Selasa, 1 Mei 2012

You Only Love:Chapter 1








You Only Love

Chapter 1: Don’t Say Goodbye...

4 Februari 2009

No one POV

“Doktor!Doktor!Please help my son!He is dying!” seorang wanita menjerit,meminta bantuan daripada doktor yang bertugas merawat anaknya.Seorang lelaki masuk bersama jururawat bertugas.Dia memeriksa keadaan pesakit yang sedang menanti detik untuk hari-hari kehidupannya.

Beep...

Raungan mula jelas didengari di bilik wad itu.Wanita itu terjelepok di lantai. “Jae Min-ah...waeyo?!” dia tidak dapat menerima bahawa satu-satu anaknya telah pergi meninggalkannya untuk selamanya.

“Kim Jae Min,waktu kematian 10:30 pagi,tarikh kematian 4 Februari,” doktor itu mengumumkan kematian Kim Jae Min.Kim Hye Jung hanya mampu mendengar kata-kata doktor itu.Pastinya...suaminya akan sedih akan kematian anak mereka.

Dalam masa yang sama...

“Hyung!Ada panggilan untuk hyung,” Junsu menyerahkan telefon bimbit kepada Jaejoong.Jaejoong yang sedang menulis sesuatu di kertas terus menyambut telefon bimbit tersebut. “Yeoboseyo?” dia menjawab.

“Yeoboseyo,ini Encik Kim Jaejoong?Ayah kepada Kim Jae Min,bukan?”

Jaejoong agak hairan. “Ya,kenapa?”

“Kami di pihak hospital ingin memaklumkan bahawa anak encik telah disahkan meninggal dunia beberapa minit yang lepas,saya harap...”

“Andwae!!!!” Jaejoong menjerit.Dia tidak percaya yang dia akan menerima berita sedih ini.Kenapa?Kenapa pada waktu ini?!Junsu,Yunho,Changmin dan Yoochun saling berpandangan.Mereka terkejut dengan tingkah laku Jaejoong yang tiba-tiba itu.

“Hyung,kita balik ke Seoul sekarang juga!” Jaejoong memberi arahan kepada manager mereka.Yoochun mengerling Jaejoong untuk seketika.Mesej yang diberikan oleh Hye Jung membuatkan dia faham apa yang sedang berlaku.

“Oppa,Jae Min...dia dah tak ada...dia dah tinggalkan kami berdua...” – Hye Jung

Manager Jung tersentak.Pelik dengan sikap Jaejoong. “Hyung,ikut je cakap Jaejoong.” Yoochun berbisik pada Manager Jung.Manager Jung terus mengangguk,dia mencapai menelefon pihak syarikat tentang hal penangguhan aktiviti mereka di Jepun.

“Kamu semua bersiaplah,kita akan balik ke Seoul selepas ini,” ujar Manager Jung.

Jaejoong duduk sambil cuba mengawal perasaannya.Jae Min,anaknya sudah meninggalkan dia dan Hye Jung.Dia mendial nombor telefon Hye Jung.Namun,pesanan peti suara yang kedengaran.

Dia mengeluh dengan kasar.

*****

Your POV

Aku duduk di luar bilik wad yang diduduki oleh Jae Min.Mayatnya sedang diuruskan oleh pihak hospital.Aku tidak tahu,dan aku tidak dapat berfikir apa-apa pada waktu ini.Kekeliruan,kebingungan dan kesedihan menghimpit jiwaku.

Telefonku berbunyi,namun tidak aku hiraukan.Biarlah...aku mahu menenangkan diriku.

“Puan Kim Hye Jung?” seorang jururawat berdiri di hadapanku. “Ye?” aku mendongakkan kepalaku. “Puan dah hubungi suami puan?” tanya jururawat itu.Aku menggeleng. “Oh,kalau belum tak mengapa.Sebab pihak hospital dah telefon sebentar tadi,” beritahunya.

Aku terkejut.Ini bermakna...Jaejoong telah mengetahui hal ini?Aku meraup wajahku.Aku telah gagal...gagal menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk Jaejoong dan Jae Min.Aku menghela nafas sebelum membalas. “Gomawo,”

**

“Omma?” panggil satu suara.Aku yang sedang tertidur,membuka mata dengan perlahan.Wajah Jae Min di hadapanku.Dia sedang tersenyum ke arahku. “Jae Min?Kamu ke tu?” tanyaku,dengan tidak percaya.

Jae Min mengangguk.Dia terus memelukku.Pelukannya membuatkan aku terasa seperti di awangan.Benarkah ini semua?Atau ianya sekadar mimpi? “Omma,nanti kalau Jae Min tak ada,jaga appa dengan baik,ya?” pesan si kecil itu padaku.

Aku terdiam.Apa maksud pesanannya itu?

“Kenapa?Kenapa Jae Min cakap macam tu?” aku tidak faham.Jae Min tidak menjawab.Sebaliknya,dia tersenyum sebelum melambaikan tangannya.Dia mulai menjauhiku.Aku cuba untuk mengejar Jae Min,namun dia tetap meninggalkanku.

“Jae Min!” jeritku. “Jangan tinggalkan omma dan appa!” aku menjerit lagi.Aku menangis di situ.Aku tidak tahu di mana aku berada...adakah aku hanya bermimpi?

**

“Puan?”

Aku terjaga dari tidurku.Aku lihat sekelilingku.Di manakah aku berada?Aku lihat katil yang sedang aku baring ketika ini.Apa yang sudah berlaku?

“Puan pengsan tadi.” kata jururawat yang sama,yang menanyaku sebelum aku tidak sedarkan diri tadi. “Pengsan?” aku pelik.Dia mengangguk. “Puan menangis,dan meracau sebelum pengsan.” balasnya.Tag namanya ialah Ji Eun.

“Oh...terima kasih Ji Eun.” aku mengucapkan terima kasih padanya. Ji Eun agak terkejut,tetapi dia mengukirkan senyuman,sebelum membalas ucapanku.

“Ermm,ada tak seorang lelaki datang melawat tadi?” aku menanya dia. “Siapa?”

“Kim Jaejoong?”

“Oh,Encik Kim ada datang.Dia datang bersama kawan-kawannya.Puan nak saya panggil dia ke?” tindakan Ji Eun itu membuatkan aku menahan tangannya. “Jangan!Saya akan jumpa dengan dia.” aku berkata.

Ji Eun mengangguk,faham dengan kata-kataku.Aku bangun dari pembaringan dan berjalan keluar dari bilik wad itu. “Puan dah okey ke?” dia kelihatan risau.Aku mengangguk. “I’m okay.

Aku keluar dan mencari Jaejoong di lobi hospital.

Tiba di lobi hospital.Jaejoong sedang menunggu,bersama ahli kumpulannya yang lain.Yunho,Changmin dan Junsu kelihatan terkejut.Mungkin mereka tidak tahu statusku dengan Jaejoong.Ah!Ini bukan masanya untuk memberikan penjelasan.

“Jae,” aku memanggil.Jaejoong tidak memberi respon.Dia tetap diam,dia tidak juga berpaling ke arahku.Adakah dia marah terhadapku?

“Kenapa awak tak jawab panggilan saya?” tanya Jaejoong.Aku memeriksa telefon bimbitku.Dia menelefonku.Oh,mungkin pada waktu aku sedang berada di luar bilik wad Jae Min. “Mianhae,”

“Jae Min dah tinggalkan kita,” suaranya seakan hampir menahan tangis.Aku tidak mampu menjawab apa-apa. “Kenapa awak tak berusaha untuk selamatkan anak kita?!” Jaejoong menyoalku.Adakah dia marah?

“Saya...”

Semalam,aku telah diberitahu oleh doktor akan peluang untuk Jae Min sembuh dari penyakitnya adalah tipis.Perkara ini tidak dapat aku beritahu pada Jaejoong.Semalam juga,doktor yang merawat Jae Min menyuruh aku bersedia untuk kehilangannya pada bila-bila masa.

Dan,hari ini...adalah hari yang...menyedihkan aku.

What kind of mother you are?!” Jaejoong memarahiku.Aku menunduk.Tiada sepatah perkataan pun yang mampu aku katakan padanya. “Jaejoong,kawal perasaan kau tu,” pesan Yoochun yang tidak jauh dari kami berdua.

Aku memandang Yoochun yang berdiri,dari ekor mataku.Keluhan tercetus dari bibirku.

“Mianhae...” sekali lagi aku meminta maaf.

“Maaf,maaf dan maaf!Itu je yang awak dapat cakap!” Jaejoong sedang beremosi.Oh Tuhan...sabarkanlah hatinya.Aku juga sedang berduka.Aku tahu dia juga begitu...

Jaejoong meninggalkanku dan yang lain-lain.Entah ke mana dia pergi.

“Hye Jung,boleh kita bercakap sebentar?” Yoochun menegurku. “Boleh.” aku terus sahaja bersetuju. “Kita pergi minum dekat kafeteria.Okey?” dia menanya pendapatku. “Okey,” aku malas hendak membantah,sebaliknya mengiyakan.

Kami berdua berjalan ke kafeteria hospital.

“Dah lama tak jumpa.Sihat?” aku tahu,itu soalan bodoh.Namun,tiada idea untuk menanya apa-apa lagi. “Sihat,” dia tersenyum. “Tunggu kejap,saya nak pergi beli coffee,” dia pergi membeli minuman di kaunter.

Aku duduk di meja yang berhampiran,mataku memandang ke sekitar kafeteria tersebut.Beberapa minit kemudian,dia muncul dengan dua bungkusan bekas coffee latte,minuman kegemaranku.

Walaupun sekadar meneka,aku tahu Yoochun akan membeli minuman itu untukku.

“Thanks,” ucapkan. “You’re welcome,” dia membalas.Aku menghirup coffee latte yang masih panas.

“Saya tahu awak sedih.Jae Min adalah satu kurniaan Tuhan,untuk awak dan Jaejoong,” Yoochun mula bercakap.Aku senyum,namun tidak seperti selalu,kerana senyuman yang kuukirkan ini senyuman sedihku.

“Jangan risau.Jaejoong takkan marah lama-lama.Kita berdua pun tahu dia macam mana kan?”

“Hmm,” aku mengiyakan. “Saya gagal,Yoochun,” aku meluahkan. “Gagal?”

“Saya gagal selamatkan Jae Min.Saya sepatutnya berusaha untuk sembuhkan dia,” aku memberitahu. “Tapi,Tuhan yang menentukan segalanya,bukan?” Yoochun menyoal.Ya...itulah hakikatnya.Manusia tidak mampu menentukan segalanya,kerana mereka hanya mampu merancang...

“Ini tak bermakna kehidupan awak akan terhenti begitu sahaja,Hye Jung.” ujar Yoochun.Aku memegang penutup bekas minuman itu.

“Please,don’t be sad,okay?Stay strong for your life with him,” pesan Yoochun.Aku terharu.Terharu kerana mempunyai rakan sepertinya.Terima kasih,Yoochun.Aku perlu teruskan hidup ini.

 Sorry for bad chapter ;~~; 

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

3 comments:

Miss Oat 익명 berkata... Reply To This Comment

OMG, tsk. T.T

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@syafiqa nasrah [myungmyung] hi :) thanks sebab comment di fanfic yg tak seberapa ni :)

Anis Zulhas berkata... Reply To This Comment

tsk, jae min yg comel tu dah takde ;(