Khamis, 21 Julai 2011

Say That You Love Me [Chapter 4]

Chapter 4



Sesampai sahaja aku di hadapan rumah,aku mendapati June sudah terduduk di hadapan pintu rumah.Segera aku mendapatkan June. “June!Kau okey ke?” dengan nada risau aku bertanya. “Aku rasa…teruk sangat…” June membuka matanya,lalu dia meluahkan kata.Aku terus memeluk June.Dia menangis teresak-esak. “Aku benci Daniel!” esakannya makin kuat.



“Syhh…kau janganlah macam ni…” aku tidak suka apabila June sebegini.Dia seorang periang.Sejak berkenalan dengan dia,aku tidak pernah nampak dia kecewa sebegini rupa.Beginikah rupa orang yang kecewa akibat cinta?Dennis pula hanya memerhati.Dia mendukung Min Ki.

“June…” panggil Dennis.June mengangkat mukanya.Dia mengetap bibirnya. “Apa Daniel dah buat?” soal Dennis.Aku hanya membiarkan Dennis menanya. “Abang kau tu lelaki tak guna!Kau tau tak?!Dia tu sanggup lupa janji dia!Semata-mata nak keluar dengan Jessica!” jerit June,kepada Dennis.Dia berjalan ke arah Dennis.Aku bingung saat ini.

Mereka kenal antara satu sama lain? “Jessica tu kan girlfriend Daniel?Tak salahkan?Lagipun,Daniel dah lama tak jumpa Jess,so,he spend his time with Jess,” jelas Dennis,aku pula semakin tak faham. “What?!” terjerit June dibuatnya. “I thought…I thought…he loves me…” June bungkam sendirian.Dia menangis lagi.

“Korang memang kenal ke?” soalku. “Aah,Dennis ni adik Daniel,” suara June agak serak akibat menangis.Aku mengangguk.Fahamlah aku sekarang ini.

“June…biarkan,ada lelaki lain untuk kau.” aku menasihati June yang menangis,wajahnya sembap dengan air mata yang mengalir sejak tadi. “Lelaki memang tak guna,kan?Sia-sia je aku sukakan dia dari dulu!Kalaulah…masa dapat diputarkan kembali,aku tak ingin jatuh cinta dengan dia!” dalam tangisnya,dia masih meluahkan rasa geramnya terhadap Daniel.Aku tersenyum sedikit.

“Dahlah tu,June,kau carilah orang lain,” aku menasihati June. “Cari orang lain?” aku tahu dia agak terkejut,tetapi itulah cadangan yang terbaik untuk June,bagiku. “Betul tu,kau cari orang lain,sebab aku tak nak kau terus terluka dengan sikap abang aku tu,” Dennis mengulas,menyatakan persetujuannya dalam hal ini. “Aku…aku…entahlah,susah rasanya nak hapuskan perasaan ni.” akui June.

“Kalau kau cari orang lain,cuba lupakan dia…aku pasti,kau takkan ingat dia balik,” ujar Dennis,dengan sebuah alasan yang kukira agak logik juga. “Aku akan cuba,” June berkata,nampaknya dia agak berat untuk lupakan Daniel. “Kalau kau berusaha,pasti kau akan boleh lakukannya,” aku mengusap bahunya perlahan.Aku melihat jam tangan yang kupakai. “Dennis,dah pukul sembilan malam,esok awak ada shooting pagi,kena bangun awal,” segera aku teringatkan jadualnya pada esok hari. “Hmm…okey,kalau macam tu,saya balik dulu,” dia menyerahkan Min Ki kepadaku.



“Good night,” aku mengucapkan selamat malam kepadanya. “Good night too,” balas Dennis.Dia berjalan menuju ke luar pagar.Tetapi dia berpatah balik semula ke arahku.Sebuah ciuman diberikan di pipiku.Aku membulatkan mata.Kemudian dia tersenyum sebelum melangkah semula ke keretanya.Kenapa dia macam tu?!Aku meraba pipi kananku. “Muka kau dah merah,Lissa,” usik June.

Aku terus membawa Min Ki masuk ke dalam rumah. “Kau dengan dia ada apa-apa ke?” June duduk di sofa.Nadanya agak ceria sedikit. “Aku cuma PA dialah,” balasku,terus terang. “Wah!Baguslah…aku harap kau dapat ceriakan hidup dia yang kesepian,” kata June.Sepertinya June memang rapat dengan Dennis.

“Maksud kau?” aku tidak mengerti sebenarnya. “Dia hidup dengan penyesalan,kesal dengan sikap dia yang dulu,aku tak mahu cerita banyak-banyak,sebab aku dah janji,takkan cerita apa-apa pasal hidup Dennis yang dulu,” kelihatannya June rasa bersalah. “Takpe,aku tak kisah,sebab itu bukan urusan kita berdua kan?” aku duduk di sisinya.Min Ki sudah kuletak di bilikku,tidur di sebuah katil khas untuknya.

“Aku rasa,aku dah kalah dalam perjuangan cinta,” June memberitahu,lalu tergelak. “Kau janganlah macam ni,kalau sekali kau gagal,tak bererti kau gagal untuk selamanya,June,” aku menolak katanya yang seakan putus asa. “Betapa bodohnya aku ni!Kenapalah aku boleh tak perasan yang aku ni hanya bertepuk sebelah tangan?” dia seakan menahan rasa sebak,senyumnya seakan menahan rasa ingin menangis.

“Jangan bazirkan air mata kau tu,” pesanku. “Kau pernah bercinta?” June bertanya.Aku senyum,Elaine juga bertanya. “Hmm…ya.Dengan seorang lelaki,bernama Dennis,ini bukan Dennis yang tadi,dia adalah kawan aku semasa di sekolah menengah,tapi,sayangnya dia curang,lepas je kemalangan,dia dah takde,mungkin dia dah tak mahukan aku lagi,” aku pula terasa sebak.Walaupun tak banyak yang aku ingat,tapi,namanya masih terpahat di fikiranku.

“Kau pernah ingatkan dia?” June tanya lagi. “Kadang-kadang,bila aku terfikir,bilalah aku nak dapat boyfriend…wajah dia akan muncul,dalam mimpi pun,cuma wajahnya ada iras Dennis,” aku selalu bermimpi tentang Dennis,tetapi kenapa wajah si kacak juga yang muncul. “Ada sesuatu di sini,yang aku rasa pelik,” June juga merasakan sebegitu. “Dennis tu mixed blood ke?”

“Aah,tak silap aku iya,dia ada kakak tiri,dan sorang abang,” aku cuba mengingati tentang Dennis,masa silamku. “Dennis tu pun ada kakak tiri dan abang,” June membalas.Aku pandang June. “Betul ke ni?” aku merasakan ada sesuatu yang perlu aku tahu.Tentang Dennis. “Dennis tu ada kakak tiri nama Deanna,abang dia Daniel tak guna tu,” sambil menerangkan,dia siap menambah,mengutuk si Daniel.Aku ketawa kecil.Kebetulan!Kakaknya pun Deanna,dan abangnya Daniel.

“Ianya seakan kebetulan,June,” aku sudah mula ragu-ragu dengan Dennis,kisah silamku. “Kau ni ada penyakit amnesia ke,Lissa?”

“Mungkin sebab kemalangan tu,aku tak ingat sangat.” ujarku. “Mama kau tak pernah sentuh pasal hal ni?”
“Tak.Tapi,yang aku curious,bila cakap pasal Dennis,mama aku macam mengelak,” aku selalu perasan akan reaksi mama setiap kali aku bertanyakan tentang Dennis.Mengelak. “Pelik…”

*****

*Part Dennis



DIA merenung wajah itu.Gadis itu tersenyum manis.Gadis itu banyak membuatkan dia selalu tersenyum.Kesal!Itu saja yang dia bayangkan saat ini.Kalaulah dia dapat mengembalikan masa lalu,dia inginkan sebuah perhubungan yang jujur tanpa masalah.Semuanya berpunca dari dirinya sendiri.Membayangkan wajah Hyun Ae dan Melissa.Kedua-duanya serupa,wajah mereka seiras.

Timbul rasa ingin tahu,siapakah Melissa yang sebenarnya.

7 tahun lalu…

Dennis berjalan di sekeliling sekolah.Hari ini merupakan hari pertama masuk ke sekolah ini.Dia mengikut kakak tirinya,Deanna yang pulang ke Korea untuk belajar di universiti.Abangnya,Daniel,masih tinggal di US bersama-sama mama mereka.Tadi,semasa di kelas,dia hanya mampu mengucapkan ucapan selamat sejahtera,yang lain,semuanya dia tidak faham.

Dia memahami bahasa korea,tetapi,agak susah berkomunikasi dalam bahasa korea,jadi dia lebih senang bertutur dalam bahasa inggeris.Semasa dia hendak melintasi padang sekolah,dia terlanggar seorang gadis yang sedang asyik membaca sambil berjalan. “Hey,are you blind?!” marah Dennis kepada gadis itu.Gadis itu kelihatan bingung.

“Eojjihayeo naleul ttalineun geoya? (Kenapa awak langgar saya?)” tanya gadis itu sambil mengambil bukunya yang terjatuh. “You hit me first…” Dennis memberitahu. “Dangsin-eun hangug-eo ihae? (Awak faham bahasa korea?)” gadis itu kelihatan terkejut. “Ye.Jogeum. (Ya.Sikit-sikit)” Dennis senyum sedikit. “So…I think you hit me first…” ujar gadis itu.

“Who said?!”

“I said…” gadis itu selamba.”You hit me,then,I hit you back!” dengan nada geram,Dennis membalas kata gadis itu. “Do you think I do care?” sinis gadis itu berkata sebelum berlalu. “Hey!Wait!We have to discuss it now!” segera Dennis berlari ke arah gadis itu.Gadis itu menjelirkan lidahnya.Dennis mendapatkan gadis itu,dan mereka sama-sama jatuh di padang yang agak luas itu.

“Bwa!Wae nawa hamkke silhaenghaneun? (Tengok!Kenapa awak langgar saya?)” gadis itu mula memarahi Dennis dan menjauhkan dirinya daripada Dennis. “Don’t be angry,little girl…I’m just want to settle out our problem as soon as possible,” jelas Dennis,dengan tawanya. “I don’t want!” bentak gadis itu. “Well…if you’re refusing,I will make a punishment to you!” Dennis bercadang hendak mengenakan gadis itu.

Gadis itu berdiri.Membetulkan uniform sekolahnya. “Be my girlfriend,” terluncur perkataan tersebut dari bibir Dennis.Gadis itu membulatkan mata.Terkejut.Dennis juga terkejut dengan katanya. “Simgaghage dangsin-i jinjjaga? (Awak serius ke ni?)” gadis itu kelihatan ragu-ragu.Dennis mengangguk. “Ye, (Ya)”

“I don’t want to be your girlfriend,” sambil menunduk,dia membalas. “You have too!” Dennis masih beria-ia mahu gadis itu menjadi girlfriendnya. “No!” gadis itu menolak.

“Yes!”

“No!”

“Yes!”

“No!”

“Yes!” Dennis masih tidak mahu mengalah. “Yes!” gadis itu menjawab.Dan dia menekup bibirnya,tersilap kata.Dennis menyengih. “So,now you have to be my translator,I want to learn about Korean language,okay?” Dennis memandang gadis itu.Kaku. “If I teach you Korean,how about me?” gadis itu sudah malas hendak membalas kata.

“I don’t know,but you still have to help me,right,honey?” ujar Dennis sambil mengenyitkan matanya.Gadis itu terlopong. “Crazy guy!” gadis itu segera meninggalkan Dennis. “Hey,honey!Don’t forget,okay!Saranghae!” ucap Dennis,selamba.Gadis itu menjelirkan lidahnya sekali lagi.Dennis ketawa lagi.

Dia bangun dan melangkah masuk ke kelasnya,rehat sudah tamat.

Sewaktu di dalam kelas,dia terlihat kelibat gadis yang berada di padang tadi,sedang bersembang dengan kawan sekelasnya. “Hyun Ae,kenapa baju kau kotor ni?Takkanlah kau nak bersukan sambil pakai uniform sekolah?” kawan gadis itu memegang uniform sekolah gadis yang dipanggil Hyun Ae,agak kotor sedikit.

“Ada orang gila mana entah,kacau aku masa tengah seronok baca,” gadis itu membalas.Selambanya memang menyebabkan Dennis berasa hendak ketawa. “Orang gila?Mana ada orang gila dekat sekolah ni?Merepeklah kau ni,Hyun Ae,” kawan Hyun Ae ketawa. “Mamat tu,mungkin budak baru,sebab mana ada muka mixed blood,kalau budak junior,aku rasa tak,sebab mamat tu mungkin sebaya dengan kita.” Hyun Ae berkata.

“Mixed blood?!” kawan Hyun Ae terjerit kecil. “Kau ni kenapa?” Hyun Ae pelik melihat kawannya. “Kelas kita ada sorang mixed blood guy!” kawan Hyun Ae berkata.Dennis mengangkat keningnya.Dia mencuri dengar segala perbualan gadis itu dengan kawannya.

“Bila masa ada student baru?” Hyun Ae menggaru kepala. “Takkan kau tak perasan masa Cikgu Kim masuk pagi tadi?” kawan Hyun Ae menarik telinga Hyun Ae.Gadis itu ketawa. “Tak,sebab aku sibuk baca novellah,” sengih Hyun Ae. “Cehh…kau tau tak mamat tu,hansem giler!Kalah Bae Yong Jun yang aku suka tu!”

Hyun Ae tergeleng kepalanya.Pandangannya masih terarah kepada kawannya.Dia tidak sedar Dennis asyik memerhatikannya sejak tadi. “Bae Yong Jun?Pelakon citer tu ke?Winter Sonata?” terbayang wajah Bae Yong Jun. “Yalah!”

“Aish…Bae Yong Jun tu hansem apa!Takkan kalah kot dengan mamat tu?” Hyun Ae membalas pendapat kawannya. “Tapi,mamat ni mixed blood!Korean dengan American kot,” kawan Hyun Ae menafsir. “Haha…kau terlebih tengok citer Hollywood lah ni,kot muka Tom Cruise pun kau suka,kan?”

“Hollywood pun best apa?Alah,aku layan semualah.Leonardo Dicaprio yang berlakon dalam Titanic tu pun hansem!” kawan Hyun Ae sengih. “Ji Eun…kau ni memanglah…” Hyun Ae mengambil tempat.Dennis tersenyum melihat gadis itu.Hyun Ae…

Tempat duduk Dennis berhampiran dengan tempat duduk Hyun Ae dan kawannya,yang dipanggil sebagai Ji Eun.Guru kelas masuk. “Hari ni saya nak ubah tempat duduk kamu semua,macam biasa…” Cikgu Kim masuk semula,menggantikan guru matematik mereka yang sedang cuti sakit.

Semua pelajar mengeluh.Ada yang merungut. “Jangan nak mengeluh.Semuanya muktamad,saya dah susun ikut gred,ikut keputusan peperiksaan kamu,” ujar Cikgu Kim. “Hyun Ae,macam mana ni?” Ji Eun,kawan Hyun Ae merengek kecil,menarik lengan baju uniform Hyun Ae. “Nak buat macam mana,kau bukan nak berusaha pun…kan cikgu dah susun ikut gred…” sengaja Hyun Ae berkata begitu.

Dennis hanya mendengar.Harapannya agar dapat duduk di sebelah Hyun Ae.

(p/s:June & Daniel;kisah dorang sdg disiapkan...hehe....bahasa korea tu,kredit to google translate...:) )



Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: