Poster fanfic baru ≧◡≦
Chapter 9:A Day With Beast! (Part 1)
Gikwang POV
Aku tersenyum melihat Eun Hee yang sedang asyik menikmati makanan yang dipesannya. “Lepas ni kita nak ke mana?” tanya Eun Hee. “Hmm...memandangkan hari ni takde kelas,apa kata kau teman aku?” cadangku.
“Hah?Teman kau?Nak dating ke?Hisy!Tolonglah!Tak ingin!” Eun Hee menolak dengan pantas.Aku menggeleng kepala. “Kau ingat aku ingin sangat ke nak ajak kau date dengan aku?Sorry sikit!”
“Habis tu,kau nak buat apa suruh aku teman kau?” tanya Eun Hee lagi.
“Hmm...kau minat kumpulan Beast tak?” aku menanya Eun Hee. “Nak pengakuan jujur ke tipu?”
“Apa jenis soalan kau ni?” aku hairan. “Okey...urmm...actually aku minat gila dengan Beast,” aku tersenyum mendengar pengakuan Eun Hee itu. “Bias aku dalam kumpulan tu ialah Son Dongwoon!Dia tu hensem gila weh!”
Aku terasa ingin menghentakkan kepalaku di dinding kafe.Arghh!Kenapalah si Dongwoon tu jugak jadi bias dia?!Kenapa bukan aku aje?Namun,aku perlu mengawal diriku.Lalu,senyuman diberikan.
“Aku?Kau tak minat ke?” keningku terangkat.
“Hurmm,kau?Biasa je,” jawab Eun Hee dengan selamba.Oh Tuhan!Kenapalah begini?!Frust pulak bila dia cakap macam tu...huhu... “Okey,” aku malas nak bersembang lagi.Nanti takut pula aku yang makan hati.
“Weh,nanti pihak syarikat tak marah ke?” dia risau.Aku geleng. “Jangan risau,senang je nak diselesaikan hal tu,” balasku dengan sengihan,dalam fikiran,aku dah merancang sesuatu...hahaha...
“Okey,”
*****
Kami sampai di hadapan bangunan Cube Entertaiment.Mujurlah aku sempat menyuruh pengawal keselamatan memberi kami masuk,sebab hanya orang-orang yang berkenaan saja boleh masuk di kawasan bangunan itu.Kalau peminat,mereka cuma dapat lihat dari luar saja.
“Ramainya peminat!” kata Eun Hee.Matanya membulat.Comel! “Memanglah,hari-hari tunggu artis di bawah naungan Cube Ent. keluar masuk dari bangunan ni,” aku ketawa ketika membalas.
“Agaknya dorang perasan tak kau datang ke syarikat dengan aku?”
“Tak kot,kan cermin tingkap kereta kau ni tinted?”
“Ya tak ya juga,” dia ketawa.Eun Hee mencari tempat parkir kosong dan memarkir keretanya.Kami berdua melangkah menuju ke pintu masuk Cube Entertaiment. “Gikwang!Apa kamu buat di sini?Bukan ke member yang lain datang lagi setengah jam?” soal seorang pekerja di situ.
“Annyeong,saya sebenarnya baru balik dari kelas,ermm...mereka sampai nanti ya?Okey,saya nak pergi ke bilik rehearsal dulu,” aku terus meminta diri dan menarik tangan Eun Hee.Kami terus menaiki lif.
“Kau tak perasan ke tadi pekerja tu pandang aku semacam je?” Eun Hee tidak puas hati.
“Alah,biarkan jelah.” aku tidak mahu memanjangkan cerita.
*****
Author’s POV
“Ahh...hari ni kena rehearsal pulak,” keluh Dongwoon sambil meregangkan otot-otot badannya yang terasa sengal.Dia dan ahli kumpulan Beast yang lain membuka pintu bilik rehearsal.
Namun,dia terdengar suara lelaki dan perempuan sedang ketawa.Matanya membesar.
Erk?
Ada hantukah? “Dongwoon-ah,waeyo?” tanya Junhyung.Dia pelik melihat Dongwoon yang memegang tombol pintu.Langsung tidak membuka pintu.Mereka perlu berlatih walaupun kepenatan.
