Chapter 3:Memories
Author’s POV
Beberapa tahun yang lalu...
“Eun Hee!” Gikwang memanggil nama Eun Hee yang sedang memandang luar tingkap.Tiada reaksi daripada gadis itu. “Yah!!Park Eun Hee!” panggilnya lagi.Masih tiada reaksi.Kerana geram,Gikwang mencium pipi gadis itu.
Pangg!!!
Pipi Gikwang ditampar.Gikwang mengusap pipinya yang merah selepas ditampar oleh Eun Hee. “Eeiii!Jahatlah awak ni!” marah Eun Hee.Gadis itu mengigit bibirnya sendiri.
“Ah!Mianhae!” gadis itu meminta maaf padanya.Dia kemudiannya memegang pipi Gikwang yang merah itu. “Aigoo...saya tampar awak kuat sangatlah...” nadanya ada terkejut,apabila melihat kesan merah yang terdapat di pipi Gikwang.
Gikwang menundukkan mukanya.Memanglah sakit selepas ditampar,kerana dia cium Eun Hee,tapi,apabila Eun Hee mengusap pipinya,wajahnya menjadi lebih merah.
“Ermm,salah saya jugak.Sebab cium awak,” dengan wajah yang masih ditundukkan,Gikwang membalas. “Kenapa muka awak merah?Awak sakit ke?” cemas nada suara Eun Hee.
“T...tak...saya okey.” Gikwang tergagap hendak menjawab. “Oh...hmm...kenapa awak panggil saya?” soal Eun Hee yang sudah duduk di sebelah Gikwang.Waktu itu,kelas riuh-rendah,kerana guru yang sepatutnya masuk mengambil cuti sakit selama dua hari.
Semua pelajar membuat hal mereka sendiri,tanpa mempedulikan apa yang terjadi di sekeliling.
“Saya ingat nak ajak awak pergi date hari Sabtu ni...” perlahan Gikwang memberitahu pada Eun Hee. “Apa?!Date?!” terjerit Eun Hee dibuatnya.Gikwang menutup mulut Eun Hee.Dia menyuruh Eun Hee diam.
Untuk waktu itu,semua rakan-rakan sekelas mereka memandang mereka berdua.Eun Hee menyesali akan ketelanjurannya yang menjerit akibat terkejut dengan perkara yang diberitahu oleh Gikwang.
“Takde apa-apa...korang janganlah pelik tengok kitorang,” Gikwang cuba mengalihkan pandangan rakan sekelas mereka yang masih memandang mereka.Akhirnya,mereka semua meneruskan hal mereka sendiri.Gikwang mengeluh lega.
“Maaf sekali lagi,err,sebenarnya saya terkejut sangat.Bila awak cakap yang awak nak ajak saya date,” Eun Hee memohon maaf sekali lagi.
“Saya tahu awak terkejut.Tapi,saya harap awak dapat keluar dengan saya!” ujar Gikwang dengan nada yang penuh mengharap.Dia memandang Eun Hee yang masih diam sejak tadi. “Baiklah...saya setuju...” balas Eun Hee dengan senyuman kecil.Gikwang senyum,kerana gadis itu bersetuju untuk keluar dengannya.
*****
HARI yang ditunggu dengan penuh debaran tiba jua.Eun Hee berasa sungguh berdebar dan gembira,kerana lelaki yang dia sukai mengajaknya keluar date pada hari minggu itu.Dia memakai dress berwarna biru yang dihadiahkan oleh abangnya,Park Jung Soo.Dipadankan dengan skirt berwarna putih.
“Lawanya...nak ke mana?” tanya Park Jung Min,abang kedua Eun Hee yang sedang duduk di ruang tamu. “Err...nak pergi jumpa kawan...” balas Eun Hee dengan teragak-agak. “Betul ke?Ke...nak pergi dating?” senyuman di bibir abangnya membuatkan Eun Hee tersentak kecil.
“Jangan takutlah.Oppa bukannya nak larang kamu.Kamu ni takut sangat bila oppa sebut kamu nak pergi dating.Pergi jelah,” Park Jung Min membelai rambut Eun Hee.Eun Hee mengangguk sebelum memeluk abangnya itu.
“Gomawo,oppa!Saya pergi dulu,ya?” dia terus memakai kasut dan melambai tangan kepada abangnya itu. “Okay!Jangan balik lambat sangat!” balas Park Jung Min.
Eun Hee mendapat mesej daripada Gikwang yang menyuruh dia tunggu di perhentian bas di hadapan jalan ke rumahnya.
Sampai di perhentian bas,Gikwang sudah melambai tangan dan Eun Hee juga membalas lambaian itu.Hatinya berbunga riang ketika ini...
Gikwang memakai beanie di kepalanya dan seperti biasa,cermin matanya yang besar itu tetap dipakai.Menambah debaran di dada Eun Hee.
Warna baju t-shirt milik Gikwang sama seperti warna dress milik Eun Hee.Seluar panjang berwarna putih dipadankan dengan baju t-shirt itu.
“Kita ni macam berjanji pulak kan?” kata Gikwang pada Eun Hee. “Ne...tak sangka pulak sama...” balas Eun Hee dengan malu.
“Jomlah...kita pergi.” Gikwang memegang tangan Eun Hee.Eun Hee memang terkejut dengan tiba-tiba saja,tangannya dipegang,namun dia membiarkannya.Mereka menaiki bas menuju ke sebuah cafe yang agak terkenal di sana.
Love Cafe House...kafe yang sering menjadi persinggahan para pasangan kekasih.
Dengan sikapnya yang begitu gentleman,dia mempersilakan aku duduk di kerusi di hadapannya.Aku tersenyum melihat sikapnya itu.Kami memesan hot coffee dan satu set wafel.Sambil itu,kami bersembang tentang hal sekolah dan sehinggalah...
“Park Eun Hee...saranghae,” ucap Gikwang pada Eun Hee.Aku yang minum hot coffee itu terus tersedak. “Aigoo...mianhae!” dia menepuk belakang Eun Hee.Tisu diberikan pada gadis itu. “Awak serious ke ni?” Eun Hee masih terkejut.Gikwang menganggukkan kepalanya.
Diam.Terpaku.Eun Hee masih diam tanpa sebarang jawapan. “Eun Hee,kalau awak tak bersedia lagi,jangan bagi jawapannya sekarang sebab,”
“Saya pun cintakan awak,” balas Eun Hee dengan tiba-tiba.Mata Gikwang membulat. “Jinjja?Omo~Saranghae,Eun Hee!” terus Gikwang memeluk Eun Hee.Jelas kegembiraan terpancar di wajahnya ketika itu. “Yahh!Over betullah awak ni!” Eun Hee melepaskan pelukan.
Gikwang tersengih. “Boleh tak,kalau kita ambil gambar sama-sama?” tanya Gikwang selepas itu.Eun Hee mengangguk.Mereka berdua mengambil gambar berdua-duaan sebagai kenangan di kafe itu.
p/s:I Love You-Lee Gikwang
Selepas selesai makan di kafe itu,mereka berdua berjalan-jalan di sekitar kedai yang ada di situ untuk melihat dan sambil itu,mereka berpegangan tangan dan bergurau-senda dengan iringan tawa.
*****
“THANKS,for today,” ucap Eun Hee. “Sama-sama...Saya harap kita dapat keluar lagi,” balasnya dengan sebuah senyuman yang sungguh memikat.
Eun Hee memandang ke arah lain,untuk berjalan pulang ke rumahnya.Tiba-tiba tangan kanannya dipegang. “Eh?” Eun Hee tidak dapat meneruskan katanya.
Matanya membesar.Bibirnya dan bibir Gikwang bersentuhan.Kemudian,dia hanya diam. “You stole my first kiss,” bisik Eun Hee dengan perlahan. “Because I’m the one who you love,” balas Gikwang dengan selamba.Walaupun agak kelakar sikit,sebab sebutannya agak comel bagi Eun Hee.
“Nak lagi ke?” Gikwang mengangkat keningnya.Eun Hee yang sudah memerah memukul bahu lelaki itu dengan perlahan.Gikwang ketawa. “Selamat malam!” ucap Gikwang,dengan sebuah ciuman di bibir Eun Hee.
“Gikwang-ah!!!I hate you!” Eun Hee menjerit selepas ciuman kali kedua itu.
“Eun Hee-ah!!!I love you!” jerit Gikwang sambil berlari pulang ke rumahnya sendiri.
Apabila mengingati semua itu,Eun Hee tersenyum sendiri.Saranghae,Gikwang...bisik Eun Hee dalam hatinya.
*****
Eun Hee’s POV
Kini...
Aku tersedar dari lamunanku yang panjang.Eh?Mengapa aku teringatkan kenangan itu?Sudah hampir beberapa tahun yang lalu.
“Jauhnya kamu mengelamun,” sapa abangku,Park Jung Soo.Aku memandang abangku. “Lama sangat ke oppa?” aku menyoal dia.
“Hmm...agak lama.Kamu teringatkan siapa?Sampai tersenyum-senyum macam orang tak betul je,” dia menggeleng kepala selepas berkata.Aku ketawa kecil. “Betul ke,oppa?” aku masih tidak percaya.Dia mengangguk.
Damn it!aku berbisik
“Ah,tadi Dongwoon telefon,” dia memberitahuku.
“I know it.But,I just sent a message to him.He didn’t answered my call,” balasku.Abangku sedang menyusun majalah yang berselerak di meja kopi di ruang tamu. “So...i saw Gikwang photo,is it yours?” dia menanyaku selepas selesai mengemas.
Aku tersentak.Shit!He saw it!aku menjerit dalam hati.
Salahku juga kerana tidak menyimpan semula bingkai gambar itu.Ahhh!Habislah aku!aku mengigit bibir.
“Kenapa diam?”
“Uh...takde jawapan untuk soalan tu,oppa,” aku membalas.
“I know you’re still love him,” teka abangku.Aku menggeleng.
“Nope.I.Hate.Him.” aku memberitahu dengan tegas.
“Love!”
“Hate!”
“Love!”
“Hate!”
“Love!”
“Love!” aku menekup bibirku selepas itu.Oppss!Aku tersilap!
Ketawa terhambur di bibir abangku.Aku mendengus kecil.
“Oppa tahu kamu sukakan dia lagi.Just go ahead.Find him!” abangku menyuruh.
Aku menjelir lidah. “Jangan haraplah!” aku terus naik ke atas.Abangku masih lagi mengusikku.
Aku memasang lagu Easy yang dinyanyikan oleh kumpulan Beast.
Aku tahu,bahawa,Gikwang juga adalah salah seorang ahli kumpulan itu,bersama sepupuku,Dongwoon.Aku meminati mereka.Aku juga meminati Gikwang sebagai salah seorang peminat.
Walaupun aku tidak pernah menghadiri sebarang fanmeeting concert atau apa pun,Dongwoon tetap memberikan aku sebarang barang eksklusif.Jadi,aku dapat mengumpul segala barang eksklusif yang tidak semua peminat Beast ada...hahaha...aku tersenyum sendiri.
Sambil itu,aku menghayati maksud lagu itu...
Hmm...maksudnya seperti ada kena mengena dengan hubungan aku dan Gikwang...
Huh...apahal aku ni?
“Memories with him,Lee Gikwang...” sebutku perlahan.
I'm done with chapter 3.Will update chapter 4 soon ^^
2 comments:
Eun Hee tak baik tipu diri sendiri -,-
@Kim Myungsoo 명 명 jgn marah,ada sebab kenapa eun hee menipu lol haha
Catat Ulasan