Isnin, 26 September 2011

Love Circle Between Us (Once Upon A Time-my love story)


Title:Love Circle Between Us
Lirik:Because I'm Stupid-SS501
Tempat yang dipilih:Seoul,Incheon dan Jeju
Bias:Lee Chan Hee (Chunji) dan Ahn Daniel (Niel) (Teen Top)
Jumlah perkataan:2,889 words (p/s:setelah puas cut scene tertentu ==")


Love Circle Between Us

Once upon a time...

Aku berjalan keluar ke balai ketibaan antarabangsa di Incheon International Airport.Akhirnya aku kembali semula ke sini,setelah hampir lima tahun aku berada di Amerika untuk menyambung pengajian di sana.Aku menarik nafas lega.

“Kembali juga aku ke sini...” tuturku sendirian.Aku segera menghidupkan semula telefon bimbitku yang kututup semasa hendak berlepas tadi.Mesej daripada Chunji membuatkan aku tersenyum sendirian.Chunji menanya akan ketibaanku ke Korea.Ah...nampaknya dia terlalu ambil berat tentangku.

Segera aku menelefon dia. “Hello?Lina?!” dia menyoalku.Aku ketawa. “Yalah...siapa lagi?Kau yang beria sangat suruh aku call kau kalau aku dah sampai?” aku menyoal dia semula.Memulangkan paku buah keras kononnya.

“Oh...kau perli aku eh?Well...kau dah sampai?” Chunji tahu aku bergurau. “Mestilah...kalau tak,aku takkan call kau,faham?” aku memberitahu dia. “Cool Lina...relaks lah...tunggu ya?Aku akan ambil kau,jangan pergi mana-mana?Okay?” ujar Chunji padaku. “Yalah...aku pahamlah pak cik!” aku membalas dengan gurauan.

“Lina!Kau ni memanglah!Suka nak buat aku sakit hati!Dahlah...aku nak bersiap.Just wait me at there,” pesannya sebelum menamatkan talian.Aku mengangkat kening.Aku terus duduk di deretan kerusi yang tersusun atur.Aku bersandar,melepaskan lelah kepenatan kerana perjalanan yang lama.

Kemudian,ada seorang lelaki duduk di sebelah kerusi yang kududuki.Aku hanya membuat halku sendiri,malas hendak menyibuk.Lelaki itu memakai cermin mata hitam dan pakaiannya juga berwarna hitam.Aku meneliti lelaki itu.Opss!Lelaki itu merenungku yang sibuk meneliti dirinya.Kantoi sudah!Aku pandang ke arah lain.

Selepas hampir sepuluh minit berlalu,lelaki itu pun bangun dan meninggalkan aku.Mungkin orang yang dia tunggu dah sampai kot...Aku mengerling jam tanganku yang berwarna biru.Sudah ke pukul sepuluh pagi.Bosannya...

“Lina!Sorry lambat!Biasalah...traffic jam.Faham-faham jelah,ya?” Chunji muncul tiba-tiba dengan deruan nafasnya yang tercungap-cungap.Kemunculannya membuatkan jantungku mulai berdebar,kerana terkejut mungkin.Aku mengurut dada. “Chunnie-ah...kau ni buat aku terkejut je...” aku berkata,namun,nak marah pun buat apa.Buang air liur aku je.

“Hahaha...aku ingat kau perasan aku tadi.Eh,jomlah.” dia menarik tanganku dan mencapai beg bagasiku.Suka hati dia je nak rembat tangan anak dara orang!Cehh!Hatiku menggerutu dengan perbuatan selamba Chunji itu.

“Kau tunggu kat sini eh?Aku nak ambil kereta kejap.” Chunji menyuruh aku tunggu di luar lapangan terbang,dia hendak pergi mengambil keretanya.Aku berdiri di sebelah palang besi.Mungkin bertentangan dengan dinding.Mataku berlari melihat gelagat orang ramai di sekitarnya.

Beberapa ketika kemudian,Chunji muncul dengan keretanya.Dia tersenyum padaku.Aku membalas senyumannya. “Naiklah,” Chunji membuka pintu kereta untukku.Aku melangkahkan kakiku ke hadapan.Namun,kaki kananku seakan melekat. “Kenapa?” dia hairan melihat aku yang sukar bergerak.Aku menjongketkan bahu.