“A...a...ada hantu!” jerit Dongwoon tiba-tiba. “Mwo?!” DooJoon yang sedang minum air mineral tersembur air yang diminumnya. “Tipulah!Mana ada hantu pagi-pagi macam ni!” nafi Yoseob dan Hyunseung.
“Tapi...saya dengar suara lelaki dengan perempuan gelak,” perlahan Dongwoon berkata.
“Hmm...jom kita cuba buka,” cadang Junhyung.Mereka yang lain bersetuju.Belum sempat Junhyung memulas tombol pintu...pintu itu sudah dibuka oleh seseorang.
“Hahaha!Janganlah kejar aku!” seorang gadis ketawa sambil tercungap-cungap.Muncul Gikwang yang juga tercungap-cungap. “Alah,aku nak berlatih menari dengan kau je!Bukan nak buat apa-apa pun!” ujarnya.
“Eh?Korang semua dah sampai?” Gikwang menyambut mereka dengan senyuman,dia menarik Eun Hee ke dalam pelukannya.Dongwoon yang melihat keadaan itu hanya mampu menggeleng.Apakah?!
“Bila masa kau sampai?Bukan ke hari ni kau ada kelas?” tanya Hyunseung dengan hairan.
“Oh,mianhae...aku lupa nak inform dekat korang.Sebenarnya kelas untuk hari ni dibatalkan.So,aku ajak kawan aku tengok kita rehearsal,” selamba dia memberitahu,dan dia tidak mempedulikan pandangan Dongwoon padanya.
“Kawan?Bukan girlfriend?” usik Yoseob dengan sengihan.
Belum sempat Gikwang membalas,Dongwoon sudah mencelah. “Bukan awek dialah!Eun Hee ni awek aku!”
“Hah?!” Junhyung,Yoseob dan Hyunseung tercengang.
“Anyeong haseyo,choneun Park Eun Hee imnida!” Eun Hee terus memperkenalkan dirinya pada Junhyung,Yoseob,Hyunseung dan DooJoon yang memandangnya tidak berkelip.Eun Hee mendekati Dongwoon,lalu memegang lengan lelaki itu.
Gikwang terkelu.Perasaan hampa mula hadir dalam dirinya...
“Kan?Korang percaya tak Eun Hee ni girlfriend aku?” Dongwoon membangga diri.Eun Hee pula hanya mampu bersabar.Lakonan mereka perlu diteruskan.Dia dan Dongwoon akan berhenti apabila dia sendiri sudah berterus terang pada Gikwang dan penjelasan daripada Gikwang sudah dia tuntut.
Junhyung,Yoseob,DooJoon dan Hyunseung saling berpandangan sebelum menggeleng. “Tak percaya!”
Kedengaran Eun Hee berbisik sesuatu pada Dongwoon.Dongwoon dilihat terangguk.
Babak yang tidak disangka oleh Gikwang,Junhyung,Yoseob,DooJoon dan Hyunseung dilakukan oleh Eun Hee dan Dongwoon.Dongwoon dan Eun Hee bercium!Bukan ciuman seperti biasa...tetapi...
“Yahh!Sudahlah tu!Nanti kalau Jiyong hyung nampak matilah korang!” DooJoon mengingatkan.Gikwang tidak mampu melihat mereka berdua lagi.Dia memandang ke arah lain. “Hoi,jomlah practise cepat!”
Eun Hee dan Dongwoon membuat isyarat mata.Mereka semua masuk ke dalam bilik rehearsal.
*****
Eun Hee’s POV
Aku duduk di lantai.Memandang Gikwang yang sedang memutarkan lagu.Dia mula menari,kemudian dia mengenyitkan matanya padaku.Zapp!Boleh tercabut jantung aku ni kalau dia selalu kenyit mata!
“Eun Hee,kau reti menari tak?” tanya Gikwang.
“Tak!Aku reti pijak kaki orang je!” selorohku.Selamba.
“Hisy!Jawablah betul-betul!”
“Betullah!Aku ni keras macam kayu!Kalau menari memang fail!Tapi,masa kecil-kecil dahulu,aku pernah masuk kelas tarian ballet,tapi masuk je sekolah menengah,aku masuk kelab taekwando,” aku memberitahu dengan jujur.
