Ahad, 27 November 2011

Can I Love You? [Chapter 4]







Chapter 4:Meeting Eun Ji

Dongwoon POV

Aku memeriksa mesej di telefon bimbitku.Rupanya Eun Hee sudah membalas mesejku.Semalam aku lupa hendak membawa telefon bimbit kerana tergesa-gesa hendak mengikut ahli-ahli Beast makan di sebuah restoran.

Aku membalas mesejnya.

To:Yunnie

Hey!Noona!Jomlah kita lepak kat kafe!I miss you lah!XD

Kemudian aku memandang jam di telefon yang menunjukkan ke pukul 9 pagi.Hyunseung,Yoseob dan Junhyung masih lagi tidur.Manakala Doo Joon dan Gikwang pula sedang menonton televisyen.

Beberapa minit kemudian,bunyi mesej masuk di inbox.

From:Yunnie

Ish...aku tak tualah!Umur baru je 21 thn!Kau ni kan...
Okeylah,kita jumpa kat kafe.Kau setkan masa,nanti aku datang...

“Yay!” aku menjerit. “Woi,apahal kau ni?Menang jackpot ke?” soal Gikwang yang tiba-tiba ada di sebelahku.

“Ish,mana ada!Aku nak keluar pergi date dengan awek akulah!Kau tak payah nak menyibuklah!” aku memukul bahu Gikwang. “Aku tahulah awek aku tinggalkan aku,kau tak payahlah sindir-sindir aku...” Gikwang membalas dengan nada rajuk.

“Eh?Ada ke aku sindir kau?” aku pelik.Dia mengangguk. “Mengada!” aku menjelir lidah padanya.

Aku membalas mesej itu.

To:Yunnie

Hmm,kita jumpa kat Love Cafe House!Okay?
Pukul 10:30 pagi.Jangan lambat!Hehe...

“Yunnie tu siapa?” tanya Gikwang. “Adalah...kau tak payah nak menyibuk...shuh,shuh!” aku menghalau Gikwang pergi ke tempat lain.Kalaulah Gikwang tahu yang Yunnie tu adalah Park Eun Hee...pasti dia akan meminta aku agar membawa dia berjumpa dengan sepupuku itu.

*****

Eun Hee’s POV

Aku yang baru lepas makan sarapan di ruang makan,terus naik ke bilik untuk mengambil telefon bimbitku.

1 message received

From:Dongwoon

To:Yunnie

Hey!Noona!Jomlah kita lepak kat kafe!I miss you lah!XD

Aku mengangkat keningku,sewaktu membaca mesej itu.

Untuk beberapa minit,aku menyusun kata untuk membalas mesej daripada Dongwoon.

To:Dongwoon

Ish...aku tak tualah!Umur baru je 21 thn!Kau ni kan...
Okeylah,kita jumpa kat kafe.Kau setkan masa,nanti aku datang...

Selepa menghantar mesej,aku turun ke bawah semula,dan tidak menyangka,bahawa ada tetamu yang sudah lama hendak kutemui berada di ruang tamu.

“Papa!Omma!” aku terus memeluk mereka.Rindunya aku kepada mereka.

“Eun Hee!Lamanya omma tak jumpa kamu!Makin cantik kamu sekarang ni,” ujar omma,dengan sebuah pujian yang membuatkan aku agak kurang selesa sedikit. “Makin cantik?Mana adalah...biasa-biasa jelah,omma,” aku menafikan sekali lagi.

“Kamu ni...selalu sangat rendah diri.Hmm,omma dah lama nak jumpa dengan kamu,kamu janganlah pergi tinggalkan kami lagi,ya?Kesian papa kamu tu,” tunjuk omma kepada papaku yang di sebelahnya.

“Mianhae,papa.” aku meminta maaf kepada papaku.Aku memeluk papa dengan erat.

“Tak mengapalah,Eun Hee.Sekarang kamu dah balik ke sini,jadi papa lega sebab kamu dapat kembali semula ke sini...jangan pergi lagi,ya?” papa seperti mahu aku berjanji padanya.Namun,aku tidak tahu,jikalau aku perlu meninggalkan keluargaku lagi...

“Hmm,” aku mampu mengiyakannya.

Papa mengusap rambutku yang kini sudah panjang.Sudah lama aku menyimpan rambut yang panjang.Kalau dahulu,aku memang cepat rimas dengan rambut yang panjang,kerana perlu penjagaan yang rapi.

Kini,rambutku yang pendek,menjadi panjang,dan aku tidak memahu memotong rambutku ini,supaya Gikwang tidak mengecamku.Dan juga,cermin mata yang pernah kupakai dahulu,digantikan dengan contact lens.



“Eun Ji...” panggil papa.Seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan lima tahun berjalan ke arah omma dan menundukkan wajahnya. “Ni mesti Eun Ji kan?” aku menanya kepada omma.

Omma mengangguk.

“Eun Ji-ah...ni kakak kamu.Eun Hee,” omma memperkenalkanku dengan Eun Ji.Eun Ji mengangkat wajahnya dan memandangku. “Annyeong,Eun Ji.Nama unnie Park Eun Hee,unnie ialah kakak kamu,” aku memberitahu si kecil itu.

