseung memberitahu. “Ya ke,aku baru nak suruh hyung hantar.Takpelah,aku naik teksi jelah,” aku terus mengambil beg sandang.

Keluar saja dari dorm Beast,aku menahan teksi. “Love Cafe House,” aku memberitahu pemandu teksi itu.Pemandu teksi itu hanya mengangguk dan memandu terus ke tempat yang kusebutkan tadi.

Aku leka melihat apa yang ada di luar sehinggakan aku tidak sedar,yang aku sudah sampai di depan kafe itu,sehinggalah pemandu teksi itu menegurku.Aku membayar tambang teksi dan keluar dari teksi.

“Selamat datang,” ucap pelayan yang membukan pintu kafe itu. “Terima kasih,” balasku.

Aku mencari tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap,yang sememangnya menjadi tempat kesukaanku,setiap kali berkunjung ke kafe ini.

“Encik nak pesan apa?” seorang pelayan muncul. “Ermm,bagi saya satu set wafel,garlic bread with mushroom soup dan hot coffee,” aku memberitahu makanan yang hendak kupesan,tanpa melihat menu yang diberikan.

Pelayan itu mencatatkan pesanan yang kupesan,dan menyuruhku tunggu sebentar.

Suasana di kafe agak lengang,kerana hari ini adalah hari bekerja,dan waktu tengahari,barulah ramai pelanggan akan datang ke kafe ini untuk menikmati makan tengahari.

“Noona!”

Aku tersentak.Suara orang memanggil seseorang itu seperti suara Dongwoon.

“Woi,Dongwoon!Kau tak payahlah soal banyak-banyak!”

Suara itu...

Aku berfikir dalam sedar.Mungkinkah dia?Jadi,Dongwoon bertemu dengan dia?aku menyoal diriku sendiri.Perasaan hendak mengetahui empunya suara itu membuatkan aku bangun dan terus melangkah ke arah meja yang arahnya agak bertentangan dengan tempat yang aku duduki.

“Dongwoon?” aku memanggil dengan perasaan yang teragak-agak.

Lelaki yang memakai hoodie itu mengalihkan pandangan ke arahku. “Gikwang?Kau buat apa kat sini?” Dongwoon menanyaku.

“Ah,aku lapar,so,aku datang makan kat kafe ni.” aku menjelaskan sebab aku datang ke kafe ini. “Yo!Gikwang!” bahuku ditepuk oleh seseorang.

“Junhyung?Hyung buat apa kat sini?” aku melihat dia yang sedang memegang tangan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang asyik menjilat aiskrim coklat. “Ah,aku temankan Dongwoon,” dia membalas.

Kanak-kanak perempuan itu duduk di riba seorang gadis yang berambut panjang.Gadis itu mengusap rambut kanak-kanak perempuan itu,sebelum kanak-kanak perempuan itu duduk di sebuah kerusi yang lain di sebelah gadis itu.

Oleh kerana gadis itu duduk dengan wajahnya yang menghadap ke luar tingkap,aku tidak dapat melihat dengan jelas wajahnya.

“Teman wanita kau ke?” aku menanya. “Ne.Nama dia Yunnie,tapi,aku panggil dia noona,sebab dia tua sikit daripada aku,” ujar Dongwoon dengan sengihan.

Gadis yang dipanggil dengan nama Yunnie itu memijak kasut milik Dongwoon menyebabkan Dongwoon menjerit kecil.

“Betullah kan?Noona tua setahun daripada saya,” dia memandang gadis itu.

Aku memerhati gadis itu.Dia menundukkan wajahnya.

“By the way,joinlah kitorang.” Dongwoon mempelawa.Sekali lagi gadis itu memijak kasut milik Dongwoon. “Yahh!Ganas betullah!” dia menahan kesakitan.Junhyung dan kanak-kanak perempuan itu ketawa.

“It’s okay.Aku nak bersendirian sekarang ni.So,aku pergi tempat aku dulu,okay?” aku meminta diri untuk ke tempat yang aku duduki tadi. “Okay!” Dongwoon melambai tangannya.Aku ketawa.

*****

Eun Hee’s POV

“Dongwoon?” suara orang memanggil Dongwoon itu menyebabkan aku terasa hendak hilang dari kafe ini.Dia...kenapalah dia berada di sini ketika ini.Dongwoon perasan akan perubahan di wajahku.

“Gikwang?Kau buat apa kat sini?” Dongwoon menanya si dia itu.Aku memandang ke arah lain.Dadaku berdegup kencang.Dari ekor mataku,aku dapat melihat penampilannya.Beanie dan cermin mata besar itu,sama seperti beberapa tahun yang lalu.Dia masih kacak...pujiku dalam hati.

Ahh!Eun Hee?!Kenapa dengan kau ni?!hatiku berbisik pada diriku sendiri.Aku mengetap bibir.

“Ah,aku lapar,so,aku datang makan kat kafe ni.” si dia membalas.Kemudian,Junhyung menegur dia.Dia hanya melihat Eun Ji yang sedang asyik menjilat aiskrim coklat yang kupesan tadi.

“Junhyung?Hyung buat apa kat sini?” dia menyoal Junhyung. . “Ah,aku temankan Dongwoon,” Junhyung menjawab pertanyaan dia.

Eun Ji berjalan ke arahku,dan duduk di ribaku.Aku mengusap rambut Eun Ji.Kemudian,Eun Ji duduk di sebuah kerusi di sebelahku.

“Teman wanita kau ke?” dia menanya. “Ne.Nama dia Yunnie,tapi,aku panggil dia noona,sebab dia tua sikit daripada aku,” ujar Dongwoon dengan sengihan.Jawapannya itu menyebabkan aku memijak kasutnya.Dongwoon menjerit kesakitan.

“Betullah kan?Noona tua setahun daripada saya,” Dongwoon memandang aku.

Apabila si dia memandangku,cepat-cepat aku menundukkan wajahku.


“By the way,joinlah kitorang.” Dongwoon mempelawa.Sekali lagi aku memijak kasut milik Dongwoon. “Yahh!Ganas betullah!” dia menahan kesakitan.Junhyung dan Eun Ji ketawa melihat kami berdua.

Buat apalah Dongwoon nak ajak dia?Habislah kalau dia tahu aku ni Park Eun Hee!hatiku berdesis.

“It’s okay.Aku nak bersendirian sekarang ni.So,aku pergi tempat aku dulu,okay?” si dia meminta diri. “Okay!” Dongwoon melambai tangannya.Si dia ketawa.Aku hampir terpikat dengan cara dia ketawa.Comel je aku tengok cara dia ketawa...

“Noona masih sukakan dia lagikan?” Dongwoon berbisik ke telingaku.Aku mencubit lengannya sekali lagi.Dalam hatiku ini,ada rasa lega,kerana si dia menolak pelawaan Dongwoon untuk menyertai kami.


Haha...again aku merapu sikit...Kbaii!

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

2 comments:

Miss Oat 익명 berkata... Reply To This Comment

takkan Gikwang tak perasan Eun Hee -,-

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@Kim Myungsoo 명 명 haha...eun hee tk nak gikwang tahu :D