Sabtu, 26 November 2011

Can I Love You? [Chapter 1]







Can I Love You?

Chapter 1:She’s Back

Eun Hee’s POV

Incheon International Airport

Aku mencari kelibat abangku,Park Jung Soo yang sudah berjanji denganku untuk mengambilku sebaik saja aku melangkah tiba di balai ketibaan.Aku menunggu sambil melihat sekeliling lapangan terbang yang agak sesak ketika itu.

“Yah!Eun Hee!” ada satu suara menegurku,dan aku merasakan bahawa bahuku dipegang.Oleh kerana perasaan yang terkejut menguasai diri,terus aku mencapai tangan yang gatal hendak memegang bahuku itu dengan memulasnya dengan kuat.

“Ahhh!” pemilik suara itu menjerit.Aku cuba mengecam suara itu.Aku memalingkan mukaku ke belakang. “Oppa!” aku melepaskan pegangan.Abangku hanya menjeling sambil mengusap lengannya.Aku menggigit bibir.

“Mianhae...” aku memohon maaf. “Hmm...” hanya itu yang dia balas.Aku mengetuk kepalaku sendiri.Ish!Kenapalah aku pulas lengan dia kuat sangat? aku memarahi diriku sendiri. “Kuat sangat kamu pulas lengan abang ni,” dia memerliku.Aku hanya diam. “Err,sebenarnya Eun Hee terkejut.Sebab tulah Eun Hee buat macam tu,” aku memberitahu dia.

“Ya ya ya...okay.Abang bersalah sebenarnya.Sebab kejutkan kamu sampai macam tu sekali,” dia juga mengakui kesalahannya.Aku mengangguk.Abangku terus membawa beg bagasiku dan berjalan keluar dari lapangan terbang.

Aku juga berlari-lari anak untuk mengejar langkah abangku,sehinggakan aku terlanggar seseorang. “Ah,mianhae!” aku menundukkan kepala dan melangkah pergi.Kenapalah aku cuai sangat?!Namun,aku malas hendak memikirkannya,dengan terus berlari keluar.

Abangku ketawa melihatku yang termengah-mengah. “Ish!Kenapa abang cepat sangat?Penat tau nak kejar abang!” aku memarahi abangku. “You’re still old Eun Hee...” balas abangku. “So,why?I’m still Park Eun Hee.Walaupun empat tahun di Jepun,I don’t change myself,” dengan angkuh,aku menjawab,juga ada sedikit pembohongan yang telah aku lakukan.

“Heh,whatever...” abangku masuk ke dalam kereta.Aku yang masih tercegat di luar hanya menundukkan kepala. “Tak nak balik rumah ke?” tanya abangku.Aku mengangguk,sebelum masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian sebelah pemandu.

“How are you,Eun Hee?” pertanyaan daripada abangku membuatkan aku terpinga-pinga. “Kenapa?I’m fine.” aku membalas,dengan teragak-agak. “Kamu masih teringatkan Gikwang ke?” pertanyaannya yang satu lagi itu menyebabkan jantung terasa hendak tercabut.

“A...apa maksud abang?” aku hampir tidak dapat meneruskan kata. “Dongwoon cakap,kamu dan Gikwang bercinta pada empat tahun yang lepas,so,abang rasa kamu mesti rindukan dia kan?” abangku menyoal dengan senyuman di bibirnya.Aku mengeluh kecil.

Kenapa Dongwoon tak diamkan saja kisah antara aku dan Gikwang sudah lama terkubur?Arghh!Hatiku masih sedih dengan apa yang telah Gikwang lakukan padaku dahulu.Untuk merawatnya,memerlukan masa yang sangat lama,bukannya seminit dua...tetapi,empat tahun,walaupun ianya masih terasa sehingga kini.

Bekasnya tetap juga ada,meninggalkan parut yang sungguh hodoh!

“Why you’re quite?” dia menanya.Aku menggeleng. “Eun Hee nak tidur kejap.” aku memberikan alasan.Mata dipejamkan.Gikwang...hatiku memanggil namanya...

*****

Gikwang POV

“Apa yang kau tengok tu?” Dongwoon menyoalku. “Entah.Aku rasa macam ada seseorang dekat sini...” aku menjawab. “Siapa?”

“Entah.Aku rasa je...” aku senyum padanya.

“Kau nak Eun Hee kembali pada kau semula ke?” tiba-tiba saja Dongwoon menanya.Aku bungkam.Entah apa yang hendak aku balas pada Dongwoon.Eun Hee meninggalkan aku dalam keadaan aku sedang mencintai dia sepenuh hatiku.

