Isnin, 12 September 2011

Sinopsis One Shot FF:Love For You





Sinopsis:-

Julia dan Alex bercinta sejak mereka berdua berada di sekolah menengah lagi.Semasa mereka berdua sedang menuntut di sebuah universiti yang sama,Alex yang dicintainya itu banyak menghabiskan masa dengan Lily,seorang,pelajar terkenal di universiti mereka.Timbul rasa ragu-ragu di dalam hati Julia akan perhubungan mereka berdua yang sudah mencecah hampir lima tahun.
Suatu hari,sewaktu Julia ke sebuah restoran,dia terlihat Alex dan Lily sedang meraikan sesuatu.Hati Julia dipagut rasa ingin tahu.Rupanya,mereka meraikan hari ulangtahun perhubungan mereka berdua yang sudah masuk ke usia tiga tahun.Julia kecewa dengan Alex.Dia tidak menyangka bahawa dia sudah ditipu oleh Alex tentang hubungan Alex bersama Lily.Dengan rasa kecewa,dia memutuskan perhubungannya dengan Alex.Selepas tamat saja pengajian,Julia menyambung pelajarannya di luar negara,juga menyembuhkan luka di hatinya.
Setelah hampir tiga tahun berlalu,Julia pulang setelah didesak oleh abangnya.Julia memulakan kehidupan yang baru setelah dia dinasihati oleh Kibum,rakan seuniversitinya yang menemuinya sewaktu dia melanjutkan pelajaran di luar negara.Kehidupan barunya terganggu oleh kehadiran Alex yang menagih cintanya.Julia hampir tertekan.Setelah dikecewakan,hatinya tawar dan tertutup untuk menerima cinta baru.
Alex cuba mendekatinya,dengan pelbagai cara.
Dapatkah Alex memberikan cintanya untuk Julia yang sudah berkeras hati untuk menerima Alex kembali?

Watak-watak:


Choi Siwon as Alex Choi


Im Yoona as Julia Park


Kim Kibum as Kibum


Choi Sooyoung as Serena


Lee Min Ho as Jimmy Park (abang Julia)


Lee Donghae as Joey Park (abang Julia)


Jessica Jung as Lily 

(p/s:sorry kalau sinopsis tak best...main buat je...hihi,btw this is my really-really first oneshot/fanfiction story,and because of it...i do write fanfic until now :D)


Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: