Selasa, 19 Julai 2011

Say That You Love Me [Chapter 3]

Chapter 3








Sampai saja di lokasi penggambaran yang dituju,hujan mulai turun.Aku terpaksa menunggu dalam kereta saja. “Hello?Dennis?” aku menelefon dia. “Awak dah sampai ke?” tanya Dennis. “Yes,tapi,hujanlah sekarang ni.Saya tunggu dalam keretalah,” aku memberitahu.Rasa kasihan kepada Min Ki yang sudah tidur. “Okey,nanti saya datang,mana kereta awak?”

“Mini cooper warna merah.” aku membalas. “Hmmm…nanti saya datang,lagipun shooting tu dihentikan sekejap,sebab dah hujan…” ujar Dennis. “Ermmm…okey.Saya tunggu,” aku berkata. “Bye,I miss you,” balas Dennis,ketawa kecil.Aku juga ketawa.Aku tahulah dia nak bergurau dengan aku.Takkan nak serius kot…

Aku memejamkan mata.Terasa lenguh pula tengkukku ini.Dan…aku terlelap entah bila masanya pun aku tak sedar.

Ketukan di tingkap kereta menyebabkan aku terjaga.Aku mengurut dada.Dennis sudah terpacak di luar kereta sambil memegang payung berwarna biru muda.Hujan dah berhenti.Aku keluar dari kereta. “Awak tidur ke?” tanya Dennis dengan nada prihatin. “Aah…mengantuk.Semalam saya tidur lewat,” aku menjawab pertanyaan dia. “Maaflah kalau awak terkejut,” dia meminta maaf.Sekali lagi…dia meminta maaf.

Aku senyum. “Mana anak saudara awak?” dia meninjau dalam kereta,mencari kelibat Min Ki. “Min Ki tidur,biasalah budak-budak,” aku berdiri di sebelahnya.Menunjukkan Min Ki yang sedang lena.Betapa comelnya dia! “Comel…” puji Dennis.Aku senyum lagi.Kalau diikutkan hati,mahu je aku peluk Dennis,sebab dia pun comel jugak.

Segera aku teringatkan aiskrim.Aku terus mengambilnya di dalam kereta. “Chocolates for you,” aku memberikan bekas aiskrim berwarna putih. “Thanks,Hyun Ae,” ucap Dennis. “Sama-sama…kenapa awak suka panggil saya Hyun Ae?” aku membalas ucapannya,dan menyoal.

“Entah…saya suka panggil awak Hyun Ae,” sambil makan,dia tersenyum.Terserlah lesung pipitnya.Oh no…aku sudah cair sekarang ni… “Dulu awak memang duduk di Korea ke?” kerana bosan,aku meringankan mulutku untuk bertanya soalan. “Saya dilahirkan di US,masa umur saya dua tahun,saya pulang ke sini,lepas tu,umur 10 tahun,saya ke US semula,dan umur 16 tahun,saya ikut kakak saya ke sini.Saya belajar di sini,sebelum ke US semula untuk belajar di kolej,” cerita Dennis,masih menyuap aiskrim coklat ke mulutnya.

Aku merenung dia.Tak jemu pun nak pandang dia…

Tiba-tiba dia memandangku pula.Kantoi!Aku memandang ke arah lain.Malunya,dahlah pandang dia,then,terkantoi dengan dia pulak!Aduh!!!

“Hyun Ae…” dia memanggil namaku. “Hmm?” aku memandang dia pula.Dia menyuapkan aku aiskrim coklat.Aku membulatkan mata.Dia ketawa. “Terkejut ya?” dia menarik pipiku.Berbahang mukaku dibuatnya.Kenapalah dia nak buat aku rasa begini.Hari pertama menjadi PA kepada Dennis memang indah bagiku.Bunyi rengekan dari dalam kereta.Min Ki!Aku terus mendukung Min Ki yang sudah terjaga.