“Unnie ni adik oppa Jung Soo dan oppa Jung Min ke?” tanya Eun Ji dengan petah.Aku mengangguk. “Haah,unnie akan layan kamu dengan baik!Jangan risau,unnie...” aku mengusap kepala Eun Ji dengan rasa kasih.

“Betul tu,Eun Ji jangan takut,sebab dia pun kakak kamu.Dia pun baik macam oppa Jung Soo dan oppa Jung Min.Begitu juga dengan unnie Sora,” omma menyakinkan adik tiriku itu. “Okey...” dia menurut kata omma. “Good girl!” ujar omma.

“Omma dengan papa datang sini sebab apa?” tanya kakak iparku yang sedang menatang dulang yang berisi teko dan cawan,berserta biskut.

“Papa dengan omma ingat nak hantar Eun Ji ke rumah kamu sekejap,sebab kami ada urusan bisnes di London.Jadi,kalau boleh,kami nak kamu jaga Eun Ji sepanjang ketiadaan kami,” kata papa pada abangku,Park Jung Soo.

“Kami okey je.Papa dan omma tak payah risau.” balas abangku.

“Oh ya,Eun Hee.Sempena kepulangan kamu,papa dan omma nak berikan kamu sesuatu,” papa memberikan aku dua kunci.Aku memandang papa.Ada penjelasan yang aku ingin daripadanya.

“Dua kunci itu,untuk kereta dan sebuah rumah untuk kamu.Dah lama papa nak berikan pada kamu.Sekarang ni,both of it,is yours...” jelas papa.

“Tapi...” aku tidak dapat meneruskan kata.

“Eun Hee,kamu adalah anak perempuan yang papa dan omma paling sayang selain Eun Ji,jadi,kami berikan rumah dan kereta untuk kesenangan kamu.Tolong terima,ya?” omma memujukku,agar menerimanya.

Aku mengangguk dalam paksaan.

Omma memelukku lagi sekali.

Nampaknya papa dan omma mahu benar aku menerima hadiah daripada mereka itu.

“Eun Ji,omma dan papa kena pergi ke London.Jadi,kamu kena tinggal dengan mereka,ya?” pesan omma kepada Eun Ji.Eun Ji sekadar mengangguk.

“Kami dah nak kena pergi ke airport.Jadi,tolong jadi adik kamu dengan baik,ya?Dua minggu lagi,kami akan pulang.Dan,kereta tu,kamu boleh minta abang kamu ambilkan di pusat jualan kereta,tempatnya dekat je...rumah tu,kamu boleh pindah bila-bila masa,sebab semua barang kamu yang dulu tu,papa dah pindahkan ke rumah tu,” ujar papa dengan panjang lebar.

“Terima kasih,papa,omma...” aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Mereka sudah meminta diri untuk terus ke airport,untuk berlepas ke London atas urusan kerja yang menuntut mereka ke sana.

Eun Ji duduk di sofa,dia sedang seronok menonton televisyen.

Aku memeriksa sekali lagi mesej di dalam inbox.

From:Dongwoon

Hmm,kita jumpa kat Love Cafe House!Okay?
Pukul 10:30 pagi.Jangan lambat!Hehe...

Aku mengeluh kecil.Kenapa kafe itu juga yang menjadi pilihannya?Selepas itu,aku hanya membalas okey,dan terus bersiap,kerana jam sudah menunjukkan ke pukul 10 pagi.

*****

Dongwoon POV

From:Yunnie

Ok~
Meet you at there ==”

Aku tersenyum dan terus bersiap.Kebetulan Junhyung sedang duduk di hadapanku,jadi,aku hendak mengajak dia berjumpa dengan sepupuku,Eun Hee.

“Hyung,jom ikut saya pergi jumpa girlfriend saya!” ajakku. “Buat apa?” Junhyung menyoalku dengan malas.

“Adalah...jom kita pergi eh?” aku mengajak dia lagi.

“Hmm,okay.Sekarang ke?”

“Yup!” aku mengiyakan.Dia pun terus menyalin baju kepada yang lebih sesuai untuk keluar berjalan-jalan.

*****

Eun Hee’s POV

“Nak ke mana ni?” tanya kakak iparku.Aku tersenyum. “Nak jumpa Dongwoon,unnie kenal kan?Sepupu kitorang...” aku membalas.

“Oh.Seorang je ke?” dia menanya lagi.

“Yup.Ke,unnie nak saya bawak Eun Ji?” aku sengaja bertanya begitu.

“Boleh jugak.Tapi,jangan sampai adik kamu tu hilang pulak!” dia terus bersetuju.Aku ke ruang tamu dan mengajak Eun Ji keluar ikut bersamaku.

“Eun Ji-ah...jom teman unnie jumpa oppa Dongwoon,” aku mengajak Eun Ji.Eun Ji memandangku. “Kalau unnie belanja aiskrim,baru Eun Ji ikut,” dia memberikan syarat.Aku ketawa kecil.Sampai kena bersyarat-syarat pulak.

“Okeylah.Nanti unnie belikan.Jom!” aku bersetuju.Eun Ji bangun dan memegang tanganku.

“Oppa!Tolong hantar kitorang pergi Love Cafe House,boleh?” aku meminta pertolongan. “Okey.” abangku mengangguk.

 Chapter 5 mungkin malam ni,atau esok baru siap :D

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: