Khamis, 29 September 2011

One shot fanfic:Never Let You Go


Design by me.Founded at weheartit.com





Jenis fanfic:One-shot
Tajuk fanfic:Never Let You Go
Lagu yang digunakan:The Back Of My Hand Brushes Against-Teen Top



Never Let You Go


Pernahkah kau dengar bahawa,dalam dunia ini ada cinta sejati?Pernahkah kau dengar tentang kesetiaan dalam sebuah percintaan?Hmm...mestilah pernah kan?Bagi aku...aku tak berapa percayakan benda tu...kerana...aku tak pernah bercinta.

Hahaha...kelakar kan?Aku memang tak pernah bercinta.Malah,aku tak pernah senaraikan perkara seperti ingin dicintai,ingin mencintai dan bla...bla...bla.Buang masa je aku rasa...

Oh ya...lupa nak perkenalkan diri.Nama aku Han Hye Joo.Umur aku dua tiga tahun.Masih lagi belajar di universiti.Aku ni orangnya jenis yang buat hal sendiri.Bukannya menyombong,tapi aku jenis yang macam tu.

“Hye Joo!” Min Ah menepuk bahuku.Aku mengurut dada. “Yahh!Kau ni saja nak buat aku mati awal!Lain kali jangan macam tulah...” aku menegur sikap Min Ah yang suka kejutkan orang.Maknanya orang yang selalu dikejutkan oleh dia,boleh mati waktu tu jugak.Betapa takutnya aku dengan kejutan darinya.

“Sorrylah...aku tegur kau,sebab kau ni asyik mengelamun je dari tadi,sampai aku yang dah lama berdiri depan kau pun kau tak nampak.” balas Min Ah selepas itu.Aku garu kepala. “Betul ke?” aku meminta kepastian. “Yalah...” Min Ah mengangguk,dia mencubit kedua belah pipiku.

Aku menjerit kesakitan. “Jahatnya kau ni!Habis pipi aku ni...” aku meraba pipiku yang sudah merah akibat dicubit.Min Ah hanya ketawa.Dia duduk di depanku.Suasana di kafeteria agak lengang kerana kebanyakan pelajar masih lagi belajar.Kelasku ditunda kerana pensyarah yang mengajar kami itu,tidak sihat.

Jadi,aku terus mengambil keputusan untuk duduk sahaja di kafeteria. “Hari ni kita pergi keluar nak?” ajak Min Ah selepas beberapa minit mendiamkan diri.Aku yang sedang ralit membaca buku mengalih pandangan ke arahnya. “Kenapa nak keluar?” soalku dengan pelik.

“Kita pergilah melepak di mana-mana kafe.Lagipun,exam kan dah habis?Cuma tinggal ujian sub-topik aje.Itupun tak berapa penting.Kau pergilah eh?” Min Ah menjelaskan sebabnya.Aku menggeleng. “Walaupun tak penting...aku tetap nak study...” aku menolak pelawaan Min Ah.Belajar lagi pentinglah...

“Alah...ikut jelah...lagipun kita dah lama tak keluarlah,Hye Joo...” pujuk Min Ah.Aku berdiam diri.Berfikir sejenak.Memanglah dah lama aku tak keluar,sebab aku sibuk belajar,tapi...tak salahkan sekali sekala aku keluar dan enjoy...hurmm...

“Okey.” kataku.Min Ah menjerit keriangan.Dia memelukku sehinggakan aku hampir-hampir tidak boleh bernafas. “Ganaslah kau ni!” marahku.Min Ah tersengih.Sukalah tu...orang dah ikut cakap dia...

*****

SEPERTI yang kami berdua janjikan.Kami bertemu di Love Cafe House.Kafe ini dimiliki oleh saudara Min Ah.Ini kali pertama aku mengunjungi tempat ini.Aku terpaku melihat dekorasi yang ada di kafe ini.Sesuai dikunjungi oleh semua golongan,tidak kira umur.

“Welcome to Love Cafe House...” seorang pelayan perempuan menyambutku di depan pintu masuk kafe itu. “Terima kasih...” ucapku dengan senyuman.Pelayan itu membalas selepas itu.Aku duduk di tempat yang menghadap luar kafe.