“Ohh...tak mengapa...aku boleh ajar kau!”
“Thanks,but no thanks,” aku menolak pelawaannya.
Gikwang datang mendekatiku.Aku cepat-cepat bangun. “Kau ni kenapa?” aku mula kecut.Haih...bukan boleh harap sangat mamat sorang ni...karang ada jugak yang kena flying kick dengan aku!
Dia tersengih.Aku lari ke arah lain. “Kenapa kau lari?”
“Sebab kau macam nak terkam aku je.” jawabku dengan jujur.Gikwang gelak besar.Amboi!Boleh lagi dia gelak time aku kecut ni?!Nak kena dia ni!Aku menayangkan penumbuk padanya,tapi dia buat no hal je...
Dia cuba menangkapku,tapi kerana kepantasan aku bertindak,aku berjaya mengelak.Aku ketawa apabila dia menahan cungap.Dia juga ketawa.Aku terus berlari ke pintu bilik rehearsal,lalu membuka pintu tombol.
“Hahaha!Janganlah kejar aku!” kataku “Alah,aku nak berlatih menari dengan kau je!Bukan nak buat apa-apa pun!” dia mengulangi apa yang dia cakap tadi.Dia nak sangat aku percaya akan kebenaran kata-katanya.
Gikwang memandang luar.Kemudian dia memeluk aku.Oh tidakkk!!!
Dongwoon!
Aku terus ke arahnya.Dongwoon dan aku masih berlakon seperti kami ni pasangan kekasih.Alah,takkan kekok langsung!Sebab aku dan dia memang dah biasa.Hahaha...
“Eh,apa kata...kita kiss!” aku berbisik padanya. “What?!Ermm,okeylah!” Dongwoon bersetuju dalam keterpaksaan.Dilema!Sebab nak buktikan pada membernya yang kami ni memang couple!
Dia memelukku,dan mendekatkan bibir kami berdua.Tahan nafas!Itu yang aku lakukan bila bibir kami bersentuhan.Nasib baik ini bukan first kiss aku!Kalau tidak,memang aku takkan plan nak kiss bagai ni...
“Yahh!Sudahlah tu!Nanti kalau Jiyong hyung nampak matilah korang!” DooJoon mengingatkan. “Hoi,jomlah practise cepat!” Gikwang mengajak.Aku dan Dongwoon membuat isyarat mata.
*****
Dongwoon POV
Aku tidak percaya yang aku akan cium Eun Hee,iaitu sepupu aku sendiri!Tapi,aku tahu ini sekadar lakonan.Kami memang rapat,dan kami lebih senang memahami antara satu sama lain.Perasaanku terhadapnya cuma sekadar seorang sepupu sahaja...
Aku juga dapat menjangkakan yang Gikwang cemburu!
Oh yeahh!
Kami berenam memulakan sesi latihan.Eun Hee pula melihat kami sambil duduk di lantai menghadap cermin.Lagu mula dimainkan.Aku cuba mengingati step tarian dan mula menari.Aku lihat Gikwang seperti tiada mood saja.
Wajahnya kelam macam tengah frust!
Hmm...rasa nak ketawa pula.Tanpa sedar aku ketawa.Muzik dihentikan. “Apa masalah kau ni?” soal DooJoon.Aku tetap ketawa.Rasa nak guling di lantai bilik rehearsal jugak! “Woonie,kenapa ni?” adoi!lembutnya suara Eun Hee,macam tertelan gula aje!
Hihi...
“Ah,mianhae...sebenarnya saya teringatkan perkara lawak,jangan risau!Saya okey!” aku balas dan mengusap pipi Eun Hee.Aku cuba menduga reaksi Gikwang.Wahh!Dia punya muka dah masam!Bravo Dongwoon!
“Awak ni buat saya risau je!” Eun Hee berkata,langsung tak perasan Gikwang yang di sebelahnya.
Hahaha ._. sorry sebab merepek ==' tsk
1 comments:
(Y) terbaekk ! ;AAAAAAAAAAAAAAAA; woonie kiss eun hee . ni membuatkan eden rase jelos ni ! ><
Catat Ulasan