Aku melihat di bawah tapak kasutku.Gula-gula getah sudah melekat di tapak kasutku.Aku memandang Chunji. “Kasut aku...aku terpijak gula-gula getah!” aku menjerit kecil.Chunji ketawa kecil. “Kau ni kan...memanglah...tanggalkan kasut kau tu,” arah Chunji selepas itu. “Hah?Nak buat apa?” aku kebingungan. “Adalah!Tanggalkan kasut tu,”

Aku terus tanggalkan kasut kesayanganku itu.Nak nangis aku,gara-gara gula-gula getah yang buatkan kasutku itu melekat.Chunji mengambil kasutku itu dan dia berjalan ke arah tong sampah?Eh,kejap!Kenapa dia nak buang kasut tu? “Chunji!Jangan!” aku cepat-cepat menghalang dia. “Kau boleh beli yang baru.Yang ni,buang je...” dia menunjukkan kasutku itu.

“Don’t do it!” aku menegah dia.Aku tidak mahu kasut kesayanganku itu menjadi penghuni sampah.Chunji tidak jadi membuangnya,dia memegang saja kasut itu. “Bagi balik,aku nak pakai.” pintaku.Dia menyerahkan kepadaku semula sebelum naik ke dalam kereta.Aku memakai kasutku semula. “Nanti aku beli kasut yang baru,” ujar Chunji yang sedang membawa kereta.

“No,but thanks.Aku still sayang kasut ni,” aku menolak.Kasut ni masih boleh dipakai,nanti aku akan cuci kasut itu.Dia terus diam.Kereta yang dipandunya menghala masuk ke sebuah cafe. “Jom makan.Aku belum breakfast lagi ni,” dia mengajakku.Aku hanya menurut,kerana perutku juga sudah lapar.

Aku membiarkan Chunji memesan makanan dan minuman kerana perutku sudah tidak kisah apa jenis pun makanan yang akan kumakan.Asalkan perutku kenyang dan aku pun senang hati.Hahaha...

“Lina,dah lama kan kau tak balik sini?” soal Chunji setelah kami selesai makan. “Yup.Aku belajar kat Amerika.Lima tahun,sebab ambil law.Sekarang dah habis.Nak tunggu dapat ijazah je,” aku tersenyum bangga.Sememangnya itulah cita-citaku selama ini. “Kau pun dah lain dah.Makin cantik aku tengok...” pujian daripada Chunji itu membuatkan keningku berkerut.

“Kau ni memanglah...susah betul nak percaya cakap orang,” dia menggeleng kepala. “Aku ni susah nak percaya kata-kata orang.Terutamanya bila orang puji aku.I don’t need it.” balasku. “Oh ya!Nanti,ada majlis reunion Shinhwa High School!Kau nak pergi?” Chunji berkata. “Reunion?Tak naklah...malas.Baik aku duduk rumah je.” aku terus menolak tanpa berfikir.

“Pleaselah...lagipun dah lama kau tak jumpa kawan-kawan sekelas kita kan?Apa salahnya kalau kau pergi?” Chunji mengharap nampaknya.Aku diam seketika.Patut ke aku pergi?Lima tahun aku tinggalkan Korea,hanya Chunji saja yang aku berhubung sekarang ini.

“Okeylah.Aku akan pergi.Tapi,kau sponsorlah baju untuk majlis tu nanti eh?” kataku dengan nada gurauan. “Boleh je,asalkan kau teman aku pergi sana...” senyuman terukir di bibir Chunji.Sukalah tu,orang ikut cakap dia. “Whatever...” balasku kemudian.

*****

SAMPAI di rumah,aku terus naik ke bilikku.Katil yang empuk dan bantal yang lembut sudah memanggilku untuk berbaring di atasnya.Aku meletakkan beg bagasiku dan terus tidur merehatkan diri.

Dua jam kemudian...

Aku terjaga.Kerana bunyi suara yang agak kuat di bahagian ruang tamu.Aku turun ke bawah untuk melihat bunyi bising itu.Aku lihat adik perempuanku Lily sedang menonton tv. “Lily,” panggilku.Lily memandangku.Lantas dia tersenyum. “Unnie,bila sampai?Lily tak perasan pun,” soal Lily kepadaku.