“Cik nak order apa-apa?” seorang pelayan datang ke arah tempat yang kududuki.Aku menggeleng. “Saya nak tunggu kawan saya sekejap.Nanti saya order.” kataku.

Selepas beberapa minit menunggu,Min Ah muncul juga.Waktu itu aku sudah tiada mood untuk melayan dia.Bagiku,masa itu emas.Setiap minit adalah masa yang terlalu berharga.Jadi,hargailah setiap minit yang berlalu.

“Weh...aku mintak maaf.Aku tak dengar jam loceng,so,aku bangun lambat hari ni,” Min Ah segera meminta maaf padaku.Dia memandangku dengan harapan aku memaafkan dia.

“Kau...kena belajar hargai masa,Min Ah,” aku bersuara kemudiannya. “Ya.Aku akan cuba...” angguk Min Ah. “Sebagai denda,kau kena belanja aku hari ini.Kalau tak,aku takkan maafkan kau,” aku memberitahu denda yang akan dikenakan padanya.Biar padan dengan muka.Sebab lambat dan tidak menghargai masa.

“No problem!” Min Ah terus bersetuju.Aku tersenyum puas. “Waiter!” panggil Min Ah.Seorang pelayan datang ke arah kami berdua. “One latte ice,one hot espresso and two sets of steaks,” Min Ah memesan makanan dan minuman untuk kami berdua.Pelayan itu menyuruh kami menunggu sehingga pesanan yang dipesan sampai.

“Hye Joo...kau pernah terfikir nak bercinta?” soal Min Ah tiba-tiba.Aku yang sedang ralit melihat permandangan di luar mengangkat kening apabila mendengar soalan itu. “Kau demam ke?” tanyaku dengan lurus.

Min Ah menggeleng. “Kenapa kau tanya aku pasal ni?” aku menanya dia lagi.

“Entah.Aku rasa macam nak je bercinta.Memanglah aku pernah bercinta sebelum ni,tapi aku rasa nak je bercinta lagi...” balas Min Ah dengan senyuman di bibirnya. “Apa-apa jelah...aku tak nak kisah.Kau bercinta jelah dengan sesiapa pun.Aku cuma harap kau bahagia.Tu je,” aku memberikan komen.

“Kau pulak?Tak nak bercinta?” tanya Min Ah. “Aku?No way...lepas ni aku masih nak belajar lagi...” aku hanya ketawa apabila dia menyoal.

“Kau takkan tak pernah fikir pasal tu?” Min Ah agak terkejut. “Nope.Never.” kataku.

“Tapi,kau mesti akan bercintalah...ianya lumrah kehidupan,Hye Joo...” ujar Min Ah.Aku mencebikkan bibir. “Apa-apa jelah...” aku malas hendak melayan lagi.

Belum sempat Min Ah hendak membalas kataku,pesanan yang dibuat oleh Min Ah sudah pun sampai di meja.Aku terus menikmati latte ice dan steak.Tanpa menunggu Min Ah yang baru hendak mula makan.Alang-alang perut dah lapar,terus telan jelah...hahaha...

*****

SELESAI makan,Min Ah terus membuat pembayaran di kaunter.Aku pula meneliti sekeliling ruang kafe ini.Betapa cantiknya kafe ini.Lain kali,akan kukunjungi tempat ini lagi.

Aku tidak perasan lengan bajuku terkena air kopi sehinggalah Min Ah menegurku.Aku terkejut lalu terus ke tandas untuk mencuci kesan air kopi yang sudah tertumpah di lengan bajuku.Sudahlah warnanya putih...aku mengeluh dalam hati.

Nampaknya baju kesayanganku ini terpaksa dicuci sehingga bersih.Pulang ke rumah nanti,aku akan membasuh baju ini.

Aku keluar dari tandas dengan menyembunyikan bajuku yang terkena air kopi itu dengan menggunakan sweater milikku.Mujurlah sekarang ini musim sejuk.Min Ah risau dengan keadaanku,dia takut aku sedih kerana baju kesayanganku itu telah kotor.

Seorang lelaki memohon maaf kerana tidak sengaja menumpahkan air itu ke lengan bajuku.Aku hanya senyum.Kemudian,aku mengajak Min Ah pulang.

*****

Dua tahun berlalu...

Masa sudah berlalu...aku telah menamatkan pelajaran di universiti.Aku masih lagi keseorangan tanpa teman istimewa...Bunyinya seperti aku kecewa saja...haha...bukanlah...aku cuma terfikir saja.Min Ah sudah punyai teman lelaki.Aku pula mula sibuk bekerja.

Aku mengunjungi Love Cafe House.Selama dua tahun ini,aku menjadi pengunjung tetap kafe ini kerana kafe ini menjadi tempat kegemaran aku untuk melepak selepas saja habis kerja.Jadi,semua para pekerja di kafe ini sudah mengenali denganku.

“Annyeong,Hye Joo...” sapa Jo Han Na,dia ni pembantu pengurus kafe ini. “Annyeong...” balasku. “Macam biasa kan?” tanya Jo Han Na.Aku mengangguk.Latte ice dan steak.Makanan dan minuman kegemaranku.Tapi,steak tu aku selalu tukar,dengan cupcakes ataupun kek.

“Nanti pesanan awak akan sampai,” ujarnya. “Gomawo...” aku berkata. “Hye Joo-shi...awak dah ada boyfriend?” tanya Jo Han Na padaku. “Tak...” balasku pendek.

“Really?Tak percayalah...” dia seperti tidak percaya. “Betul...saya takde boyfriend.Bercinta pun tak pernah.” aku menjelaskan perkara itu pada Jo Han Na. “Kenapa?” Jo Han Na agak terkejut.Aku mengangkat bahu sebelum berkata. “Tak berminat.”

“Aigoo...kenapalah macam tu?Saya ni dah beberapa kali bercinta pun masih lagi nak bercinta tau?Tapi,itu bukan hak saya nak pertikaikan kata-kata awak.” Jo Han Na memberitahu pendapatnya.Aku cuma senyum.

Pesanan yang dipesan telah pun sampai di meja.Jo Han Na meminta diri,kerana dia perlu menguruskan sesuatu.Aku keseorangan seketika.Sehinggalah ada seorang lelaki datang dan duduk di hadapanku.

“Encik ni siapa?” soalku. “Saya Lee Sungyeol.” balas lelaki itu.Aku mengangkat keningku. “So,encik ni ada apa-apa ke?” soalku lagi,kerana pelik.Dahlah selamba je duduk dekat sebelah tempat aku.Gila ke?

“Saya sukakan awak!” luah lelaki yang nama Lee Sungyeol itu dengan tiba-tiba.Kek yang baru hendak aku telan seperti pasir yang termasuk ke dalam kerongkongku.Aku terus tersedak akibat kata-kata lelaki itu.Aku terus meneguk latte ice bagi kerana tersedak. “Awak ni siapa?Kenapa tiba-tiba cakap,awak sukakan saya?!” soalku bertubi-tubi.

Namun,lelaki itu hanya tersenyum.Tiada sebarang jawapan dari bibirnya.Kek strawberi yang kusukai,sudah tawar rasanya di tekakku.Tawar selepas lelaki itu meluahkan perasaannya padaku.Aku terus menghabiskan latte ice dan bangun untuk membuat bayaran di kaunter.

“Hey!Tunggu!” lelaki itu mengejarku.Aku berlari dengan sepenuh hati.Lelaki ni memang dah gila!Dahlah aku tak kenal dia,dia pulak tetiba cakap dia sukakan aku.Apa kes ni?!

Aku masuk ke sebuah kedai aksesori.Lalu berpura-pura ingin membeli barangan di kedai itu.Walaupun aku sedang ralit memilih aksesori,mataku tetap meliarkan pandangan ke luar kedai itu,melihat sama ada lelaki itu masih mengejar aku atau tidak.
Setelah puas mencari kelibat lelaki itu,aku mengeluh lega.Dia dah takde nampaknya...bisikku.Aku melihat seorang gadis yang duduk di tempat pembayaran.Kesian pulak kalau aku masuk semata-mata hendak bersembunyi daripada seorang lelaki yang gila.Aku mengambil dua penyepit rambut dan getah rambut.Lalu aku membayarnya kepada gadis itu.