“Syhh…mummy dekat sinilah…” aku mengusap belakang Min Ki.Min Ki yang menangis terhenti tangisannya apabila aku memberikan susu botol kepadanya.Aku duduk di sebuah bangku.Dennis pula duduk di sebelahku. “Miki!” dia menyebut nama panggilan Min Ki.Aku pandang dia. “Abang awak Lee Young Jae kan?” dia mendukung Min Ki yang sedang ralit memegang tanganku.

“Ah…ya…macam mana awak kenal Jason?” memang aku hairan. “Young Jae tu kawan saya masa dekat kolej dulu,” selamba dia membalas.Aku terlopong.Betapa kecilnya dunia ini! “Dan…Miki nilah anak kepada Maria,adik saya,I’m his uncle,” sambung Dennis lagi.Bertambah melopong aku dibuatnya…how could this be?

“Maria adik awak?” soalku.Dia menganggukkan kepala. “Dengarnya dia pun dah balik sini kan?” dia masih makan aiskrim chocolate.Aku merampas bekas aiskrim tersebut dan menyuapkan aiskrim tersebut ke dalam mulutku.Ummm…sedapnya coklat ni…aku memejamkan mata,ni kes nak feeling sambil makan aiskrim chocolate ni…

“Macam nak buat iklan je…” perli Dennis.Aku menjeling dia dan mengangkat sudu,nak memberontak kejap dengan dia ni…Dia ketawa lagi. “Eh!Shooting dah habis ke?” aku menyedari sedari tadi dia berada di sini. “Kan saya dah kata,dihentikan…awak ni blur betullah!” dia menarik hidungku pulak…amboi!Melebih nampaknya!

Aku mencubit pipi dia yang ada lesung pipit tu.Eeiii! “Awak ni cute sangatlah!Geram tau!” aku terlepas cakap.Oh!Itu ayat aku,setiap kali tengok wajah dia,tak kiralah dalam majalah ataupun dalam drama. “Oh really?Comel ke?” dia pun dah mula dah.Masuk lif tekan sendiri nampaknya!

“Perasan!” aku berkata begitu,nak tutup rasa malu sebab terlepas cakap. “So,awak bahasakan diri awak sebagai awak sebagai mummy?” dia mengusap rambut Min Ki yang sudah tumbuh panjang. “Aah…sebab saya suka sangat dengan budak-budak!” jujur aku mengakui dengan kecenderunganku yang menyukai kanak-kanak. “Kalau macam tu…awak jadi mummy dia.Saya jadi daddy dialah!”

Serentak itu,aku tersentak. “Tak boleh!” aku pantas membantah. “Kenapa?Sayakan uncle Miki jugak.Awak pulak auntie dia,tak mustahil kan?” nada suaranya lembut menyoalku,sehinggakan aku terpesona.Susah betul nak kawal perasaanku ini.Ah! “Daddy…” dia mengajuk kata,menyuruh Min Ki memanggil dia sebagai daddy. “Daddy!” Min Ki menyebut perkataan tersebut,dengan gelak yang sungguh comel bagiku.

“Kan dia sebut daddy?Awak kena setuju jelah…” ujar Dennis,dengan sengihan nakal. “Ohh…awak ni saja nak buat saya rasa nak marah…hmm,okeylah,” aku terus mengambil Min Ki daripada dukungan Dennis,lalu masuk ke dalam mini cooperku yang baru itu semula.Bekas aiskrim tadi,telah aku letak ke bangku.Aku terus memandu.

Semasa aku sedang memandu,dan leka melayan perasaan yang ala kononnya nak tangkap syahdu kejap ni,sebuah kereta sports memotongku.Lalu menghentikan kereta tersebut di hadapan kereta. “Shit!” aku menyumpah si pemandu itu.Hon dibunyikan.Kuat.Pintu kereta sports tersebut dibuka.Dennis!

Aku pun ikut keluar. “Awak ni kenapa hah?Nak saya dengan Min Ki mati ke?!Awak reti tak hargai nyawa orang lain?!Hey!Are you realized what are you doing now?!” terus aku menghamburkan kemarahanku kepada Dennis.Dia hanya kaku sambil memandangku. “Dennis?Hey?” aku mengawang-gawangkan tanganku ke arah mukanya.Kena sampuk ke?




“Hyun Ae…” dia terus memelukku.Erat.Mukaku merah.Diterpa rasa malu.Sudahlah ada orang.Hampir crowded jugak tempat yang kami berhenti sekarang ni. “Hyun Ae…awak macam dia,dia…ya…nama dia pun Hyun Ae…kekasih saya yang dah meninggal…wajah awak,suara dan tingkah awak macam dia,” dia berkata.Aku hanya mendengar.

“Saya…saya takut,bila awak cakap pasal mati,ianya macam kejadian malam tu…Hyun Ae mati kerana saya,semua salah saya!!!” dia menangis teresak-esak.Dennis menangis! “Dennis…awak sedar tak,ramai orang dekat sini?” bisikku,hampir dekat dengan dia.Dia masih tidak menjawab.Aku ni dah malu tahap gaban dah ni…

*****

KAMI sampai di sebuah apartment.Setelah Dennis buat drama sebabak di tempat crowded.Aku masih mendiamkan diri.Itupun puas aku memujuk dia supaya jangan buat hal di tempat khalayak ramai.Kami duduk di sebuah kafe yang berdekatan dengan rumahku.Keluhan dilepaskan. “Lain kali awak jangan buat macam tu lagi,” aku mengingatkan dia.Diam.No response at all…kau bisu ke,bro?!

Dia masih diam.Dan dia hanya menyuapkan makanan ke mulut Min Ki yang sedang enak makan.Aku pula sekadar menikmati kopi Latte panas.Tapi,siapa orang yang dia maksudkan tadi?Katanya,kekasihnya meninggal kerana dia.Semuanya salahnya.Kenapa dia memberitahu,yang bekas kekasihnya itu bernama Hyun Ae juga?

Kalau macam ni,pasti aku takkan faham apa yang terbuku di dalam hatinya.Kenapa Dennis?Kau seperti sudah menderita untuk tiga tahun ini.


*Yang ni pulak part Dennis.

Dennis memandang gadis yang berada di hadapannya ini.Memang seperti Hyun Ae!Dia meneliti nama gadis itu di dalam resume yang telah diberikan.Melissa Lee Hyun Ae!Dia bertambah terkejut dengan nama gadis itu.Sama!Ah!Tapi,mana mungkin!Di dalam dunia ini,ada tujuh orang yang serupa dengan kita.Fakta itu memang jelas.

Mengingati Hyun Ae yang sudah tiada membuatkan hatinya terusik sedikit.Silapnya,kerana menduakan Hyun Ae yang setia kepadanya.Bermula episod pertengkaran antara mereka,sehinggakan Hyun Ae hilang kepercayaan kepadanya.

Sungguh dia tidak menyangka dengan keputusannya untuk pulang ke Korea semula.Dia membawa diri ke US,untuk mengubati hatinya yang hancur,selepas Hyun Ae meninggal.Kejamkah dia kepada Hyun Ae?Hyun Ae meninggal selepas kemalangan.Kerana dia dalam pengaruh alkohol.

Teringat pula kepada kakak tirinya,Deanna,yang agak terkejut dengan keputusannya untuk pulang ke Korea semula,setelah tiga tahun ke US.

“Are you serious about this?” Deanna bertanya,sambil berpeluk tubuh.Dennis mengangguk saja,walaupun ada keraguan dalam keputusannya itu. “Aren’t you realized that,you still can’t forget Hyun Ae,even three years has passed,” soal Deanna,kerana dia tahu,adik tirinya itu tak mudah melupakan Hyun Ae.Dia juga kenal Hyun Ae,sejak Hyun Ae bersekolah menengah bersama Dennis.Dia juga menjadi tempat Hyun Ae meluahkan perasaan.

Memang dia kecewa dengan Dennis,sejak Dennis menjadi model,sedari umurnya 16 tahun,Dennis banyak meluangkan masa dengan menghadiri sesi fotografi,namun,kadang-kadang,bagi Deanna,Dennis sudah banyak berubah selepas berkenalan dengan Suzy,yang juga partner Dennis untuk sebuah iklan.Dengan Hyun Ae,ada juga masa diluangkan,tetapi,tidak selalu…

“You can’t make her like that!She is your girlfriend!Why you can’t spending some time,to fetch Hyun Ae,or hang out with her?!Why you can going out with Suzy?Are you fall in love with Suzy?!” bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Deanna,selepas dia ternampak Dennis keluar bersama Suzy.

“Yes…and why?You can’t stop me,” sinis Dennis membalas. “You!Suzy is not suitable with you!I don’t want you to cheat Hyun Ae.Dia terlalu baik untuk dilukakan hatinya…” hampir menangis Deanna dibuatnya.Kerana sikap adik tirinya yang sudah berubah kasih.


Bunyi deringan dari telefon bimbit Melissa membuatkan dia lamunannya sejak tadi terhenti. “Hello?”


*Ini part Melissa.

Deringan dari telefon bimbitku membuatkan dia tersentak. “Hello?” aku menjawab. “Lissa…” suara itu tidak bermaya,seakan baru lepas menangis. “June?Kau kenapa ni?” aku mulai cemas.Kenapa dengan June? “Lissa,kenapa sanggup permainkan aku?Kenapa Daniel mainkan perasaan aku?” keluh June dalam talian.Ada tangisan yang mulai kedengaran. “Apa yang dia dah buat?” terasa marah pula dengan Daniel.

“Dia…dia lupa janji aku dengan dia.Boleh pulak dia keluar dengan orang lain?Kenapa dia buat aku macam tu?Macamlah aku ni tunggul kayu?Takde perasaan…” esakan sudah diselangi dengan tersedu-sedan. “Kau dekat mana ni?” risau pula dengan June,marah pada Daniel.Semuanya menjadi satu.

“Aku…aku dekat depan rumah.Sorrylah,aku tak larat nak bukak pintu,aku rasa tak berdaya…” masih mengadu,June memang sedih nampaknya.Pasti kecewa benar dengan Daniel.Dennis pula asyik memerhatikanku. “Okey,aku balik sekarang,kau jangan pergi mana-mana,” aku berpesan. “Hmm…”

“Dennis,saya balik dululah…” aku segera mendukung Min Ki.Dia ke kaunter,dan membayar bil. “Biar saya ikut awak,” ujar Dennis.Aku pandang dia.Ada pun suara…ingatkan dah bisu,aku mengomel sendirian. “Takpelah,lagipun dekat je rumah saya tu…” aku menolak. “Takpe…kawan awak tu mesti tunggu dekat rumah sorang-sorang kan?” teka Dennis.Aku angguk.

“So,biar saya temankan awak,” dia masih beria-ia ingin menemaniku pulang ke rumah. “Baiklah,saya benarkan.” aku memutuskan kata,kalau aku tolak lagi,mungkin dia akan mendesak aku lagi.Kami menaiki kereta masing-masing.

(p/s:sorrylah kalau xberapa phm dgn chapter ni...)


Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

2 comments:

Star_Sapphire berkata... Reply To This Comment

wah...x sangka abg lissa kawin ngan adik dennis...n nape unnie rse cm lissa tu mmg ex dennis? hehe...
klu min ki @ mason tu nephew unnie, pengsan die kene buli ngan unnie...comel sgt2!!

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

haha...tulah pasal...saje buat camtu,sbb malas nak complicated-kan citer ni,yelah,buat jelah dennis tu kwn abg die...