“Hey...apa korang sembangkan ni?” Doo Joon menegurku. “Nothing,” balas Dongwoon. “Jomlah.Van dah sampai pun...” dia mengajak kami berdua.Aku dan Dongwoon terus mengikut langkah Doo Joon yang sudah ke hadapan.

Dua tahun...aku menunggu Eun Hee yang tiba-tiba pergi dari hidupku.Dongwoon pula adalah sepupu kepada Eun Hee.Dialah menjadi orang penting untuk aku ketahui tentang Eun Hee,meskipun tidak banyak yang aku dapati.

Di dalam van,aku hanya diam tanpa bercakap apa-apa.Sehinggalah Yoseob menegurku.

“Kenapa kau diam je dari tadi?”

“Aku penat,” balasku dengan pendek.Kami baru sahaja pulang daripada mengadakan promosi di Jepun.Jadi,kerana waktu rehat yang tidak mencukupi,aku agak letih dan ingin duduk diam tanpa membuat apa-apa.

Yoseob mengangguk.Dia pasti faham akan keadaanku kini.

“Hari ni dan esok kita takde apa-apa jadual show!” laung leader Doo Joon tiba-tiba.Aku hanya mendengar.Dongwoon yang duduk di sebelahku sudah menyebut yes.Pastinya memang ini saat yang paling bagus untuk aku merehatkan diri.

“Esok aku nak pergi date!” Dongwoon memberitahu.Cehh,orang tak tanya pun.Dia sibuk je nak announce,aku berkata dalam hati,sambil memandang Dongwoon yang sudah tersengih.

“Whoaa...maknae kita ada girlfriendlah!” laung Hyunseung.Kata-katanya diiringi tawa oleh Doo Joon,Junhyung dan Yoseob. “Hahaha...alah,dah lama kitorang tak jumpa,” dia membalas dengan perlahan.
“Oh...ni nak mengubat rindulah ni?” tanya Junhyung.

“Hahaha...lebih kurang,” jawab Dongwoon dengan selamba. “Yahh,Gikwang...” bahuku ditepuk oleh Doo Joon. “Mwo?” aku menanya dengan pelik.

“Kau tak terfikir nak ada girlfriend ke?” soal Doo Joon dengan keningnya terangkat.Aku tergelak kecil. “Kelakar ke?” Dongwoon menyoalku pula.

Aku diam. “Tak.Boleh tak kita bincang pasal benda lain?” aku tidak mahu menjawab pertanyaan yang ditanya oleh Doo Joon.

“Okey.Kita cakap pasal benda lain,” Doo Joon mengangkat tangannya.Dongwoon pulak sibuk membalas mesej di telefon bimbitnya.Aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. “Eun Hee...” sebutku dalam diam.

*****

Eun Hee’s POV

  “Eun Hee...”

Aku terjaga dari lena. “Waeyo?” abangku pelik melihatku. “Nothing...” aku menggeleng. “Dah sampai?” tanyaku,sambil menggeliat kecil.Abangku mengangguk.Dia sudah keluar dari kereta dan mengambil beg bagasi di bahagian belakang.

Aku pula masih memikirkan hal tadi.Siapa yang panggil aku tadi?Takkanlah hantu kot,aku cuba menyedapkan hati ini.Terus aku keluar dan berjalan masuk ke dalam rumah milik abangku ini.

Oleh kerana papa kami berkahwin lain,selepas mamaku meninggal dunia dan abangku pula sudah berkahwin,dia membuat keputusan untuk tinggal bersama isterinya,yang juga kakak iparku,Kang Sora.

“Annyeong Eun Hee!” kakak iparku terus memelukku.Gelagat kakak iparku membuatkan abangku tersenyum. “Kamu makin cantik!” puji kakak iparku. “Aigoo...mana ada.Biasa jelah...” aku cuba menepis pujiannya.

“It’s a long time.Since I’m with Jung Soo were in love.Then,I married to him.” ujar Kang Sora padaku.Aku mengangguk. “Jomlah masuk.Unnie ada masak untuk kamu!” ajaknya.Aku mengikut dia masuk ke dalam rumah dan kami ke ruang makan.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan.Aku memandang kakak iparku dengan perasaan yang sungguh terharu. “Gomawo unnie,” aku memeluknya.Dia membelai rambutku dan mengangguk.Kami terus menjamu selera.

“Kamu nak sambung belajar dekat mana?” tanya abangku. “Kyunghee University,” balasku ringkas. “Oh.Dah confirm ke?” kakak iparku menyampuk. “Dah.Bulan lepas Eun Hee daftar,so,dah dapat surat confirmation,” aku memberitahu mereka berdua.

“Ambik course apa?”

“Art music lebih kurang macam tulah nama coursenya...” kataku. “Minat?” soal abangku. “Yup!” aku senyum.

“Baguslah...nanti boleh cakap dengan papa!” abangku memandangku dengan senyuman yang melebar. “Papa dan omma sihat?” sudah lama aku tidak menelefon omma dan papa,serta adik tiriku yang tinggal di Busan.

“Sihat.Minggu lepas diorang datang.Eun Ji nampak makin membesar!” kakak iparku menjawab. “Wahh...mesti bertambah comel kan?” aku membayangkan wajah adik tiriku itu.

Omma adalah ibu tiriku.Dia baik dan prihatin tentang kami sekeluarga.Aku tahu,tidak semua ibu tiri baik.Tapi,omma adalah ibu tiri yang baik sekali bagiku.

“Oppa Jung Min ada dekat sini ke?” aku teringatkan abang keduaku yang bergelar artis itu. “Dia pergi balik Busan.Katanya saja nak lawat omma,papa dan Eun Ji kat sana.” abangku sudah selesai makan. “Tambahlah lagi.Unnie masak khas untuk kamu,” kakak iparku menyuruh.

“It’s okay.Dah kenyang.Nanti nak makan malam pulak!Kesian unnie penat masak banyak-banyak untuk saya,” aku masih terharu dengan sikapnya yang sudi masak sempena kepulanganku ke Korea.

“Lepas makan,kamu berehatlah.Unnie nak kemas.” kakak iparku mula membawa mangkuk dan gelas yang sudah digunakan ke dapur.Aku ikut menolong dia walaupun ditegah supaya berehat. “Alah...kerja ni senang jelah,unnie,” aku masih mahu berdegil.

“Ish,kamu ni Eun Hee...” dia menggeleng kepala melihat kedegilanku.

Abangku pula mungkin sedang berehat di biliknya.

Selepas selesai mengemas,kami duduk sebentar di ruang tamu,sebelum kakak iparku meminta diri untuk naik ke bilik. “Oh ya,bilik kamu dekat sebelah bilik belajar.” beritahunya sebelum naik.Aku hanya menurut.

Untuk beberapa minit,aku menutup mataku,dan,serentak itu wajah Gikwang yang berpakaian uniform sekolah meniti di fikiranku.Bibirnya mengukirkan senyuman.Cermin mata yang agak besar itu membuatkan aku terpaku dengannya.Ya...aku memang sukakan dia sejak hari pertama dia memasuki sekolah menengah.

Walaupun agak nerdy.Tetapi,dia ada karisma yang tersendiri.Dan,gadis-gadis sering mengejarnya,biarpun stylenya sungguh nerdy.Hahaha...aku tersenyum sendiri.

Kini,semuanya tinggal kenangan sahaja.Tak lebih daripada itu.Kerana,peristiwa yang satu itu,membuatkan hatiku hancur,sehancur-hancurnya.Rapuh...dan,hanya rasa kesal saja menyelubungiku ketika itu.

“Eun Hee....” namaku disebut perlahan.Sekali lagi.Namaku disebut.Hatiku berdebar. “Saranghae...” kata-kata itu terucap.Aku membuka mataku.Siapa yang menyebut namaku itu?Juga mengapa kata-kata keramat itu diucapkan padaku?
Air mata mengalir ke pipi.Entah mengapa perasaan sayu ada terselit dalam diriku ketika ini.Aku bangun dan naik ke bilik yang diperkatakan oleh kakak iparku itu.

Indah.Namun,hatiku masih sayu.Sangat.Air mata masih mengalir.Beg bagasi dibuka zipnya.Aku mengeluarkan sebuah bingkai gambar yang selama ini menemaniku,meskipun,tuannya telah dibenci,aku tetap juga ingin melihat potret itu.

Aku melekapkan bingkai gambar yang sederhana kecil itu,rapat ke dadaku.Air mata jatuh lagi.Aku tidak dapat menafikan,setiap kali aku melihat potret itu,ada dua perasaan saling berkait.Rindu dan benci.

Sukar untuk aku menetapkan status untuk dia di hatiku ini.Orang yang disayangi?Orang yang dibenci?

Aku berbaring di atas katil.Bingkai gambar itu masih ada dalam peganganku.

Entah bila aku terlelap selepas menangis.


For first chapter...memang aku merapu sikit...haha...read and comment!

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...