Sabtu, 26 November 2011

Can I Love You? [Chapter 2]







Chapter 2:I Miss You...

Gikwang POV

  “Eun Hee!” aku menjerit namanya. “Woi!Bangun!” Hyunseung memukul mukaku menggunakan bantal.Aku tersedar. “Siapa yang kau panggil tu hah?” soal Hyunseung. “Ah...itu,takde siapa.Kau tak payah tau.” aku meraup mukaku dan bangun.Kami sudah sampai ke dorm kami.

“Awek mana kau panggil tu,hah?” Yoseob menyoalku pula. “Aishh...takde sesiapa pun!” aku tidak mahu menjawab pertanyaannya.Agaknya,Dongwoon perasan tak aku panggil nama Eun Hee?hatiku menyoal.

Kami terus ke dorm kami,membawa beg bagasi milik masing-masing.Aku terus menyambung tidur. “Hoi!Sambung tidur lagi ke?” laung Hyunseung.Aku menekup mukaku dan membaling bantal ke arahnya.

Dia ketawa terbahak-bahak selepas itu.Aku menyambung tidur yang masih berbaki.

*****

Dongwoon’s POV

“Eun Hee!” aku terdengar Gikwang menjerit nama sepupuku itu.Ah...dia mungkin rindukan Eun Hee.Aku menelefon Eun Hee...namun,tiada jawapan yang aku dapat.

Esok,aku akan bertemu dengan Eun Hee,memandangkan Eun Hee sudah pulang ke Korea.Sememangnya sudah empat tahun aku merahsiakan hal pemergian dan sebabnya Eun Hee ke negara matahari terbit itu.

Aku cuba menelefon rumah Park Jung Soo,iaitu abang kepada Eun Hee yang juga abang saudaraku. “Yoboseyo?” panggilan diangkat.Pastinya Jung Soo hyung. “Hyung!Ni saya,Dongwoon!” aku memberitahu.

“Dongwoon-ah...kamu nak hyung panggil Eun Hee ke?” dia sudah mengetahui tujuan aku menelefon. “Lebih kuranglah...” aku ketawa. “Sekejap...hyung pergi panggil dia...” dia menyuruh aku menunggu sebentar.

Beberapa minit kemudian...

“Maaf ya,Dongwoon.Eun Hee tengah tidur.Tapi...ada satu perkara yang hyung nak beritahu kamu,” nadanya agak perlahan. “Oh,takpe,lepas dia bangun suruh dia telefon balik.Ermm,kenapa hyung?” aku berkata.

“Eun Hee tidur,dan dia baru je lepas nangis.Hyung tak tahu sebab apa.Dan,hyung ternampak Eun Hee pegang bingkai gambar yang ada gambar...Gikwang...” dia memberitahu.Aku terkejut.Adakah mereka...seperti sedang terseksa dengan sesuatu perkara?

“Mereka ada masalah ke sebelum tu?” tanyanya.

“Saya...tak tahulah,hyung.Sebab kata Gikwang,Eun Hee terus tinggalkan dia.Tanpa sebarang penjelasan,” aku menjelaskan apa yang diberitahu oleh Gikwang selepas dia ditinggalkan oleh Eun Hee yang tiba-tiba saja ke Jepun dan tinggal bersama sepupunya.

“Ermm,takpe.Hyung cuma nak tahu je.By the way,nanti datanglah rumah hyung kalau ada masa,” kebaikan hati Jung Soo hyung terserlah dengan ajakannya itu.

“Okey.Esok saya mungkin akan ajak Eun Hee keluar.Jadi,kalau ada masa,saya akan ke rumah hyung,” aku berkata,tapi,tidak membuat janji. “Baiklah...” dia tergelak.Sebelum aku meminta diri untuk menamatkan panggilan.

“Nampaknya mereka sembunyikan sesuatu perkara...” aku mengeluh.

*****

Author’s POV

 Eun Hee menangis keseorangan. Gikwang yang berpakaian putih,terus memeluknya,dengan erat sekali.Mereka sedang terseksa dengan diri mereka sendiri.Kerana,ada sebuah persoalan yang menyesakkan jiwa dan hati mereka.

“Gikwang...kenapa saya terseksa sampai begini sekali?” gadis yang bernama Eun Hee menyoal. Gikwang menundukkan kepala. “Apa yang awak sedang fikirkan?Cakaplah...saya nak awak beritahu masalah yang menghimpit diri awak,” Gikwang mahukan jawapan.

Eun Hee tetap diam.Bibirnya seakan terkunci untuk memberitahu.

“Please...jangan buat saya macam ni.I love you...” ucap Gikwang dengan rayuan.Eun Hee tetap diam seperti tadi.Peristiwa itu sungguh menyeksanya.Tambahan lagi,waktu itu,dia terlalu sayangkan Gikwang.

“Saya...saya tak dapat jawab pertanyaan awak tu.Ianya seperti...sungguh menyakitkan,” tangis Eun Hee.It’s hard...

Gikwang terus memeluk Eun Hee.Kali ini,lebih erat.Eun Hee juga begitu. “Saya takkan lepaskan awak...you’re mine,” bisik Gikwang pada telinga Eun Hee.Eun Hee mengangguk,dan dia terlelap bersama Gikwang yang setia bersamanya.

Jika ianya adalah realiti...pastinya ianya indah.Namun,sayangnya,semua itu hanya mimpi mainan tidur semata-mata,kerana realitinya,mereka terpisah dan terseksa dengan peristiwa yang telah berlaku pada empat tahun yang lalu.

*****

Eun Hee’s POV

  Aku masih tidak mahu melepaskan pegangannya.Tangannya erat memegang tanganku.Kami berdua berjalan menyusuri pantai di Pulau Jeju yang membuat aku berasa tenang ketika ini.

Kami bergurau senda tanpa mempedulikan sesiapa,kerana aku masih sayangkan dia,dan peristiwa itu seakan hilang...tanpa jawapan daripadanya.

“Saranghae,” ucap Gikwang padaku.Dua kali aku mendengar ucapan itu.Seperti dia yang mengucapkan kata itu.Aku tersenyum bahagia. “Awak tak cintakan saya?” dia menunggu reaksiku,untuk membalas.

“Saranghaeyo...” aku mencium pipinya,lalu terus berlari meninggalkan dia.Dia mengejarku.Aku suka pada saat-saat ini. “Gotcha!” dia memeluk pinggangku.Aku menjerit kecil.Kami kemudian ketawa sesama sendiri.

Sungguh indah perasaan ini...


**

“EUN HEE,” aku dipanggil seseorang.Aku membuka mataku.Kelihatannya kakak iparku sedang tersenyum sambil memandangku.Aku segera membunyikan bingkai gambar di bawah bantal.

“Unnie dah tengok.Handsome...macam pernah unnie tengok teman lelaki Eun Hee tu,” ujarnya.Aku menjongket bahu. “Dia bukan boyfriend sayalah,unnie,” aku membetul andaian yang dibuatnya. “Eh,tak payah nak sembunyi dengan unnie lah,” dia memukul bahuku dengan lembut.

“Betul!Eun Hee tak gurau okay!” aku cuba menyakinkan kakak iparku itu. “Apa pun,unnie tak percaya.Sebab Eun Hee kan cantik?Tak mungkinlah belum berpunya!” dia masih tidak percaya.Aku mengeluh. “Apa-apa jelah...” aku malas hendak mengulas lagi.

“Maknanya betullah ya?” senyumnya.Aku diam.Kan bagus,kalau Gikwang masih bersama aku!hatiku berkata.

Namun,semuanya sudah berlalu!

“Dahlah tu.Pergilah mandi.Nak dekat malam dah ni.Nanti kita sama-sama makan malam eh?” dia memberitahu sebelum bangun dan meninggalkanku.Aku mengangguk.

“Pheww...” aku menghela nafas. “Kakak ipar aku tu macam detektif pulak,” kataku sendirian.Kemudian,aku mencapai beg tanganku.Telefon bimbit dikeluarkan.Aku memeriksa panggilan dan mesej yang masuk.

Dongwoon-1 call received
Dongwoon-5 message received

“Eh?Dongwoon call aku ke?” aku menjadi hairan.Aku melihat masa panggilan itu masuk.

3:30 pm

“Ish,patutlah...aku tidur waktu tu...” aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aku mendial nombor telefonnya.Namun,hanya operator telefon yang menyapaku.Aku mengigit bibir.Aku hanya menghantar mesej kepadanya.

Aku memeriksa mesej daripada Dongwoon

From:Dongwoon

Noona!Ahjussi cakap,noona akan balik Korea right?Jom jumpa esok!XD

From:Dongwoon:

Noona!Jom pergi date!Esok saya belanja noona tengok wayang!:D

From:Dongwoon

Noona,kenapa tak balas mesej?Noona dah sampai ke Korea belum?

From:Dongwoon

Noona!//scream
Cepatlah balas mesej!Hahaha...

From:Dongwoon

Noona,esok kita jumpa kat kafe,ya?Tolong balas mesej ni!Urgent!:P

Aku membaca mesej itu,sambil keningku terangkat sedikit.

“Ngok ngek punya sepupu.Hantar mesej berkali-kali macam nak paksa orang je...” aku mengutuk Dongwoon yang menghantar mesej berkali-kali semata-mata hendak mengajakku keluar esok.

To:Dongwoon

Hey!Kenapa panggil noona huh?Aku ni tua sangat ke,Woonie?
Esok malas nak keluar,aku nak rehatkan diri :P

Selepas menekan butang send.Aku berbaring di atas katil semula.Dongwoon adalah sepupuku,dari sebelah ibuku.Kami rapat sejak kecil lagi,jadi,tak pernah ada rasa canggung atau janggal untuk berborak,dan bergurau dengannya.

*****

Gikwang POV

  Aku menutup telingaku akibat bunyi dari telefon bimbit Dongwoon.Aku bangun dan melihat jam di telefon bimbitku.Kemudian,keluhan dilepaskan.

“Yahh!Dongwoon-ah!” aku memanggil nama Dongwoon.Namun,tiada sahutan daripadanya.Aku memejam celikkan mata.Eh?Mana semua orang?Suasana di dorm agak sunyi,langsung tiada bunyi bising yang dicetuskan.

Ada sebuah note kecil yang ditampal di sebelah buku kepunyaanku.

Kitorang keluar pergi makan.Nanti kitorang belikan makanan untuk kau.Kami tahu kau penat sebab promosi di Jepun semalam.Take a rest!-Dongwoon,Yoseob,Hyunseung,Junhyung & Doo Joon J

Aku mengangguk.Dongwoon tertinggalkan telefon bimbitnya,aku berkata dalam hati.

Idea nakal yang tercetus di mindaku ini menyuruh agar aku membaca mesej yang dihantar oleh entah sesiapa kepada Dongwoon.Aku menekan view untuk melihat mesej itu.

From:Yunnie

Hey!Kenapa panggil noona huh?Aku ni tua sangat ke,Woonie?
Esok malas nak keluar,aku nak rehatkan diri :P

“Yunnie?Siapa pulak tu?” aku menanya diriku sendiri.Aku meletakkan semula telefon bimbit milik Dongwoon dan mencapai tuala untuk ke bilik air.


Chapter 3 on the way~hehehe...:P

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

2 comments:

Miss Oat 익명 berkata... Reply To This Comment

http://fanfictionbloggie.blogspot.com/ saja nak share link :D

Lina Azhar berkata... Reply To This Comment

@Kim Myungsoo 명 명 thanks :) itu blog unnie nana,unnie suka baca fanfic dia ^^