Setelah itu,aku terus berjalan pulang ke rumah.Hatiku masih risau,jika lelaki itu masih ingin mengacauku.

*****

HARI ini aku keluar awal ke tempat kerja.Oleh kerana tempat kerjaku itu agak dekat dengan rumah keluargaku,aku tidak risau dengan kesesakan lalu lintas.Aku cuma perlu menaiki teksi untuk beberapa kilometer.Kalau tidak sempat,aku hanya berjalan untuk ke tempat kerjaku.

“Hai!” tegur seorang lelaki.Aku mengerutkan dahi.Mamat miang mana pulak yang nak mengorat aku ni?Aku terus berjalan.Tidak peduli dengan teguran si siapa entah namanya tu.

“Hai!” sekali lagi lelaki itu menegurku.Aku mengigit bibir.Mamat ni apahal nak cari pasal dengan aku? “Hai awak!Kita berjumpa lagi hari ni!” lelaki yang menegurku itu muncul di hadapanku.Aku mengurut dada kerana terkejut. “Awak?Awak buat apa dekat sini?” soalku.

“Nak jumpa awaklah!” lurus dia membalas.Aku merengus kecil. “Saya tak kenal awak pun!” aku terus meninggalkan lelaki itu.

Aku berharap benar agar lelaki itu tidak mengacauku lagi.Rimas!

*****

BEBERAPA minggu berlalu...lelaki yang bernama Lee Sungyeol itu tidak memunculkan dirinya di hadapanku.Memanglah aku gembira,namun,dalam masa yang sama,aku terasa agak kosong dan pelik apabila lelaki itu tiada...Mengapa begitu jadinya?

Di kafe pun,lelaki itu tiada.Jadi,aku menunggu kelibatnya di kafe itu untuk berjam lamanya.Jika aku tidak bekerja,aku akan ke kafe itu,kononnya ingin menghabiskan masa,padahal aku sebenarnya menunggu kehadiran lelaki itu.

Aduhai...kenapalah dengan kau ni,Hye Joo?Aku mengetuk kepalaku.Sudah jatuh cintakah aku pada lelaki yang bernama Lee Sungyeol itu?

Segera aku menggeleng kepalaku.Mustahil!Tidak!!!

“Hye Joo!” Min Ah muncul di hadapanku.Di saat aku sedang bergelut dengan perasaanku,Min Ah muncul.Kau datang tepat pada masanya,wahai sahabatku... “Hmm...lama tak jumpa kau.Kau sibuk ke?” aku menanya Min Ah.Min Ah senyum.Senyumannya membuatkan aku hairan.

“Kenapa kau senyum?” tanyaku dengan hairan. “Aku senyum sebab aku...dah nak kahwin tak lama lagi!” beritahu Min Ah.Dari suara dan riak wajahnya,Min Ah kelihatan begitu riang dengan kata-katanya sendiri. “Aik?Bila masa pulak kau bertunang?Tak ajak aku pun...” aku agak terkilan sedikit.

“Aku terus berkahwin.Cincin ni dah menandakan kami dah bertunang...” jelas Min Ah.Di jarinya terdapat sebentuk cincin yang berwarna perak dan bertatahkan berlian.Aku jadi kagum melihat cincin yang cantik itu.

“Tahniah...aku harapkan kau akan berbahagia bersama si dia yang dah berjaya pikat kau ni...” aku tidak menyangka bahawa Min Ah akan menamatkan zaman bujangnya pada umur yang masih dan agak muda ini.Kami saling berpelukan.

“Thanks,Hye Joo.Kau pulak bila?” soal Min Ah selepas itu. “Aku?Masih tiada orang yang nakkan aku...” aku seakan merungut dan mengadu tentang diriku yang masih belum berpunya.Kenapa aku seakan begini ya?

“Jangan risau...nanti,kalau ada jodoh.Mestilah kau akan mempunyai lelaki yang istimewa dalam hidup kau.Percayalah cakap aku ni,Hye Joo...” Min Ah memberi kata-kata semangat padaku.Aku mengangguk.

“Oh ya.Nanti kau jadi pengapit,ya?Bakal suami aku tu dah panggil kawan dia untuk jadi pengapit pengantin lelaki.Boleh kan?” Min Ah meminta aku agar menjadi pengapit semasa hari perkahwinannya nanti. “Tak naklah...aku seganlah...” aku cepat-cepat menolak. “Bolehlah...aku berharap sangat ni...” rayu Min Ah.

“Aku tak biasalah...” aku masih dengan alasan.Biar apa pun,aku tidak mahu menjadi pengapit.Muktamad!

“Please...” Min Ah mengharap.Mukanya seperti ingin benar aku menjadi pengapit pengantin perempuan.Aku menundukkan wajah.Patutkah aku bersetuju?Min Ah adalah kawan baikku sejak kami kecil.Kini,dia sedang menunggu hari kebahagiaannya yang akan menjelma tidak lama lagi.Jadi,mungkin tak salah kan kalau aku menolong kawan baikku ini...

Aku berdehem. “Baiklah...aku bersetuju.” kataku.Min Ah yang hampir membuat muka monyoknya terus tersenyum kegembiraan,sehinggakan dia memelukku dengan begitu erat.Dan seperti biasa,dia membuatkan aku hampir tidak boleh bernafas.

“Aku akan sponsor kau baju pengapit tu...sekali dengan make-up dan segalanya untuk hari perkahwinan aku!” ujar Min Ah dengan kegirangan. “Bila majlisnya?”

“Bulan depan.” balas Min Ah dengan senyuman.Bahagia.

“Cepatnya!” aku memberi reaksi. “Yup!Aku dengan dia dah bersetuju...jadi,keluarga kami cuma uruskan apa yang patut...” kata Min Ah lagi.Aku mengangguk.

*****

LEE Sungyeol,Lee Sungyeol...namanya meniti di bibirku.Setiap hari.Aku menghafal namanya,kerana hatiku berhajat agar aku menemui dia.Nampaknya aku memang dah angau...

Hari ini adalah hari sehari sebelum perkahwinan Min Ah dan pasangannya.Aku pula hanya menolong Min Ah apa yang patut.Biarpun sudah ditegah oleh Min Ah,aku tetap ingin menolongnya.

“Hye Joo!” panggil Min Ah.Aku pandang Min Ah yang sedang mencuba baju pengantinnya. “Cantiknya...” pujiku ikhlas. “Thanks...kau punya yang ni,” tunjuk Min Ah ke arah sehelai gaun yang berwarna putih yang tergantung kemas di wardrobe butik yang kami kunjungi.

“Biar betul!Gaun ni cantik sangatlah...” komenku. “Eh,kau cubalah pakai.Ni aku suruh designer tu design special untuk kau tahu!” Min Ah mendesakku agar mencuba gaun itu.Aku hanya akur.

Keluar dari bilik persalinan,Min Ah menantiku dengan senyuman. “Cantiknya kau!” puji Min Ah. “Kau lagi cantik...” aku menafikan pujiannya. “Tak...kau yang lagi cantik...” Min Ah menolak kata-kataku itu. “Ah...mana-mana jelah...” aku malas hendak bergaduh tentang siapa cantik dan tidak cantik.Min Ah tergelak.

Selepas itu aku terus menukar gaun itu semula.

“Hye Joo...kau nak tak kenal dengan bakal suami aku?” soal Min Ah. “Nak!” aku membalas. “Okey.Kau tengok dua orang lelaki tu...yang tengah bersembang tu,kawan dia.Yang tengah cuba baju tulah dia...” Min Ah menunjukkan yang mana satu bakal suaminya.

Tiba-tiba hatiku tersentap.Sungyeol!Tak mungkin!Kenapa begini akhirnya?Aku menahan rasa terkilan.Aku terus meminta diri untuk pulang.Aku memberi alasan kerana selepas ini aku perlu ke rumah saudaraku.Sewaktu melalui tempat persalinan lelaki,aku terlihat wajah Sungyeol yang terkejut melihat wajahku.

Aku terus menahan teksi.Hatiku sedih dan tercalar ketika ini.Walaupun aku baru mula sukakan dia,aku hampir memberi peluang untuknya jika dia hadir untuk mencariku.Kini,segalanya sudah musnah...hancur!

Air mataku mengalir deras.Sakitnya hati ini!Rupanya dialah bakal suami Min Ah,kawan baikku sendiri.Aku sanggup melupakan dia untuk kebahagiaan Min Ah.Sekarang pun aku ingin melupakan dia.

Sampai di perhentian bas.Aku berjalan pulang.Kerana,sekitar kawasan rumahku itu teksi tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Aku berjalan dengan lemah sekali.Langkahku longlai...

Bahuku di sentuh.Aku membulatkan mata kerana terkejut.Aku terus memukul lengan si pemegang itu menggunakan beg tanganku.Berkemungkinan lelaki miang...

“Aduh!” si pemegang itu mengaduh kesakitan.Aku pandang ke belakang.Sungyeol sedang memegang lengannya yang dipukul olehku.Aku terus berjalan,dan membiarkan Sungyeol keseorangan. “Tunggu,Hye Joo!” Sungyeol memanggilku.Bagaimana dia tahu namaku?

“Kenapa awak kejar saya?” soalku dengan marah. “Saya nak jumpa awak!” balas Sungyeol. “Ah!Buat apa?Awakkan dah nak kahwin dengan Min Ah?” aku tergelak selepas membalas kata.Sebenarnya aku sakit hati.

“Min Ah tu bukan kekasih saya,bukan tunang saya!She’s not anyone to me!Saya cintakan awak,Hye Joo!” nafi Sungyeol. “Tipu!” jeritku. “Awak kena percayakan saya kalau awak cintakan saya!” ujarnya.Aku menggeleng. “Tak!Saya tak percayakan awak!” aku terus berlari selepas itu.Sungguh aku kecewa!

*****

HARI perkahwinan Min Ah.Aku menarik nafas.Aku harus laluinya,dengan tabah.Aku harus tutup kesedihan yang terpancar di wajahku ini.Min Ah sudah pun siap.Manakala aku baru saja hendak bersiap.Semalam,aku menangis kerana kekecewaan.Hari ini,aku tidak mahu menangisi apa-apa lagi.

Min Ah nampak bahagia.Wajahnya sungguh gembira.Hatiku sayu.

“Mana Hye Joo?” aku terdengar ada orang sedang mencariku.Aku pandang ke luar bilik Min Ah.Sungyeol!Buat apa mamat tu kat sini?!

Aku menyembunyikan diri di dalam bilik air.Gilalah mamat tu!Dah nak kahwin nak cari aku pulak!Setelah beberapa minit kemudian,aku keluar semula selepas Min Ah memanggilku. “Kau buat apa dalam bilik air?” soalnya. “Err...aku sakit perut.” alasan kuberikan. “Oh...okey.Jomlah.Kita pergi turun.Kena bersedia...” ujar Min Ah.Dia sudah memakai mahkota di kepalanya.Aku mengangguk.

Kami turun.Dia tersenyum ke arah seorang lelaki.Aku sebagai pengapit hanya berdiri di belakang Min Ah.Kami berjalan keluar menyusuri taman bunga yang direka untuk menjadi tempat perkahwinan Min Ah.Betapa cantiknya taman bunga ciptaan pereka yang diupah oleh Min Ah itu.Warna putih dan merah memonopoli sekitarnya.

Sungyeol berdiri di sebelah seorang lelaki.Aku cuma mencuri pandang Sungyeol yang segak berpakaian tuksedo.Bapa Min Ah menyerahkan Min Ah kepada lelaki itu.Aku menjadi hairan.Bukan Sungyeol ke?

Sepanjang acara ikrar perkahwinan dijalankan.Aku cuma menunduk.Hatiku menyoal.Bukan Sungyeol yang kahwin dengan Min Ah ke?

Selesai acara itu,aku terus berlari ke sebuah pangkin.Takkanlah...aku salah sangka dengan dia?

“Awak.Saya sukakan awak seorang je.” sapa Sungyeol yang sudah duduk di sebelahku.Aku membuang pandang ke arah lain.Maknanya betullah!Aku dah salah sangka dengan dia rupanya...

“Aw...awak kan...” bibirku ditutup sewaktu aku hendak membalas katanya. “Can you be my girlfriend?” soalnya.Dengan pandangan yang ikhlas,dia merenungku.Aku menunduk.Nak jawab apa ni?Tangannya mengenggam tanganku kananku. “Saya...” aku tidak dapat meneruskan kata.Kelu tidak terkata.

“Min Ah tu sepupu saya.” jelas Sungyeol. “Sepupu?” aku terkejut.Langsung tidak tahu-menahu tentang hal itu.Sungyeol mengangguk. “Dia tak cakap pun,” aku membalas. “Memanglah...sebab dia tak tahu saya sukakan awak...” dia tersenyum.

“Ohh...” baru aku tahu.Rupanya Min Ah pun tak tahu Sungyeol sukakan aku.Hmm... “Jadi,sudi tak jadi girlfriend saya?” tanya Sungyeol sekali lagi. “Sudi...tapi,saya nak tanya,kenapa awak sukkan saya?” aku sudah bersetuju,namun dengan sebuah pertanyaan. “Saya pernah tumpahkan air kopi atas baju awak masa nak rushing.Awak ingat?” Sungyeol menyoalku.

“Eh?Awak ke?Saya tak perasan pulak.Tapi,kenapa awak sukakan saya?” aku masih lagi hairan.Peristiwa dua tahun yang lalu menjelma di ingatan....

“Sebab saya rasa awak yang akan lengkapkan hidup saya...dan selama dua tahun,saya selalu intai awak dari jauh...” selambanya. “Betul ke?” aku masih ragu-ragu.Dia mengangguk. “Saya suka dan cintakan awak,” bibirku dikucupnya.Pipiku mulai memerah selepas itu.Aku memukul bahunya. “Jahatnya awak ni!”

Dia ketawa. “Jadi,kita official kan?” soalnya selepas tawanya reda. “Official apa?” aku menanya dengan pelik. “Bercinta...official kan?”

Aku mengangguk kecil. “Thanks...” kata Sungyeol padaku. “Sama-sama...”

Kami berpegangan tangan.Min Ah dan suaminya pelik melihat kami berdua berjalan berpegangan tangan. “Sejak bila korang couple ni?” Min Ah menanya. “Sejak tadi...well,Min Ah...aku dah lama sukakan kawan kau ni.So,nanti giliran kitorang pulak...” Sungyeol ternyata tidak malu membalas.Sebaliknya sangat selamba menuturkannya.

“Congrats...Sungyeol,Hye Joo...” Min Ah dan suaminya mengucapkan pada kami.Ternyata...cinta itu memang wujud dan ianya indah...terima kasih kerana mencintai aku,Sungyeol...bisikku sambil memandangnya...Dia masih tidak melepaskan tanganku dan genggamannya semakin erat.

Okay.Dah selesai aku punya second fanfic.Ni paling senang.Sebab ambik masa dalam hampir tiga hari untuk siapkan.So,komenlah eh?:D



Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

7 comments:

nanajoe berkata... Reply To This Comment

wow nice storyline ! XD ~

Afeeqah Anuar berkata... Reply To This Comment

OMG!! SWEET!!! SERIOUSLY!!

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@Nana L.Joe:hehe...ni idea spontan je...:D

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@Iqa:thanks!i really appreciated it ^^

Anis Farhana berkata... Reply To This Comment

nice story dear!! come join my fanfic contest :D http://anisfarhanaaliman.blogspot.com/2012/02/sticky-post-blogger-kpopjpop-fanfic.html

AmyZana berkata... Reply To This Comment

Okay. To be honest, kalau ada orang tiba2 terjah saya then dia cakap dia sukakan saya, saya pun takut kot. Entah orang dari mne2 je hahaha ! Tapi part yg dia salah faham tuh memang tak boleh blah lah ~ Buat malu je xD

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@AmyZana haha,idea oneshot ni dtg secara tiba2,so mmg agak pelik cara sungyeol sukakan heroin tu XD btw,thanks for reading this oneshot,and insya-Allah,maybe ada sambungan (sequel) utk oneshot ni :D harap2 akan ada,sbb skrg ni busy~