“Dah lama dah,tapi,unnie terus tidur dekat bilik.Penatlah...” balasku.Aku duduk di sebelahnya. “Dah lama Lily tak jumpa unnie.Kenapa ya,unnie tak balik selama lima tahun?” soal Lily lagi.Aku diam.Lalu,mengangkat bahu. “Unnie memang nak balik,tapi,unnie takut,kalau unnie balik sini,nanti unnie rindukan omma,appa dengan Lily,” aku membalas soalannya.

Lily mengangguk tanda faham. “Siapa ambil unnie?Appa dengan omma kan ada kerja dekat Jepun?”

“Kawan unnie.Chunji.Lily kenal kan?” aku memberitahu. “Hmm...kenal.Dia kawan dengan Changjo.” ujar Lily.

Aku naik ke bilikku semula untuk membersihkan diriku.

*****

SUDAH hampir dua minggu aku pulang ke Korea.Chunji sentiasa menemaniku.Di mana saja aku pergi,dia menemaniku.Rasa macam bodyguard pun ada.Hari ini kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar raya Seoul. “Chunji,” aku panggil Chunji.Chunji memandangku.

“Reunion tu dorang buat dekat mana?” tanyaku. “Dekat hotel.Kenapa?Kau dah tak sabar nak pergi,ya?” Chunji meneka. “Entah.Aku rasa macam nak,tapi,dalam masa yang sama aku rasa tak nak pergi,” luahku.Kami duduk di sebuah taman yang berhampiran. “Kau kan dah janji dengan aku?Jangan nak buat alasan pulak eh?” Chunji seperti tahu aje yang aku ni nak mengelak.

“Tapi...” belum sempat aku menyambung kata,Chunji memintas kataku. “Kau pergi je,nanti ada ramai kawan kita kat sana.Aku akan temankan kau.” kata Chunji dengan sebuah janji.Aku cuba untuk mempercayai dia. “Jomlah!Kita balik...esok,kita keluar lagi,okay?” Chunji mengajakku pulang.

“Hah?Keluar lagi?” aku terkejut.Hari-hari keluar je.Kesian pula pada Lily yang tinggal keseorangan. “Esok kita pergi fit baju.Kita cari baju untuk kau.Lagipun,tinggal lagi tiga hari je lagi,” ujarnya lagi,sambil memandang jam. “Okaylah...tapi,jangan lama sangat,eh?Aku kesian dengan Lily.”

“Lily kan dah besar?Dia dah pandai berdikarilah,Lina.Don’t worry,” dia cuba buat aku tidak risau pada Lily. “Entah,aku ni risaulah...”

“Kau tak risaukan diri kau sendiri?” pertanyaan Chunji membuatkan aku sedikit hairan. “Kenapa aku nak risaukan diri aku?” tanyaku. “Kau tak nak bercinta?” soalan yang tercetus dari bibirnya itu membuatkan aku ketawa. “Tak.Langsung tak pernah aku fikir pasal tu,” aku membalas,dengan separuh benar.

Memang pernah aku fikirkan perkara itu.Namun,ianya hanyalah semasa sewaktu aku belajar di sekolah tinggi,selepas masuk ke universiti,hidupku ini sentiasa bergelumang dengan hal pelajaran.Senaraiku tiada perkara yang tertulis,mencari cinta.Yang ada hanyalah belajar,belajar dan belajar.

“Kalau ada seorang lelaki ni sukakan kau,agaknya kau terima tak?” tanya Chunji. “Entah...aku susah nak cakap.Kenal pun tak,terus cakap sukakan aku,”

“Aku kata kalaulah...dan lelaki tu rapat dengan kau,macam mana?”

“It’s hard to say.Eh,jomlah balik!Kau jugak yang ajak aku balik kan?” aku cuba mengubah topik,dengan mengajak dia pulang. “Haah,kan?Lupa pulak.Hari pun dah senja ni,” dia terus bangun dan kami berdua berjalan menuju ke kereta.

*****



HARI yang ditunggu telah tiba.Aku gelisah sendirian.Jam menunjukkan ke pukul lapan malam.Chunji sudah menelefon dan memesanku agar menunggunya.Lily pula sudah tahu akan kepergianku ke majlis reunion.Kata Lily,Chunji seperti bodyguardku,kerana dia sering bersama aku dan Lily.Kadangkala datang ke rumahku dengan saja-saja tanpa sebab.

“Unnie!Chunji dah sampai!” Lily memanggilku.Lamunanku tercantas begitu saja.Aku terus turun dan keluar.Aku terpaku melihat penampilan Chunji pada malam itu.Kecomelan dan kekacakkannya terserlah.Kenapalah aku tak perasan selama ni,ya?

“Hey,Lina?Kenapa pandang macam tu?Sampai ternganga mulut kau tu,” Chunji menyedarkan aku daripada terus merenung dirinya.Aku menundukkan wajahku.Malunya aku! “Aku...aku...” aku sudah terkena sindrom gagap selepas memandang wajah Chunji.Oh tidak...

“Dahlah tu.Jom kita pergi,” Chunji menarik lenganku.Serentak itu dia melambai tangan kepada Lily yang berada di luar pintu rumah.Aduh!Mesti Lily perasan aku ni semacam je masa tengok Chunji tadi.

Sepanjang perjalanan,aku mendiamkan diri.Tidak sanggup hendak berkata apa-apa.Kerana berkemungkinan,aku akan menjadi gagap.Diam itu terbaik untukku masa ini.Nak cakap,mungkin kena tunggu sindrom gagapku pulih.

“Lina,kenapa kau ni?” Chunji sudah membuka pintu sebelah pemandu,iaitu tempat aku duduki.Aku menggeleng.Eh?Dah sampai rupanya...kenapalah aku tak perasan?Lina...Lina...kenapa malam ni kau pelik semacam je?

Aku turun.Kami berdua melangkah masuk ke dalam hotel.Naik saja ke lif.Badanku terasa seram sejuk.Nak demam agaknya.Chunji hanya memandangku dengan pelik.Aku pula menundukkan kepala saja.Rasanya aku dah tak boleh pandang muka Chunji lagi.Sebab nanti muka aku akan disapu blusher berwarna merah.Dan akan menyebabkan jantungku menjadi berdegup laju.

Kami sampai di dewan besar.Tertulis jamuan untuk Shinhwa High School.Ramai orang berada di dalam dewan itu. “Ramainya...” itu saja yang aku dapat katakan. “Jom,kita pergi jumpa kawan-kawan sekelas kita,” ajak Chunji,aku hanya ikut.Terdapat sekumpulan lelaki yang sedang berbual.

“Hey dude!” tegur Chunji.Kelima-lima lelaki itu memandang kami berdua sebelum tersenyum. “Chunji!Dah lama tak jumpa!Kau bawak siapa ni?Girlfriend ke?” lelaki yang berambut warna kuning hampir ke putih itu menanya. “Kau tak kenal dia ni ke?” Chunji menuding jarinya kepadaku.

“Siapa?” serentak mereka berlima menanya. “Lina...rakan sekelas kitalah...” ujar Chunji sambil memaut pinggangku.Kami hampir berpelukan.Terkejut!Aku mengenggam penumbuk.Namun,aku cuba menyabarkan hati. “Ohh...Lina...Annyeong...” mereka berkata dan mengangguk. “Annyeong...” aku membalas.

“Lina.Kau mesti ingat mereka kan?”

“Sikit-sikit,” balasku pada Chunji. “Ni,L.Joe,Niel,Ricky,Changjo dan C.A.P.” Chunji memperkenalkan semua rakan sekelas kami.Hatiku berdebar ketika mendengar nama Niel.Dialah orang yang kusukai semasa aku belajar di sekolah tinggi dahulu.

“Korang...jomlah kita makan,” ajak Ricky.Aku hanya duduk di meja.Chunji menolongku mengambil makanan.Tinggal aku dan Niel.Suasana menjadi janggal.Aku terasa ada perasaan yang menyelinap di hatiku ini.

Chunji muncul.Dia membawakan makanan dan minuman untukku.Aku mengambil sedikit makanan.Tidak terasa apapun di tekakku ini.Neutral.Hatiku nampaknya mulai terbuka untuk menyukai Niel nampaknya.Aduhai hati...kenapalah kau buat aku rasa gelisah?

Sukakah aku kepada Niel?Mungkin...

*****



PERTEMUAN antara aku dan Niel tidak berakhir di majlis reunion itu.Semasa aku sedang berjoging di taman,aku terserempak dengannya.Oleh kerana aku tidak nampak batu di depan,aku tersepak dan menyebabkan kakiku terseliuh. “Aduh!” aku mengerang kesakitan. “Kaki awak kenapa?” Niel muncul dan melihat kakiku.

“Saya,tersepak batu...pastu,jatuh.” aku memberitahu dalam keadaan yang sakit. “Kaki awak terseliuh ni...” kata Niel,tangannya ligat memeriksa kakiku. “Hah?Terseliuh?” aku terkejut dengan katanya. “Jom,kita pergi klinik,” ajak Niel.Aku menggeleng. “Takpelah...sikit je ni,” aku seperti biasa,menolak.

“Eh,nanti makin melaratlah...saya hantarkan ke klinik,” dia tetap bertegas ingin menghantarku ke klinik. “Okeylah,” aku terpaksa bersetuju.

*****

LILY terkejut melihatku yang pulang dengan kaki berbalut. “Yahh...unnie,kenapa kaki unnie berbalut?” dia menanyaku. “Unnie awak terseliuh masa dia jogging tadi,” Niel menjawab pertanyaan adikku untukku. “Tulah...unnie bukan nak berhati-hati...kan dah terseliuh.” Lily menggeleng. “Jomlah masuk,” ajak Lily kemudiannya.

“Awak ni kawan unnie,ya?” Lily menanya Niel yang duduk di sofa. “Ya.Unnie awak kawan sekolah saya,” balas Niel. “Maknanya sama dengan Chunjilah,eh?”

Niel mengangguk. “Lily faham.” Lily memandangku semasa dia mengangguk.Aku mengangkat kening.Kenapa dengan budak ni?

*****

“UNNIE,” Lily duduk di katilku. “Hmm...nak apa?” aku tanya Lily. “Niel tu baikkan?” kata Lily. “And so?” aku ingin tahu apa yang dia ingin tanyakan padaku. “Unnie suka dia tak?” soalan Lily membuatkan mukaku merah. “Sukalah jugak...”

“Apa maksudnya?” Lily pelik. “Unnie suka dia sejak masa unnie masih di sekolah tinggi.” terangku. “Sekarang ni?”

“Masih suka.” senyumku.

“Chunji?”

“Entah.” aku sudah lama tidak berjumpa dengan Chunji kerana aku sering menemui Niel.Tentang Chunji pun aku dah tak berapa nak ambil tahu.Kadangkala,aku juga rasa sunyi apabila tiada orang hendak mengajakku keluar.Dia pun jarang menghubungiku kini.

Selepas beberapa hari berlalu,Niel mengajakku dan Lily ke sebuah kedai aiskrim.Di sana,aku menemui Ricky,C.A.P,L.Joe dan juga...Chunji.Wajahnya agak kurang mesra.Seperti ada sesuatu menghimpit dirinya. “Nah.Ni untuk awak.Aiskrim coklat.” Niel memberikan semangkuk aiskrim coklat.Kegemaranku. “Thanks,” ucapku.

“Sama-sama,” dia membalas,kemudian memberikan senyuman.Chunji hanya merenung kami berdua.Pelik.Dia seperti tidak suka akan kemesraan antara kami berdua.Sebelum pulang,Niel mengajakku ke taman.Lily pula berborak dengan rakan-rakanku.

“Lina,saya ada perkara yang nak diberitahu.” dengan hati-hati,Niel menyusun kata. “Apa dia?” aku menyoal. “Saya ni tak berapa pandai nak luahkan perasaan.Jadi,awak...sudi tak jadi teman wanita saya?” luahan Niel itu membuatkan aku menekup mulutku. “Awak tak suka ke?”

“Tak...saya,tak sangka...” itu saja yang mampu aku katakan.Ianya memang mengejutkan. “Awak sudi ke tak?”

Aku angguk sebelum menangis. “Saya terima,” ketika itu,air mata sudah mengalir.Dia memelukku. “Terima kasih kerana terima saya,” ucap Niel selepas itu.Secara rasminya,aku bercinta dengan Niel.

******

CHUNJI makin menjauhiku.Kenapa sebabnya?Aku cuba menghubungi dia.Kata Niel,Chunji tidak apa-apa,dia sihat saja.

Lily tidak kisah aku bercinta dengan siapa pun.Asalkan aku bahagia katanya.Aku jadi teringat pada kata-kata Chunji tentang jika ada seorang lelaki yang sukakan aku,adakah aku akan menerima dirinya?Apakah maksud soalannya itu?

“Dia cintakan akukah?” soalku seorang diri. “Ah!Mustahil!Aku ni bukannya untuk dia.Aku sudah punyai Niel.Sekarang ini,aku hanya ada Niel.Chunji hanyalah kawan baikku.” segera aku menafikan segala andaian yang mulai bersarang di dalam fikiranku ini.

“Unnie!Chunji datang!” Lily melaung.Aku bertambah hairan.Baru hari ini dia nak datang.Aku turun ke bawah.Wajah Chunji agak serius.Lily meninggalkan kami berdua selepas menghidangkan air.

“Kau datang ni sebab apa?” aku terus bersoal. “Aku nak beritahu sesuatu.” ujarnya. “Just say it.” aku tidak mahu banyak tanya lagi.Just straight to the point,Chunji...hatiku berkata. “I love you,” ucapnya.Mataku membulat. “Kau ni sihat ke tak,wei?” aku memeriksa suhu di dahinya.Dia memegang tanganku.

“Aku tak main-main...aku tahu kau dah couple.Tapi,aku just nak kau tahu yang aku cintakan kau.Sejak kita berdua kecil lagi.Perasaan itu dah lama aku pendam.Dan,aku tak berniat untuk rampas kau dari Niel,kawan baik aku sendiri.Anggap jelah,aku cuma cakap.” dia menjelaskan maksudnya,dan tersenyum.Senyumannya plastik.Seperti menahan rasa.

Dia bangun dan meletakkan sepucuk surat di meja kopi. “Aku pergi dulu.Kalau ada masalah,call aku.Ingat,kita ni kawan baik,okay?” dia memberitahu sebelum meninggalkan aku di ruang tamu itu.Aku terduduk di sofa yang empuk itu.Bingung.Itu yang aku rasakan saat ini.

“Apa yang dah berlaku ni,unnie?” Lily duduk di sebelahku.Aku memeluk Lily. “Tolong unnie,Lily.Unnie dah terperangkap dalam cinta tiga segi,” ujarku.Surat itu aku genggam.Nanti aku akan baca isinya.

*****

AKU tidak dapat menahan sebak.Rupanya selama ini dia mendiamkan saja isi hatinya yang sekian lama disimpan.Surat itu aku baca berulang kali.Mataku sudah membengkak kerana menangis terlalu lama.Kenapa aku tak sedar selama ni?

“Unnie,jom kita pergi bercuti!” ajak Lily. “Dekat mana?”

“Pulau Jeju!” dengan girang,Lily memberitahuku. “Ohh,dengan siapa?” aku menanya dia lagi. “Niel!” balas Lily.Aku tersenyum tawar.Niel...maafkan saya...nampaknya hatiku sedang berbelah bahagi ketika ini. “Bila?”

“Esok!Lily dah tempah tiket dah!” Lily menunjukkan dua tiket di tangannya. “Satu lagi?”

“Dekat Niel.Dia dah ambil satu.” ujar Lily.Aku angguk.Kemudian,aku menarik nafas sedalamnya.Esok,aku akan pergi bercuti.

*****



“AWAK tak sihat ke?” tanya Niel padaku sewaktu kami sampai ke Pulau Jeju.Aku menggeleng. “Saya okey je.” balasku.Kami terus check-in ke hotel penginapan.Aku sebilik dengan adikku,Lily.Aku terus berjalan keluar ke pantai.Aku ingin mengambil angin di sana.

Angin yang menyapa tubuhku membuatkan aku terasa tenang sebentar.Aku cuba memikirkan siapa yang akan mengisi hatiku.Niel atau Chunji?Keduanya aku sayang.Tamak betul aku ni...

“Best kan,bersiar-siar kat sini?” satu suara menyapaku.Aku pandang ke belakang.Chunji!Bagaimana dia boleh berada di sini? “Aku pergi bercuti dengan kawan-kawan.Niel ada dengan kau,kan?” ujar Chunji,dia duduk di sebelahku.Aku tidak tahu hendak berkata apa.

Kaku. “Aku tahu kau takkan suka aku kan?” dia menyoalku.Hatiku sedih sewaktu mendengarnya.Ingin saja aku menjerit dan berkata aku sudah suka dan cinta padanya.Meskipun dia tidak mahu percaya aku tetap ingin berkata.Namun,apakan daya...aku begitu bukannya kuat untuk berkata begitu padanya.

Selepas itu,dia bangkit dan berjalan ke arah lain.Dia dah pergi...

*****

NIEL perasan akan perubahan sikapku. “Awak dah berubah.Saya dapat teka isi hati awak.Chunji ada dekat sini.Awak suka dia kan?” soalan daripadanya menyebabkan hatiku seakan sebak.Kenapalah dia dapat meneka dengan tepat?Aku sebenarnya tidak mahu orang perasan akan perasaanku terhadap Chunji.

“Saya faham.” dia berkata sebelum meninggalkanku.

Keesokkan harinya,Lily memintaku agar ke pantai untuk menemaninya.Hairan.Semalam elok je dia bermain di pantai.Hari ini nak aku temankan pula.

Sampai di pantai,ada dua bulatan terbentuk. “Unnie,berdiri dekat tengah-tengah ni,ya?” arah Lily.Aku berdiri di tengah-tengah kedua-dua bulatan itu.Muncul Chunji dan Niel.Rakan-rakannya yang lain juga muncul.

“Chunji dengan Niel.Korang berdiri dekat dalam bulatan tu,” tunjuk Lily.Aku pula hanya melihat.Apa yang Lily rancangkan? “Okey.Sekarang.Unnie pilih.Siapa yang unnie sayang dan cinta?” Lily meminta aku memilih siapa yang kucintai.Aku buntu. “Unnie,please.You have to choose who you’re love.” ujar Lily kepadaku.

Aku menarik nafas.Aku memejamkan mataku.Aku berharap,keputusanku ini tidak salah.Ianya muktamad. “Niel.Maafkan saya...kerana saya mencintai awak.Maafkan saya juga kerana saya...sayangkan awak.” luahku kepada Niel.Sebak sudah terasa di dada.Aku pandang Chunji yang menunduk.

“Chunji...maafkan aku.Aku bukan tak sayangkan kau,aku sayang,tapi,aku pun tak sedar yang aku pun sebenarnya suka dan cintakan kau.Aku minta maaf,sebab selama ni,aku tak tahu yang selama ni,kaulah orang yang aku cintai selama ni.Maafkan aku juga,sebab cintakan kau sepenuh hati,maafkan aku lagi,sebab biarkan kau pendam rasa cinta.Maafkan aku...” entah untuk berapa kali,aku memohon maaf kepada Chunji.Aku melutut di pasir.Aku menangis dengan teresak-esak.Akhirnya,aku dapat meluahkan rasa hatiku yang sudah lama kusimpan.

Aku puas.Lily juga menangis.Entah sebab apa.Aku dipeluk oleh seseorang. “Nampaknya,kita sama-sama bodoh,ya?Suka,tapi,tak dapat nak luahkan...” dia ketawa dalam bisikannya itu.Aku yang menangis juga ikut ketawa.Bodoh...memanglah...sebab kami ni baru sedar,yang kami ni sama-sama sukakan antara satu sama lain.

L.Joe,Ricky,C.A.P dan Changjo menepuk tangan. “Hebat betul korang ni...macam buat drama je,so,korang dah couple.Dahlah tu,eh?Kitorang dah penat ni,asyik tengok korang buat drama petang-petang ini.” ujar L.Joe,bagi pihak mereka berempat.Aku dan Chunji hanya ketawa.

Niel berjalan ke arah kami. “Tahniah.Chunji,jaga Lina elok-elok,” Niel mengucapkan tahniah dan berpesan. “Aku janji!” Chunji mengangkat tangan kanannya,lagak seperti orang berikrar.Aku tersenyum.Aku telah menemui cinta sejatiku.Rupanya di depan mata saja.Hanya aku yang tak nampak.Ada suatu pengajaran,yang telah kupelajari...

Kadang-kadang orang yang kita cintai itu,ada di depan mata.Jika ada peluang...rebutlah peluang itu,agar tiada penyesalan di kemudian hari...Dan,cinta tak semestinya terbalas.Jika anda kecewa kerana cinta tidak berbalas...ingatlah,bahawa,ada orang lain yang layak dan ditakdirkan bersama anda...




Sorry,for the cikai story...hahaha...i'm not professional writer.XD



Ni cover fanfic kontes ni.Btw,i love to design cover...ni sekadar nak menambahkan feel. :)

Suka?Komen sekali eh?Comments are loved...

0 comments: