Rabu, 7 Disember 2011

Can I Love You? [Chapter 7]







Chapter 7

Gikwang POV

Aku melangkah naik ke dorm Beast dengan sebuah senyuman.Apabila pintu lif terbuka,aku keluar dan masuk ke dorm.

“Kenapa kau asyik tersenyum dari tadi?” Yoseob menegurku.Aku tidak menjawab pertanyaannya,sebaliknya berbaring di katilku.

“Dapat jumpa awek cantiklah tu!” laung Dongwoon dari bilik air.Cehh!Tahu aje aku jumpa perempuan cantik dekat universiti tadi!Dongwoon sudah duduk di katilnya.Dia mungkin baru lepas mandi.

“Awek mana pulak kau dapat kali ni?” seperti menyindir saja soalan Dongwoon itu. “Kau sindir aku ke?Kau ingat aku playboy ke?” aku menyoal dia. “Kau lupa ya?” dia mengetuk kepalaku.

“Kau ni kan bekas playboy masa kat sekolah dulu?Takkan kau dah lupa kot?” dia mengingatkan aku.Aku mengetuk kepalaku pula.Sememangnya aku seorang playboy sewaktu di sekolah menengah dahulu.

“Ahh...itu cerita dululah.” aku memberitahu Dongwoon.Dongwoon mengangkat bahu. “By the way,siapa awek malang tu?” dia menanya. “Hmm...dia bukan malanglah!Tapi,bertuah...sebab jumpa lelaki kacak macam aku ni!” aku mengangkat kolar bajuku.Nak berlagak sekejap...

“Cehh,” Dongwoon buat muka menyampahnya.

“Nama dia...Park Eun Hee,” aku menyebut nama gadis itu.Dongwoon memandangku,dengan sebuah pandangan yang tak dapat aku tafsirkan.

“Oh....” itu saja reaksinya.

“Okaylah...aku nak tengok tv,” Dongwoon bangun dan ke tempat lain.

Aku membiarkan saja.

Aku masih teringat wajah Eun Hee itu.Namun,gadis itu masih tidak mahu memberikan nombor telefonnya padaku.Selama ini,aku tidak berapa suka bergaul dengan gadis-gadis di universiti dengan lebih rapat.

Tapi,apabila Eun Hee muncul,seperti ada sesuatu yang menghubungkan kami.

*****

Dongwoon POV

Aku memang tak sangka bahawa Eun Hee akan belajar di universiti yang sama dengan tempat Gikwang belajar!Agaknya apa yang telah berlaku pada Eun Hee masa pertemuan hari ni,ya?

Telefon bimbit kuseluk dari poket seluarku.

To:Yunnie

Hey!Apa yang dah jadi?:O

Aku menghantar mesej pada Eun Hee

From:Yunnie

Wae?Apa maksud kau?

Aku membalas

To:Yunnie

Kau belajar kat Kyunghee University kan?
Kau mesti terjumpa dia kan?
Hek eleh,buat tak tahu pulak

Tutt!

From:Yunnie

Oh,pasal tu ke...hmm...
Aku memang jumpa dia.Kitorang satu course.
Tadi,memang aku hampir kena soal habis-habisan dengan
dia.
Ah!But,dia gelak lepas tu...sebab aku jawab benda lain
Hmm...kitorang jadi kawan...

Aku agak terkejut dengan penjelasannya.

To:Yunnie

What?Habis tu,korang jadi kawan?
So,takkan kau nak rahsiakan siapa diri kau sampai
bila-bila?

From Yunnie

Ahh...aku tak fikirkan pasal tu pun

Aku mengeluh.Apalah...

From Yunnie

Don’t worry.Aku akan cuba elakkan,aku takkan
biarkan dia tahu siapa aku yg sebenarnya...

Aku ragu-ragu.Tapi,aku berharap benar,agar dia dapat menyimpan rahsia siapa dirinya yang sebenar...

“Gikwang!Mana kamu pergi?Hyung cari kamu dekat universiti tadi!” pengurus kami,Kim Jiyong tiba-tiba menyoal Gikwang.Aku yang leka menonton televisyen hanya dapat melihat saja,tanpa mempedulikan mereka.

“Urmm,saya tumpang kawan tadi...” Gikwang menundukkan mukanya,kemudian ada sengihan di bibirnya.Aku menggeleng kepala. “Kawan?” pengurus kami agak hairan,kerana sebelum ini,Gikwang mana pernah pulang dihantar kawan universitinya.

Gikwang mengangguk. “Kawan saya.” dia berkata.

“Perempuanlah tu...” meleret-meleret kata Yoseob itu.Gikwang hanya gelak,sebelum mengangguk pula.Pengurus kami menggeleng kepala. “Lain kali cakap dekat hyung.Ini tak,sampai hyung ingat kamu hilang.Nasib baik hyung tak buat laporan polis,nanti boleh kecoh satu Korea ni,” seloroh pengurus kami itu.

Aku hanya mendengar.Tumpuanku kini sudah beralih terhadap kata-kata pengurus kami yang agak tegas,walaupun hanya berseloroh. “Mianhae,hyung,” Gikwang memohon maaf kerana tidak memberitahu sehingga merisaukan pengurus kami yang satu itu.

“Hmm,takpelah,hyung maafkan.Tapi,ini kali terakhir.Kalau nak pergi dating dengan awek pun,jangan sampai merisaukan hyung.Sebab hyung bertanggungjawab dalam hal ni.Nanti marah pulak presiden kita tu,”

Gikwang mengangguk lagi.

“Petang ni,korang ada performance.So,kena ready,ya?” pesan pengurus kami sebelum dia keluar.

Kami mengangguk.Aku menumpukan perhatianku ke arah telvisyen semula,Yoseob dan Gikwang pula sudah berbaring di katil masing-masing.

*****
Eun Hee’s POV

Aku terus baring di katil.Aku menekup mukaku dengan bantal.Arghhh!Nampaknya aku perlu berpura-pura selepas ini,kerana aku takut kalau Gikwang tahu,bahawa aku adalah Park Eun Hee,gadis yang pernah dia permainkan dahulu.

Aku juga perlu mengelakkan diriku daripada menyebut perkara-perkara yang akan membuatkan dia menghidu sesuatu yang pelik denganku.

Ya...sememangnya Gikwang masih sama seperti dulu.Senyumannya sering memikat hati dan sering membuatkan hatiku berdegup kencang.Aku cuba menepis hakikat bahawa aku hampir terpikat dengan dia.Kerana ingatanku masih tertumpu pada dia.

Aku akan menghadapi hari-hari yang seterusnya dengan baik,walaupun aku perlu berpura-pura sewaktu bersama dengan Gikwang.

Hmmm...dan begitulah nampaknya perhubungan kami...

Aku terlelap akhirnya...selepas membayangkan wajah Gikwang yang tersenyum padaku.


**
Author POV

Beberapa tahun yang lalu...

Gikwang memeluk pinggang Eun Hee.Eun Hee berasa malu kerana secara terang-terangan,lelaki itu memeluknya di depan rakan-rakan sekolah mereka.Waktu itu,mereka sedang menunggu giliran untuk membeli makanan di kantin.

“Gikwang,lepaskan...” rayu Eun Hee.Gikwang tidak bereaksi.Makin erat pelukannya itu.Eun Hee antara malu dan suka,malu kerana rakan-rakan mereka yang sedang beratur melihat mereka,suka kerana Gikwang ada di sisinya.
“Kiss me,” bisik Gikwang di telinga Eun Hee.Eun Hee memandang Gikwang dengan wajah yang serius. “Kiss me,” ulang Gikwang.Giliran Eun Hee untuk mengambil makanan.Eun Hee mencium pipi Gikwang.

Kemudian,Eun Hee meregangkan pelukan Gikwang,sebelum mengambil makanan,wajahnya memerah kerana adegan itu dilihat oleh para pekerja yang berkerja di kantin itu.Ada yang tersenyum-senyum melihat dia dan Gikwang.

Eun Hee segera mengambil tempat duduk.Dia masih malu dengan apa yang dia lakukan tadi.Gikwang pula mengambil tempat,dengan duduk di hadapan Eun Hee.Makanan dan minuman diletakkan. “Saya tahu awak marah,” Gikwang mula bersuara.

Eun Hee memandang ke arah lain,sambil menyuap makanan ke mulutnya.Kata-kata Gikwang tidak dihiraukan.Gikwang mengambil pinggan milik Eun Hee.Eun Hee menjeling tajam.Bibirnya memuncung seperti mulut itik.

Gikwang memandang dengan penuh minat.Dia menarik bibir comel itu. “Kan bagus kalau lagi pandang muncung tu,bolehlah saya cium awak terus,” sengaja Gikwang mengusik teman wanitanya itu.Eun Hee menunjukkan penumbuk. “Nampak ni?”

“Nampak...” Gikwang masih selamba,dia menurunkan tangan Eun Hee yang menggenggam penumbuk itu.Dia menolak semula pinggan supaya Eun Hee tidak marahkannya lagi.Eun Hee senyum selepas itu,dia menyuap semula makanannya.

Gikwang menongkat dagunya.Hanya memerhatikan kekasihnya yang sedang makan. “Kenapa awak tak makan?” soal Eun Hee,selepas menyudahkan suapannya. “Kenyang.” balas Gikwang dengan pendek.

“Eh?Bukan ke awak belum makan lagi?” pelik pula Eun Hee melihat Gikwang. “Saya kenyang,sebab tengok muka awak,perut saya yang lapar ni pun tak terasa laparnya.” ujar Gikwang,seperti orang sedang angau //eh,tapi memang dia angau sekarang ni =.=

Eun Hee menepuk dahi.Bengong!

“Yah!Awak kena makan!Kalau awak sakit nanti macam mana?!” kata Eun Hee dengan nada risau.Gikwang menggeleng. “Saya dah kenyang,” dia hanya memerhati wajah Eun Hee yang comel itu.

Eun Hee terus menyuap Gikwang dengan cara paksanya.Hampir tercekik Gikwang sewaktu disuap sebegitu rupa.Nyawanya hampir seperti nyawa-nyawa ikan.Betapa sadisnya Eun Hee melakukan perkara itu pada teman lelakinya.

“Nah!Minum sampai habis!Kalau tak,saya cekik awak!” ugut Eun Hee dengan matanya seperti harimau yang hendak menerkam mangsanya.

Gikwang hanya menurut.Dalam hatinya,dia tidak menyangka Eun Hee agak garang,dan tidak suka melayan ayat-ayat bunga cinta yang dia luahkan.Dia meneguk banana milk yang dibelinya tadi.

 Yehaa!I'm back!XD 

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

2 comments:

Miss Oat 익명 berkata... Reply To This Comment

haha, kesian gikwang xD

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@Kim Myungsoo 명 명 XD gatal bebenor!hahaha!